Social Icons

Friday, 28 December 2012

Pengangkatan De Facto (JPN)

PROSEDUR PENGANGKATAN DE FACTO (JPN) :

Kelayakan Kanak-kanak :
  1. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Semanjung Malaysia.
  2. Telah dijaga, dibesarkan, dididik dan ditanggung oleh seseorang atau pasangan suami isteri sebagai anaknya selama 2 tahun secara berterusan.
  3. Akta tidak menyatakan sekatan terhadap pendaftran pengangkatan oleh bapa tunggal. Permohonan tersebut perlu mendapatkan kelulusan Pendaftaran Besar.
Kelayakan Pemohon :
  1. Salah seorang suami atau isteri berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada kanak-kanak.
  2. Salah seorang suami atau isteri berumur 21 tahun ke atas jika pemohon adalah abang, kakak, ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibu atau bapa kandung.
  3. Ibu atau bapa kanak-kanak.
  4. Kedua-dua suami dan isteri bermastautin di Semenanjung Malaysia.
Borang/ Dokumen Yang Diperlukan :
  • Borang JPN.AA01 - Permohonan Pendaftaran Pengangkatan
  • Borang JPN.AA07 - Surat Keizinan Pengangkatan Ibu Bapa Kandung
  • Kad Pengenalan Kedua-dua ibu bapa angkat
  • Sijil Kelahiran Kanak-kanak (asal)
  • Sijil Perkahwinan ibu bapa angkat
  • Sijil kelahiran anak-anak kandung (jika ada)
  • Sijil Anak Angkat yang lain (jika ada)
  • Surat Akuan ibu bapa angkat (jika berkaitan)
Permohonan Tanpa Keizinan Daripada Ibubapa Kandung :
  1. Ibubapa angkat perlu membuat surat akuan berkanun menyatakan hasrat mereka untuk mendaftarkan pengangkatan tersebut dan mengandungi maklumat-maklumat ibu bapa kandung seperti nama, no.kad pengenalan, alamat, tarikh penyerahan dan sebab-sebab tidak dapat mengemukakan keizinan ibu bapa kandung.
  2. Pendaftar akan merujuk permohonan tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan Laporan Sosial sebelum Pendaftar membuat keputusan (Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan : Bhg 1, Bab 3 Para 3.4)
Sijil Anak Angkat :
  1. Sijil Anak Angkat yang dikenali sebagai "Salinan Yang Diperakui Bagi Catitan Dalam Daftar" (Am 233) akan dikeluarkan untuk kanak-kanak bagi menggantikan Sijil Kelahiran.
  2. Bayaran adalah sebanyak RM 30.00, sekiranya diluluskan.

119 comments:

  1. Assalam...dr apa yg saya faham melalui artikel ini, sy boleh memohon utk mengambil anak angkat walaupun tanpa keizinan ibu kandung ank tersebut...adakh ia betul? Saya berminat untuk mengmbil seorang bby ni menjd ank angkt sy...masalh sy skrg ialah ibu bayi initidak mahu menjawab panggilan dan tidak mahu memberikn kerjasama...persoalan mengenai anknya ini tergantung2 samada dia mahu memjaganya atau tidak...sy ada berhubung dgn peg dr jkm...dan ktnye sy perlu mndptkn persetujuan ibu kndung bayi ini juga...andai ibu kndung bayi ini tidak mahu memberi kerjasama, maka bayi ini akn diperinthkn oleh mhkmh utk diletakkn di rkk...sy sgt berharap untuk menjadikan bayi ini sbg ank angkat saya...suami serta ank tunggal sy telah menyayangi bayi ini sepenuh hati...adakah tuan punya sbarang nasihat atau cara bagaimna sy boleh menjadikn bayi ini ank angkat dy? Mohon tuan hubungi sy di iyna_22@yahoo.com
    Saya amat mengharapkan bantuan dan pandangan dr tuan selaku mereka yg lbh arif dlm hal ini...
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalam...dr apa yg saya faham melalui artikel ini, sy boleh memohon utk mengambil anak angkat walaupun tanpa keizinan ibu kandung ank tersebut...adakh ia betul? Saya berminat untuk mengmbil seorang bby ni menjd ank angkt sy...masalh sy skrg ialah ibu bayi initidak mahu menjawab panggilan dan tidak mahu memberikn kerjasama...persoalan mengenai anknya ini tergantung2 samada dia mahu memjaganya atau tidak...sy ada berhubung dgn peg dr jkm...dan ktnye sy perlu mndptkn persetujuan ibu kndung bayi ini juga...andai ibu kndung bayi ini tidak mahu memberi kerjasama, maka bayi ini akn diperinthkn oleh mhkmh utk diletakkn di rkk...sy sgt berharap untuk menjadikan bayi ini sbg ank angkat saya...suami serta ank tunggal sy telah menyayangi bayi ini sepenuh hati...adakah tuan punya sbarang nasihat atau cara bagaimna sy boleh menjadikn bayi ini ank angkat dy? Mohon tuan hubungi sy di iyna_22@yahoo.com
    Saya amat mengharapkan bantuan dan pandangan dr tuan selaku mereka yg lbh arif dlm hal ini...
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Wsalam..terima kasih atas persoalan puan, Jika puan berminat untuk memelihara bayi berkenaan, usaha untuk mendapatkan surat keizinan dr ibu kandung adalah diperlukan bagi mengelakkan masalah timbul dikemudian hari. Puan hendaklah membuat Laporan polis berhubung penyerahan bayi tersebut seterusnya berjumpa dengan Pelindung di daerah puan bersama dokumen2 lain spt sijil lahir (jika ada) dan lain2 dokumen berkaitan. Perbincangan bersama Pelindung secara terperinci adalah penting bagi menentukan tindakan yang akan diambil.

    JIka kes ini perlu di bawa ke mahkamah, Pelindung akan menjelaskan kepada puan dan siasatan akan dibuat bagi memastikan kesesuaian puan sebagai Orang Yang Layak dan Sesuai dan selanjutnya adalah bergantung kepada keputusan pihak mahkamah.

    ReplyDelete
  4. salam.

    di bawah jagaan saya dan suami sekarang, baby yg berusian 1 tahun 7 bulan. penyerahan dilakukan ibu kandung sejak lahir kerana mengandung anak luar nikah. bil hospital dijelaskan, itu syarat yang diletakkan ibu kandung baby ini. kami ada isi borang penyerahan di hadapan commissioner for oath. dengan borang tersebut, kami bawak ke JPN untuk buat IC baby. baby ni dah mmg mcm anak kami sendiri. untuk pengetahuan puan, kami sudah berkahwin 6 tahun dan tiada zuriat, jadi puan boleh bayangkanlah betapa sayangnya kami dgn baby ni. masalahnya sekarang, ibu kandung baby ni minta kebenaran untuk tidur dgn baby dan bawak baby kluar tanpa kami. kami tidak setuju, namun beri syarat bleh jumpa tapi dgn kehadiran kami suami isteri.

    soalan saya, adakah dokumen yg disahkan oleh commissioner for oath itu membolehkan kami membuat permohonan de facto? bolehkah ibu kandung baby tarik balik surat akuan penyerahan tadi? perlukan ibu kandung hadir semasa proses pengangkatan?

    harap puan dapat bantu/beri pandangan pada saya dan suami. kami tidak mahu kehilangan anak kami. saya boleh dihubungi di do.ya.idura@gmail.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam puan,

    jika puan telah menjaga kanak-kanak selama 2 tahun, permohonan anak angkat de facto boleh dibuat di JPN dan surat keizinan ibu kandung boleh digunakan.

    Untuk jawapan yang lebih lanjut, pihak kami akan emailkan kepada puan.

    ReplyDelete
  6. Salam, saya masih bujang, ada wanita ingin memberi anak yg bakal lahir kepada saya untuk pengangkatan, namun, wanita tersebut bukan warganegara malaysia...apa yg patut sy lakukan supaya bayi yg bakal lahir mempunyai surat beranak dan sijil2 yg sah agar tidak susah untuk pendaftaran sekolah etc. mohon pencerahan dari pihak tuan apa yg patut sy lakukan dari mula..

    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Adek Wahab,

    Memandangkan encik berstatus bujang, Encik dibenarkan mengambil anak lelaki sahaja sebagai anak angkat. Encik perlu membuat Sijil Lahir bayi (dengan membawa ibu kandung ke JPN) serta mendapatkan Surat keizinan dari ibu kandung yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah.

    Dalam tempoh 7 hari mengambil bayi, encik hendaklah memaklumkan kepada pihak JKM tentang penjagaan kanak-kanak dengan hadir ke JKM di kawasan tempat tinggal.

    ReplyDelete
  8. assalam
    saya nak tnya,boleh ke saya nak ambil semula anak saya yg di jadikan anak angkat? anak saya dijadikan anak angkat ketika saya berumur 18 tahun,di sebabkan saya masih belajar,ibu saya xbenarkan saya menjaganya,boleh ke saya memohon untuk mengambil anak saya semula dari keluarga angkatya?

    ReplyDelete
  9. Wslam Farina, jika Puan telah menyerahkan anak puan beserta surat akuan keizinan yang telah ditandatangani di Pesuruhjaya Sumpah dan jika keluarga angkat telah mendapatkan Sijil Anak Angkat, maka keluarga angkat mempunyai hak sebagai penjaga yang sah sepenuhnya. Untuk makluman Puan, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya akan mengeluarkan Sijil Anak Angkat setelah semua dokumen dari keluarga kandung diperolehi untuk mengelakkan tuntutan dikemudian hari.

    Pihak puan boleh berhubung dengan keluarga angkat untuk mendapatkan status anak puan sekarang dan untuk maklumat yang lebih lanjut boleh berhubung dengan pihak JPN selanjutnya.

    ReplyDelete
  10. Boleh ke bapa kandung buat pemohonan pengangkatan bagi anak kandungnya ? Bagaimana prosudernye.bapa kandung telah mngahwini ibu kandung kpd anaknya.

    ReplyDelete
  11. insan terharu,

    Untuk makluman Tuan, jika tuan telah mengahwini ibu kanak-kanak tersebut, pengangkatan tidak perlu dibuat. Untuk maklumat lanjut tuan boleh datang ke mana-mana JKM terdekat untuk berbincang dengan lebih terperinci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi apa yg harus saya lakukan,tak lama lagi anak saya akan bersekolah,ada yang bagi cadangan buat pemohonan pengangkatan di jpn tp sy tak pasti ianya boleh dilakukan atau tidak.

      Delete
  12. Insan terharu,

    Pihak kami memerlukan penerangan yang jelas dari pihak tuan sebelum dapat memberi sebarang khidmat nasihat. Oleh itu tuan boleh menghubungi terus Pegawai Pelindung kami di talian :

    Tel : 03-7842 2584 / 2587

    ReplyDelete
  13. Salam/ slmt sejahtera, Saya baru berkahwin pada 29/3/2014, saya dan pasangan telah menjaga seorang baby angkat lelaki pada 17/6/2013, sebelum kami berkahwin, kami belum membuat sebarang permohonan atau akuan sumpah bersama ibu kandung... Umur baby skrg dh setahun 2 minggu, kami ambil untuk jagaan sejak baby lahir pada 17/6/2013, kami ingin bertanya.. Sekiranya ibu bapa kandung bayi tersebut berkawin di rumah kongsi.. Mereka tiada doc nikah sah jakim.. Jadi semasa kelahiran bayi.. Bayi didaftarkan atas sijil kelahiran nama ibu kandung dan tiada maklumat bapa.. Ibu seorang indonesia dan bapa warganegara bangladesh..perlukah kami bawa bapa bayi tersebut utk proses akuan sumpah kerana mereka tiada sijil nikah jakim.. Ibubapa bayi keduanya setuju dan tidak keberatan utk memberi bayi utk jagaan kami. Harap dapat puan/tuan jelaskan. Teriima kasih

    ReplyDelete
  14. Ezuhamu,

    Wslm, berdasarkan Sijil Lahir, jika tiada nama bapa dicatatkan, maka tidak perlu untuk mendapatkan tandatangan bapa kandung, tetapi jika bapa kandung boleh dihubungi dan boleh bekerjasama, adalah lebih baik untuk mendapatkan tandatangan kedua-duanya sekali.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Salam sejahtera,

    Saya ibu kandung kepada bayi lelaki yang kini hanya berumur 4 bulan lebih.

    Sijil Kelahiran telah daftar pada may 2014 ini dengan nama ibu dan bapa.
    Kini saya ingin tukar ke sijil anak angkat dengan nama ibu sahaja.

    Kini process cerai.,lelaki ini telah pisahkan saya dan bayi selama 3 bulan lebih.Betapa kejamnya dia tipu(terlalu panjang untuk diceritakan) dan memisahkan kami.

    Tolong beri panduan apa saya boleh buat untuk tukarkan sijil kelahiran ke sijil anak angkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudi ambil anak puan sebagai anak angkat...jika puan tidak keberatan, hubungi sy 0176106492

      Delete
  17. Salam sejahtera Puan,

    Secara amnya, Sijil Kelahiran tidak boleh dirukar kepada Sijil Anak Angkat jika
    Puan sendiri yang ingin memelihara bayi berkenaan kerana puan adalah ibu kandungnya.

    Ada beberapa keadaan Sijil Lahir boleh ditukar kepada Sijil Anak Angkat:

    1. Puan serahkan anak puan untuk dijadikan anak angkat kepada keluarga angkat. Jika ini berlaku, nama ibu bapa kandung akan digugurkan dan digantikan dengan nama ibu bapa angkat (selepas 2 tahun penjagaan).

    2. Bagi yang bukan beragama Islam dan telah berkahwin lain, boleh buat permohonan pengangkatan di bawah Akta Pengangkatan 1952 dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menggantikan Sijil Lahir lama dengan memasukkan nama bapa tiri dan ibu kandung dalam Sijil Lahir baru. Proses ini tidak boleh dilakukan bagi yang beragama Islam).

    Jika puan menghadapi masalah, sila berjumpa dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berhampiran atau Pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapat khidmat nasihat dan bimbingan.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas maklum balas.

    ReplyDelete
  19. salam..
    saya inginkan kepastian, jika seorang ibu kandung telah menyerahkan anak yg baru lahir kepada keluarga angkat diserta dengan akuan sumpah,
    bolehkah ibu tersebut menuntut anaknya balik dalam tempoh selepas dua bulan anak itu dalam jagaan keluarga angkat? dan jika ibu kandung memfailkan kes ini ke mahkamah syariah, adakah si ibu itu mendapat balik anaknya itu?

    ReplyDelete
  20. salam..
    saya inginkan kepastian, jika seorang ibu kandung telah menyerahkan anak yg baru lahir kepada keluarga angkat diserta dengan akuan sumpah,
    bolehkah ibu tersebut menuntut anaknya balik dalam tempoh selepas dua bulan anak itu dalam jagaan keluarga angkat? dan jika ibu kandung memfailkan kes ini ke mahkamah syariah, adakah si ibu itu mendapat balik anaknya itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam...

      Sebenarnya tuntutan masih boleh dibuat oleh ibu kandung dan sekiranya ini berlaku, ibu kandung boleh membuat tuntutan di Mahkamah. Keputusan berkenaan hak penjagaan kanak-kanak akan diputuskan oleh pihak mahkamah dengan mengambilkira faktor-faktor yang berkenaan dengan kes ini.

      Delete
    2. apakah faktor-faktor tersebut?

      Delete
    3. boleh emelkan detail lanjut pada sy..
      shahira90husna@gmail.com

      Delete
    4. Untuk maklumat lanjut pihak kami akan cuba memberi maklumbalas secepat mungkin.

      Delete
    5. Buat pengetahuan Pn Shasya lyana, keputusan berkenaan hak penjagaan kanak-kanak yang akan diputuskan perlu mengambilkira 7 keperluan penjagaan kanak-kanak.

      1) Keperluan penjagaan Fizikal
      2) keperluan penjagaan Psikologi
      3) keperluan penjagaan Emosi
      4) Keperluan penjagaan Kognitif
      5) Keperluan penjagaan Sosial
      6) keperluan penjagaan Moral
      7) Keperluan penjagaan Rohani.

      Kesemua faktor berikut akan dilihat dan dinilai bagi memastikan keperluan kanak-kanak dipenuhi.

      Sekian , terima kasih.

      Delete
  21. Assalam..
    Sy inginkan kepastian,bolehkah sy sebagai ibu kandung kpd ank tidak sah taraf membuat pengangkatan bagi ank sy sendiri..apakah prosedurnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm puan, ibu kandung mempunyai hak penjagaan sepenuhnya terhadap anaknya, oleh itu puan tidak perlu untuk membuat proses pengangkatan terhadap anak tersebut. Wlaubagaimanapun untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci puan boleh berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika terdapat sebarang kemusykilan puan boleh berhubung dengan Pelindung Kanak-kanak di Pejabat Kebajikan Masyarakat yg berhampiran untuk khidmat nasihat.

      Delete
  22. Salam..sy bujang asl Sarawak..
    Soalan nya : boleh ka sekiranya sy nak mengambil anak angkat semenanjung??apakah prosudernya?
    Harap pihak tuan/Puan dpt menjawab soalan sy ni..
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman puan boleh memohon, permohonan boleh dibuat melalui online di website JKM : http://www.jkm.gov.my/paponline/index.php?menu=info atau melalui permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dan dokumen yang diperlukan :

      Salinan Kad Pengenalan Ibubapa pelihara
      Salinan Sijil Perkahwinan
      Slip Gaji Terkini
      Laporan Kesihatan Ibubapa Pelihara
      Gambar Ibubapa Pelihara Bersaiz Pasport (1 Set)

      Delete
  23. Assalam..saya ingin bertanya mengenai sijil kelahiran anak saya sekiranya saya memberi anak saya kpda adik n pasangannya sebagai anak angkat...perlukah sijil kelahiran d tukar kpda sijil anak angkat n adakah akan ada masalah sekiranya tidak di tukar kpda sijil anak angkat?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..Puan yang dihormati,

      Sekiranya Puan bersetuju untuk menyerahkan anak Puan kepada adik dan pasangannya, adalah lebih baik sekiranya proses pendaftaran anak angkat dibuat bagi memudahkan segala urusan seperti persekolahan dan kesihatan anak Puan. Jika Sijil Anak angkat tidak dibuat, Puan masih lagi bertanggungjawab terhadap anak Puan dan diperlukan untuk menguruskan semua urusan rasmi berkaitan anak Puan.

      Delete
    2. Sekiranya saya bsetuju u mbuat sijil anak angkat...bermakna sijil lahir anak xlg d gunakan n d ganti dgn sijil anak angkat?jd nama saya n suami sbgai ibu bapa kandung akan digugur kan n di ganti dgn nama ibu n bapa angkat?

      Delete
    3. Ya. Sijil Anak Angkat berbeza dengan Sijil Lahir. Sijil Anak Angkat akan menggantikan Sijil Lahir yang tertera perkataan Anak Angkat dan ibu bapa angkat. Nama nama ibu bapa kandung tidak wujud dalam Sijil Anak Angkat hanya dinyatakan nama ibu bapa angkat yang dimaklumi sebagai penjaga yang sah kepada kanak-kanak tersebut

      Delete
  24. Assalamualaikum,

    Saya sudah berkahwin, merupakan orang Sarawak dan memang menetap di Sarawak.
    InsyaAllah saya bakal mengambil anak angkat di mana ibu kandungnya orang KL. Mengikut perancangan selepas bayi dilahirkan saya akan terus membawanya balik untuk tinggal bersama saya di Sarawak.
    Soalan saya, di manakah saya perlu mendaftar untuk mengambil anak angkat, di JPN KL atau di JPN Sarawak? Soalan kedua, selepas genap tempoh 2 tahun, di manakah saya perlu mendapatkan sijil anak angkat, di KL atau di Sarawak? Adakah terdapat sebarang masalah untuk saya mendapatkan sijil anak angkat memandangkan bayi adalah orang KL tetapi menetap bersama ibu bapa angkat di Sarawak sehingga genap tempoh 2 tahun?
    Terima kasih.
    rahimahrs@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaukumussalam Puan,

      Urusan bagi mendapatkan Sijil Anak Angkat hendaklah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). berdasarkan semakan dengan pihak JPN, jika puan mengambil bayi dari semenanjung, permohonan Sijil Anak Angkat tersebut hendaklah dibuat di JPN Putrajaya.

      Sila pastikan puan memperolehi Surat Keizinan Pengangkatan dari ibu kandung kanak-kanak yang telah di cop di pesuruhjaya sumpah dan juga Sijil Lahir disediakan terlebih dahulu. Tiada masalah jika puan ingin menjaga kanak-kanak di Sarawak tetapi beberapa prosedur tertentu dengan pihak Imegresen perlu dipatuhi sebelum bayi di bawa ke Sarawak. Puan juga perlu memaklumkan pengambilan dan penjagaan bayi berkenaan kepada JKM di tempat tinggal puan.

      Delete
  25. Assalamualaikum,saya mahu mengambil anak angkat yg bakal dilahirkan pada bulan 11/2015 ni..tetapi ibunya warganegara Indonesia,bagaimana saya hendak memproses sijil ank anak angkat dan mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya?saya harap pihak JKM Petaling dapat membantu saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puan,
      Sebelum puan mengambil bayi berkenaan, puan hendaklah mendapatkan Sijil Kelahiran dan Surat Keizinan yang telah ditandatangani oleh ibu kandung di pesuruhjaya sumpah serta membuat Laporan Polis (jika perlu). Selepas itu puan perlu memaklumkan pengambilan bayi berkenaan kepada JKM yang berhampiran di tempat tinggal puan. Puan boleh menghantar permohonan Sijil Anak Angkat ke JPN setelah 2 tahun penjagaan bayi..

      Delete
  26. salam, saya bakal berkahwin dengan seorang duda yg mempunyai anak tidak sah taraf. si ayah telah mengasuh anak sejak lahir sehingga si anak sekarang berumur 4 tahun. (ibu kandung telah melarikan diri setelah 2 bulan melahirkan anak). masalah timbul bila sy dan si ayah mahu mendaftarkan si anak sekolah kerana statusnya yg memerlukan ibu kandung sahaja. menyedari masalah ini akan berterusan untuk urusan yg akan dtg, setelah berkahwin, sy ingin mengambil si anak sebagai anak angkat. kputusan ini disokong oleh perasaan syg sy kepada si anak setelah sama2 membesarkan si anak bersama si ayah tersebut. bagi si anak, sy lah ibu nya. tetapi, ibu kandung si anak tidak mahu memberikan kerjasama untuk sy mengambil si anak sebagai anak angkat walaupun sy telah nyatakan ini untuk kebaikan si anak. bagaimana sy boleh ambil si anak tersebut tanpa kerjasama dr ibu kandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Puan

      Ibu kandung mempunyai hak terhadap kanak-kanak berdasarkan bukti dalam Sijil Kelahiran kanak-kanak. perbincangan boleh dibuat bersama ibu kandung sekiranya beliau mahu bekerjasama memberikan surat keizinan menyerahkan anak kepada puan dan bakal suami untuk dijadikan anak angkat. Dalam hal ini, keupayaan dan komitmen ibu kandung untuk menjaga semula kanak-kanak (jika beliau mahu) amat penting bagi mengelakkan berlaku penganiayaan terhadap kanak-kanak dan mengambil kira hubungan (bonding) dengan kanak-kanak yang telah lama terpisah. Untuk keterangan yang lebih lanjut, puan boleh berbincang dengan Pelindung kanak-kaank di daerah Puan kerana ia melibatkan isu pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak.
      Untuk kebaikan si anak (for the best interst of the child), Pelindung akan memberikan cadangan untuk penjagaan kanak-kanak jika ibu kandung enggan bekerjasama atau beliau tidak mahu menjaga kanak-kanak. Dalam hal ini, jika perlu, perintah mahkamah boleh diambil.

      Delete
  27. Assalamualaikum.. Saya ada menjaga seorg bayi lelaki Dr usia 9bulan.. Skrg anak tu dah 1/tahun.. Sgala kos susu,pampers Dan kperluan bayi kami sediakn.. Ibu kandung ada dtg melawat Dan bermalam dirumah saya.. Saya tidak menghalang.. Tapi rasanya lebih elok saya ambil sebagai anak angkat yg sah until saya pelihara Dan memenuhi kperluan bayi ni.. Msalahnya ibu kandung seperti bermain tali.. Ape yg perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Puan boleh berbincang dengan ibu kandung jika beliau boleh memberi surat keizinan untuk menyerahkan anaknya kepada puan memandangkan Puan telah menjalankan penjagaan sepenuhnya terhadap bayi itu dan berhasrat untuk menjadikannya anak angkat. Jika dalam Sijil Lahir bayi tertera nama bapa kandung, keizinan juga perlu diperolehi dari bapa kandung.
      Puan hendaklah memaklumkan ke JKM berkenaan pengambilan bayi tersebut selepas mendapat surat keizinan dari ibu kandungnya. Jika ibu tidak bersetuju menyerahkan bayi tersebut, perbincangan diantara Puan dan ibu tersebut hendaklah dibuat bagi memastikan penjaga yang sah kepada bayi adalah jelas bagi mengelakkan berlaku masalah persekolahan, rawatan kesihatan dan lain-lain.
      Untuk khidmat nasihat, Puan boleh berhubung dan meminta bantuan dari Pelindung Kanak-Kanak di JKM berhampiran untuk memudahkan perkara ini diselesaikan.

      Delete
  28. Salam sy ingin bertanya bagaimana..atau apakah yg patut sy lakukan utk proses pengambilan anak angkat yg bakal lahir. Sy menetap d melaka..berkahwin 3 tahun blm mpunyai anak. Ibu dan bayi yg bakal dijadikn anak angkt berada d sabah. Usia kandungan 5 bulan. Ibu kandung berusia 14 tahun. Bersrtuju utk memberikn bayi yg bkl lahir tu kepada sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      Memandangkan ibu kandung baru berusia 14 tahun iaitu masih kanak-kanak, surat keizinan perlu diperolehi dari ibu bapa kanak-kanak itu. Pastikan Sijil Lahir juga dibuat oleh keluarga kandung sebelum puan mengambil bayi berkenaan. puan perlu memaklumkan kepada pelindung kanak-kanak di pejabat kebajikan Masyarakat di Melaka dalam tempoh 7 hari selepas mengambil bayi berkenaan.

      Permohonan bagi pengangkatan perlu dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah selepas 2 tahun puan memelihara bayi berkenaan.

      Delete
    2. Salam, terima kasih atas maklumat pihak jkm ia sgt mbantu sy. Sy akn ke sabah 15hb dis 2015 ini, bagi menyambut kelahiran bayi tersebut. Dn akan mgikut proses yg pihak jkm maklumkn, tetapi sy tdk dpt melaporkn ke jkm melaka dlm tmpoh 7 hari berkenaan disebabkan baby tersebut masih kecil utk di bw menaiki pesawat. Jd sy akn duduk sebulan d sbh. Blh ka sy memaklumkn kepda jkm melaka slps sebuln? Ibu kepada bby ini tidak berkahwin dgn bapa kandung baby tersebut. Selps sy mndapat surat keizinan/akuan dr ibu pada ibu baby, adakah bapa kandung baby tersebut blh membuat tuntutan ke atas baby tersebut melalui hak penjagaan dr makhmah?

      Delete
    3. Wsalam Puan
      Sebaiknya Puan buat Laporan Polis selepas menerima bayi berkenaan dan maklumkan kepada pegawai JKM Melaka apabila telah kembali ke semenanjung.

      Surat keizinan perlu diperolehi dari ibu bapa kanak-kanak (datuk dan nenek bayi). Selagi Sijil Pengangkatan belum diperolehi, ibu/ bapa kandung kanak-kanak masih mempunyai hak terhadap kanak-kanak. Pemakluman kepada pegawai JKM adalah sangat penting.

      Delete
  29. Salam tuan..saya ingin bertanya..saya.mengahwini.seorang janda dan dia.memiliki.anak.angkat tetapi.sekarang.kami dalam.proses.perceraian..persoalan saya
    1.Adakah saya secara automatik.menjadi ayah.angkatnya bila saya.mengahwini ibunya...anak.angkat.ini diambil semasa dia bersama suami pertama
    2.dari.segi hukum syarie isteri saya nusyuz..menderhakai.suami..bercinta dengan lelaki lain dan menghina.suami..keadaan ini berlaku juga ketika.bersama.suami.pertamanya adakah perkara.ini dia.masih.layak.menjadi.penjaga.pada.anak.angkatnya
    3.adakah keputusan.mahkamah.syariah boleh.diguna pakai untuk membuktikan kehilangan haknya sebagai penjaga pada anak.angkatnya
    4.isteri mempunyai.laporan polis.oleh.suami pertamanya kerana cubaan mencederakan adakah.laporan itu membuatkan dia.khilangan hak
    5.Sikap.panas.baran dan pernah.mengungut untuk.membunuh.dan mencederakan saya masih.melayakkn haknya

    dari.segi kemampuan.memang dia.mampu untuk.membesarkan anak tersebut dan dia juga menyayangi.anak tersebut tetapi.dari.moral.seorang ibu dan agamanya adakah.masih.melayakan.dia.menjadi.penjaga.pada.anak.angkat itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam

      1. Encik dikira sebagai penjaga dan berperanan sebagai ayah kepada kanak-kanak selagi masih dalam perkahwinan bersama ibu angkat (isteri).

      2. Penjaga dikira komited dan layak menjaga kanak-kanak selagi dia tidak mengabaikan 7 keperluan kanak-kanak (fizikal, psikologi, emosi, kognitif, moral, sosial dan rohaniah)

      3. sekiranya penjaga menunjukkan komitmen terhadap pejagaan kanak-kanak, dia masih boleh menjaga kanak-kanak, tambahan pula dia adalah penjaga yang sah (Sijil Anak Angkat).

      4. bergantung sejauh mana ibu angkat itu boleh memberikan perlindungan keselamatan terhadap kanak-kanak.

      5. Sikap/ komitmen penjaga menentukan kualiti penjagaan terhadap kanak-kanak. Jika encik merasakan keselamatan kanak-kanak terancam dengan tindakan isteri, aduan boleh dimajukan ke JKM.

      Delete
  30. Terima kasih ..sekiranya keputusan hakim mahkamah syariah yg mnyerahkn hak jagaan anak pada suami atau muhrim suami krn isteri.nusyuz dan derhaka adakah keputusan mahkamah itu bole digunapakai untuk melepaskn haknya sebagai ibu angkat mengikut prosedur JKM atau tidak....
    1.Adakah pihak JKM boleh.membatalkan atau membelakangkan keputusan hakim mahkamah syariah...
    2.Disebabkan oleh kepelbagaian, perbezaan dan perincian antara akta sivil.dan akta syariah tetapi kedua2nya berdasarkan perlembagaan Malaysia cuma.akta syariah khusus utk orang islam yang manakah menjadi.keutamaan pihak JKM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak JKM tiada kuasa untuk menggugurkan hak jagaan anak kepada pihak lain kerana JKM hanya bertindak dibawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001 untuk menyelamatkan kanak-kanak dari penganiayaan. Jika penjaga yang sah tidak layak untuk menjaga kanak-kanak, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak akan menamakan orang lain yang layak dan sesuai untuk menjaga kanak-kanak dengan perintah mahkamah untuk satu-satu tempoh tertentu (selepas siasatan terperinci dijalankan)

      1. Pihak JKM hanya bertindak dengan suci hati untuk menyelamatkan kanak-kanak dari menjadi mangsa penganiayaan dan tiada unsur untuk membelakangkan mana-mana keputusan Mahkamah Syariah

      2. Jika penganiayaan benar-benar telah berlaku terhadap kanak-kanak, usaha menyelamatkan kanak-kanak akan diambil dibawah Akta Kanak-Kanak 2001. Pihak Tuan boleh merujuk kepada Mahkamah Syariah berhubung dengan hak penjagaan kanak-kanak dengan lebih lebih lanjut.

      Delete
  31. salam. saya baru mendapat baby angkat. apa perkara yg patut saya buat? surat beranak ibu bapa kandung akan buat. seterusnya apa yg perlu saya buat yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam
      puan hendaklah mendapatkan surat keizinana dari ibu atau ibu bapa kandung bayi tersebut, seterus membuat pendaftaran di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran dan mendapatkan borang pendaftaran. Sila bawa bersama:
      1. salinan K/P pemohon suami dan isteri
      2. Salinan Sijil nikah
      3.Salinan Surat Keizinan ibu bapa kandung
      4. Salinan Sijil Lahir kanak-kanak
      5. Salinan Sijil Lahir anak-anak kandung (jika ada)
      6. Salinan Slip gaji
      7.Salinan Laporan Polis (jika ada)

      Delete
  32. Assalamualaikum..

    Saya sudah berkahwin dan tinggal di Johor..ingin bertanya, apakah yang saya perlu lakukan sekiranya di Melaka ada anak yang tidak sah taraf dan ibunya di bawah umur 18 tahun ingin memberikan anaknya yang sudah 3 bulan di lahirkan? Apa perkara pertama yang saya perlu lakukan..ke JPN dulu atau ke JKM? Hendak di buat di Melaka atau Johor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....
      Encik dan isteri perlulah mendapatkan surat keizinan dari ibu kandung kepada kanak-kanak iaitu nenek kepada bayi (memandangkan ibu kandung kepada bayi berkenaan adalah dibawah umur), keizinan dari ibu kandung bayi dan seterusnya membuat pendaftaran dibawah Seksyen 35 Akta Kanak-Kanak 2001 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran dan mendapatkan borang pendaftaran. Sila bawa bersama:

      1. Salinan Sijil Kelahiran Anak Pelihara
      2. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa Pelihara
      3. Salinan Sijil Kahwin / Surat Nikah Suami Isteri
      4. Salinan Penyata Pendapatan Suami Isteri
      5. Salinan Surat Akuan Sumpah Ibu Bapa Angkat
      6. Salinan Laporan Polis Pengambilan Anak Pelihara 9( jika ada)
      7. Surat Keizinan Ibu Kandung

      Dokumen boleh diuruskan di Melaka dimana bayi dan keluarga kandung berada. Manakala proses pendaftaran Seksyen 35 AKK 2001 boleh dibuat di Johor beserta dokumen lengkap. Segala urusan perlu dirujuk kepada JKM terlebih dahulu. Terima kasih

      Delete
  33. Salam .. saya nak bertanya,saya boleh tuntut balik kah anak kandung saya dari ibu angkatnya..anak kandung sa baru 2 bulan,dan saya ingin ambil balik,kami suda pun buat surat sumpah..adakah saya ada hak mengambil anak kandung saya balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci, Puan dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari Pelindung Kanak-Kanak di Pejabat Kebajikan MAsyarakat Daerah yang berdekatan.

      Delete
  34. Bagaimana prosedur untuk dapatkan Surat keizinan berkanun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat keizinan berkanun boleh diperolehi di mana-mana Pejabat Pendaftaran Negara. Terdapat 2 akuan berkanun iaitu
      1. Akuan berkanun (ibu bapa angkat)
      2. Surat Akuan Berkanun Keizinan Pengangkatan (ibu bapa kandung)
      Borang tersebut hendaklah dilengkapkan dan ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.

      Delete
  35. Assalamualaikum..

    Abg saya ada mengambil seorg anak angkat dr usia 1 hr dan berumur 4 tahun sekarang,sepanjang tempoh itu,saya yg menjaga dan mendidik kanak-kanak tersebut memandangkan ia adalah perempuan..Abg saya mempunyai surat akuan berkanun keizinan pengangkatan atas namanya..soalan saya:
    1.bolehkah saya yg memohon sebagai ibu angkat sedangkan surat izin tersebut diatas nama abang saya?
    2.saya masih bujang,layakkah memohon sbg ibu angkat?

    saya anak berharap persoalan saya dpt dibalas

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..

      Puan dan abang kandung dinasihatkan untuk berjumpa dengan Pelindung Kanak-Kanak di daerah Puan/Tuan untuk membuat pemakluman kerana mengambil anak dalam jagaan. Pelindung Kanak-kanak akan menyemak semua dokumen yang ada termasuk Surat Keizinan yang dimaksudkan. Jika kanak-kanak itu perempuan, salah seorang penjaganya mestilah perempuan juga (wanita bujang juga dibenarkan). Penjaga lelaki tunggal tidak dibenarkan.

      Delete
  36. Bolehkan ibu bapa angkat memulangkan semula ank angkat tersebut kepada bapa kandung? (warga indonesia) hampir 14thn memelihara dgn hak peangkatan yg sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk memulangkan semula anak angkat kepada bapa kandung, hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Pelindung Kanak-Kanak bagi mendapat nasihat kerana ia melibatkan keselamatan dan juga kebajikan kanak-kanak tersebut tambahan pula kanak-kanak tersebut telah dijaga selama 14 tahun. Keadaan semasa ibu bapa kandung perlu diteliti untuk melihat komitmen sebagai penjaga. Perkara ini juga perlu dirujuk kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkenaan Sijil Anak Angkat.

      Delete
  37. Salam,

    Saya nak ambil anak angkat dari pasangan indonesia yang tiada sebarang dokumen perjalanan (pastport & permit) dan jugak surat nikah yang sah. Pasangan tersebut bersetuju untuk menyerahkan anak mereka kepada saya sebagai anak angkat. apakah langkah pertama yang sy perlu buat utk mendapatkan sebarang dokumen bayi tersebut seperti surat beranak.
    1) Adakah saya perlu membuat surat akuan sumpah penyerahan anak dari pasangan tersebut ?
    2) Pasangan tersebut tidak mempunyai sebarang document yg sah (kosong)
    3) Layak atau tidak daftar JPN untuk mendapatkan surat beranak
    4) Bagaimana untuk daftarkan kepada JKM bagi melayak kan saya mendapatkan hak penjaaan anak angkat tersebut.

    Saya berharap pihak JKM dapat dapat membantu memberikan jawapan yang pasti tentang kes diatas.
    3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam

      Untuk makluman Puan, pengambilan anak warga asing yang mana ibu bapanya tiada dokumen akan menyukarkan ibu bapa angkat kerana anak ini akan menghadapi masalah persekolahan, mendapatkan rawatan kesihatan dan lain-lain kelayakan seperti kanak-kanak warganegara.

      Jika ibu bapa angkat sanggup untuk menjaga dan memelihara kanak-kanak tersebut, ibu bapa angkat hendaklah membuat akuan berkanun penerimaan anak tersebut dan membuat Laporan Polis berkenaan pengambilan anak tersebut serta merujuk kepada pihak JKM dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

      Selepas menerima kanak-kanak tersebut, dalam tempoh 7 hari hendaklah memaklumkan kepada pihak JKM berhampiran.

      Delete
  38. Salam..saya nak tanya.saya baru sahaja bekerja di sabah....saya perlu menguruskan beberapa dokumen untuk urusan elaun wilayah.antara dokumen yang saya perlu sediakan adalah sijil lahir,ic ibu bapa dan sijil lahir ibu bapa...memandangkan saya adalah anak angkat,maka sijil anak angkat yang sediakan berserta ic dan sijil lahir ibu bapa angkat...

    Namun masalahnya di sini,pihak pengurusan kewangan tidak mahu menerima dokumen saya melainkan saya serahkan sijil kelahiran saya,ic dan sijil kelahiran ibu bapa kandung saya..

    Apa yang saya tahu..berdasarkan pengetahuan saya...ibu bapa kandung saya sudah hilang kelayakan ke atas saya...yang hanya layak adalah ibu bapa angkat saya...selama ini apa2 urusan rasmi saya menggunakan sijil anak angkat dan ibu bapa angkat saya saja..Alhamdulillah tiada masalah...tapi apabila untuk urusan elaun nie ada masalah pada dokumen ni...

    Jadi..apa patut saya buat?sedangkan sijil anak angkat itulah yang digunakan selama nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      Untuk menjawab perkara ini, Tuan hendaklah berhubung dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan maklumat berkenaan ibu bapa kandung.

      Delete
  39. Salam..saya nak tanya.saya baru sahaja bekerja di sabah....saya perlu menguruskan beberapa dokumen untuk urusan elaun wilayah.antara dokumen yang saya perlu sediakan adalah sijil lahir,ic ibu bapa dan sijil lahir ibu bapa...memandangkan saya adalah anak angkat,maka sijil anak angkat yang sediakan berserta ic dan sijil lahir ibu bapa angkat...

    Namun masalahnya di sini,pihak pengurusan kewangan tidak mahu menerima dokumen saya melainkan saya serahkan sijil kelahiran saya,ic dan sijil kelahiran ibu bapa kandung saya..

    Apa yang saya tahu..berdasarkan pengetahuan saya...ibu bapa kandung saya sudah hilang kelayakan ke atas saya...yang hanya layak adalah ibu bapa angkat saya...selama ini apa2 urusan rasmi saya menggunakan sijil anak angkat dan ibu bapa angkat saya saja..Alhamdulillah tiada masalah...tapi apabila untuk urusan elaun nie ada masalah pada dokumen ni...

    Jadi..apa patut saya buat?sedangkan sijil anak angkat itulah yang digunakan selama nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      Untuk menjawab perkara ini, Puan hendaklah berhubung dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan maklumat berkenaan ibu bapa kandung.

      Delete
  40. Salam...saya nak tanye soalan ni.ceritanya macam ni..saya ada kawan org semenanjug,dan nak bg saya bayi dia..tambahan pulak saya memang lama dah nak ade anak angkat...bila dah tau dia mgandung,saya suruh dia datang tempat saya iaitu sarawak dan sekarang dia baru je dah melahirkan bayi tu dekat hospital swasta di sini...bolehkah bg saya (orang sarawak) nak ambil anak tu jadi anak angkat walaupun mak dia orang semenanjung?bolehke?dan prosedurnya macamana ye?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Permohonan Pengangkatan boleh dibuat di Sarawak dengan syarat Ibu bapa pelihara/angkat bermastautin di Sarawak dan menjaga kanak-kanak sepenuhnya di Sarawak.

      Delete
    2. Tapi saya telah buat pmohonan pengangkatan di sarawak tetapi ditolak..dan pegawai daerah memaklumkan bahawa saya perlu memohon pengangkatan di semenanjung memandangkan mak budak tu takde sarawak connection langsung...pastu saya pun pergi kl..berurusan dgn jpn bdekatan rumah mak budak tu..iaitu jpn kota damansara...dan diorg dekat jpn tu suruh saya dan ibu budak ;buat surat sumpah depan pesuruhjaya sumpah...lepas tu pihak jpn kota damansara kata saya kena tunggu 2 tahun barulah dpt mohon...tapi kena memohon kat jpn dekat tempat saya iaitu sarawak..masalahnye sekarang saya pun dah blur dah...admin rasa susah sgtke org sarawak nak ambil anak angkat dari semenanjung?

      Delete
    3. Untuk makluman puan, terdapat perbezaan dari segi Akta pengangkatan di semenanjung dan di Sarawak. walaubagaimanapun, jika pihak JPN Kota Damansara mengarahkan Puan untuk membuat permohonan anak angkat di Semenanjung, prosedur di bawah Akta Pengangkatan 1952 adalah terpakai. Puan hendaklah menjaga kanak-kanak tersebut sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum permohonan Sijil Anak Angkat di buat. Puan juga hendaklah memaklumkan pengambilan kanak-kanak kepada Pelindung Kanak-Kanak di JKM Bahagian (tempat tinggal Puan)di Sarawak selepas mengambil kanak-kanak dari ibu kandungnya. Sebarang pertanyaan berkaitan pengangkatan hendaklah berhubung dengan pihak JPN

      Delete
    4. Pihak jpn kota damansara kate saya kena buat pengangkatan di jpn sarawak...saya risau setelah dua tahun nanti akan menghadapi masalah untuk mdapatkan sijil anak angkat...

      Delete
    5. Pihak kami tidak menguruskan permohonan sijil anak angkat, oleh itu puan dinasihatkan berbincang dengan pihak JPN berkenaan perkara ini. Pihak JKM hanya memantau kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak mengikut akta kanak-kanak 2001

      Delete
    6. Salam lydia, boleh kamek mintak email address kitak? or kitak email kmk dolok riniejai@hotmail.com atau mizzrynnie23@gmail.com

      Delete
    7. Salam..ni saya lydia..0128720551

      Delete
    8. Salam, boleh kongsi info dgn kmk juak. Lbh kurg sama kes, kmk tgh me nunggu kelahiran bayi ya masa tuk..destera@gmail.com, 0138178190 wan

      Delete
  41. Assalamualaikum , saya nak tanye klau budak suda berumur 17thn dan dihadap untuk menjadi anak angkat, ibubapa kandung anak tersebut bukan warganegara dan anak tersebut secara lansung adalah bukn warganegara . adakah masih bole dijadikan anak angkat ? disebabkan ada butir butir borang yang tidak dpt dilengkapkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam
      Jika ibu bapa angkat bukan warganegara, permohonan anak angkat masih boleh dibuat dengan syarat ibu bapa angkat bermastautin di Malaysia. Persoalan mengenai usia kanak-kanak untuk dibuat pengangkatan perlu dirujuk kepada Jabatan pendaftaran Negara (JPN).

      Delete
    2. jika ibu bapa angkat itu warganegara adakah anak angkat tersebut layak mendapatkan kewarganegaraan?

      Delete
    3. Permohonan kewarganegaraan hendaklah dibuat selepas Sijil Anak Angkat diperolehi. Kelayakan untuk mendapatkan warganegara adalah bergantung kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

      Delete
  42. Salam... Saya mau tanya... Saya dan suami telah berkahwin selama 6thn dan tidak mempunyai zuriat... Adik ipar saya iaitu adik kepada suami saya telah menyerahkan anak beliau untuk dijadikan anak angkat kepada kami... Kini usia anak tersebut 1 tahun 7 bulan... Saya telah menjaga anak tersebut dari 2 hari setelah dilahirkan... Sejak mengandung suami kepada adik ipar saya telah menghilangkan diri sehingga sekarang dan adik ipar saya telah menuntut taklik dan telah sah bercerai... Soalan saya... Bagaimana prosedur untuk pemgambilan anak angkat? Untuk pengetahuan... Suami orang sarawak dan saya orang sabah sekarang kami menetap ni sabah... Adakah masih memerlukan keizinan daripada bekas suami adik ipar yg mana tidak dapat dikesan dan mereka telah sah bercerai? Perlu ka berurusan dgn JKM? Or hanya JPN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Puan,
      Keizinan dari ibu bapa kandung mesti diperolehi memandangkan nama ibu dan bapa kandung tertera di dalam Sijil Lahir . Jika bapa kandung telah menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan, Puan hendaklah berbincang dengan pihak JPN sama ada perlu membuat siaran akhbar atau terdapat prosedur lain bagi membolehkan proses pengangkatan ini dilakukan.
      Puan juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak JKM berkenaan pengambilan anak tersebut ke dalam jagaan Puan.

      Delete
  43. Assalamualaikum...sy ingin bertanya....boleh @ tidak datuk & nenek ingin menjadikan cucunya sebagai anak angkat...memandangkan ibu kandung anak tersebut kurang berkemampuan...kalau boleh...prosesnya mcm biasa ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      permohonan anak angkat adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan pendaftaran negara (JPN). ibu bapa kandung yang masih komited menjaga anak-anaknya tidak digalakkan menyerahkan anak mereka untuk dijadikan anak angkat kerana akan melucutkan hak ibu bapa tersebut terhadap anaknya. Pengambilan anak angkat dikalangan ahli keluarga kebiasaannya bagi kes-kes tertentu seperti ibu bapa kandung meninggal dunia atau tiada komitmen penjagaan seperti menghilangkan diri, penagih dadah dan sebagainya. Bagi memudahkan urusan rasmi seperti sekolah dan perubatan, kanak-kanak ini akan dijadikan anak angkat bagi memudahkan urusan tersebut.Ini juga terpakai terhadap anak tidak sah taraf.

      Delete
  44. Asalamualaikum..
    Saya ingin mengambil anak kandung saya dari ibubapa angkat dia..saya telah serahkan anak kandung saya setelah dilahirkan kepada ibubapa angkat tersebut..sekarang anak saya berumur 4tahun..ibubapa angkat anak saya sekarang baru saja bercerai..dan mereka dalam proses mengambil hak penjagaan anak saya...dapatkah saya tuntut kembali anak kandung??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, pihak kami perlu mendapatkan kepastian samada sijil anak angkat telah dikeluarkan atau belum, jika sudah ada ibubapa angkat mempunyai hak penjagaan yang sah terhadap kanak-kanak tersebut. Untuk kepastian lebih lanjut puan boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi maklumat yang lebih terperinci.

      Delete
  45. Salam..sy ingin bertanya..sy mpunyai seorang anak tidak sah taraf yg berumur 4 tahun..sy masih belum berkahwin..bagaimana caranya jika sy ingin membuat pengangkatan terhadap anak tersebut untuk memudahkan urusan sekolah pada masa akan datang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan tidak perlu membuat pengangkatan kerana puan adalah ibu kandung dan juga penjaga yag sah.

      Urusan rasmi utk persekolahan dan kesihatan hanya memerlukan sijil lahir kanak-kanak. Nama puan telah dinyatakan di ruang ibu kandung, oleh itu urusan utk menukar status kepada ibu angkat tidak diperlukan

      Delete
  46. assalamualaikum,
    saya ingin bertanya ada seorang wanita warga asing yg dijangka akan melahirkan anak pd hujung februari ini dan ditinggalkan suami tanpa dokumen cuma ada passport sahaja yg masih hidup. Dia hendak menyerahkan bayi tersebut kerana tidak mampu menjaganya & saya bercadang untuk mengambil sebagai anak angkat memandangkan saya pun tidak mempunyai anak setelah hampir 7 tahun berkahwin. Adakah saya boleh mengambil anak tersebut dan apakah proses yang saya perlu buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam

      Jika wanita tersebut bersetuju untuk menyerahkan anaknya kepada encik, ibu kandung bayi hendaklah membuat surat keizinan menyerahkan anak kepada encik dan isteri serta ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah, ibu kandung juga perlu menguruskan sijil Lahir bayi sebelum menyerahkan bayi kpd encik. Pihak encik juga dinasihati untuk membuat laporan polis setelah menerima bayi berkenaan sebagai 'cover report'. setelah itu, encik hendaklah memaklumkan pengambilan bayi berkenaan kepada JKM dalam tempoh 7 hari selepas pengambilan.Permohonan Sijil Anak Angkat boleh dipohon selepas 2 tahun penjagaan.

      Delete
  47. Assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimana saya ingin menghubungi keluarga angkat kepada anak saya? saya tiada maklumat tentang keluarga ini. Kerana semua urusan dengan parents saya dan parent saya tidak mahu bagi.saya hanya ingin tahu keadaan baby saya sahaja. Bolehkah saya ingin mendapatkan nombor telefon mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam

      Pihak JKM tiada maklumat mengenai keluarga angkat bagi kanak-kanak yang diserahkan kepada keluarga angkat, melainkan jika urusan penjagaan anak Puan dibuat melalui pihak JKM. Puan perlu mendapat penjelasan dari ibu bapa puan mengenai perkara ini.

      ReplyDelete

      Delete
  48. Salam.
    Kami ingin bertanya.Kami ingin mengambil anak angkat dan anak angkat tersebut adalah anak tidak sah taraf serta anak kepada adik beradik isteri.
    Apa prosedur yang perlu kami lakukan?
    Jika memohon dari JPN tempoh utk keluar sijik anak angkat adalah 2 tahun.Jadi ada cara lain iaitu mohon dari JKM.Bagaimana caranya?
    Jika kami telah buat permohonan utk anak angkat tetapi sebelum tempoh 2 tahun ibubapa kandung bayi ingin mengambil semula.Adakah kami boleh menang?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Borang 13 jkm bukan syarat utama pendaftaran sijil anak angkat. Pada asasnya, ibu kandung yang berusia 18 tahun boleh memberi izin penyerahan anak. Pihak puan boleh berurusan di JPN setelah 2 tahun menjaga kanak2 bagi permohonan Sijil Anak Angkat.

      Delete
  49. Assalamualaikum.. Sya ingin brtnya, sya mengmbil ank angkat dr orphan care.. Segala urusan sudah dibuat sperti surat keizinan ibu kndung dan sign di pesuruhjaya sumpah. Ibu kndung berumur 18thn dan layak utk sign sendiri surat pnyerahan sperti yg dikatakan JPN. Tetapi borng 13 yg hendak diambil di JKM mnyatakan ibu kndung perlu berumur 21thn keats utk layak mnyerahkan sendiri bayi trsebut. Dan surat keizinan seblm ini tidak laku. Bila sya hubingi JKM putrajaya dan JPN mnyatakan 18thn dh boleh, adakah JKM johor shj undang2 nyer berbeza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ibu kandung kanak2 bersedia memberi keizinan menyerahkan anak yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah, ibu bapa pelihara perlu menjaga kanak2 selama 2 tahun sblum mendapat sijil anak angkat dari JpN. Perlu difahami sijil anak angkat adalah satu dokumen yg mengesahkan bahawa seseorang kanak2 adalah dibawah jagaan dan tanggungan ibu bapa angkat. Jika pihak jkm mmeberi kebenaran penjagaan, ianya bersifat sementara dan sijil anak angkat perlu diperolehi.

      Jika ibu kandung mahu mengambil semula kanak2, seharusnya kedua dua pihak telah memahami kesan emosi yang akan dialami oleh kanak2. Perbincangan mesti dibuat agar tiada tuntutan dikemudian hari.ibu kandung masih berhak tethadap anak trsebut

      Delete
  50. Assalamualaikum... Saya nak tnya ade ibu nie umo 20 thun dn suami 23, mereka berkahwin blan 12 2015 dn nk bersalin bln 4 jd ank nie kalau nk buat ank angkat spe bertnggungjawap? Ibu atau dua2? Dn mcm mna cara saya nk ambk bby tu? sya berumo 23 dn suami 25 blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, Jika puan ingin mengambil bayi berkenaan sebagai anak angkat, perlulah mendapat surat keizinan dari ibu bapa kandung jika dalam sijil lahir bayi ada nama bapa kandung. Perbezaan usia antara anak angkat dan ibu bapa angkat sekurang-kurangnya 18tahun. Maklumat lanjut boleh merujuk kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

      Delete
  51. Assalamualaikum, sy telah mengambil anak angkat yg sekarang umur nya 2 tahun. tetapi sy tidak pernah memaklumkan pengambilan anak angkat ini kepada JKM kerana tidak tahu bahawa perlu memaklumkan dalam tempoh 7 hari selepas pengambilan itu. adakah sy masih perlu memaklumkan pengambilan anak angkat ini kepada JKM berhampiran walaupun telah 2 tahun pengambilan? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, Pemakluman hendaklah dibuat kepada Pelindung di JKM walaupun telah lewat. Ini juga bagi memudahkan urusan pendaftaran Sijil Anak Angkat di JPN

      Delete
  52. Salam...sy nk tny sy ada ank angkt ambil dr lahir,selepas ibu kndungan mnyerah kn ank tu ngn surat beranak terus hilng x dpt d hubungi smpai skrg ,,sy hny dpt buat surat akuan hak pnjagaan sepenuhnye dr mkhmah pesuruhjaya sumpah sbb skrg anak sy dh usia 5thn dan ingin bersekolah..sy x dpt cr ibu dy utk angkt sumpah jd apa hrus sy lku kn utk mslh sy ni..ada surat akuan tu sah utk pndftran skola..sy buntu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, Puan hendaklah berjumpa pelindung knak-kanak di daerah puan dan serahkan surat keizinan yang telah disahkan pesuruhjaya sumpah, sijil lahir dan laporan polis. Ini adalah prosedur yang mesti dibuat supaya pengambilan kanak-kanak dibawah pengetahuan pelindung dan bagi memudahkan urusan pendaftaran sijil anak angkat di JPN. Anak puan sudah berusia 5 tahun dan boleh didaftarkan di JPN

      Delete
  53. salam...sy nk tnye bolehkah ibu kepada biomum(bawah umur) menarik blk hasrat utk menyerahkan cucunya(luarnikah) yg bakal lahir kpd jkm krn ada pasangan yg sudi mngambil bayi tersebut sbgai ank angkat...pasangan tersebut sblm ini tdk pernah buat permohonan utk mngambil ank angkt di jkm...ibu kpd biomom dh serah kes ni ke jkm...jd blh kh kes itu ditarik blk sebelum bayi itu lahir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      tepulang kepada keputusan ibu bapa biomum tersebut namun ibu bapa biomum perlu memaklumkan semula kepada pegawai JKM berkenaan hasrat untuk membatalkan penyerahan bayi kepada pihak JKM. Penyerahan bayi tersebut kepada pasangan lain tidak boleh ada unsur jual beli dan Laporan Polis hendaklah dibuat selepas mnyerahkan bayi berkenaan untuk makluman pihak JKM.

      Delete
  54. Salam,, saya nak bertanya. Bolehkan nama anak angkat ditukar seperti di dalam sijil kelahiran asal apabila memohon sijil anak angkat kpd pihak jpn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      Puan boleh tukar nama anak angkat apabila membuat permohonan Sijil Anak Angkat mengikut spesifikasi JPN

      Delete
  55. Assalamualaikum..sy nk tanya adakah sijil kelahiran asal akan dimansuhkan setelah mendapat sijil pengangkatan..bolehkah sijil kelahiran asal disimpan sebagai kenangan oleh keluarga angkat..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Sijil Kelahiran asal akan diambil oleh pihak JPN dan menggantikannya dengan Sijil Anak Angkat. Namun Puan boleh membuat salinan untuk simpanan.

      Delete
  56. assalamualiakum.
    Saya bercadang untuk mengambil anak tidak sah taraf sebagai anak angkat. Ibu kandung bayi tersebut bukan warganegara Malaysia dan tidak mempunyai dokumen perjalanan. Apakah prosedur yang perlu saya lakukan?
    Mohon emel ke dyeracostulata_jlu@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      Puan boleh mengambil anak tidak sah taraf sebagai anak angkat dengan mendapatkan surat keizinan dari ibu kandung. Ibu kandung mestilah mempunyai dokumen diri yang sah sebelum membuat surat keizinan. Sila pastikan Sijil Lahir dan surat keizinan diperolehi dari ibu kandung sebelum mengambil anak tersebut. Dalam tempoh 7 hari selepas mengambil anak itu, Puan hendaklah membuat pemakluman di pejabat JKM di daerah Puan. Laporan polis mengenai pengambilan anak boleh juga dibuat sebagai dokumen sokongan.

      Delete
  57. Assalamualaikum.. Maaf sy ingin bertanya benarkah sekiranya seseorg itu tlh memperolehi anak angkat melalui prosedur yg d pohon (JKM) dia x layak utk memohon kali ke 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      Ya..permohonan Anak Pelihara yang dipohon di JKM diberi keutamaan bagi mereka yang tidak pernah mempunyai anak sama ada anak kandung atau anak angkat.

      Delete
  58. Assalamualaikum, saya bercadang ingin mengambil anak angkat pada Julai 2016 ini.ibu bapa kandung masih di dalam proses perceraian.bapa kandung sudah tidak dapat dikesan.hanya ibu kandung sahaja yang boleh menandatangani segala dokumen.

    soalan pertama, bagaimanakah format surat keizinan penyerahan itu?adakah yang dibuat oleh ibu kandung di hadapan pesuruhjaya sumpah,ataupun ianya adalah Surat Keizinan Berkanun yang diperolehi di JPN?

    Soalan kedua,boleh kah surat keizinan penyerahan itu ditandatangani oleh ibu kandung sahaja, tanpa ditandatangani oleh bapa kandung?

    Soalan ketiga, selepas menandatangani surat keizinan penyerahan diantara kedua2 belah pihak dan proses penyerahan bayi tersebut kepada ibu bapa angkat,iaitu saya,boleh kah saya menjaga anak tersebut tanpa melaporkan kepada JKM?boleh kah saya cuma menunggu selama 2 tahun dan mendaftar anak angkat di JPN?

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..

      Format surat keizinan sebaik-baiknya mengikut format surat keizinan yang dikeluarkan oleh JPN. format ini boleh diperolehi dari mana-mana pejabat JPN.

      jika ibu bapa kandung berkahwin secara sah, keizinan dari kedua-dua ibu bapa kandung kanak-kanak hendaklah diperolehi melainkan jika salah seorang telah menghilangkan diri dan segala usaha telah dibuat untuk mengesannya. Perkara ini hendaklah dirujuk kepada pihak JPN untuk keterangan lanjut.

      pihak Tuan diwajibkan untuk membuat pemakluman kepada pegawai JKM dalam tempoh 7 hari selepas mengambilan anak tersebut selaras dengan Seksyen 35 Akta Kanak-Kanak 2001. Jika gagal, pihak Tuan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu Ringgit atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

      Delete
  59. asslm admin,

    sy mempunyai ank angkat yg namany terus bersambung dgn nama bapa angkatnya. soalan sy, adakah salah nama ank angkat tersebut disambung dgn nama bapa angkat tanpa ber binti? jika ia salah, adakah sy perlu ke jpn utk membetulkan semula nama ank angkat tersebut. terima kasih.

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates