Social Icons

Friday 28 September 2012

TAZKIRAH & NILAI-NILAI MURNI - 28 SEPT 2012

Tarikh : 28 Sept 2012  

Pengerusi : Pn. Jamaeah


Bacaan Hadith :
  1. Mukmin Sebenar
  2. Balasan Takut Kerana Allah
Penyampai : Pn. Azura Bt Zainal Abidin

Wednesday 26 September 2012

JAWATAN KOSONG UNTUK OKU

Jawatan Kosong Untuk OKU Yang Boleh Menjawab Telefon


Kelayakan Memohon :

Jantina : Lelaki / Perempuan

Kelulusan : Tidak Diperlukan

Tempat Kerja : AMCORP MALL, Petaling Jaya

Jika berminat / untuk sebarang pertanyaan lanjut :

Sila hubungi :
DATO MUHAMMAD
013-395 3008

Saturday 22 September 2012

Error Code Di Internet

Berikut merupakan jenis-jenis kod yang biasa digunakan dalam penggunaan internet di seluruh dunia.antaranya:


400 – Bad File Request.
Ini disebabkan oleh penggua tersilap menaip alamat URL domain tersebut dan server tidak dapat mengenal pasti URL tersebut.
401 – Unauthorized Page or Website.
Pengguna sedang memasuki laman web yang memerlukan usernama dan passsword (kata laluan).Seperti ingin memasuki persekitaran router,cpanel dan server anda.
402 – Payment Required Error.
Mesej ini terpapar berikutan pertanyaan untuk sesuatu servis tidah dapat dilaksanakan kerana masalah akaun di server tersebut.
403 – Forbidden @ Access Denied.
Pengguna sedang memasuki sesuatu laman web dan telah disekat untuk memasukinya berikutan kesalahan memasuki username dan password.Lebih kurang macam 401 jugak.
404 – File Not Found.
Server tidak dapat mencari dan memaparkan laman web yang dicari oleh pengguna.Ini kerana laman tersebut telah dipadam atau pengguna telah menaip alamat URL yang salah.
408 – Time Out Error.
Klien server (seperti Mozilla dan Internet Explorer) telah memberhentikan arahan untuk membuka laman web tersebut sebelum server melaksanakan sepenuhnya arahan tersebut.
500 – Internal Error.
Tidak dapat melaksanakan arahan HTML kerana kesalah an kongfigurasi di server.Pengguna perlu menghubungi pentadbir (administrator) untuk maklumat lanjut cara penyelesaiannya.
501 – Not Implemented.
Web server tidak dapat melaksanakan arahan untuk carian tersebut.
502 – Server Temporary Overloaded.
Server tidak dapat mengaktifkan laman web tersebut kerana jumlah traffik yang terlalu tinggi berikutan terlalu bnyak capaian ke web tersebut.
503 – Service Unavailable.
Server terlalu sibuk atau telah dipindahkan.Berkemungkinan juga sambungan Internet telah terputus.
.......................................
Sumber : Anjung Pc Dot Com

7 Tips Memilih & Membeli Laptop

1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.
2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.
3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.
4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.
5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.
6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.
7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

....................................................
Sumber : Anjung Pc Dot Com

Wednesday 19 September 2012

Aktiviti Perintah Khidmat Masyarakat (PKM)


1.         PEMULIHARAAN KAWASAN
i.                    Menyapu Sampah
ii.                  Kutip dan buang sampah
iii.                Mencabur rumput dipagar (weeding)
iv.                Bersihkan longkang/parit di sekitar kawasan


2.         PEMULIHARAAN BANGUNAN
i.                    Menyapu sampah
ii.                  Membersih tingkap/pintu
iii.                Mencuci kipas
iv.                Membersih sawang
v.                  Membersih lantai
-          cuci
-          mengelap
-          vacuum
-          membasmi kuman (disinfect)
vi.                Membersihkan jeriji
vii.              Mencuci longkang
viii.            Membersih tandas
ix.                Membersih bilik mandi
x.                  Melukis mural di luar dan dalam bangunan
xi.                Mengecat bangunan di luar dan dalam
xii.              Mengecat /Membersih pagar

PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM)

Sepintas Lalu


Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) ialah satu bahagian baru yang ditubuhkan pada 1 Februari 2007 susulan daripada Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) telah dibentuk oleh Parlimen untuk mengkaji semula dan Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 


Pada 18 Julai 2006 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274] dan Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 [Akta A1273] telah diluluskan di Parlimen. Seterusnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk merangka dan menjalankan program Perintah Khidmat Masyarakat di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274].
Kumpulan Sasar
Pesalah Muda yang berumur 18 tahun ke atas dan dibawah umur 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.

Tujuan Perintah Khidmat Masyarakat
1.     Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.
2.     Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut :
o    Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.
o  Pemulihan - dengan merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda
o    Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.

Tempat Pesalah Muda Boleh Menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat
Para pesalah muda yang di perintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di Institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
47 buah institusi telah dikenalpasti.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Semasa Menjalani Perintah Khidmat Masyarakat
Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.

Tempat Pelaksanaan
Pesalah muda dibawah Daerah Petaling akan melaksaan Perintah Khidmat Masyarakat di:
  1. Kompleks Penyayang Bakti Sg. Buloh
  2. Rumah Insaniah Dato DR Siti Hasmah (PPOC Selangor & Wilayah Perseketuan KL)
  3. PDK Kanagapuram, Petaling Jaya
  4. PBT - MPSJ

Makanan Tambah Daya Tumpuan Otak


Makanan yang halal, berzat, bersih dan seimbang bukan saja diperlukan untuk otak yang sihat, tetapi juga bagi mendapatkan kesihatan yang baik bagi badan, jiwa, emosi dan akal fikiran yang akhirnya akan menghasilkan akhlak yang terpuji dan mudah mengerjakan ibadat.
Pelbagai makanan telah terbukti dapat membina otak yang sihat dan pintar seperti yang diamalkan oleh cerdik pandai Islam dari zaman berzaman, contohnya madu, kismis, susu segar, telur, halia, limau oren, buah delima, daging ayam, daging kambing, daging biri-biri dan kekacang.
Selain daripada otak yang sihat dan cerdik, daya tumpuan (konsentrasi) otak atau fokus juga perlu diberi perhatian kerana tanpa daya tumpuan ini, otak yang cerdik saja tidak dapat menghasilkan kerja yang bermutu, sukar belajar secara berkesan, tidak dapat membuat sesuatu keputusan dengan baik dan tepat, atau tidak dapat menghasilkan hasil seni yang bernilai tinggi.
Daya tumpuan pemikiran yang tinggi juga bergantung kepada jenis makanan yang diambil, sama ada bagi keperluan jangka pendek atau jangka panjang. Pakar pemakanan menyenaraikan beberapa jenis makanan yang dikategorikan sebagai makanan bagi menambah daya tumpuan atau fokus otak kita, di antaranya ialah:

Monday 3 September 2012

TAWARAN MENJALANI KURSUS JURUKECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT DI BJ BEAUTY ACADEMIC

TAWARAN MENJALANI KURSUS JURUKECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT 
DI BJ BEAUTY ACADEMIC
  • Kursus yang ditawarkan ini tidak dikenakan sebarang bayaran atau yuran dan :
  • Terbuka kepada wanita yang berumur 18 hingga 25 tahun dan;
  • Juga kepada kli
    en JKM Daerah Petaling dan Anak klien yang berminat untuk menyertai.
Maklumat Kursus
  1. Jumlah Peserta : 20 Orang
  2. Tempoh Masa Latihan : 3 Bulan
  3. Kemudahan Makan, Minum dan Tempat Tinggal : Disediakan
  4. Wang Saku/ Wang Sara Diri : RM 150.00 Setiap Bulan selama 3 Bulan
  5. Daerah : Negeri Selangor Sahaja
Tarikh Tutup Permohonan : 10 September 2012

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT :

Sila hubungi di talian : 03-7842 2587/ 03-7842 2584

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling

TAWARAN MENYERTAI PROJEK PENJANAAN EKONOMI "PURPLE DNA PROJECT" - PERNIAGAAN KIOSK MAKANAN BERGERAK "PURPLELICIOUS"


TAWARAN MENYERTAI PROJEK PENJANAAN EKONOMI "PURPLE DNA PROJECT" - PERNIAGAAN KIOSK MAKANAN BERGERAK "PURPLELICIOUS"


Maklumat Projek
  • Projek 'Purple Licious' merupakan perniagaan kiosk makanan bergerak
  • Projek di bawah 'Purple DNA Project' untuk menjana ekonomi kumpulan sasar melalui pendekatan keusahawanan sosial (social enterprise).
  • Peserta terpilih akan diberi latihan dan bimbingan secara menyeluruh untuk menjadi usahawan F&B. Peralatan, bahan mentah dan pemasaran produk turut disertakan secara PERCUMA sehingga peserta dapat menjalankan perniagaan secara berdikari.
Kelayakan Pemohon

1. - Wanita - Ibu Tunggal
2. - Berumur di antara 25 hingga 45 tahun dan sihat tubuh badan
3. - Keutamaan kepada peserta yang mempunyai  :-
        - Pengalaman dalam bidang Food & Beverage (F&B) / perhubungan awam dan
        - Mempunyai lesen memandu (Kelas D ke atas)
4. - Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, berdisplin dan semangat kerja berpasukan dan
5. - Mempunyai minat dan kesungguhan untuk menjadi usahawan F&B

Cara Memohon

Sila hubungi nombor telefon berikut untuk pertanyaan dan temuduga segera :

PURPLE DNA TEAM : 03-8323 2540 (Salme)/ 1708 (Irma)/ 1709 (Salina)
SMS : 019-653 7359

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 7 SEPTEMBER 2012 (Jumaat)

PROJEK INI DISOKONG OLEH :

Saturday 1 September 2012

Kaunseling Nikah Kahwin

Seorang lelaki selayaknya mengimpikan seorang isteri yang akan menemaninya di syurga. Suami Isteri ibarat daging dan kulit saling memerlukan dan memberi perlindungan. Silap suami ditegur oleh isteri, kerana suami bukan sentiasa betul. Silap isteri diperbetul suami, kerana suami adalah imam keluarga. 

Seorang wanita ditanya, dijawabnya; mahukan suami menjadi pembimbing diri dan keluarganya menuju syurga. Menjadi pendengar dan membantu mengurus tadbir ehwal dunia dikongsi bersama.

Maka, bersedialah dengan kekurangan keduanya. Binaan mahligai cinta dibina SELEPAS akad nikah. Kehancuran mahligai dijangka bila syariat tidak dijaga sebelum pernikahan. Suami, bimbing isteri dengan ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawuff, jika tidak berkemampuan, pimpin tangan isteri ke majlis-majlis ilmu.

Adapun selepasnya, mohonlah keampunan daripada ALLAH, semoga suami isteri menjadi peneman setia di syurga.

P/S : Doa dibaca usai solat fardhu, hajat dll. Atur masa solat berjamaah dengan isteri na. Kesian kat isteri, dia nak juga fadhilat hikmat solat berjamaah.. ^_^ 





...............


Ikhram Husin
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates