Social Icons

Friday 17 August 2012

Di antara Dua Jalan

Bergembira dengan Hari Raya sedangkan perkiraan penggisian Ramadhan dibiar berlalu tanpa kesungguhan…Semoga dalam rahmat pengampunan dari ALLAH…ALLAHU ALLAH….ALLAH YA ALLAH..Pandanglah kami dengan pandangan rahmatMU..

Selamat berjuang demi baki Ramadhan, Jangan sahabat dibiarkan ia berlalu..Ingat sentiasa keluarga kita di seluruh dunia..Derita mereka,derita kita..Doakan mereka seringan-ringan usaha...

Ustaz Ahmad Kamil :

"Tuan2-Puan2 yang dikasihi.. kita biasa mendengar ungkapan 'Minal Aidin Wal Faizin' .. من العائدين و الفائزين

Terjemahannya, "Semoga Allah menjadikan kita daripada golongan orang-orang yang kembali kepadaNya dan orang-orang yang beroleh kemenangan"

Kenapa hari raya itu dinamakan Idulfitri? Kerana kita meraikan kejayaan kita untuk kembali kepada fitrah, setelah sebulan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati dan jiwa.

Allah....... mudahnya menulis. Semoga Allah beri kekuatan kepada saya dahulu khususnya untuk berusaha menjadi hamba yang sungguh-sungguh kembali kepada Allah.. amin.."

Buat Ibunda,Ayahnda tercinta,Ayah-Mama, Isteri tersayang, Ahli keluarga, Tuan-Puan, sahabat,rakan dan taulan..Saya memohon ribuan kemaafan atas segala kesilapan dan perbuatan yg merosakkan persaudaraan. Meminta maaf dan Memaafkan adalah tuntutan.

Bukan saya kata ya, sebagaimana Firman dari ALLAH SWT :

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.” [Surah al-A’raf [7]:199]

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” [Surah An Nuur, 24:22]

“…dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” [Surah At Taghaabun, 64:14]

Juga hadith Nabi Muhammad SAW :

“Allah tidak akan menambah kemaafan seseorang, melainkan dengan kemuliaan, dan tidaklah seseorang merendahkan dirinya karena Allah melainkan Allah akan meninggikan derajatnya.”
[Hadits riwayat Bukhari [terbitan JAKIM Jilid 2] dan Muslim]


Ikhram Husin
27 Ramadhan 1433H
http://jomfaham.blogspot.com/

Tuesday 14 August 2012

Temui Cinta Dalam Bulan Ramadhan


Perjalanan mencari makna cinta seorang gadis yang merasakan terlalu dihimpit rasa terbeban dengan dosa. Maka, dalam sebuah kuliah di bulan Ramadhan yang disertai oleh si gadis, sebuah nasihat telah diberikan oleh seorang Ustaz ; “Carilah cinta kalian wahai anak-anakku dalam keberkatan Ramadhan. Barangkali kalian tidak menjumpainya didunia, bahkan dia ada menanti kalian di syurga. Cemburulah kalian dengan setiap saat waktu tanpa berbuat amal dalam Ramadhan, kerana bukan dalam pengetahuan kita dimana letak makbul doa serta amalan.”

Mendengarkan nasihat tersebut, si gadis berusaha habis-habisan mempersiapkan dirinya memasuki bulan Ramadhan. Ditinggalkan segala keenakkan syahwat yang pada sebahagian manusia merasakan ia nikmat, tetapi sebenarnya adalah laknat awal dari ALLAH ketika manusia di dunia. Dirasai jauh disudut hatinya, kejahilan dahulu adalah hukuman. Maka, untuk keluar, dia perlukan guru sebagai pimpinan.

Bersungguh-sungguh dia melantunkan doa dengan penuh pengharapan terhadap ALLAH عز وجل agar diberikan petunjuk dalam menempuh hari, waktu dan saat di bulan Ramadhan ;

اللهم لا تجعل لفاجر على يدا فيحبه قلبي

Ya ALLAH, Ya Tuhanku! Janganlah Engkau jadikan bagi orang jahat (fajir) mempunyai tangan (berkuasa) keatasku, sehingga ia dikasihi oleh hatiku..

Melalui kuliah-kuliah [talaqqi] yang dilaluinya, rakan-rakan sigadis melihatkan perubahan besar dalam jadual ibadah harian. Menjelang Ramadhan, hatinya kegirangan dengan persediaan, sesekali berlinangan air mata ketika menghadap TUHAN, mengenangkan kesilapan serta kemaksiatan yang pernah dilakukan. Adakah dapat dia menemui cinta.

Hatinya saban waktu dalam Ramadhan berbisik akan pesan yang disampaikan oleh Gurunya dalam kuliah Ramadhan : “..cinta kalian berada dalam bulan Ramadhan...”. Kekuatan itu membuatkan istiqamah langkahnya ke majlis-majlis talaqqi mingguan. Setiap kali selesai majlis, dirasakannya kenikmatan beramal tanpa kesangsian. Pencariannya diteruskan...

Al-Quran yang dibaca dirasakan tidak puas selembar muka. Ditambah bacaannya sehingga merasakan syahdu dan girang akan makna “....cinta...” yang ditemuinya dalam tiap helai al-Quran yang dibaca. Bisik hatinya : “...inikah cinta Ramadhan?....”Cinta yang dibaca membesarkan betapa agungnya ALLAH. Cinta yang dibaca sesekali membuatkan dia tersenyum gembira, ada kala berlinangan air mata.

كَذَلِكَ الْعَذَابُ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
33. Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.

ALLAH sesekali tidak menyamakan orang-orang yang baik dengan orang-orang yang buruk.

 إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.
[Surah al-Qalam]

Tahajud malam didirikan, berbisik dihatinya, mengapa...mengapa keenakkan serta ketenangan solat ini aku sia-siakan dahulu. Apakah masih ada kesempatan buat diriku menemui cinta dalam baki usia. ALLAH....

Monday 13 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

Pada :
8 Ogos 2012

Bertempat :
PKMD Petaling




Semua warga PKMD Petaling turut terlibat dan hadir dalam program yang diadakan.
 Solat Maghrib secara berjemaah juga diadakan pada hari tersebut.





Sedikit juadah berbuka ringkas dan sederhana yang disediakan oleh warga PKMD Petaling.
Semoga dengan program-program sebegini dapat menjadi kunci merapatkan ukhwah terutama di PKMD Petaling dan warga.

PROGRAM KESIHATAN - "Pembunuh Senyap" (Silent Killer)

PROGRAM KESIHATAN - "Pembunuh Senyap" (Silent Killer)

Pada :
10 Ogos 2012

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling

Taklimat yang disampaikan oleh wakil dari Advance Healthscreen Managment bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit "Pembunuh Senyap" (Silent Killer) seperti darah tinggi, barah, penyakit buah pinggang dan jantung.




Menerangkan tentang komplikasi, simptom dan cara-cara mengelak dan mengawal penyakit seperti diatas.




Juga terdapat sesi soal-jawab dan menyediakan perkhidmatan ujian darah yang merangkumi 60 jenis ujian untuk meneliti dan mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Birthday Ogos 2012

21 Ogos 1991







21 Ogos 1977



22 Ogos 1963















24 Ogos 1982

Friday 10 August 2012

TAZKIRAH, NILAI-NILAI MURNI & ISO HOUR - 10 Ogos 2012

Tarikh : 10 Ogos 2012 

Pengerusi : Pn. Sunarni Bt. Mastury  

Bacaan Hadith :
  1. Menyukai Suatu Yang Terbaik
  2. Golongan Yang Mendapat Naungan Allah
  3. Kedudukan Sifat Malu
Penyampai : Pn. Midah Abd. Aziz






Iso Hour : PKU 11 : Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

Penyampai : Pn. Noor Afdzan Bt Sahandri Gani

Thursday 9 August 2012

TADARUS AL QURAN PENGHIAS RAMADHAN



TADARUS AL QURAN PENGHIAS RAMADHAN

Diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan 1433H di PKMD Petaling.

Masa :
8.30 pg - 8.40 pg
Imam asy-Syafi'e menamatkan bacaan Al-Quran sebanyak 30 kali pada setiap bulan. Pada bulan Ramadhan, beliau menamatkan bacaan Al-Quran hingga 60 kali. Itu belum termasuk ayat-ayat yang dibacanya dalam solat pada setiap hari. Sewaktu pengembaraan dari Makkah selama lapan hari ke Madinah untuk berguru dengan Imam Malik, beliau mengisi masanya dengan menamatkan bacaan Al-Quran sebanyak 16 kali - sekali tamat pada sebelah malam dan sekali tamat pada siang hari. Pada waktu itu, beliau baru berusia 20 tahun.

Adapun kita, biar sedikit bacaan tadarusnya, tetap kita munajatkan kepada ALLAH agar ia berbekas di hati, kerana masa yang kita punyai belum tentu berbaki lama. Aishhh... BAJET BAGUS nya : Nabi صلى الله عليه وآله وسلم jawab untuk kita :)

"Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya."
[Riwayat at-Tirmidzi]

[Dalam Kitab An-Nashaaih Ad-Diniyah Wal-Washaaya Al-Imaaniyah]
Menangis sewaktu membaca Al-Quran adalah salah satu ciri-ciri orang yang 'arif billah (orang yang benar-benar mengenal ALLAH), dan orang yang soleh. Firman ALLAH Ta'ala dalam surah al-Israk, ayat 109 :

"Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk."

Terdapat banyak hadis dan atsar para sahabat yang memperkatakan tentang perkara ini, antaranya hadis daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam :

"Bacalah Al-Quran dan menangislah. Seandainya kamu tidak dapat menangis, maka buatlah seolah-olah menangis."

Hujjatul Islam imam al-Ghazzali berkata : "Disunnahkan menangis sewaktu sedang membaca Al-Quran ataupun mendengar bacaan Al-Quran." 
Tip untuk membuatkan hati menangis dan khusyuk :

Imam an-Nawawi menyebutkan, cara untuk segera menangis adalah dengan menghadirkan dalam hati kesedihan dengan membayangkan segala apa yang disebutkan dalam Al-Quran berupa ancaman, teguran dan seksaan yang dahsyat, dan janji-janji yang indah, dan lainnya.

Selepas itu, bayangkan pula kekurangan diri untuk menolak ancaman-ancaman itu ataupun untuk meraih janji-janji Allah. Jika tidak dapat menghadirkan kesedihan dan tangisan sebagaimana para salaf dan orang-orang soleh melakukannya, maka menangislah kerana kehilangan rasa itu [rasa gerun dan khusyuk] daripada hati, kerana ia adalah satu musibah yang besar.

Mohon doa mendoakan :)

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Ikhram Husin 

Friday 3 August 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS BIL 2/2012

MESYUARAT JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS BIL 2/2012

Pada :
01 Ogos 2012

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan PKMD yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan di PKMD Petaling.





Membincangkan tentang perkara-perkara semasa dan juga yang berbangkit.

TAKLIMAT POTONGAN ZAKAT BULANAN

TAKLIMAT POTONGAN ZAKAT BULANAN

Pada :
03 Ogos 2012

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling
Taklimat yang disampaikan oleh En. Mohamad Shakor Sulaiman dari Bahagian Majikan (Kerajaan), Lembaga Zakat Selangor.




Menerangkan tentang menunaikan ibadah zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan dan perincian penolakan dalam pengiraan zakat pendapatan.





Cenderahati yang disampaikan oleh Puan PKMD kepada wakil Lembaga Zakat Selangor tanda penghargaan diatas taklimat yang diberi.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI BIRTHDAY JUN - JULAI 2012


Cenderahati yang disampaikan oleh Puan PKMD pada 03 Ogos 2012 kepada pegawai dan kakitangan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Jun & Julai 2012 sebagai tanda penghargaan di PKMD Petaling.

Birthday Jun 2012:
1. En. Dzahari

Birthday Julai 2012 :
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates