Pages

Friday, 5 July 2013

Karisma - Kebajikan Rakyat 1 Malaysia

Syarat-Syarat Kelayakan Am :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu :
    • RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia ;
    • RM830 sebulan bagi Serawak ; dan
    • RM960 sebulan bagi Sabah
  • Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan :
    • Bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan (contohnya di asrama, kolej dan lain-lain) ;
    • Tahap ketidakupayaan ketua keluarga/ahli keluarga (contohnya keuzuran, sakit, kurang upaya dan lain-lain) ;
    • Sokongan dari ahli keluarga ;
    • Keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga ; dan
    • Faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.
NOTA : Kelulusan Bantuan adalah tertakluk juga kepada kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut jenis bantuan yang akan dipertimbangkan.

Kategori :
  • Kanak-Kanak
    • Bantuan kewangan
    • Perkhidmatan di Institusi
    • Bantuan Komuniti
    • Kaunseling
    • Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
    • TASKA 1Malaysia
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Kad Pendaftaran OKU
    • Bantuan Kewangan
    • Insentif OKU Produktif
    • Bantuan OKU Tidak Bekerja
    • Perkhidmatan di Institusi
    • Pemulihan Dalam Komuniti
    • Job Coach
    • Ziarah dan Bantu
  • Warga Emas
    • Bantuan Kewangan
    • Perkhidmatan di Institusi
    • Pusat Jagaan Harian
    • Ziarah dan Bantu
  • Balu Tentera & Polis
    • Bantuan Kewangan
    • Geran Pelancaran
  • Komuniti
    • Bantuan Kewangan
    • Pembangunan Keupayaan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dan Komuniti
    • Bantuan Am
    • Latihan Kemahiran I-Kit
    • Pemeriksaan Kesihatan
    • Jejari Bestari

1 comment:

  1. Saya Shafarennah...suri rmh.suami saya kerja nelayan tapi akibat dia ada sakit kencing manis dan tinggi darah dia susah turun ke laut.saya pulak sakit Schizophrenia.anak ada 3org sklh rendah.seorang berumur 3 thn.Kami layak ka memohon KAR1SMA?

    ReplyDelete