Tuesday, 31 January 2012

Jadual UKP Bagi Daerah Petaling 2012


* Makluman dan perhatian kepada pegawai yang terlibat, kerjasama dan prihatin.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh terus berhubung dengan pegawai Pn. Arne Wate  Bt Katirin.

BENGKEL TRANSFORMASI PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN


INTIPATI UCAPTAMA
TUAN HJ. HADZIR BIN MD. ZAIN, KETUA PENGARAH JKMM
BENGKEL TRANSFORMASI PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN PADA 26-29 JAN 2012

Dibawah bukan teks ucapan KP JKMM tetapi adalah ringkasan dan ulasan penulis daripada ucaptama berkenaan. Ia adalah khas untuk MAKLUMAN dan TINDAKAN staf PKMD Petaling.

MS ISO 9001 : 2008


Tempoh Persijilan MS ISO 9001:2008
22 November 2011 Sehingga 23 November 2014

Penganugerahan Daripada :
CI International Certification Sdn. Bhd

Tahniah kepada JKM kerana telah dianugerahkan sijil MS ISO 9001 : 2008 bagi skop aktiviti :
Proses-proses pengintegrasian, pembangunan, pemulihan, perlindungan dan pencegahan kepada kumpulan sasar.

Semoga dengan persijilan ini akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di JKM.

Sunday, 29 January 2012

Kejohanan Futsal Tertutup


Demba Baa Fc                                   Mentari Mendung Fc

  1. En. Ikhram                                    En. Dzahari
  2. En. Hapis FT (C)                          En. Safuan (C)
  3. En. Azman                                    En. John
  4. En. Najib                                      En. Hanif
  5. En. Kesavan                                 En. Khairani
  6. En. Hanafi                                    En. Hyzam
  7. En. Syukor                                   En. Rasfan
  8. En. Rizal                                       En. Kamil

Friday, 27 January 2012

"Surat Aku Janji"


Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2001, penguatkuasaan Surat Aku Janji untuk Pegawai Awam telah dilaksanakan. Tujuannya ialah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan mereka akan betapa pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan melahirkan perkhidmatan awam yang cekap dan berwibawa supaya Malaysia terus maju dalam suasana yang aman dan harmoni.
Sehubungan dengan itu, sentiasalah ingat janji kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan bermula dari semasa kita menandatangani Surat Aku Janji ini.

Solat Sunat Dhuha Berjemaah


En. Ikhram menjelaskan mengenai fadhilat pelaksanaan Solat Sunat Dhuha. Setelah menunaikan Solat sunah Dhu'ha berjamaah bersama ahli keluarga jabatan bacaan zikir munajat dialunkan. Kemudian disampaikan  Tazkirah Keistimewaan Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم & Qasidah Ya Tayyibbah serta Qasidah In Kila Zurtum Bima Rajaqtum. Qasidah Ya Taiyyibah mengisahkan mengenai kerinduan terhadap Kota Madinah al-Munawarrah di mana terdapatnya jasad mulia Rasulullah   صلى الله عليه وآله وسلم .



Thursday, 26 January 2012

Sahabat


Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam…. apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.
Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, ” Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, “Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering”.

Wednesday, 25 January 2012

Pelajar Praktikal PKMD Petaling

Selamat Datang diucapkan kepada pelajar-pelajar praktikal dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke PKMD Petaling yang akan berada di sini selama sebulan. 

Pelajar-pelajar yang melapokan diri :

1. Rosmah Mohd Jan
2. Wahidah Mohd Yusof
3. Mursyidah Ahmad Azam




Pelajar-pelajar menerima taklimat daripada PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury tentang tugas-tugas dan perkhidmatan yang ada di PKMD Petaling.

Diharap dapat mempelajari dan menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman sepanjang berada di PKM Petaling.

Tuesday, 24 January 2012

Berstatus Muflis Di Usia Muda


APA perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia yang masih terlalu muda'? Tambah lagi apabila silapnya adalah anda tidak mampu lagi membayar hutang kad kredit yang mencecah ribuan ringgit. Atau mungkin kerana menjadi mangsa kepada ketaksuban untuk bertukar-tukar kereta pada hal kewangan belum benar-benar layak untuk berbuat demikian.

Bukan itu sahaja, anda juga sudah boleh menjadi penjamin pinjaman orang lain dan mempunyai hak menentukan keperluan diri sendiri terutama dalam aspek pembelian harta dan sebagainya. Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa perancangan kewangan yang teliti bahana menanti.

Apatah lagi dengan promosi yang bertambah-tambah galak terutamanya apabila majikan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus. Serentak itu berpusu-pusulah juga bank dan kakitangannya membuat promosi menarik dengan janji-janji serba indah.

Mungkin apa yang berlaku hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Dulu kuasa membeli kita terlalu rendah namun keadaan tersebut memang amat berbeza kini.

Monday, 23 January 2012

Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU)

Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?
Sebab utama adalah seperti berikut :

  • Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU dinegara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.
  • Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
  • Supaya kerajaan dapat bertepatan dengan OKU.
  • Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.
  • Supaya OKU dapat menggunakan keistimewaan oleh kerajaan.
  • Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.

Sunday, 22 January 2012

Peluang pekerjaan melalui JTK - OKU

Skim Penggajian Orang Kurang Upaya (SPOKU)

Jabatan Tenaga Kerja telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta pada tahun 1990 bagi menggalakkan para majikan di sektor swasta menggaji OKU.

Usaha ini adalah selari dengan Konvensyen Hak-hak Bagi Orang Kurang Upaya yang kini termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) iaitu OKU mempunyai hak untuk akses kepada pekerjaan atau asas kesetaraan dengan orang upaya.

Bagi memberi akses pekerjaan kepada OKU, JTK menyediakan laman sesawang Jobsmalaysia kepada OKU yang ingin mencari pekerjaan atau majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada OKU. Laman sesawang Jobsmalaysia boleh dicapai di alamat  :

Secara alternative, OKU juga boleh mendaftar di Pejabat Tenaga Kerja/Jobsmalaysia Center yang berhampiran dan mendapat maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.

Saturday, 21 January 2012

Antara Aku, Komputer Dan Internet

Komputer adalah satu medium teknologi yang kian membangun dari masa ke semasa. Tanpa komputer, ramai orang mungkin menghadapi pelbagai masalah dalam kerja yang mereka lakukan.

Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.

Dalam penggunaannya setiap hari, terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Friday, 20 January 2012

Kad Loyalti Nur Sejahtera


Iaitu satu program oleh LPPKN yang diberi kepada klien JKM/agensi lain/senarai e-Kasih.

Pemegang kad akan menerima ujian kesihatan/bekalan alat perancang keluarga secara PERCUMA. Pakej adalah seperti berikut:

  • Pakej Perancang Keluarga (pil perancang/kondom/IUD/implan)
  • Pakej Kesejahteraan(tekanan darah/BMI/ujian kolesterol & glukos/ papsmear/
  • pemeriksaan payudara)
  • Pakej Subsidi Mammogram (kaunseling/pemeriksaan payudara/ mammogram)
  • Pakej Kaunseling Keluarga (berkelompok/individu)

Syarat memohon:
warganegara/penduduk tetap, wanita usia 15-50 tahun, penerima bantuan JKM/agensi lain/e-Kasih.

Hubungi:
LPPKN @ 03-26937555 / email: penduduk@lppkn.gov.my /           www.lppkn.gov.my

Kursus IT Percuma Untuk Oku


Kursus di atas disediakan oleh : Institut Latihan Mines E-Able di Mines Resort City, Seri Kembangan.

Yuran, makan-minum dan penginapan disediakan secara PERCUMA.

2 jenis kursus:

1) Pengaturcaraan Laman Web
2) Reka Bentuk Grafik
Syarat kemasukan:

1) Golongan OKU yang boleh menggunakan tangan
2) Berusia 18-32 tahun
3) Mempunyai asas penggunaan komputer

Keterangan lanjut: 012-2578469 / 03-89414804 (Pn. Ther Pek Cheng) / www.mineseable.org

....................................................................
Sumber : Berita Harian, 18 Jan 2012

Mengatasi Stress

TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Perhimpunan Dan Amanat Pengarah Tahun 2012


Majlis Perhimpunan Dan Amanat Pengarah 2012 

Tarikh : 18/01/2012 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi
Bertempat : Dewan Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh.

Tahniah dianugerahkan sijil kena tiada rekod cuti sakit sepanjang tahun 2011kepada pegawai dan kakitangan PKMD Petaling :
  1. Jama'eah binti Abd Ghani
  2. Tuan Mohd Al-hapis bin Tuan Ismail
  3. Mohd Hyzam bin Mustafa
  4. Susilawati binti Homaini
  5. Khairani bin Minhat
  6. Mohd Azman bin Seranek
  7. Jonucio bin Anecio Columbris

Program Wacana Ilmiah Siri 1

Program Wacana Ilmiah Siri 1 (WI12)
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”

(Hari Jumaat Ke-3 Setiap Bulan 2012)

Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor

Bersama :
Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree

[Naib Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir]
Selebriti TV9, Bicara "Bayti Jannati" di Radio IKIM.fm, Editor iluvISLAM.

Tarikh :
20 Januari 2012

Tajuk : Azam : Di antara 1432 h dan 2012

 




Sesi soal jawab bersama Penceramah Jemputan





Thursday, 19 January 2012

Dimana Terletaknya - Motivasi


Dalam setiap hari kehidupan kita, tidak kita sedari bahawa bila bermulanya satu hari itulah hari untuk perjuangan hidup dan dimana terletaknya rasa tanggungjawab yang telah dipertanggung jawabkan untuk kita.

..............................................
Perkongsian : Pn. Nurhayati

Wednesday, 18 January 2012

Mandi Malam

ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.
Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.
Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?
Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.
"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.
"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.
"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.

Baik Dan Buruk Beserta Hikmah


Baik, buruk mahupun kelainan yang ada bukan sesuatu yang sia-sia. Melainkan ada fungsinya yang sengaja diberikan oleh MAHA PENCIPTA agar anda melengkapi atau dilengkapi oleh manusia yang barangkali dipandang hina oleh manusia tetapi tidak kepada MAHA PENCIPTA.

Di dunia ini derita berganti untuk mencukupkan keindahan, kesenangan juga kekalnya anda di akhirat sana. Asal sahaja sabar dan taqwa menjadi bualan.

Mohon doa mendoakan :) 

...............................................
Mohd. Noor Ikhram Bin Husin
Pegawai Psikologi
PKMD Petaling

Pipit Tetap Pipit - Kehidupan


Sunyi, sepi...tenang petang ini. Angin bertiup lembut. Tiada siapa insan yang ku lihat. Namun hanya burung-burung yang menguasai ruang legar angkasa. Burung pipit...ciptaan Allah yang agung. Kecil dan lemah dari pandangan lahiriah manusia. Tapi besar hatinya dalam menerajui hidup. Tak pernah gentir untuk meneroka lebih jauh dan sentiasa tak pernah lupakan teman nya..Hidup sekawan dan terbang berkumpulan bersama.. itulah dia burung pipit. Tak berakal seperti kita, namun memahami erti kekeluargaan. Sentiasa bertoleransi sesamanya..


Walau kerdil, namun burung pipit tetap manjadi burung pipit. Malah, membiarkan dirinya mudah dikenali dari burung-burung lain. Tidak pernah kesal menjadi burung pipit malah sentiasa bangga terbang bersama kawan-kawannya.



Setiap pagi,setiap petang, burung pipit itu pasti akan berkicauan.. terbang kesana kemari mencari pengalas perut untuknya dan untuk anaknya.Namun kadangkala terpaksa jatuh tersungkur di gubuk-gubuk mata pencarian..Tinggal anak burung pipit yang terbiar sendiri di sarangnya..menanti.. tapi sampai bila?. Seribu penantian namun si ibu tak juga pulang membawa makanan untuk santapan bersama. Anak-anak burung itu semakin lemah, namun yang kuat sahaja yang akan tetap teruskan hidup..



Anak burung yang terus hidup itu telah mempelajari sesuatu yang lebih berharga..iaitu berdikari. Sendirinya bangun kembali terbang selepas jatuh ke tanah. Tabah dan tabah.. semata untuk satu. Iaitu ; hidup. Berjuang untuk hidup sehingga ia dewasa dan mempunyai teman sendiri.

Tuesday, 17 January 2012

Tips Menggunakan Mouse dan Keyboard

Cara Penggunaan Keyboard

Cara Penggunaan Mouse

Sinar Itu Hadir Jua

Sinar Itu Hadir Jua, merupakan drama dokumentari terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membawakan kisah benar tentang perjuangan, ketekunan dan kecekalan segelintir masyarakat yang terperangkap dalam kancah kemiskinan. Penonton juga akan didedahkan dengan jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM.

(dari kiri) Wan Kamarudin Wan Ibrahim, Noraziah Zakarian( Penerbit); Penolong Pengarah Unit Drama TV, Yusof Osman; Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Norliza Ali; Pengarah Ekonomi Bantuan JKM, Roshmawati Ishak dan Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Arfan Sulaiman pada pelancaran Sinar Itu Hadir Jua di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Drama dokumentari ini dihoskan oleh Wan Kamarudin Wan Ibrahim dan Heliza Helmi yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 4.00 petang bermula pada 15 Januari 2012.

Sakitnya "Simpul Mengkarung"


  • Adalah rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba pada betis akibat kejang otot.
  • Berlaku pada ahli sukan yang 'mengerah' anggota badan, khususnya bahagian kaki untuk bekerja keterlaluan, orang biasa ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan.
  • Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam keadaan berterusan. Keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah dibahagian kaki akibat posisi yang tidak betul.
Cara Mengatasi
  • Meregang : Luruskan kaki anda, tumit dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda.
  • Urut : Urut otot yang kejang.
  • Mandi : Air suam/ letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan : Mundar-mandir untuk beberapa minit.
  • Senaman : Buat senaman meregang sebelum tidur.
  • Jangan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerakkan jari-jari anda.
  • Tuaman menggunakan ais boleh melegakan kekejangan.
  • Makan makanan kaya kalsium.
  • Elakkan minuman bergas.
Pencegahan
  • Lebihkan minum air dan cecair lain seperti air Jin Tonik (air asotonik).
  • Makan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat, kalsium, magnesium, pottassium (pisang) dan zink.
.......................................
Perkongsian : Cik Sarah

Carpal Tunned Syndrome (CTS)


Dari masa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun, tidak dapat dinafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.
Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?
Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.


Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
  • Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
  • Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
  • Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
  • Faktor genetik.

Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
  • Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
  • Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse
  • Gunakan papan kekunci dengan betul. 
..........................................
Perkongsian : En. Hapis (Ft)

Monday, 16 January 2012

Sesi Cambah Minda Ejkm Kaunseling





Sesi perkongsian jumlah kes kaunseling yang didaftarkan didalam Sistem Ejkm.








Perkongsian diantara Unit Kaunseling PKMD Petaling bersama Bahagian Kaunseling JKMM yang hadir.




Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps

Lelaki dan perempuan itu berbeza, bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain, mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama, ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung.
  • Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian.
  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta.
  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada wanita.
  • Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri.
  • Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja.
  • Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa.
  • Mengapa lelaki ibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik.
Buku ini bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

Boleh didapati dimana-mana kedai buku dengan harga RM 25.00 sahaja.

Keluaran PTS Millennia Sdn. bhd.

..........................................
Perkongsian : Pn Nur Aen

Bersyukur

Saya SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya,
Saya MENDERITA tapi ada yang LEBIH MENDERITA dari saya,
Saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,
Saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,
Rupanya saya lebih SENANG dari MEREKA.
Rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih SEHAT dari MEREKA.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA KITA~

Penghantaran Laporan Bagi Tahun 2012

Pemberitahuan Penghantaran Laporan Bagi Tahun 2012 * UNTUK MEMASTIKAN SEMUA LAPORAN SAMADA LAPORAN MINGGUAN, BULANAN, SUKU TAHUN DAN TAHUNAN DAPAT DIHANTAR KE IBU PEJABAT JKMN SELANGOR MENGIKUT TARIKH-TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN PADA TAHUN 2012, DIKEMUKAKAN JADUAL SENARAI LAPORAN BESERTA PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN SELANJUTNYA.

Sunday, 15 January 2012

Karnival Karangkraf

Pameran dan jualan buku-buku, majalah keluaran karangkraf dengan harga diskaun beserta hadiah-hadiah menarik.

Majalah Dwibahasa Untuk Murid Pintar 7 - 12 Tahun.

Bermula dari :
27 - 29 Jan 2012

Bertempat di :
Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
..........................................................................................................................................................................
Perkongsian : Pn Roziah

Strategi Kurangkan Risiko Pecah Rumah

Mengambil iktibar kejadian pecah rumah yang dialami oleh sahabat-sahabat kita..saya ingin berkongsi tips untuk KURANGKAN risiko pecah rumah. Kalau kena pecah juga lepas ni dah takdir..
  • Tombol pintu boleh dibuka dengan amat mudah. Caranya dengan mengetuk kuat sehingga tombol itu patah (JADI perlu tukar dengan kunci yang tiada tombol..tapi mahal sikit la...)
    • Telinga penyangkut mangga sebenarnya tidak berapa kuat kerana ia hanya dipateri, di mana boleh diketuk sahaja untuk mematahkannya (JADI perlu tambah pengunci grill jenis clamp)
    •  Mangga (bukan pauh) SOLEX boleh dibuka hanya dengan menyungkit di bahagian bawahnya, (JADI guna mangga jenis lain..boleh tanya tukang kunci)
    •  
    • Satu lagi amalkan baca surah-surah berkenaan (yang ini kena refer dengan En. Ikhram)
    Penghargaan:
    Maklumat yang berguna ni saya ambil dari satu blog tapi lupa pulak nama blog tu...anyway, terima kasih kepada blogger atas perkongsian maklumat ini..
    ...................................................................................................................................................................
    Perkongsian : Pn Sunarni

    Friday, 13 January 2012

    Pesta Buku PWTC

    Pesta Buku

    Akan diadakan Pada :
    27 April 2012 - 06 Mei 2012

    Bertempat Di PWTC
    ........................................................
    Perkongsian : Pn Sunarni Bt Mastury

    Penyampaian Cenderahati Kelahiran


    Tahniah kepada Pn.Nurhayati Bt Ahmad Zaki yang selamat melahirkan cahaya mata yang pertama.

    Cenderahati yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury.

    Thursday, 12 January 2012

    Bercakap Secara Positif

    Tukar Ucapan Negatif Kepada POSITIF

    Moga sama-sama mendapat manfaat..

    Birthday January 2012


    23 Januari 1980


    Membuat kerja sehingga habis dan sukakan kesempurnaan

    Sangat sesuai jika membuat perniagaan
    Pandai menjaga emosi
    Pandai menyimpan duit dan mencari rezeki

    29 Januari 1970
     

    Baik Hati

    Pandai menilai dan membuat analisa tentang seseorang
    Seorang yg pentingkan kekeluargaan
    Mempunyai keputusan yang sendiri

    Jenis dan Hikmah di dalam Marah


    بسم الله الرحمن الرحيم
    الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

    Jenis dan Hikmah di dalam Marah

    Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

    MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

    Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

    Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.

    Drinking Problem - Communication

    Tuesday, 10 January 2012

    Tazkirah Nilai-nilai Murni

    Tarikh : 6 Jan 2012

    Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury

    Tajuk Tazkirah : Kelebihan Bulan Safar
    Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin

    Public Speaking : Cara Penjagaan Kereta
    Penyampai : En. Mohd Hanif
    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 13 Jan 2012


    Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury

    Tajuk Tazkirah : Seimbang Dalam Tindakan
    Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin

    Public Speaking : Hebatnya Makna Cantik
    Penyampai : En. Mohamad Rizal Osman

    Iso Hour : PKU 1 : Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
    Penyampai : Pn. Roziah Bt. Mohd Isa

    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 3 Feb 2012


    Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani

    Tajuk Tazkirah : Sifat Pemaaf, Baik Hati Adalah Perlu
    Penyampai : En. Mohd Azman Bin Seranek

    ISO Hour : PKU 2 : Kemasukan OKU ke Taman Sinar Harapan
    Penyampai : Pn. Roziah Bt Mohd Isa




    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 24 Feb 2012

    Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani

    Tajuk Tazkirah : Membunuh dan Dibunuh Masuk syurga
    Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin

    ISO Hour : PKU 5 : Pengendalian Kes Kanak-kanak Terlibat Dengan Jenayah.
    PKU 6 : Pengendalian Kes Kanak-kanak Tidak Terkawal
    Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz




    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 2 Mac 2012


    Pengerusi : En. Noor Ikhram Bin Hussin


    Tajuk Tazkirah : Seimbang Dalam Tindakan
    Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin


    ISO HOUR : PKU 4 : Bengkel Terlindung
    Penyampai : Pn. Roziah Bt Mohd Isa

    Public Speaking 1 : Pengalaman Dalam Tentera
    Penyampai : En. Jonucio Bin Anicio Columbris




    Public Speaking 2 : Pengalaman Kerja Sebagai Pemandu Lori
    Penyampai : En. Kasavan a/l Muniandy









    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 2 Mac 2012



    Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani

    ISO Hour : PKU 7 : Pengendalian Kes Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan Dan Pemulihan
    Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz



    Public Speaking : Berfikiran Positif
    Penyampai : Pn. Nur'Aen Bt. Abu Hanafiah
    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 23 Mac 2012 




    Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abdul Gani

    ISO Hour : PKU  : 
    Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz


    Public Speaking 1 :
    Penyampai : Pn. Nor Asmanizah



    Public Speaking 1 : Pengucapan Awam
    Penyampai : Pn. Midah Bt Aziz

    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 30 Mac 2012 

    Pengerusi : Pn. Sunarni Bt Mastury


    Tajuk Tazkirah : Mati
    Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin









    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 06 April 2012 


    Pengerusi : Pn. Sunarni Bt Mastury

    Tazkirah : Sahabat Yang Baik Ibarat Wangian
    Penyampai : En. Mohd Safuan Bin Ibrahim

    ISO Hour : PKU 9 : Pengendalian Kes Anak Pelihara
    Penyampai : Pn. Nor Asmanizah Bt Ahmad




    ..................................................................................................................................................................
    Tarikh : 25 Mei 2012 

    Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury

    Tajuk Tazkirah : Amalan Harian Bulan Rejab dan Dialog Imam Shafi'e r.a dan Isteri

    Penyampai : En. Noor Ikhram Bin Hussin

    Penyampaian Cenderahati Kelahiran


    Penyampaian Cenderahati kepada En. Dzahari sempena kelahiran anak perempuan bongsu beliau yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt. Mastury.

    Tahniah kepada En. Dzahari diatas kelahiran baru yang selamat dilahirkan.

    Anugerah Cemerlang Oktober - Dis 2011

    Penyampaian sijil anugerah cemerlang untuk bulan Oktober - Dis 2011 kepada pegawai kanak-kanak, Pn. Noor Afdzan yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni.


    Diucapkan tahniah diatas kecemerlangan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang berada di PKMD Petaling.

    Kelahiran Oktober 2011

    Nama Ibu : Nurhayati Bt. Ahmad Zaki
    Peg. Tadbir Diplomatik

    Nama Anak : Muhammad Fyraaz B. Mohd Fhairuz
    Tarikh Lahir : 7 Oktober 2011

    Monday, 9 January 2012

    Operasi Tahun Baru 2012


    Pada 1Jan 2012, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) mengadakan OPS Tahun Baru 2012 terutama di kelab-kelab malam dan hotel bajet sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam bermula pada pukul 1.00 pg sehingga 9.00 pg.Pada 1Jan 2012.


    PKMD Petaling, Subang Jaya dan Shah Alam juga turut menyertai OPS Tahun Baru 2012 bersama-sama agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Imigresen, MBPJ, MBSA MBSJ dan juga Pihak Berkuasa.

    Friday, 6 January 2012

    Futsal PKMD Petaling





    Aktiviti futsal ini diadakan setiap hari selepas waktu bekerja bermula jam 6.00 ptg hingga 7.00 ptg.

    Diketuai oleh En. Mohd Safuan dimana setiap urusan dan jadual akan dimaklumkan oleh beliau.











    Futsal ini adalah lebih kepada aktiviti riadah setiap petang untuk semua kakitangan PKMD Petaling.

    Dialu-alukan penyertaan dari semua kakitangan untuk memeriahkan lagi aktiviti riadah dan sukan PKMD Petaling.



    Lain-lain Bantuan

    BANTUAN PERUBATAN PERCUMA (MISKIN)

    Kemudahan perubatan PERCUMA di Klinik Kesihatan MBPJ.
    Kelayakan:

    Warganegara Malaysia, menetap di kawasan pentadbiran MBPJ dan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

    Cara memohon: mendaftar sebagai penduduk miskin di Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ.

    Keterangan lanjut: Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ @ 03-7956 3544
     
    BANTUAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) DI BAWAH KEMENTERIAN PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) (MISKIN)
    1. Bantuan sewa rumah
    2. Bantuan kemasukan ke sekolah
    3. Bantuan ke IPT
    4. Bantuan bas sekolah
    5. Bantuan pengangkutan kepada ibu tunggal
    6. Bantuan kos jagaan kanak-kanak
    7. Bantuan dialisis
    8. Bantuan latihan kemahiran
    9. Bantuan ihsan penduduk miskin
    Cara memohon: Lengkapkan borang PPKB yang boleh diperolehi di Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ. 

    TABUNG BANTUAN PERUBATAN (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) (MISKIN)

    Tujuan tabung adalah membiayai kos rawatan, membeli ubat atau peralatan perubatan bagi warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan.

    Cara memohon: rujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan di hospital

    Pertanyaan lanjut: Urusetia Tabung Bantuan Perubatan, Bhgn Kewangan KKM @ 03-8883 3888/3098/3118/3116/3105 @ www.moh.gov.my

    Kemudahan OKU

    TRANSIT OKU PJ  (OKU)

    Iaitu kemudahan pengangkutan “door to door” untuk OKU disediakan oleh MBPJ. Kemudahan ini adalah PERCUMA dan boleh diperolehi pada hari Isnin-Jumaat jam 9.30pg-4.30ptg.

    Kawasan perkhidmatan adalah mengikut kawasan pentadbiran MBPJ sahaja.
    Untuk tempahan: Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ @ 03-7956 3544 

     PELEKAT KENDERAAN OKU (OKU)

    Dikeluarkan oleh MBPJ khas untuk OKU yang mempunyai kenderaan sendiri. Ia boleh digunakan bagi perletakkan kenderaan secara percuma di seluruh kawasan letak kereta yang diselenggara oleh PBT di Selangor.

    Cara memohon: Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ @ 03-7956 3544 

    Mengenai Kami