Social Icons

Sunday 28 December 2014

Program Latihan Kemahiran Belia


AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA

PENGAMBILAN JANUARI 2015

SENARAI KURSUS :
  1. Bricklaying - 2 Bulan
  2. Plumbing - 3 Bulan
  3. Building Operation & Maintenance - 3 Bulan
  4. Scaffolding - 2 Bulan
  5. Air-Conditioning - 4 Bulan
  6. Chargeman - 3 Tahun
  7. Welding SMAW - 2 Minggu
  8. Blasting & Painting - 5 Minggu
  9. Backhoe Loader - 2 Bulan
  10. Hydraulic Excavator - 2 Bulan
  11. Mobile Crane - 2 Bulan
SYARAT KEMASUKAN :
  • Memiliki SPM
  • Berumur 18 - 35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca, menulis & mengira
KEMUDAHAN :
  • Yuran kursus ditanggung sepenuhnya oleh CIDB Malaysia
  • Asrama disediakan
  • Makan & minum 5 kali sehari
  • Pakaian bengkel disediakan
  • Elaun saku

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
EN. SYAHRYL di talian 019-431 6316 ATAU

Jika berminat SMS/Whassap/Telegram Nama penuh, Alamat, No.K/P, No. Tel & Kursus

Friday 28 November 2014

Peluang Pekerjaan Untuk OKU




MYDIN telah beroperasi lebih dari 90 kedai seluruh negara inklusif 18 pasar raya besar, 16 emporiums, 3 bazar, 47 minimarkets, 8 kedai kemudahan dan 6 kedai francais (Mydin Mart). Setiap pasar raya terletak di MYDIN Mall.

Kepada golongan OKU yang berminat untuk bekerja dengan MYDIN mengikut kemampuan, boleh menghantar Butiran Peribadi (Resume) terus kepada :


THE HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
Mydin Mohamed Holding Berhad
Lot 675 & 676 Persiaran Subang Permai,
USJ 1, 47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Emai ; recruitment.hq@mydin.com

1. Encik Rusni
2. Encik Zainee

Wednesday 20 August 2014

Khidmat Masyarakat

Kanak-Kanak Hilang

NO. LAPORAN POLIS: JALAN PATANI REPOT: 11438/14

NAMA: SAKIL BUL BUL MIA

UMUR:  4 TAHUN

PAKAIAN TERAKHIR DIPAKAI IALAH BAJU T-SHIRT BERKOLAR WARNA MERAH DAN BIRU DAN BERSELUAR PENDEK WARNA HITAM.

TANDA-TANDA FIZIKAL DAN MASALAH KESIHATAN: BERKULIT WARNA PERANG DAN BADAN CHUBBY.

MASA/TARIKH HILANG: 14.8.14 JAM LEBIH KURANG 1700 HRS

LOKASI TERAKHIR: DI DALAM RUMAH ALAMAT NO.56 JALAN 3, LEBUH PREGRASIVE, GEORGETOWN.


MAKLUMAT PERHUBUNGAN POLIS: INSP KHOR KANG LEARN DITALIAN : 017-3558477 ATAU HUBUNGI BALAI POLIS JALAN PATANI DI TALIAN 04-2181822.

Hari Berkabung Malaysia

Hari Berkabung Malaysia
22 Ogos 2014

- Sempena Memperingati Tragedi MH17

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2014


Sempena 
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2014
25 Ogos 2014

Monday 12 May 2014

Pelekat Kereta OKU

Kemudahan standard hanya dikeluarkan JPJ

Mulai bulan ini, semua orang kelainan upaya (OKU) fizikal yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memiliki Kad OKU boleh mendapatkan pelekat kenderaan 'standard' yang hanya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pelekat bewarna biru dan putih ini berfungsi sebagai pengenalan kepada kenderaan dan memudahkan OKU fizikal mendapatkan tempat meletak kenderaan dikhaskan untuk OKU.

Kementerian sudah mengedarkan 20,000 pelekat kenderaan ini di semua Pejabat JPJ seluruh negara untuk diberikan secara percuma kepada OKU fizikal dengan dua syarat iaitu mendaftarkan pengubahsuaian kereta dengan JPJ dan mempunyai Kad OKU.

............................................................
Sumber : Harian Metro 9 Mei 2014

Monday 17 March 2014

TAWARAN : Pekerjaan Kepada Klien / Anak Klien JKM Yang Berminat

Dimaklumkan bahawa Kumpulan Syarikat Sate Kajang Hj Samuri berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada klien atau anak-anak klien yang berminat untuk bekerja. Klien OKU Pendengaran juga digalakkan memohon.

Gaji Minimun : RM900++

  • (gaji boleh mencecah RM1,500 - 1,800 sebulan termasuk insentif lain dan OT)


Kelulusan :

  • SRP / PMR @ boleh menulis dan membaca


Kemudahan yang disediakan :

  1. Tempat tinggal
  2. Transport
  3. Pakaian seragam
  4. Latihan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
SEKIRANYA ADA KLIEN YANG BERMINAT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN :
PN. RAHAYU
017-33 9970 / 03-8926 5624

Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan

(PPOC) Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1974 (Nombor Pendaftaran 1484).

Objektif & matlamat PPOC :
  • Membantu orang istimewa yang berumur 18 tahun ke atas dengan menyediakan asrama & bengkel tanpa mengira jantina, bangsa, agama & kecacatan, untuk meningkatkan kemampuan mereka ke tahap maksima & menyediakan sara diri serta meningkatkan kualiti kehidupan.
  • Membantu & bergiat dengan pelbagai pertubuhan kebajikan khususnya pada kecacatan tertentu & meningkatkan kerjasama di kalangan persatuan di selangor & wilayah.
Aktiviti :
Bagi Menyara hidup yang dijalankan pada masa kini bagi penghuni berasaskan keupayaan mereka :
  1. Menjahit - Melakukan jahitan dengan menggunakan mesin jahitan "non woven bag" 
  2. Membungkus - Penghuni yang tidak boleh melakukan jahitan boleh membungkus straw minuman yang dibekalkan oleh syarikat luar.
  3. Membersih - Membersih kawasan & mencuci dilakukan oleh penghuni lelaki yang tidak berkebolehan dalam menjahit & membungkus.
  4. Membantu di dapur - PPOC mempunyai seorang tukang masak yang dibantu oleh penghuni yang tidak dapat menjalankan kerja-kerja (1, 2, & 3) di atas.
Kemudahan bengkel & asrama disediakan kepada penghuni.

Syarat-syarat :
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Mempunyai Kad OKU yang didaftarkan dengan JKM
  3. Boleh berdikari & menguruskan diri sendiri
  4. Perlu mendapatkan surat perakuan di klinik atau hospital kerajaan bagi mengesahkan tahap kesihatan pemohon.
Kepada yang berminat untuk membuat permohonan atau keterangan lanjut, sila hubungi 
Pentadbir PPOC, 
Encik Hisham B. Kamarudin

Penolong Pentadbir,
Pn. Nor Adibah Bt M Kassim

Talian : 03-7781 7681 / 03-7781 0839
Facebook : Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan

Monday 10 March 2014

Pusat Dialisis Rakyat


Atas keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat, disediakan Pusat Dialisis Rakyat bagi mereka yang memerlukan rawatan tersebut.

Senarai Pusat Dialisis Rakyat

1.PUSAT DIALISIS RAKYAT AMPANG
Dewan Datuk Tahir Karim,
Jalan Kempas,
Kampung Melayu Ampang,
68000 Kuala Lumpur.
Tel/Fax : 03-42511736
Pengurus: Raja Kamarulzaman b. Raja Sulaiman

2.PUSAT DIALISIS RAKYAT TAMAN MEDAN
11A-1 , Jln PJS 3/32
Taman Sri manja,
46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel/Fax: 03-77811616
Pengurus: Fitriah Tul Raziah Binti Fadzil

3.PUSAT DIALISIS RAKYAT LEMBAH KERAMAT
Dewan Orang Ramai,
Lembah Keramat,
Jalan AU5C/10, Ampang, 
54200 Kuala Lumpur.
Tel : 012-694 1687 

4.PUSAT DIALISIS RAKYAT SEMENTA
No 7, 9 & 11, Jalan Sg Kapar Indah 3G
Taman Sg Kapar Indah
42209 Klang
Tel/Fax : 03-32912919

5.PUSAT RAWATAN DIALISIS RAKYAT SRI MUDA
Lorong klinik,
Batu 7, Kg. Jalan Kebun,
42450 Klang, Selangor.
Tel/Fax : 03-51615282


Friday 21 February 2014

Senarai Agensi Yang Menjalankan Kursus Asas Asuhan & Didikan Kanak-Kanak Permata

Kursus Asuhan PERMATA :
Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia & pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, penyelia & pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh 12 bulan bekerja.

Latihan berkaitan asuhan & didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan  penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi. Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan & kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan & kematian kanak-kanak.

Senarai Agensi Yang Menjalankan Kursus Asuhan PERMATA

Monday 3 February 2014

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEGANASAN TERHADAP WANITA : Peranan Wanita Ketika Menaiki Kenderaan Awam


Apakah keganasan terhadap wanita ?
  • Keganasan atau ancaman keganasan adalah sesuatu yang dialami oleh setiap wanita - tanpa mengira umur, warna kulit, kepercayaan agama, harta atau status sosial.
Dan ia boleh berlaku di mana-mana ......... di jalanraya, di tempat kerja, di rumah.
  • Bagi membentuk masyarakat yang tiada perbezaan hak dan bebas dari keganasan terhadap wanita, langkah-langkah pertama bermula dengan anda :
Langkah-langkah Semasa Menaiki Kenderaan Awam :
  • Duduk berhampiran penumpang wanita lain.
  • Elakkan menaiki bas/tren yang kosong atau hanya seorang penumpang lelaki di dalamnya.
  • Jika menempah teksi, pastikan teksi yang datang adalah teksi yang anda tempah.
  • Simpan maklumat - nama pemandu, nombor pendaftaran, warna & jenis kenderaan mengenai teksi yang dinaiki.
  • Masuk kemudian & keluar dahulu jika menaiki teksi bersama teman/kawan lelaki.

Wednesday 8 January 2014

Sekolah Henry Gurney

Sekolah Henry Gurney adalah merupakan institusi pemulihan bagi menahan pesalah-pesalah juvana yang berumur 14 hingga 21 tahun. 

Pada masa kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu :-

  1. SHG Telok Mas, Melaka
  2. SHG Kota Kinabalu, sabah
  3. SHG Keningau, Sabah
  4. SHG Puncak Borneo, Serawak dan
  5. SHG Wanita, Batu Gajah, Perak
Dasar Am Sekolah Henry Gurney pada awal penubuhannya adalah berdasarkan (Borstal Institution - England) 1900 iaitu untuk membentuk sikap keperibadian dan sikap bertanggungjawab penghuni-penghuni ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan produktif kepada negara.

Antara ciri-ciri ialah :-
  1. Pelatih mempunyai watak & bakat yang tersendiri dan boleh memperkembangkan kreativiti dan suka kepada kehidupan yang baik.
  2. Layanan sama rata & mengikut peraturan
  3. Pegawai dan sistem Borstal saling bersatu dan saling mempercayai antara satu sama lain

Mottonya ialah RESURGAM yang bermaksud We Shall Rise Again. Manakala logo Sekolah Henry Gurney (Wanita) ialah burung helang yang terbang dari api yang sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk menerima pemulihan dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

.....................................................
Rujukan : http://www.prison.gov.my
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates