Pages

Friday, 21 February 2014

Senarai Agensi Yang Menjalankan Kursus Asas Asuhan & Didikan Kanak-Kanak Permata

Kursus Asuhan PERMATA :
Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia & pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, penyelia & pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh 12 bulan bekerja.

Latihan berkaitan asuhan & didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan  penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi. Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan & kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan & kematian kanak-kanak.

Senarai Agensi Yang Menjalankan Kursus Asuhan PERMATA

Monday, 3 February 2014

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEGANASAN TERHADAP WANITA : Peranan Wanita Ketika Menaiki Kenderaan Awam


Apakah keganasan terhadap wanita ?
  • Keganasan atau ancaman keganasan adalah sesuatu yang dialami oleh setiap wanita - tanpa mengira umur, warna kulit, kepercayaan agama, harta atau status sosial.
Dan ia boleh berlaku di mana-mana ......... di jalanraya, di tempat kerja, di rumah.
  • Bagi membentuk masyarakat yang tiada perbezaan hak dan bebas dari keganasan terhadap wanita, langkah-langkah pertama bermula dengan anda :
Langkah-langkah Semasa Menaiki Kenderaan Awam :
  • Duduk berhampiran penumpang wanita lain.
  • Elakkan menaiki bas/tren yang kosong atau hanya seorang penumpang lelaki di dalamnya.
  • Jika menempah teksi, pastikan teksi yang datang adalah teksi yang anda tempah.
  • Simpan maklumat - nama pemandu, nombor pendaftaran, warna & jenis kenderaan mengenai teksi yang dinaiki.
  • Masuk kemudian & keluar dahulu jika menaiki teksi bersama teman/kawan lelaki.