Pages

Sunday, 15 July 2012

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENYUM SIRI II

Pasukan Pelindung kanak-Kanak (PPKK) Daerah Petaling dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling serta Unit Kaunseling dan Psikologi yang telah mengadakan :

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENANG     SIRI II

Tarikh : 7 Julai 2012 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Tempat : Dewan RSK Cheras



Program ini merupakan satu majlis pengisian dan perkongsian ilmu bagi menyeimbangkan dinamika kefungsian keluarga dalam membantu berhadapan permasalahan sosial dengan pelbagai cabaran dari sudut mental dan fizikal. Mengharapkan dengan adanya program ini mampu memberi impak yang positif kepada peserta.
Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat tentang aktiviti yang akan dilakukan, ice breaking dan pembahagian kumpulan dimana sesi Ta'ruf oleh Fasilitator yang terlibat.





Aktiviti luar iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dilakukan dan dibimbing oleh Fasilitator setiap kumpulan.
Akitiviti  untuk melihat refleksi keseluruhan aktiviti peserta melalui terapi lukisan dimana Kaunselor yang bertauliah akan membuat penilaian dan gambaran perasaan yang dilalui oleh peserta untuk diterjemahkan ke dalam sesi kaunseling untuk penerokaan.





Sesi ceramah yang diadakan oleh Penceramah Jemputan, Ust. Syazili Abdullah.
Perasmian Program Hadapi Susah Dengan Senang (PHSDS) untuk Siri 2/2012 yang dilakukan oleh En. Nor Armizi Bin Ariffin, selaku Penyelaras Bahagian Kanak-kanak JKMN Selangor menandakan tamatnya program bagi siri 2/2012 yang diadakan.






Fasilitator yang terlibat dalam menjayakan PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENANG     SIRI II

No comments:

Post a Comment