Social Icons

Thursday 31 May 2012

Persaudaraan


Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda:"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR Bukhari).

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]

Kisah Aniaya


Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (al Ahzab 58)


Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)


...........................................................
Dipetik Dari : lenggangkangkung-my.blogspot.com

Ikhlas

Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.


Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.



Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.



Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.


Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita. 


Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.



Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja. Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas. Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas. Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah. 


Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin

Firman Allah, "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162) 

Tuesday 29 May 2012

Selamat datang bulan Rejab

Bermula selepas waktu Maghrib nanti, maka terbitlah ketenangan 1 Rejab 1433H. Dalam kemuliaan Rejab, ALLAH menghapuskan kejahatan, kesyirikan dan kesengsaraan hambaNya. Hal ini selari dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ibrahim al-Nakha’ie Rahimahullah berbunyi : Sesungguhnya Rejab itu adalah bulan ALLAH. Padanya ALLAH SWT melayarkan Nabi Nuh Alaihi Salam dan kaumnya. Baginda dan kaumnya berpuasa. Lalu ALLAH selamatkan mereka dari ribut taufan dan menyucikan bumi ini dari syirik dan permusuhan.

[Abd al-Qader al-al-Jaylani, al-Ghunyah li Thalib Thariq al-Haq Azza WaJalla, 1996-1416H, Maktabah Usamah bin Zayd, Halab : Syiria, hlm 230] Syarah oleh Ustaz saya suatu masa dahulu :) Beliau ialah Al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari.

ARAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN PERMOHONAN CUTI REHAT MENGGUNAKAN APLIKASI HRMIS


ARAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN PERMOHONAN CUTI REHAT MENGGUNAKAN APLIKASI HRMIS KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR.

Dengan segala hormatnya surat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor nombor rujukan JKMN.Sel.100/22/5/1 Jld.5(16) bertarikh 23 Mei 2012 adalah dirujuk.


Sehubungan dengan itu, semua pegawai dan kakitangan DIWAJIBKAN membuat permohonan cuti rehat secara atas talian(online) sahaja berkuatkuasa pada 1 Jun 2012dengan menggunakan aplikasi HRMIS. Kaedah pengisian boleh dicapai menerusi :
Sebarang masalah mengenai aplikasi ini, bolehlah berhubung dengan Cik Siti Sarahdan Puan Norhamimah.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday 27 May 2012

Perkahwinan PKMD Petaling - Mei 2012

Majlis Perkahwinan Kakitangan PKMD Petaling, En.Khairani Bin Minhat bersama pasangannya yang berlangsung pada 26 Mei 2012 di Taman Gembira, Sungai Besar Selangor.

Selamat Pengantin Baru, diucapkan semoga berbahagia dan diberkati kepada En. Khairani dan isteri.

Perkahwinan PKMD Petaling - April 2012

Majlis Perkahwinan Kakitangan PKMD Petaling, Pn. Hamimah Bt Zakariah bersama pasangannya yang berlangsung pada 14 April 2012.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Pn. Hamimah dan suami, semoga berbahagia dan diberkati hendaknya.

Lebihkan Tindakan Positif Disamping Berfikiran Positif

Ramai dari kita memang orang berfikiran positif, tapi cuma sedikit dari kita orangnnya bertindak positif iaitu bertindak mengikut apa yang ada di fikirannya.


Orang yang lebih kepada tindakan positif memiliki sifat optimis, iaitu yakin apa yang dia usahakan semakin memberi kesan sedikit demi sedikit. Semakin efektif tindakan, semakin baik kesan yang akan muncul (result).


Jadilah orang yang result-oriented, sebab dari situ anda akan membentuk diri anda menjadi orang bertindakan positif. Soal takut, gusar dan risau itu memang ada tapi usah biarkan ia menyebabkan anda berhenti berusaha. Lebihkan pada usaha.
Proses ke arah mencapai matlamat yang dimahukan lebih penting dari asyik memikirkan keburukan yang mungkin akan muncul. Samalah seperti mendaki tangga, teruskan mendaki dan jangan fikir risiko anda akan terjatuh, walaupun sebenarnya anda mungkin boleh terjatuh.
Berfikir positif sahaja tapi kurang tindakan positif kelak akan memberi kesan yang cuma minima. Tapi apabila anda berfikir positif selepas itu melebihkan tindakan positif mengejar pencapaian yang anda mahukan, kesan yang akan nampak akan jadi maksima.
Soalnya adalah bertindak dipandu oleh kepercayaan bahawa apa yang anda usahakan akan membuahkan hasil satu hari nanti, bezanya cepat atau lambat saja.

Menjadi Diri Yang Hebat


Setiap orang memiliki keinginan agar lebih cerdas, lebih pandai, mempunyai daya fikir, ingatan, daya kefahaman yang kuat, memiliki kemampuan dan potensi yang mebanggakan, kreatif dan imaginasi.Kita semua berharap memiliki semua itu tetapi kita tidak mengetahui bagaimana cara memperolehinya.

Intelegence, intelektual dan kecerdasan spiritual (ESQ). Untuk menjadi individu yang hebat seseorang tidak hanya perlu memilki kecerdasan intelektual dan emosi, tetapi memerlukan kecerdasan spiritual. Kecerdasan spiritual itu merupakan kemampuan seseorang untuk menyelaraskan hati dan budi pekerti sehingga mampu menjadi seorang yang berkarektor dan berwatak positif.

Terapi Minda Separa Sedar

Mandi di awal pagi adalah waktu yang paling baik memberi sinar motivasi pada diri sendiri. Katakan dengan penuh bersemangat yang Anda mahu lakukan yang terbaik hari ini. Selepas itu, kotakan pada yang Anda kata.


Lakukan kerja dengan penuh bersemangat, bukan dengan penuh malas. Niat kita bila digabung dengan perbuatan akan menghasilkan impak yang amat kuat. Selain berniat, kita perlu seiringkan dengan perbuatan.
Niat sekadar niat takkan dapat mencetuskan apa-apa perubahan apabila niat tu tidak direalisasikan melalui perbuatan. Jika Anda berniat mahu jadi insan cemerlang, Anda perlu bertindak cemerlang. Kena rajin, kena sanggup bekerja keras dan sanggup berkorban.Baru ada kemajuan!


Ketika Anda sedang mandi pagi, tutup mata seketika lalu katakan pada diri Anda: “aku mahu buat yang terbaik hari ini. Aku mahu, aku mahu, aku mahu!”. Selepas Anda selesai mengatakan ayat tu pada diri Anda, buka mata. Anda akan rasai kehangatan semangat yang mula menyala dalam diri Anda.

Air yang membasahi tubuh Anda akan membuat jiwa Anda menyerap kata-kata semangat yang Anda ucapkan tadi. Syaratnya, jangan fikiran hal-hal buruk yang terjadi kemarin, sehari yang lepas atau di tahun-tahun lalu.
Kata-kata yang ada dijiwa akan diserap masuk ke minda separa sedar. Kesejukan yang kita rasai dari air membuat minda separa sedar kita berada pada getaran emosi yang tenang, iaitu pada tahap alpha. Ketika minda menjadi tenang, minda separ sedarmudah menyerap setiap kata-kata kita yang kita bisikkan di dalam hati dan yang kita mainkan di fikiran.
Jadikan rasa bersemangat mendominasi Anda. Jangan campur adukkan dengan fikiran-fikiran liar mengenai masa lalu Anda dan kenangan-kenangan pahit Anda.
Elakkan rasa sakit hati, geram ataupun rasa tak puas hati kerana ketiga-tiga sikap tu akan memadam api semangat yang wujud di hati Anda. Hati kita ni amat sensitif pada emosi, gambaran minda dan tanggapan kita.
Kawal perkataan-perkataan yang selalu kita ucapkan. Kawal gambaran-gambaran minda yang selalu kita mainkan, jangan pernah membiar ia memainkan situasi lalu yang pahit walaupun sedikit kerana ia akan mencemarkan motivasi kita yang kita nak bina di waktu awal pagi, di saat kita sedang mandi.

Enam Titik Kecerdasan

1. Eksekutif - sosial
Dijelaskan di sini bagaimana kaitan antara DHEA, suatu hormon  yang dihasilkan oleh adrenalin dan primate dapat membuat manusia merasa muda kembali, kita juga diajak mengetahui fisik otak, ragam temperamen dan pola kesedaran manusia, hingga kepada kemampuan membaca karektor orang melalui ekspresi muka.

2. Ingatan
Terapi dan latihan untuk menguatkan ingatan (memori), pengaruh usia, kesan dan risiko menopause, hingga cara mengatasi masalah alzheimer (nyanyuk).

3. Emosi
Pengendalian emosi dari pemetaan tentang ilusi, komunikasi verbal dan nonverbal hingga kepada mengatasi masalah stress dan depresi yang sering menimpa mnusia di era moden ini. Penemuan unik dalam hal ini adalah bahawa tertawa adalah alat yang paling murah dan menyihatkan seseorang. Oleh kerana itu, ceriakanlah selalu hati anda dalam menghadapi segala masalah hidup.

4. Bahasa
Faktor bahasa merupakan elemen penting dari kedinamikan otak manusia sepanjang hayat. Kurniaan sepasang otak kanan dan kiri yang diberikan kepada manusia membolehkannya untuk mengolah kecerdasan semenjak ia masih bayi hingga lanjut usia. Pendidikan dalam segala aspeknya menurut konsep ini adalah hal yang tidak boleh dinafikan kewujudannya.

5. Mathematical
Sukar untuk disangkal, manusia merupakan makhluk istimewa dan pelbagai. Dari kemampuan matematik mereka akhirnya boleh diteliti dan ditemukan teori kecerdasan yang memungkinkan seseorang untuk dicap "genius", "standard" atau sebagainya.

6. "Spatial"
Aspek ini membuktikan bagaimana kinerji otak berhubungan erat dengan gen dan kemampuan visual seseorang. orang yang mampu melihat dan mampu memanfaatkan potensi penglihatannaya, jelas akan berbeza kinerji dan kadar fungsional otaknya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mampu melihat (buta).

Friday 25 May 2012

Kisah Imam Shafie ra dan Isteri Beliau


Imam Syafie Rahimahullah pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” 

Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” 

Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai ALLAH? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada ALLAH dan juga mencintaiku?” 

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. 

“Kerana cintaku kepada ALLAH, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada ALLAH.” 

**Indahnya andai dikurniakan begini dalam percintaan antara suami isteri.....♥

Jom bantyakkan selawat :

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA SAYDINA MUHAMMAD.... ♥ :)

Ucapan Buat Pengantin

Cuba amati kisah 'Uqail ini:

Ketika ‘Uqail berkahwin dengan seorang wanita dari suku Jasyam. Lalu orang-orang yang mengunjunginya mengucapkan: 
“Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”
‘Uqail pun berkata, “Janganlah kamu mengucapkan seperti itu (kerana Rasulullah telah melarangnya).” Mereka pun bertanya, “Jadi, apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?” ‘Uqail berkata, “Ucapkanlah: Semoga Allah memberkahimu di dalam kesenangan atau pun kesusahan”. Begitulah kita diperintahkan. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, ‘Abdurrazzaq, Ahmad].

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM E-SPKB DAN E-TERIMAAN

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM E-SPKB DAN E-TERIMAAN

TARIKH :
 16 APRIL 2012
TEMPAT :    
BILIK KONTIGEN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI SELANGOR

Pegawai dan kakitangan yang terlibat :

1. PUAN JAMA'EAH BINTI ABDUL GHANI
2. PUAN NURULAIN BINTI MOHD SHAKDAN
3. CIK SITI SARAH BINTI BAHARUDIN
4. NORAINI BINTI MOHD SUBIAN
5. AINI SHAHRIZA BINTI CHE ABD RAHMAN

Kursus Web + Mobile - Asas Pembangunan dan Lanjutan

Sukacita pihak PEM, CIAST ingin menawarkan kursus   
Web + Mobile - Asas Pembangunan dan Lanjutan seperti :

Tarikh dan masa boleh disesuaikan mengikut permintaan. Jika berminat  sila hubungi :

En. Norhisyam Dasuki
Ketua Penyelaras Program
Program Pembangunan Elektronik & Multemedia
CIAST
Tel : 03-55438380 (O) 019-7347511 (M)
          ir.syam@gmail.com
          ir_syam@yahoo.com

Course Outline
Web+Mobile Basic Applica on
Introduction to jQuery Mobile
Installing Web Server
Configuring Default
Pages and dialogs
Toolbars
Bu ons
List
Content forma ng
Web+Mobile Advanced Applica on
Introduc
on to jQuery Mobile
Installing Web Server + PHP + MySQL
Configuring Default
Form
Session
Content formatting


Course List And Course Date
Web+Mobile Basic Application 
29/5/2012 -31/5/2012

Web+Mobile Advanced Application 
24/7/2012 -26/7/2012

Web+Mobile Basic Application 
25/9/2012 -27/9/2012

Web+Mobile Advanced Application 
20/11/2012 -22/11/2012


All courses price RM240.00 (per person)
and conducted in three (3) days only

Penyakit Atherosclerosis

Atherosclerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak .

Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien untuk disebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel sel dalam badan berfungsi dengan sempurnanya .
Bila otot tidak menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi , ini akan berlaku radang dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung .
Bagi denyutan jantung yang normal adalah di antara 80-90 denyutan seminit . namun sebaliknya berlaku jika seseorang itu menghidapi  atherosclerosis . denyutan lebih cepat sekiranya penghidapi melakukan aktiviti lasak dan senaman serta ketika berada dalam keadaan tertekan .
Pada kebiasaannya penyakit atherosclerosis dikaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang, oleh itu anda digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan penyakit ini menyerang.
Faktor  Atherosclerosis
Antara faktor  Atherosclerosis yang kerap menyumbang kepada penyakit ini adalah seperti berikut :
- Keturunan
- Perokok
- Tekanan darah tinggi
- Kolestrol tinggi


Tanda-tanda  Atherosclerosis
Tanda tanda seseorang itu menghidapi penyakit  atherosclerosis adalah seperti kenyataan di bawah ini :
- Nafas atau dada menjadi sesak
- Mengalami masalah penghadaman dan sering sakit perut .
- Mengalami pening kepala dan kadang kala pitam
- Degupan jantung menjadi lebih cepat
- Muka kelihatan pucat dan badan lemah atau letih .

.................................................
Sumber : Terapi Imam Muda

Khasiat Madu Lebah


Madu lebah ialah nectar yang pekat dan juga makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampur dengan debunga atau pollen menjadi makanan asas bagi lebah pada peringkat larva .
Madu lebah mengandungi gula asli glukusa dan froktosa yang mudah dihadam, apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
Madu lebah juga mengandungi vitamin B1 , B2 ,B3 , B5 , B6 , dan c . disamping itu terdapat pelbagai zat logam seperti magnesium ,potassium , kalsiium , sodium , klorin dan zat besi .
Ahli ahli sains daripada pelbagai negara termasuk amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 september 1993 di China.
Seorang doktor dari romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.
Dipersidangan yang sama , doktor doktor dari poland memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam rawatan penyakit buasir , penyakit kulit dan sakit puan.
.............................................
Sumber : Terapi Imam Muda

Tuesday 22 May 2012

AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2008 SIRI 1 TAHUN 2012

PERLAKSANAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2008 SIRI 1 TAHUN 2012 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR.

DILAKSANAKAN PADA :

Tarikh : 22 Mei 2012 (Selasa)
Masa : 8.00pg - 5.00petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKMD Petaling


Senarai bilangan Auditor yang terlibat dan hadir dalam pengauditan di PKMD Petaling ialah :
  1. Pn Kantheswarry a/p Rajagopal
  2. Pn. Norashikin Bt Imaludden
  3. Pn. Roizawati Bt Ali
  4. Pn. Muzairah Bt Bajuri
Pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan audit ialah berkenaan Prosedur Kerja Utama, Urus dan Arahan Kerja sedia ada.



Audit Dalaman ini dijalankan bagi memastikan dokumen yang berkaitan adalah lengkap dan dikemaskini serta mematuhi prosedur yang ditetapkan sebelum Audit Pemantauan dijalankan oleh Badan Persijilan Antarabangsa (Certification Malaysia) pada setiap tahun.




Saturday 19 May 2012

Seorang Muslim


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Burung Pipit


Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Aku tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

''Sesungguhnya, Yakinlah.., Allah tidak memandang kejayaan kita, Allah melihat kepada usaha kita, ''

''Allah tidak akan tanya apa yang kejayaan yang sudah kita lakukan, tetapi usaha apa yang sudah kita lakukan..''

Friday 18 May 2012

Program Wacana Ilmiah Siri 5 (WI12)


Program Wacana Ilmiah Siri 5 (WI12)
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”
(Hari Jumaat Ke-3 Setiap Bulan 2012)
Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi 

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor




Bersama :

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shazili [Ustaz Shazly Wadi]
[Al-Azhar B.A. Hons Dakwah Islamiah Universiti Al-Azhar Mesir, Beliau merupakan mantan Imam Masjid As-Sayakirin KLCC , Penerbit album-album nasyid, Penasyid dan Penda'wah Bebas]
Tarikh :
18 Mei 2012
Jam :
0900 pagi- 1000 pagi

Tajuk : 
“Tanggungjawab Suami, Isteri dan Anak-anak Terhadap Kerukunan Keluarga “

Tempat :
PKMD Petaling 
Jemputan :
KHAS UNTUK SEMUA, Muslim dan Bukan Muslim.
Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu. [Hadith Riwayat Ath-Thabrani]

Termasuk mengagungkan Allah ialah menghormati (memuliakan) ilmu, para ulama, orang tua yang muslim dan para pengemban Al Qur’an dan ahlinya, serta penguasa yang adil. (HR. Abu Dawud dan Aththusi)

"Kehadiran tetamu ke rumah sangat dialu-alukan, mereka membawa berkat dan tersinarlah cahaya keindahan, pulang mereka membawa pula segala kekotoran...Lebih-lebih lagi mereka yang mengajarkan kita akan ilmu...."
Cenderahati yang disampaikan oleh Puan PKMD kepada Penceramah jemputan

Hari-hari amalkan selawat, tiba Jumaat, Perbanyakkan lagi selawat ... INSYA'ALLAH, moga ia menjadi hujah kita mendapat kasih sayang Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam pemberi syafaat.

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates