Social Icons

Sunday 30 June 2013

Kriteria Khusus : Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Jenis Bantuan :
Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Kadar :
RM300 sebulan seorang.

Tujuan :

  1. Insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
  2. Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.
Kriteria Kelayakan :
  1. OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  2. Bekerja sendiri atau dengan majikan;
  3. Pendapatan di bawah RM1,200 sebulan ; dan
  4. Tidak tinggal di Institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

NOTE :
Untuk permohonan atau pertanyaan lanjut berkenaan bantuan, sila hubungi pihak kami atau terus datang ke pejabat.

Wednesday 26 June 2013

Permohonan Insentif Taska


GARIS PANDUAN

1. Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
Pemberian Subsidi merupakan inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Objektif utama adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menampung kos yuran pengasuhan anak serta meningkatkan enrolmen kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal di TASKA.

2. Pemberian Geran Permulaan Taska
Objektif utama adalah untuk menyediakan satu sistem sokongan sosial yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat alternatif pengasuhan dan didikan awal di TASKA yang berkualiti dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh kerajaan. Juga bertujuan menggalakkan lebih banyak penubuhan TASKA baru dan penyertaan (enrolmen) kanak-kanak di TASKA yang berdaftar dengan JKM.

Maklumat lanjut berkenaan Insentif ini, boleh merujuk dan untuk sebarang semakan di laman sesawang : http://www.jkm.gov.my


Rujukan web JKM

Tuesday 25 June 2013

Semakan Taska & Pusat Jagaan Berdaftar Dengan JKM

Maklumat kepada semua Klien JKM, untuk menyemak Senarai TASKA & PUSAT JAGAAN BERDAFTAR dengan JKM boleh di semak secara Online dengan mengunjungi Laman Sesawang : http://www.jkm.gov.my





TASKA
Definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah Seksyen 7. Di bawah Seksyen 6(2) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan-peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6(2) Akta 308 memperuntukan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

PUSAT JAGAAN
Definisi Pusat Jagaan Berdaftar
Merupakan suatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah seksyen 6 Akta 506. Di bawah seksyen 5(1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.

Seksyen 5(2) memperuntukan bahawa mana-mana orang yang melanggar Subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

Sunday 23 June 2013

Kriteria Khusus : Bantuan Orang Tua (BOT)

Jenis Bantuan :
Bantuan Orang Tua (BOT)

Kadar :
RM300 sebulan seorang

Tujuan :
Saraan hidup kepada warga tua yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Kriteria Khusus :

  1. Warga tua berumur 60 tahun ke atas ;
  2. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup ;
  3. Jika mempunyai keluarga tetapi tidak berkemampuan untuk menyara hidup.
NOTE : 
Untuk permohonan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami atau terus datang ke Pejabat.

Tuesday 18 June 2013

Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)

BERTUJUAN menjelas dan menyelaras kaedah pelaksanaan program khidmat bantu di rumah bagi Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tinggal bersendirian.

Dilaksanakan oleh Sukarelawan Kebajikan yang berdaftar dengan JKM dan sebagai panduan kepada organisasi pelaksana dalam menjalankan program tersebut.




OBJEKTIF
  • Memberi bantuan dan sokongan kepada warga emas dan OKU menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka disisihkan.
  • Memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga warga emas dan OKU supaya terus mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli keluarga yang tergolong sebagai warga emas dan OKU.
  • Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas dan OKU atau keluarga yang menjaga selaras dengan konsep masyarakat penyayang.
  • Menggalakkan warga emas dan OKU terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.
NISBAH SUKARELAWAN KEBAJIKAN
Seorang Sukarelawan Kebajikan boleh memberi perkhidmatan kepada :
  • Warga Emas (2-4 Orang)
  • OKU (2-4 Orang)
Pengiraan Kadar Jam :
  • 1 Klien = 1 Jam seminggu X 4 minggu = JAM
  • 2 Klien =  8 Jam sebulan = RM50.00
  • 4 Klien = 16 Jam sebulan = RM100.00
PEMILIHAN SUKARELAWAN KEBAJIKAN
  • Berusia 18tahun ke atas
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan
  • Kesediaan dan minat bekerja dengan warga emas dan OKU
  • Sihat fizikal dan mental
  • Mempunyai latar belakang bebas daripada sabitan kes jenayah
  • Surat tawaran, surat pelantikan, surat aku janji dan surat aku terima sebagai Sukarelawan Kebajikan bagi Program Home HELP akan dikeluarkan oleh JKM Negeri.
KEPERLUAN LATIHAN
Sukarelawan Kebajikan hendaklah menghadiri latihan asa yang ditetapkan oleh JKM merangkumi bidang warga emas dan OKU seperti :
  • Kursus Program Khidmat Bantu Di Rumah
  • Penjagaan warga emas dan OKU
  • Psikologi warga emas dan OKU

Sekiranya sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan JKM bagi menjayakan Program ini boleh menghubungi :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
No.1, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling
Persiaran Atmosfera, seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-7842 2584 / 2587

Wednesday 12 June 2013

Senarai Pembekal Alat Tiruan Atau Sokongan Untuk Orang Kurang Upaya (OKU)

Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan /sokongan (assitive Device) seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU.

Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.

Dokumen Yang Diperlukan :
  • Salinan kad pengenalan dan kad pengenalan isi rumah (tinggal bersama).
  • Salinan kad OKU
  • Surat sokongan /syok dari Pegawai Perubatan /Doktor.
  • Sebutharga alat dari Syarikat Pembekal (minima 3).
  • Slip gaji (jika bekerja) atau slip gaji ibubapa /penjaga.
  • Lain-lain dokumen sokongan yang difikirkan perlu.
Senarai nama Syarikat Pembekal Alat Tiruan Atau Sokongan untuk sebutharga.

Monday 10 June 2013

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)

Sejak penubuhannya pada tahun 1977, BAKTI telah terlibat dalam banyak aktiviti amal kemasyarakatan kebajikan untuk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) telah ditubuhkan oleh YABhg Tun Suhaila Haji Noah, isteri Perdana Menteri Ketiga Malaysia, Allayarham Tun Hussein Onn. Matlamat utamanya adalah untuk mensinergikan usaha-usaha isteri-isteri pemimpin negara untuk membantu semua yang memerlukan.

Objektif Penubuhan :
  • Untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
  • untuk menganjurkan program-program kebajikan yang sesuai dan mengumpul dana.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang memupuk semangat muhibah di kalangan ahli-ahli.

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)
Bangunan Bakti Siti Hasmah
No. 6, Changkat Haji Openg,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Tel : 03-7724 2651 /52 /53
Fax : 03-7724 5648
Email : admin@bakti.org.my

Web : www.bakti.org.my

Thursday 6 June 2013

Borang Penyertaan Peserta Azam Niaga

Permohonan Azam Niaga hendaklah memenuhi kriteria atau syarat-syarat :
  1. Keutamaan kepada Klien yang menerima bantuan kewangan dari JKM.
  2. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dari kategori OKU, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang menjadi Klien JKM.
  3. Pemohon dan ahli isi rumah mestilah belum pernah menerima sebarang pakej 1AZAM samada di bawah Azam Tani, Azam Kerja, Azam Khidmat atau Azam Niaga pada tahun 2010 hingga 2012. Sekiranya telah menerima pakej adalah tidak layak memohon.
  4. Projek yang akan dijalankan boleh dilaksanakan oleh individu atau kelompok samada di luar atau di dalam institusi.
Borang permohonan juga boleh diambil mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal masing-masing.

Jika Pemohon itu Bukan Penerima Bantuan atau klien Jabatan, juga boleh terus memohon di :

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No 55,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
MALAYSIA.
Tel: 03-8323 1000
Faks: 03-8323 2000
http://www.kpwkm.gov.my

Wednesday 5 June 2013

Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

Merupakan sebuah tabung kebajikan dibawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Yayasan ini ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dikawal selia oleh Surat Ikatan Amanah bertarikh 18 Jun 1981. Yayasan ini diperbadankan pada 1981 berdasarkan kelulusan YAB Perdana Menteri Malaysia di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.

Yayasan ini dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong VII pada 6 April 1982. Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah Datuk Sayed A.Rahman Syed Mohd yang memegang jawatan itu sejak Januari 2005.

Bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Kebajikan Negara adalah bantuan :
  • Kesihatan (perubatan)
  • Kebajikan
  • Pendidikan
  • Badan Sukarela
  • Bencana alam dan lain-lain.
Alamat :
Yayasan Kebajikan Negara
Aras 8, Bangunan KPWKM
No.55, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

Tel : 03-8323 1000
Faks : 03-8323 2062

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates