Social Icons

Friday 29 June 2012

MAJLIS & JAMUAN PERPISAHAN EN. AZMAN SERANEK

Majlis dan jamuan yang telah diadakan pada 28 Jun 2012 bertempat di PKMD Petaling, sempena perpisahan En. Azman Seranek yang akan berpindah dan bertugas di RSK cheras bermula pada Julai 2012.




Majlis ini dipengerusikan oleh Pn. Jamaeah bagi mengucapkan berbanyak terima kasih diatas komitmen yang telah ditunjukkan oleh beliau sepanjang berada dan bertugas di PKMD Petaling.





Sedikit ucapan dan kata-kata yang disampaikan oleh En.Azman.
Penyampaian cenderahati dari warga PKMD Petaling yang disampaikan oleh Pn. Jameah.




Majlis yang diakhiri dengan bacaan doa oleh En. Ikhram, Peg. Psikologi sebelum jamuan diadakan bagi meraikan majlis perpisahan.





PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERTANDINGAN BOWLING

Cenderahati yang disampaikan oleh Pn. Jamaeah kepada pegawai-pegawai dan kakitangan PKMD Petaling yang  menyertai Pertandingan Bowling Tertutup yang telah diadakan :

Pada :
09 Mei 2012

Bertempat :
Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam




Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi PKMD Petaling.





Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang telah turut serta dan memeriahkan pertandingan tertutup PKMD Petaling.










Tahniah juga kepada pemenang untuk jatuhan pin yang terbanyak, En. Azman Seranek.

Thursday 28 June 2012

PEMBAHARUAN KAD OKU


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad OKU Lama
  • Gambar Ukuran Pasport (latarbelakang biru kecuali bagi kes yang tidak dapat dielakkan). Perkhidmatan Mengambil Foto Ada Disediakan di Pejabat Secara Percuma
  • Kemaskini Alamat & No.Telefon Pada Borang Perkhidmatan di Kaunter
  • Bagi Pemegang Kad OKU Kategori Lain-lain (OT) diminta untuk mengenalpasti kembali jenis ketidakupayaan samada :
  1. Fizikal
  2. Masalah Pembelajaran
  3. Pendengaran
  4. Penglihatan
  5. Mental
  6. Pertuturan
  7. Pelbagai

Hati


Hati adalah Raja bagi segenap anggota tubuh. 

Yang mengatur bala tentaranya. 
Semua perbuatan berasal dari perintahnya 



Hatilah yang menerima hidayahNya 
Hati adalah penyebab sikap istiqomah 
Hati juga penyebab kesesatan 
Hatilah yang menyebabkan niat bersemangat atau pudar 
Dan, segala amalan jadi lurus dan benar


Pesanan buat HATI ^_~ 
Sesungguhnya setiap HATI kita hanya milik-Nya sahaja
Jagalah pinjaman HATI ini sebaik-baiknya

Bagaimana Menghadapi Tekanan


Allah memberi TEKANAN adalah tanda KASIH SAYANGNYA kepada kita. Bukanlah sebagai HUKUMAN.

Tatkala kita bebas dari tekanan, pastinya wujud sebuah PENGAJARAN disebaliknya.

Bersangka baiklah kita semua kepada-Nya walaupun jiwa meronta kala ini. Nun sinar pelangi kan muncul tiba.

Tuesday 26 June 2012

KAUNTER UKP TAMAN MEDAN - JUN 2012

Anjuran bersama Klinik Kesihatan Taman Medan dan PKMD Petaling yang diadakan :

Pada :
24 Jun 2012 (Ahad)

Jam :
8.00 pg - 2.00 ptg

Bertempat di :
Klinik Kesihatan Taman Medan

Sepanjang kaunter ini dibuka, dianggarkan seramai 60 orang telah hadir dan untuk membuat permohonan bantuan JKM, juga permohonan pembaharuan kad OKU.

Pegawai PKMD Petaling yang bertugas :
  1. Pn. Sunarni
  2. En. Safuan
  3. Cik Noraini
  4. Cik Ani

Sunday 24 June 2012

Aku Mengadu Kepada-MU


Dalam setiap keluh yang telah lalu, jadikanlah setiap nafas adalah kebaikan, setiap pandangan adalah kebaikan, setiap pendengaran adalah kebaikan, jadikan kebaikan ya Robb.

Dan ketika kekhilafan menyapu sedikit demi sedikit kebaikan itu, hamba mohon, sisakan ya Allah..., untuk hamba timbun kembali dengan kebaikan di sisa-sisa umur yang Engkau beri. 

Jangan jadikan tangan ini hampa, tiada yang bisa hamba bawa sebagai pemberat amal kebaikan nanti.'

Dahulu pernah kecil, menangis, tertawa, merangkak, belajar berjalan, jatuh, berdiri, jatuh lagi, bermain, belajar, sukses, gagal, tersenyum, sedih, bahagia. Mungkin esok pun ada hal-hal yang sama yang akan terjadi, namun siapa yang bisa menjamin semua itu.

Alloh hanya Engkau yang Maha Hidup dan pemilik hidup. 'Jadikan hidup hamba penuh makna dengan limpahan kasih sayang-Mu. Ingatkan segera atas kekhilafan.

ya Robb....
tidak ingin aku berlarut dalam kekhilafan yang menjadi-jadi, hingga aku lupa bersyukur atas sisa umur yang telah Engkau beri.'

'Ya Allah,
bimbinglah hamba dalam setiap penglihatan, pendengaran, lisan, denyut nadi, helaan nafas, detak jantung, langkah kaki hamba.'

'Ya Allah, 
hiasi hati hamba dengan ilmu, ketabahan, kesabaran,ketakwaan untuk selalu beribadah dan berjuang di jalan-Mu.'

'Ya Robb... 
jadikan setiap bait yang hamba tulis adalah kebaikan dan keberkahan dari sisa umur yang Engkau beri. Amiin....'

Kemarin, aku pernah bersenandung bahwa harapan itu masih ada.
Kemarin, aku juga pernah bermimpi bahwa aku mampu dengan harapan itu. 
Kemarin, kutulis jua harapan-harapan dan kuberi tanda dengan pencapaiannya. 

Jika aku lelah dengan pengharapan itu, 
sesungguhnya aku sedang belajar "kesabaran". "Berharap" akan menjadi teman dalam sebuah perjuangan. 
Dan "kesabaran" akan menjadi teman dalam sebuah "harapan".
Dan "doa" akan menjadi kekuatan dalam setiap "harapan". 

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat." (Al-Mujadilah:11) 

Jadilah akar yang gigih mencari air, menembus tanah yang keras demi sebatang pohon. Ketika pohon tumbuh, berdaun rimbun, berbunga indah, menampilkan eloknya pada dunia dan mendapatkan pujian pula, akar tidak iri, ia tetap bersembunyi dalam tanah. Itulah arti sebuah KEIKHLASAN.

Diuji Oleh Allah s.w.t

'Mintalah pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat.'

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

ALLAH sebaik-baik sandaran..

Ya Rabb,Ya Tuhanku,
lapangkan dadaku,
jernihkan fikiranku,
kurniakan hatiku yang sentiasa lembut mengingatiMu,
lisan yang basah berzikir kepadaMu..
mudahkanlah segala urusanku dan muslimin muslimat.
mudahkan urusan sahabatku

ya Rabb,
Engkaulah sebaik-baik pendengar dan tempat mengadu..

Ayuh... sedekahkan surah al-Fatihah buat diri,keluarga dan sahabat-sahabat yang diuji. Moga menjadi wasilah peniup semangat di waktu sendiri. Niatkan [sebutkan nama-nama mereka............], al-Fatihah.....





.................................
Oleh : En. Ikhram Husin

1 Sya'aban 1433H


Mulai 'gear' bahagia dalam kedamaian bulan Sya'aban. Sama-sama kita jauhi segala sifat yang merosakkan amal, agar ibadah Ramadhan mudah kita sudahkan dengan keredhaan ALLAH. 

Istighfar apabila ditimpa musibah. Musibah boleh jadi sebagai penghapus dosa, boleh jadi juga sebagai ingatan bahawa kita lupa kita hanya hamba di hadapan ALLAH. Ucapkanlah : La hawla wa'la qu'ata ila Billah adalah zikir penguat jiwa.

"Musibah menjemput kita untuk Muhasabah"

Apabila hendak lakukan sesuatu kerja,perbuatan,percakapan...tunggu...tanya diri "adakah ALLAH SWT dan Sayiduna Muhammad SAW suka dan redha".

Ingatan buat saya. Peace no war. Juga mohon doa mendoakan deh :)

ALLAHumma barak lana fi Rajab wa Sya’ban wa ALLAHumma balighna Ramadan.

O ALLAH, please make the months of Rajab and Sya’ban blessed for us and allow us to reach Ramadan.

............................
Oleh : En. Ikhram Husin

Friday 22 June 2012

Jangan Belajar Tanpa Guru


Jangan Belajar Tanpa Guru
Wikipedia, Google hatta FB sekadar maklumat
Tidaklah layak dikatakan ia sumber yang jitu
Beramalah melalui jalan hakikat.

Mohon doa mendoakan ya :)

..................................
Oleh : En. Ikhram Husin

Program Wacana Ilmiah Siri 6 (WI12)

Program Wacana Ilmiah Siri 6 (WI12)
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”
(Hari Jumaat Ke-3 Setiap Bulan 2012)

Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi 

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor.
Tarikh :
22 Jun 2012
Jam :
0900 pagi- 1000 pagi

Tajuk : 
"Amalan di Bulan Rejab, Sya'ban & Ramadhan Beserta Kelebihan"

Tempat :
PKMD Petaling
Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu. [Hadith Riwayat Ath-Thabrani]

Termasuk mengagungkan Allah ialah menghormati (memuliakan) ilmu, para ulama, orang tua yang muslim dan para pengemban Al Qur’an dan ahlinya, serta penguasa yang adil. (HR. Abu Dawud dan Aththusi)

"Kehadiran tetamu ke rumah sangat dialu-alukan, mereka membawa berkat dan tersinarlah cahaya keindahan, pulang mereka membawa pula segala kekotoran...Lebih-lebih lagi mereka yang mengajarkan kita akan ilmu...."
Hari-hari amalkan selawat, tiba Jumaat, Perbanyakkan lagi selawat ... INSYA'ALLAH, moga ia menjadi hujah kita mendapat kasih sayang Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam pemberi syafaat.

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Penyampaian Cenderahati Perkahwinan

Cenderahati yang disampaikan oleh Puan PKMD kepada En. Khairani Bin Minhat kakitangan PKMD Petaling yang telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei 2012 bersama pasangan beliau.

Sunday 10 June 2012

Erti Sebuah Kegagalan


Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal…

Ia hanyalah bererti anda ‘MASIH BELUM’ berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa…
Ia sebenarnya bererti anda sudah ‘MEMPELAJARI’ sesuatu.

Kegagalan bukanlah bererti anda bodoh kerana mencuba…
Ia bererti anda ‘BERANI’, anda ‘BERHATI TEGUH’, ‘BERSEMANGAT WAJA’ – berbanggalah dengan diri anda. Ia hanyalah bermakna anda ‘MEMERLUKAN’ sedikit lagi masa.

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang…
Ia hanyalah bermakna anda ‘BERPELUANG’ untuk ‘BERMULA SEMULA’; mencuba sesuatu yang ‘BARU’

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda…
Ia hanyalah bermakna dia ‘MEMPUNYAI’ rancangan yang ‘LEBIH BAIK’.

Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah ‘MUKTAMAD’

Hadapilah kegagalan-kegagalan mu..
Akhirnya anda akan muncul sebagai ‘JUARA’!

Friday 8 June 2012

Birthday - Jun 2012

04 JUN 1958

Seorang yang mementingkan kekemasan dan mengikut perancangan


Tidak suka berkonflik

Seorang yang mempunyai banyak idea dan seorang yang pandai mencari rezeki serta membuat simpanan

Biasanya membuat sesuatu keputusan akan bertanya pendapat orang lain terlebih dahulu
23 JUN 1973

Seorang yang dapat menyempurnakan tugasan dengan baik

Memiliki sifat kepekaan terhadap perasaan sendiri dan orang lain

Sifat luaran yang kreatif, pandai bergurau dan banyak idea

Seorang yang mengikut peraturan

Mempunyai prinsip sendiri serta pandai menganilisis persekitaran dan diri sendiri, adakalanya memerlukan masa keseorangan

Wednesday 6 June 2012

Tempat Mengadu

Usah mengadu dengan manusia. 

Mereka juga hamba seperti kita. 

Bertuankan TUHAN, ALLAH Yang Esa.

Bezanya taqwa, bukan rupa, hatta sijil ijazah, gulungan pHD serta harta.

Dialah Maha Pemilik segala rasa, bahagia, dukacita, gembira dan sengsara.

Dijadikan ada di kalangan kita diuji sehebatnya.

Ada pula yang kita lihat mudah kehidupan mereka.

Mudah, bahagia mereka pada mata kita. Belum tentu beriringan jaya pada nuansa ALLAH...

Maka, mengadulah kepada DIA, bukan manusia.

Manusia, bila suka kita, di angkat-angkat, dipujinya kita.

Tapi apabila manusia sudah benci, kita dikeji dan dicaci.

Manusia buruk akhlaknya bertopengkan "ciptaan mulia" menggunakannya untuk memuaskan nafsunya.

Dilihat peluang, diguna sepenuhnya.

Manusia berubah sifatnya, dari ingat kepada lupa.

Tidak ALLAH Yang Esa, Maha Pemberi Kasih Sayang, Maha Ingat segala Janji NYA kepada kita si hamba.

Janji ALLAH kepada kita, firman NYA :

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا . إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]

Maka hiasilah kesukaranmu dengan ketaatan kepada ALLAH.

Tinggalkan manusia yang melorongmu kepada murka.

Adulah, mengakulah kelemahanmu wahai hamba dengan zikir kalimah toyyibbah.....

ALLAH..... ALLAH.... ALLAH.... ALLAH.... ALLAH.............

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا . وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ . وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ . إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ . قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

”…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
[Al-Thalaq 65: 2-3]

Maaf Zahir dan Batin.

Mohon doa mendoakan.

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
..............................
al-faqir Ikhram Husin
15 Rejab 1433H

Monday 4 June 2012

OPERASI PENGEMIS SIRI 6/2012

OPERASI PENGEMIS SIRI 6/2012

Diadakan Pada :
3 Jun 2012

Jam :
8.00 malam hingga 12.00 mlm

Bertempat :
Pasar Malam, SS 24 Taman Megah, Petaling Jaya.



Pegawai-pegawai PKMD Petaling yang terlibat dalam operasi :
  1. Pn. Sunarni Bt Mastury
  2. Pn. Nor Nashira Adawiyah
  3. En. Mohd Safuan
  4. En. Mohd Syukor
  5. En. Mohd Rizal
  6. En. Jonicio Anicio Columbris



Sepanjang Operasi tersebut diadakan, pihak PKMD Petaling telah berjaya menyelamatkan seramai 3 orang pengemis warga asing yang berada ditempat tersebut.





Ketiga-tiga warga asing tersebut telah dirujuk dan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen selangor.

Saturday 2 June 2012

Maniskan Wajah


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" 

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." 

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. 

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. 


................................
Dipetik Dari : Blog Tazkirah
Oleh: Hasnita Mohd Leham

Muliakan Kehidupan


Hidup ini hanya terdiri dari jutaan masa sekarang, masa lalu mati dan hilang, masa depan majhul 'tidak menentu'. 

Maka jangan isi masa sekarang mu dengan kerusakan dan kesalahan, isi lah dengan taubat dan segala kemuliaan, maka selamanya akan bahagia.

Atau Jangan kau bangun masa hidupmu iaitu masa sekarangmu dengan bata penyesalan, maka selamanya akan menderita.


.................................
Dhuha/11 Rejab 1433H
al-faqir Ikhram Husin

Friday 1 June 2012

TAZKIRAH & MESYUARAT PAGI SERTA SOLAT DHUHA BERJEMAAH




Tazkirah yang disampaikan oleh En. Ikhram, Peg. Psikologi tentang Kebaikan-Kebaikan dan Hikmah Zikir Semasa Dalam Kesusahan bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling pada 1 Jun 2012.





Mesyuarat pagi juga telah diadakan yang dipengerusikan oleh Pn. PKMD, dimana mesyuarat membincangkan isu-isu semasa dan perkara-perkara berbangkit sepanjang minggu tersebut.




Solat Sunat Dhuha Berjemah juga telah diadakan pada hari yang sama selepas tazkirah dan mesyuarat pagi. Semua pegawai dan kakitangan PKMD Petaling turut menunaikan Solat Dhuha secara berjemaah.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates