Satu lagi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kerajaan Negeri Selangor dengan tujuan :
- Menawarkan modal tambahan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.
- Menggalakkan budaya menabung di kalangan penjaja dan peniaga kecil.
- Mewujudkan rangkaian usahawan yang operasional.
- Membina usahawan yang berwawasan dan berdaya saing serta berkemahiran dan juga proaktif.
Kelebihan :
Satu-satunya institusi yang menawarkan :
- TIGA PERKHIDMATAN dalam SATU urusniaga (Pinjaman + Tabungan + Pelaburan)
- Khidmat kaunseling anak cemerlang
- Khidmat runding pengurusan perniagaan
- Urusan Insuran Takaful Pinjaman
- Tawaran Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang
Syarat-Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
- Memiliki premis perniagaan yang khusus
- Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
- Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana kewangan atau agensi kerajaan
- Terlibat secara lansung di dalam perniagaan
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu masa
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu isirumah
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
Dokumen DiPerlukan :
- Dua (2) keping gambar berukuran Passport
- Salinan kad pengenalan diri dan Pasangan
- Salinan Lesen Perniagaan
- Penyata bank terkini
- Salinan bil utility
- Gambar perniagaan
* Borang tidak akan diproses sekiranya semua dokumen di atas tidak lengkap.
Menawarkan Skim Pinjaman Seperti :
Ibu Pejabat Hijrah Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5521 2458 / 03-5519 1692
Faks : 03-5521 2458
www.hijrahselangor.com