Social Icons

Wednesday 29 May 2013

Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) dan Karnival Pekerjaan Azam Kerja Anjuran Pusat JobsMalaysia Negeri Selangor

Dinyatakan bahawa Pejabat Tenaga Kerja akan menganjurkan Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) dan Karnival Kerjaya (Temuduga Terbuka) pada ketetapan seperti berikut :


2PK ANJURAN PEJABAT TENAGA KERJA RAWANG

Tarikh :
22 & 23 Jun 2013 (Sabtu) (Program Penyesuaian Kerjaya (2PK)
23 Jun 2013 (Ahad) (Karnival Kerjaya/ Temuduga Terbuka)
Masa : 
8.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat :
Hotel Crystal Crown Kepong

Syarat-Syarat Penyertaan ini :
  • Terbuka kepada lebih kurang 100 orang anak-anak peserta Azam Kerja yang terpilih terdiri daripada pelbagai tahap kelulusan & kemahiran yang masih mencari pekerjaan.
  • Juga dipromosikan di semua kawasan Lembah Klang serta Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta.
  • Karnival Kerjaya dan sesi Temuduga Terbuka akan diadakan pada hari terakhir program, dibuka kepada peserta 2PK dan semua pencari kerja yang datang secara "walk in".

Untuk Keterangan Lanjut Berkenaan Program Sila Hubungi :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Tel : 03-7842 2584 / 2587

Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kali Ke-39 Tahun 2013


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid pada 24 hingga 28 Ogos 2013 bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, Tilawah Al-Quran dan Nasyid di peringkat JKMN Selangor dijangka akan diadakan pada 2 atau 3 Julai 2013.

Peraturan Dan Syarat-Syarat :

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
Kategori yang dipertandingkan :
  1. Kategori Kanak-kanak Lelaki 12 Tahun ke bawah (Terbuka)
  2. Kategori Kanak-kanak Perempuan 12 Tahun ke bawah (Terbuka)
  3. Kategori Kanak-kanak Lelaki 13 hingga 18 Tahun (Terbuka)
  4. Kategori Kanak-kanak Perempuan 13 hingga 18 Tahun (Terbuka)
  5. Kategori Lelaki 18 Tahun ke atas (Terbuka)
  6. Kategori Perempuan 18 Tahun ke atas (Terbuka)
  7. Kategori Lelaki OKU Penglihatan (Terbuka)
  8. Kategori Perempuan OKU Penglihatan (Terbuka)
Syarat-Syarat Pertandingan :
  • Penyertaan Terbuka kepada semua penerima bantuan bulanan, penghuni/pelatih institusi dan kakitangan jabatan mengikut kategori yang ditetapkan. Bagi penghuni/pelatih hendaklah dari institusi di Bahagian Kanak-Kanak, Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya dan Institusi Negeri yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
  • Penghuni/ pelatih dari Pertubuhan Sukarela Yang Menerima Geran Tahunan Tidak Dibenarkan Menyertai Pertandingan Ini.
  • Bagi kategori (1) hingga (4) terbuka kepada semua penghuni/pelatih di institusi kanak-kanak dibawah selian jabatan dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) berumur bawah 18 tahun.
  • Bagi kategori (5) dan (6) penyertaan terbuka kepada semua kakitangan jabatan, penghuni/pelatih institusi dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) berumur 18 tahun ke atas.
  • Kategori (7) dan (8) penyertaan terbuka kepada semua kakitangan penghuni/pelatih dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) OKU Penglihatan tiada had umur.
  • Semua peserta klien jabatan (penerima bantuan bulanan) tempoh tidak kurang daripada 6 bulan menerima bantuan semasa menjadi peserta.
  • Terbuka kepada semua kakitangan yang berkhidmat dengan JKM sahaja. Bagi kakitangan kontrak dan sambilan, hendak tempoh perkhidmatan 6 bulan pada tarikh pertandingan (kenyataan perkhidmatan disertakan).
Bahagian Ayat-Ayat :
  1. Surah Al-Imran - Ayat 14 - Juzu' 3 - Muka Surat 51
  2. Surah Al-Isra' - Ayat 89 - Juzu' 15 - Muka Surat 291
  3. Surah Al-Mu'minum - Ayat 21 - Juzu' 18 - Muka Surat 343
  4. Surah Al-Maaidah - Ayat 27 - Juzu' 6 - Muka Surat 112
  5. Surah Al-An Am - Ayat 59 - Juzu' 7 - Muka Surat 134
  6. Surah Al-Hasyr - Ayat 11 - Juzu' 28 - Muka Surat 547
  7. Surah Al-Maaidah - Ayat 77 - Juzu' 6 - Muka Surat 121
  8. Surah Al-Toha - Ayat 48 - Juzu' 16 - Muka Surat 314
  9. Surah Yunus - Ayat 44 - Juzu' 11 - Muka Surat 214
  10. Surah Al-Hasyr - Ayat 1 - Juzu' 28 - Muka Surat 545
  11. Surah Al-Imran - Ayat 156 - Juzu' 4 - Muka Surat 70
  12. Surah Yunus - Ayat 43 - Juzu' 12 - Muka Surat 240
  13. Surah Al-Ahzab - Ayat 21 - Juzu' 21 - Muka Surat 420
  14. Surah Al-Saba - Ayat 34 - Juzu' 22 - Muka Surat 432
  15. Surah Shaad - Ayat 26 - Juzu' 23 - Muka Surat 454

Tuesday 28 May 2013

Penguatkuasaan Penggunaan Sistem eJKM dan Pelantikan Pasukan Pelaksana dan Pasukan Champion

Bermula dari 15 November 2011 penggunaan 13 modul (Fasa 1) di dalam Sistem eJKMN telah diwajibkan. Kini 10 modul tambahan telah boleh digunakan sepenuhnya. Bersama ini dilampirkan arahan JKMM 100/30/4/1jld2(22) bertarikh 9 Mei 2013 yang jelas menerangkan maksudnya. 

Sehubungan dengan perkara tersebut, anggota Pasukan Pelaksana dan Pasukan Champion akan dilantik dan ditubuhkan. Senarai Pasukan Pelaksana seperti di Lampiran 1 berfungsi sebagai pasukan pemantau di peringkat negeri manakala Pasukan Champion seperti di Lampiran 2 pula akan bertindak sebagai tutor untuk pengguna-pengguna sistem.

Manakala lampiran JKMM/100/01/10/Jld 45 (79) bertarikh 22 November 2011 dimaklumkan bahawa sebanyak 13 modul dalam sistem eJKM (Fasa 1) telah dikuatkuasakan penggunaannya seperti Lampira A. Sepanjang tahun 2013, 10 modul tambahan seperti Lampiran B telah boleh digunakan sepenuhnya menjadi keseluruhan modul yang wajib digunakan sebanyak 23 modul mulai 15 Mei 2013.


Penggunaan Sistem eJKM

Monday 27 May 2013

Permohonan Kemasukan Pelajar Baru Ke Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP) Bangi Sesi 2014

Bagi pengambilan pelajar baru sesi 2014, Pengurusan PLPP Bangi merancang untuk menjalankan temuduga kemasukan pada bulan Oktober 2013.

Syarat-syarat Kelayakan :
Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
  1. Orang Kurang Upaya (OKU)
  2. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Berumur antara 18-40 Tahun
  4. Boleh membaca, menulis dan mengira
  5. Boleh mengurus diri sendiri
  6. Boleh dilatih
  7. Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.
Cara-cara Permohonan :
Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
  1. Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
  2. Borang Pengesahan Kesihatan
  3. Borang Penyiasatan (JKM 17)
  4. Borang Persetujuan Ibubapa
  5. Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, 
Sila berhubung terus dengan pihak kami ditalian :

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab, 
4300 Kajang, Selangor.
Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988

Bagi yang tinggal di Daerah Petaling, boleh menghubungi :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Tel : 03-7842 2584/ 2587

Tuesday 21 May 2013

Permohonan Pendaftaran Taska

Cara Permohonan :

  1. Permohonan pendaftran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  2. Pengusaha TASKA di Rumah perlu memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk direkodkan.
  3. Garis Panduan permohonan penubuhan TASKA boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  4. Permohonan pendaftaran TASKA yang lengkap diproses dalam tempoh 21 hari.
  5. Bayaran pendaftaran RM50.00.
  6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak melalui laman web www.jkm.gov.my.
Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak :
  • Pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diiktiraf oleh JKM.
  • Permohonan untuk mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak boleh dibuat dengan melayari portal ezicare.
Tindakan Undang-Undang Yang Boleh Diambil Terhadap Taska :

Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti :
  • Didakwa di mahkamah dan boleh ;
    • didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
    • bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
  • Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan.
  • TASKA dilak (seal)
  • Pendaftaran TASKA dibatalkan
  • TASKA diarah tutup

Monday 20 May 2013

Kriteria Khusus : Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Jenis Bantuan :
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Kadar :
RM100 sebulan seorang.
Maksimum RM450 sebulan sekeluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.

Tujuan :
  1. Membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan supaya dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian dan penjagaan sewajarnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat supaya dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak dengan sempurna.
Kelayakan Khusus :
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak berikut :
  1. Semua kanak-kanak dalam keluarga yang berumur 18 tahun ke bawah;
  2. Kanak-kanak yatim/ yatim piatu;
  3. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/ penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, tidak upaya, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
NOTE : Untuk permohonan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi atau terus datang ke Pejabat kami.

Tuesday 14 May 2013

Perkhidmatan Bas Komuniti Petaling Jaya Selatan


Bas Komuniti disediakan PERCUMA bertujuan memberi perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah dan warga emas di kawasan perumahan kos rendah, Petaling Jaya.

  • Kapasiti penumpang adalah seramai 30 orang.
  • Jumlah masa untuk 21 perhentian dan 10 destinasi = 1jam (termasuk masa mengambil dan menurun penumpang).
  • Masa perkhidmatan bermula pada 9.30 pagi.
    • Pusingan Pertama pada 9.30 pagi.
    • Pusingan Kedua pada 11.30 pagi.
    • Pusingan Ketiga pada 2.30 petang.
# Segala perubahan masa tertakluk kepada MBPJ tanpa notis.

Laluan Bas Komuniti Kawasan Petaling Jaya Selatan

Friday 10 May 2013

Anak Taksah Taraf Dalam Islam

Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Para fuqaha' bersepakat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil penzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau pun persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah).

Oleh itu kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang sah daripada kedua ibu bapanya. Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : (Kesahtarafan) seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat tidur (kedua ibu bapanya yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan.
(Riwayat al-Bukhari)

Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, istilah anak taksah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah dan sama, peruntukan undang-undang menyatakan :

" tak sah taraf" berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah.

Menurut Fatwa Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syara' di Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 28 april 2005, definisi berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syara', ialah :
  1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau  melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara';
  2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu 'Imkan ad Dukhul' dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah;
  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu 'Imkan ad Dukhul' selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara' bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara'.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) kali ke-64 pada 27 Julai 2004 menyatakan bahawa anak tak sah taraf ialah :
  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;
  2. Anak dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh);
  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara' bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara'.
........................................................
Bah. Undang-Undang Keluarga (BUUK)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Thursday 9 May 2013

Tawaran Pekerjaan Kepada Klien Atau Anak-Anak Klien JKM


Tawaran ini khusus kepada klien atau anak-anak klien Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMN Selangor) dalam membantu kumpulan sasar bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka melalui pekerjaan yang ditawarkan.

Bagi memenuhi tenaga kerja di Stesen Minyak Petronas di Bandar Puchong Jaya, Selangor,  yang akan beroperasi mulai bulan Jun/ Julai 2013 dan memerlukan 8 Orang Krew Petronas baru untuk bekerja di stesen minyak tersebut.

Kepada Klien-klien JKMN Sekangor yang berminat :

Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkenaan tawaran pekerjaan, boleh menghubungi Puan Putri Zharifa di talian 019-355 2272.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates