Pages

Tuesday, 19 February 2013

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Tujuan :
  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim piatu, tiada saudara mara supaya terus tinggal dalam masyarakat bersama-sama keluarga pelihara.
  2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti sendiri.
Kadar Bantuan :
  • Sebanyak RM250 seorang kanak-kanak.
  • Maksimun RM500 yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Kriteria Kelayakan :
  • Kanak-kanak berumur kurang dari 18 tahun.
  • Kanak-kanak tidak mempunyai ibubapa.
  • Kanak-kanak tinggal bersama ibubapa ganti.
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak diambil dari "Program Anak Pelihara" dikendalikan oleh JKM.
  • Kanak-kanak dipelihara di bawah Perintah Mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Cara Permohonan :
  • Permohonan bantuan kebajikan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah diseluruh negara mengikut tempat tinggal pemohon.

No comments:

Post a Comment