Social Icons

SOALAN LAZIM

:: Perkhidmatan Anak Pelihara ::
S. Bagaimanakah caranya untuk memohon anak pelihara melalui JKM? 
J. Pemohon boleh memohon samada melalui surat, faks, telefon, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di mana pemohon bermastautin. Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan seperti:

-Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
-Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
-Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
-Lain-lain dokumen yang berkaitan
S. Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak pelihara?
J. Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap di Malaysia.
S. Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
J. Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada JabatanPendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
S. Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak pelihara tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?
J. Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
:: Penderaan Kanak-kanak ::
S. Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak dan kes pembuangan bayi? 
J. Kes penderaan/ kes pembuangan bayi boleh dilaporkan melalui salah satu cara berikut:
a) Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040;
b) Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor;
c) Melaporkan kepada mana-mana balai polis/ Pondok Polis yang berhampiran;
d) Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak/ Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan atau;
e) Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.
:: Keganasan Rumah Tangga ::
S. Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes keganasan rumahtangga?
J. Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:
a) Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan yang berhampiran;
b) Menghubungi talian Teledera 1 800 88 3040;
c) Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan.
:: Perkhidmatan Permohonan Mendapatkan Anak Angkat ::
S. Berapa lama pemohon boleh mendapatkan anak angkat/anak pelihara? 
J. Segala permohonan baru akan diletakkan dalam senarai menunggu setelah segala maklumat dan syarat ditetapkan dipatuhi. Tiada tempoh masa tertentu kerana ia bergantung kepada jumlah kanak-kanak di Insitusi Jabatan.
S. Adakah pemohon anak angkat/anak pelihara daripada Institusi JKMM yang berjaya boleh memilih budak yang akan diserahkan kepada mereka?
J. Pemohon yang berjaya tidak boleh memilih bayi dari paras rupa fizikal, tetapi boleh memilih dari segi umur dan jantina.
S. Jika didapati budak tersebut tidak sesuai dengan kita, bolehkah keluarga angkat memulangkan budak tersebut kepada JKMM dan menggantikannya dengan budak yang lain?
J. Tidak boleh. Tawaran hanya diberikan sekali sahaja. Anak angkat akan diambil kembali sekiranya JKMM mendapati terdapat unsur-unsur pengabaian dan penderaan.
S. Adakah satu kesalahan memilihara anak angkat tanpa membuat pendaftaran/memaklumkan kepada JKMM?
J. Pengambilan anak angkat walaupun secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKMM mengikut sek.30, Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.
S. Berapa lamakah pengesahan taraf anak angkat/anak pelihara bagi permohonan yang berjaya memperolehinya?
J. Sekiranya pemohon adalah bukan Islam, Akta Pengangkatan 1952 boleh digunapakai untuk pengesahan buat anak angkat selepas 3 bulan menjaga anak tersebut. Bagi keluarga Islam, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 perlu digunapakai dan kanak-kanak perlu di bawah jagaan 1 bulan daripada 2 tahun.

14 comments:

  1. BAGAIMANA PIHAK JKM MENANGANI MASALAH KANAK-KANAK JALANAN ATAU APAKAH TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PIHAK JKM JIKA KES DILAPORKAN? TQ

    ReplyDelete
  2. Pihak kami banyak menerima aduan daripada pihak awam mahupun talian Nur berhubung kes kanak-kanak jalanan atau lebih jelas lagi kanak-kanak yang terlibat dengan kes-kes jualan dan kutipan derma di tempat awam.

    Kami beroperasi di peringkat daerah akan bertindak berdasarkan maklumat yang diberi. Sekiranya semasa lawatan di lakukan, kanak-kanak tersebut masih lagi berada di tempat yang di adukan, pihak kami akan menyelamatkan kanak-kanak dan menempatkan di tempat selamat yang telah di gazetkan oleh undang-undang di bawah Akta kanak-kanak 2001. Siasatan lanjut akan di lakukan terhadap penempatan kanak-kanak mengikut lunas-lunas undang-undang yang termaktub di bawah akta yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimanakah cara untuk membatalkan pengangkatan anak?.

      Delete
  3. askum salam selamat malam....sy OKU pendengaran bisu dan sy xdpt masuk duit yg bantuan kewangan JKM.....bulan 1 okey --->>> bulan 2,3 xdpt masuk duit dlm akaun BSN.....3/2/2015 TAK MASUK dengan 02/3/2015 TAK MASUK....macam mna ni....ya allah...tak bayar bil TNB dan tak bayar astro dan saya tak dapat makan dalam 2bulan.....apa yang berlaku JKM ni....saya pekerja work di balai polis

    saya sudah hantar borang JKM 20 dengan JKM 18
    Tarikh dh lepas 12/12/2014

    ReplyDelete
  4. askum salam selamat malam....sy OKU pendengaran bisu dan sy xdpt masuk duit yg bantuan kewangan JKM.....bulan 1 okey --->>> bulan 2,3 xdpt masuk duit dlm akaun BSN.....3/2/2015 TAK MASUK dengan 02/3/2015 TAK MASUK....macam mna ni....ya allah...tak bayar bil TNB dan tak bayar astro dan saya tak dapat makan dalam 2bulan.....apa yang berlaku JKM ni....saya pekerja work di balai polis

    saya sudah hantar borang JKM 20 dengan JKM 18
    Tarikh dh lepas 12/12/2014

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum .. name saya naim .. saya nak tanya dan saya nak mintak tolong dari pihak yang maklum .. sya nak urus kan seorang perempuan yang sedang hamil anak luar nikah dalam 3bulan tapi anak tersebut luar nikah bagaimane care untok lakukan care itu ea .. tolong berikerja sama dengan secepat mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Naim,

      Jika ibu bayi berusia bawah 18 tahun, ibu bayi tersebut hendaklah membuat penyerahan dengan surat keizinan ibu bapanya (datuk nenek bayi). Jika ibu kanak-kanak berusia lebih 18 tahun, penyerahan dengan surat keizinan boleh dibuat terus kepada ibu bapa pelihara (angkat).Sila pastikan juga Sijil Kelahiran telah dibuat oleh keluarga kandung bayi. Surat Keizinan hendaklah ditandatangani di Pesuruhjaya Sumpah.

      Apabila ibu bapa pelihara telah menerima bayi dari ibu kandungnya, hendaklah memaklumkan kepada pihaak JKM yang berhampiran untuk didaftarkan sebelum proses anak angkat dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara.

      Untuk penjelasan lanjut Encik boleh hubungi kami di talian 03-7842 2584 /87

      Delete
  6. Assalamualaikum.. saya seorng pelajar, bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan surat kebenaran melalui JKM untuk mengadakan aktiviti di pusat PDK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, untuk maklumat lanjut cik boleh terus menghubungi pegawai kami ditalian : 03-7842 2584 / 2587

      Delete
  7. assalam...sy ingin bertanya,adik saya lahirkan anak tidak sah taraf,anak itu diserahkan pada sepasang suami isteri dgn niat untuk dijaga sementara.kemudian pasangan tersebut menyuruh adik saya mengangkat sumpah di mahkamah.adik saya mengangkat sumpah dalam keadaan dia yg tengah serabut memikirkan permasalahan tersebut tanpa keluarga kami tahu.sekarang keluarga sy suda tahu dan kami ingin mengambil kembali anak tersebut.pada kami dia telah mengambil kesempatan pada adik kami yg dalam keadaan adik saya yang tengah serabut.lagi pula anak tersebut selalu sakit dan kerap kali masuk wad,anak tersebut mempunyai asma.kerap kali memanggil adik sy dan selalu menangis merindui mak nya kata penjaga tersebut pd adik sy...soalan sy,boleh kah adik sy mengambil semula anak tersebut?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..terlebih dahulu maaf kerana pihak kami lewat membalas soalan Puan. secara amnya, jika Sijil Lahir belum dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ibu kandung masih ada hak terhadap anaknya. harus diambil kira, usia adik puan semasa tandatangan surat sumpah tersebut, jika masih bawah umur, ianya tidak sah. dinasihatkan juga adik puan untuk membuat laporan polis untuk rujukan pihak berkenaan.

      Delete
    2. Asalmualaikum nak tanya sebagai seorg anak angkat yg telah di anakangkat kan dan di beri kelulusan oleh pehak jakm apa kh yg langka seterusnya maaf sebap bertanya..

      Delete
  8. assalamualaikum..
    Saya Sedang menjaga keluarga yg oku pesakit kronik terlantar sepenuh masa
    Dan pernah dapat bantuan sbanyank rm300 sebulan,awal tahun 2015,bantuan sya telah ditamat kan..
    sya juga telah mengisi semula borang kajian semula bantuan kewangan..

    Tapi sehingga hari ini,sya masih belom mendapat sebarang jawapan dari pihak JKM..

    sy cuba memeriksa keputusan permohonan secara online..
    tpi pemohonan terbatal...dan sya ada call jkm sungai petani mereka surat tunggu surat smpai skrg surat tak dapat jgk dekat dua bulan..
    mohon pnjelasan..

    terima kasih..

    ReplyDelete
  9. Salam sya nk tye kalau mcm orang tu dia ambik ank angkat dh buat smua dokumen penyerahan ank kepada ibu bapa angkat dan lepas interviuw di JPN dan dan JPN ckap kena tunggu 5 hari berkerja dan sebulan lebih dia tggu x call jgk kenapa ya n brapa paling lama proses kelulusan ibu bapa angkat tu ye..kira dia dah jaga ank angkat tu dah 2 tahun lebih

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates