Pages

Wednesday, 11 April 2012

Utamakan Kebenaran Dalam Memberi Nasihat


Terdapat beberapa syarat yang perlu diperhatikan untuk memberi nasihat. Antaranya ;
  • Keyakinan dan kebenaran nasihat yang hendak diberikan kepada seseorang. Kebenaran perlu diutamakan dan seseorang yang memberi nasihat hendaklah bertanggungjawab atas segala nasihat-nasihat yang diberikan.
  • Niat yang tulus ikhlas dalam memberikan nasihat dan tidak berniat untuk memperoleh sesuatu hasil dari nasihat yang diberikan.
  • Penasihat hendaklah menyembunyikan perkara-perkara yang aib jika dalam proses nasihat tersebut berlangsung.
  • Memberikan nasihat dengan lemah lembut dan kata-kata yang mesra. Ini mendasarkan Firman Allah yang bermaksud : Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat dan takut. (al-Taha : 44)
Diceritakan bahawa Harun al-Rasyid pernah menerima nasihat dari seorang pengembala kambing dengan katanya, " Wahai imam, aku takut engkau tersinggung kalau aku menasihatimu, tetapi aku khuatir jika aku tidak menasihatimu engkau akan celaka. Kekhuatiranku lebih besar dari ketakutanku, sebab aku mencintaimu, wahai amirku".

..................................................................
Petikan : Utusan Malaysia - 10 April 2012

No comments:

Post a Comment