Pages

Sunday, 10 June 2012

Erti Sebuah Kegagalan


Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal…

Ia hanyalah bererti anda ‘MASIH BELUM’ berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa…
Ia sebenarnya bererti anda sudah ‘MEMPELAJARI’ sesuatu.

Kegagalan bukanlah bererti anda bodoh kerana mencuba…
Ia bererti anda ‘BERANI’, anda ‘BERHATI TEGUH’, ‘BERSEMANGAT WAJA’ – berbanggalah dengan diri anda. Ia hanyalah bermakna anda ‘MEMERLUKAN’ sedikit lagi masa.

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang…
Ia hanyalah bermakna anda ‘BERPELUANG’ untuk ‘BERMULA SEMULA’; mencuba sesuatu yang ‘BARU’

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda…
Ia hanyalah bermakna dia ‘MEMPUNYAI’ rancangan yang ‘LEBIH BAIK’.

Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah ‘MUKTAMAD’

Hadapilah kegagalan-kegagalan mu..
Akhirnya anda akan muncul sebagai ‘JUARA’!

1 comment:

  1. ada ustaz cakap.."kegagalan adalah yuran yg perlu dibayar untuk sebuah kejayaan, kena kuat berusaha sampai bila2"

    ReplyDelete