Social Icons

Thursday 26 September 2013

MAKLUMAN : Pemegang Kad Kenal Diri Kurang Upaya (OKU)

Kepada semua pemegang kad oku, sila perbaharui kad lama kepada kad baru sebelum 30 September 2013 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan

Sila majukan dokumen berkaitan untuk proses pembaharuan kad :

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Kad Kenal Diri OKU
  3. Alamat dan No. Telefon terkini
  4. Gambar Berukuran Pasport (perkhidmatan mengambil gambar ada disediakan di kaunter Pejabat Kebajikan Masyarakat)
Kegagalan berbuat demikian boleh menyukarkan proses penyampaian perkhidmatan kepada OKU.

Contoh Kad Terbaru :


Monday 23 September 2013

WALK IN INTERVIEW I Temuduga Secara Terbuka Kemasukan Pelajar Baru Ke PLPP Bangi Bagi Sesi 2014

Dimaklumkan bahawa PLPP Bangi dalam proses pengambilan pelajar baru bagi sesi 2014. Sehubungan dengan itu semua calon-calon yang telah mengemukakan permohonan dijemput untuk menghadiri temuduga yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2013 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari

Tempat : Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP) Bangi

Bagi calon-calon yang tidak sempat mengemukakan permohonannya ke PLPP Bangi, juga digalakkan untuk menghadiri temuduga secara terbuka (walk in interview) dengan membawa borang permohonan, salinan sijil-sijil berkaitan serta laporan doktor yang lengkap.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Tuan Haji Bahrin Bin Md. Lani atau Puan Rosnani Binti Che Ali di talian : 03-8926 1996 / 03-8926 2684.

Borang Permohonan Kemasukan , Borang Pemeriksaan Doktor & Surat Persetujuan Ibubapa / penjaga kepada pelatih boleh di MUATURUN terus BLOG ini.

Tuesday 17 September 2013

Panduan Untuk Majikan - Menggajikan OKU

Panduan Untuk Majikan - Menggajikan OKU

Kurang Upaya Mental
  • Proses kerja perlu dipermudahkan
  • Arahan perlu diberi dengan cara yang mudah
  • Membenarkan tempoh latihan yang panjang
Kurang Upaya Fizikal
  • Ramp dan kemudahan tandas dibina mengikut spesifikasi pengguna kerusi roda.
  • Peralatan kerja ditempatkan berhampiran pengguna kerusi roda.
  • Ubah suai job task supaya pergerakan dapat diminimumkan.
Kurang Upaya Pendengaran
  • Menulis arahan yang mudah.
  • Visual demonstration bagi menerangkan cara - cara kerja.
  • Memakai lencana.
Kurang Upaya Penglihatan
  • Menyediakan lokasi kerja yang memudahkan pergerakan.
  • Brailler, komputer dan embosser, rajah grafik timbul.
  • Arahan dalam kod Braille dan rakaman.
Jenis - jenis Kerja yang Sesuai bagi OKU

Kurang Upaya Penglihatan
  • Bidang kerja profesional
  • Pensyarah
  • Guru
  • Penulis
  • Juruhebah
  • Ahli Perniagaan
  • Operator telefon
  • Operator pengeluaran
  • Perkhidmatan pelanggan
  • Tukang urut
  • Telemarketer
  • Piano tuner
  • lain - lain

Wednesday 11 September 2013

Aplikasi "SaveME 999" Untuk OKU Dilancar


PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Orang kurang upaya (OKU), khususnya berkaitan pendengaran dan pertuturan, kini boleh memanfaatkan teknologi telefon pintar untuk mendapatkan perkhidmatan kecemasan menerusi aplikasi 'SaveME 999'.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sistem itu membolehkan OKU menghubungi pusat panggilan Malaysian Emergency Response Service (MERS 999) bagi mendapat bantuan kecemasan serta-merta.

Kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion bagi membangunkan MERS 999 termasuk sistem alternatif untuk OKU ini yang menghubungkan pengguna kepada lima agensi iaitu polis, bomba, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, katanya kepada pada sidang media, di sini Isnin.

Beliau sebelum itu melancarkan aplikasi SaveME 999 yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi www.999.gov.my menggunakan telefon pintar dengan sistem operasi Android (versi 2.2 ke atas), iOS (versi 5 ke atas), BlackBerry (versi 6 dan 7) dan Windows (versi 7 dan 8).



Mengulas lanjut, Ahmad Shaberry berkata setakat ini sembilan negeri telah dilengkapi sistem MERS 999 manakala lima negeri lagi iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu dijadual mempunyai sistem itu selewat-lewatnya tahun depan.

Ahmad Shabery berkata aplikasi itu adalah hasil kerjasama kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Aplikasi serupa untuk golongan cacat penglihatan juga sedang diusahakan oleh TM, katanya.
Pada masa sama, beliau meminta OKU di negara ini mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mempermudah perkhidmatan kecemasan yang disalur menerusi SaveME 999.
Setakat Jun lepas, sebanyak 464,967 OKU berdaftar dengan JKM iaitu 42,909 OKU penglihatan; 55,517 OKU pendengaran; 153,918 OKU fizikal; 170,809 masalah pembelajaran; 2,725 OKU pertuturan; 16,998 (mental) dan lain-lain 22,091 orang.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta Pengerusi TM Datuk Seri Dr Halim Shafie.

-- BERNAMA
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates