Pages

Monday, 23 September 2013

WALK IN INTERVIEW I Temuduga Secara Terbuka Kemasukan Pelajar Baru Ke PLPP Bangi Bagi Sesi 2014

Dimaklumkan bahawa PLPP Bangi dalam proses pengambilan pelajar baru bagi sesi 2014. Sehubungan dengan itu semua calon-calon yang telah mengemukakan permohonan dijemput untuk menghadiri temuduga yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2013 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari

Tempat : Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP) Bangi

Bagi calon-calon yang tidak sempat mengemukakan permohonannya ke PLPP Bangi, juga digalakkan untuk menghadiri temuduga secara terbuka (walk in interview) dengan membawa borang permohonan, salinan sijil-sijil berkaitan serta laporan doktor yang lengkap.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Tuan Haji Bahrin Bin Md. Lani atau Puan Rosnani Binti Che Ali di talian : 03-8926 1996 / 03-8926 2684.

Borang Permohonan Kemasukan , Borang Pemeriksaan Doktor & Surat Persetujuan Ibubapa / penjaga kepada pelatih boleh di MUATURUN terus BLOG ini.

6 comments:

  1. Terima kasih jkm petaling kerana maklumat ini, saya suka sangat borang pun ada disediakan......gud job!!!, moga pejabat jkm petaling terus cemerlang..
    Saya akan hadir ke interviw itu, harap dapat masuk

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.saya salah seorang pelajar oku n.s.saya nk tnya msh ada ke interview itu

    ReplyDelete
  3. Wslm Farah Azam, tidak dinyatakan tinggal di mana.

    Langkah yang harus dilakukan adalah:

    1. Isi borang kemasukan PLPP Bangi
    2. berhubung dengan PKMD di kawasan tempat tinggal kerana ada borang sokongan lain dari PKMD.
    3.boleh hantar permohonan sepanjang tahun TETAPI temuduga hanya pada bulan OKTOBER setiap tahun. Kemasukan adalah pada Januari tahun seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ... sy nur izzati husna bt hanafi ...dr sg.petani kedah ... sy ingin bertanya ... bagaimna cara sy ingin mengetahui kputusan tmuduga plpp untuk sesi2015 selain drpda mnuggu surat dr pihak plpp ... sy telah menghdirkn diri temudga di pkmd sg petani pada bln lpas ... adakah pihak plpp akn hntr surat juga kpda sy jika sy temuduga sy tidak lulus ... berikutan skrg masalah banjir di negeri² sy bimbang jika sy telah lulus tetapi surat dr pihak plpp sampai lewat kpada sy... jika ada cara lain tolong terangkan kpda sy ... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan keputusaan temuduga, cik boleh berhubung terus dengan pihak PLPP Bangi :

      Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
      Tel : 03-8926 1996

      Delete
  5. Saya ada ikut interview plpp ini. Macam mana saya mahu dapat keputusan kemasukan plpp ini?

    ReplyDelete