Social Icons

Saturday 31 March 2012

PERTANDINGAN BADMINTON & KAROM CAMPURAN PKMD PETALING

Semasa perlawanan carom berlangsung



Pertandingan Badminton & Karom Campuran adalah diantara PKMD Petaling Kompleks, Penyayang Bakti dan PKMD Subang Jaya yang diadakan pada 29 Mac 2012, bertempat di Dewan Kompleks Penyayang Bakti, Sg. Buloh.


Perlawanan badminton diantara Pkmd Petaling dan Kompleks Penyayang Bakti
Pasukan Badminton PKMD Petaling bersama Jurulatih Pasukan




Pertandingan ini adalah anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling (PKMD Petaling).









Pegawai-pegawai dan kakitangan PKMD Petaling yang turut serta dalam pertandingan bersama PKMD, Pn Sunarni dan Pn. Jamaeah yang juga turut menyertai dalam acara yang diadakan.




Pasukan Karom Campuran PKMD Petaling

Friday 30 March 2012

SOLAT SUNAT DHUHA DAN HAJAT BERJEMAAH



Solat sunah Dhu'ha berjamaah bersama ahli keluarga PKMD Petaling serta solat sunat hajat khusus untuk anak kepada warga petaling, Pn. Roziah yang kini sedang terlantar sakit di Hospital Klang.


Seluruh warga kerja PKMD Petaling berdoa agar Pn Roziah diberi kekuatan serta semangat dalam menghadapi dugaan dan ujian yang diberikan kepada beliau.

Salam takziah juga buat Pn Roziah dan keluarga di atas kehilangan suami tercinta pada 26.03.2012 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah...

PENERANGAN AKTA PEKERJA SOSIAL


Pada 30 Mac 2012 (Jumaat) setelah tamat tazkirah pagi, satu taklimat dan penerangan tentang Akta Pekerja Sosial telah diadakan yang disampai oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury. Dimana semua pegawai dan kakitangan PKMD Petaling turut serta menghadiri taklimat tersebut.

Thursday 29 March 2012

PELUANG PEKERJAAN DI TM - OKU



POSITION :
CUSTOMER SERVICE FOR TELEKOM MALAYSIA PRODUCT & BILLING DEPARTMENT

JOB DISCRIPTION :
HANDLING INBOUND CALL FROM TM CUSTOMER THAT ENQUIRIES PRODUCT AND BILLING REGARDING TM

WORK LOCATION :
KELANA JAYA PARK VIEW (KPV) ; Nearby Giant Kelana Jaya and also Kelana Jaya STAR Station

REQUIREMENT :

  • Spm /Diploma - RM 1500 + PFP (RM 300)
  • Degree - RM 1700 + PFP (RM 300)
  • Able to speak in English and Bahasa
  • Working Hours : Monday - Friday ; 3 Shift (8.30am - 6.00pm; 9.00am - 6.30pm; 9.30am - 7.00pm)
  • Physical Disable (cause the candidate need to do typing as well)
WE PROVIDE :
  1. BASIC SALARY
  2. PFP : RM 300.00
  3. EPF AND SOCSO PROVIDED
  4. MEDICAL ALLOWANCE PROVIDED
WORKING HOURS ( 3 SHIFT IN A DAY ) MONDAY - FRIDAY
  • 8.30AM - 6.00PM
  • 9.00AM - 6.30PM
  • 9.30AM - 7.00PM
I would like to highlight on below requirement as there will be no tolerance on quality of candidates :
  • Minimun Age : 20 years old

Wednesday 28 March 2012

PELUANG PEKERJAAN UNTUK OKU


Tawaran Gaji dan Kemudahan Syarikat
·        Bayaran Caruman SOCSO & KWSP (EPF) Pekerja - 11%, Majikan – 13%
·        Kenaikan gaji setiap tahun
·        Bonus tahunan yang lumayan – Biasa dibayar pada bulan Disember
·        Tempat kerja dan kantin berhawa dingin
·        Makanan kantin dengan harga subsidi
·        Pakaian seragam percuma termasuk kasut dan tudung
·        Perkhidmatan bas kilang percuma disediakan
·        Rawatan perubatan percuma di klinik panel sahaja
·        Rawatan pergigian dan hospital percuma selepas sah jawatan
·        Surau (lelaki & perempuan)
·        Skim Insuran kemalangan individu
·        Jamuan makan malam tahunan
·        Aktiviti rekreasi dan sukan
·        Latihan peningkatan kerja

............................................................................................................

PENTING * Keutamaan kepada OKU - Pekak dan Bisu

Boleh dihubungi : Puan Laila : 03-6272 9078
Pengawal bertugas : 03-6272 9078

Tuesday 27 March 2012

TAKLIMAT PANDUAN PENGAUDITAN SECARA MENGEJUT

Pada 27 Mac 2012, jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling, satu taklimat telah diadakan tentang Panduan Pengauditan Secara Mengejut yang dipengerusikan oleh PKMD, Pn Sunarni Bt Mastury dan dihadiri pegawai-pegawai dan kakitangan PKMD Petaling yang terlibat :
- Pn. Jamaeah
- Cik Siti Sarah
- Pn. Aini Shahriza
- Cik Noraini 

SESI LATIHAN BADMINTON (PEREMPUAN) PKMD PETALING

Pasukan Badminton (Perempuan) yang mewakili PKMD Petaling dalam Pertandingan Badminton & Karom Campuran Anjuran PKMD Petaling diantara Kompleks Penyanyang Bakti, PKMD Petaling dan PKMD Subang Jaya.




Latihan Badminton Pasukan PKMD Petaling untuk persiapan dalam perlawanan yang diadakan pada 28 Mac 2012 bertempat di Dewan Kompleks Penyayang Bakti.




Monday 26 March 2012

PEMURNIAN FAIL KES BENGKEL INTERAKTIF

Pada 20 Mac 2012, 2 orang Peg. Psikologi JKMM telah hadir ke Unit Kaunseling PKMD Petaling bagi pemurnian file kes bengkel interaktif. Ia bertujuan pengemaskinian dan pemantauan fail-fail sedia ada supaya lebih tersusun dan teratur mengikut pekeliling yang digariskan. Pegawai JKMM yang hadir :

En. Federick
Pn. Qatulnada
Oleh itu beberapa penambahbaikan telah dibuat supaya fail-fail kes lebih tersusun dan diperkemaskan. Cadangan-cadangan daripada pihak HQ telah diambil maklum dalam memperkasakan Program-program Bengkel Interaktif di PKMD Petaling

PROGRAM SIRI PENJELAJAHAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN UNTUK RAKYAT (SPEKTRA)

Program ini telah diadakan :

Pada : 
25 Mac 2012 (Ahad)

Masa : 
8.00 pagi - 2.00 petang

Tempat : 
Balairaya PJS 6/1, Jalan Lindungan Desa Mentari, Petaling Jaya.


Program Anjuran LPPKN ini adalah dibawah 3 agensi naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan LPPKN itu sendiri.




Dibawah Unit Khidmat Penyang (UKP) PKMD Petaling juga telah dijemput bertugas dan membuka kaunter perkhidmatan jabatan semasa program tersebut diadakan.








Pegawai-pegawai dan kakitangan yang bertugas semasa program diadakan :

1. En. Azman Bin Seranek
2. En. Syukor Bin Rapidin
3. En. Kasavan a/l Muniandy

Sunday 25 March 2012

MOTIVASI BERTERUSAN

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.

Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '

KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.

Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

Saturday 24 March 2012

How to Fix File Folders Become Shortcuts in Removable Media

Have you ever met this kind of wired situation? Your file folders suddenly became shortcuts when you connect the removable media (USB pen drive, external hard drive and sd memory card etc.) to your computer and try access data in it. You have sizable files say a couple GB in the drive, but it just shows 1KB or 2KB and so on. You also tried the removable media in a different PC, still the same problem occurred. How to make the file folders accessible again or how to recover lost files first of all?. So follow the steps below and see if you can make things right. 

#1 Check whether the files are not in hidden mode.
Click on "Start" -->Run-->type cmd and click on OK.
Here I assume your removable drive as G:
Enter this command: attrib -h -r -s /s /d g:\*.* (replace the letter g with your usb or memory card "removable drive" letter showed under "My Computer").
Then check if your real files will be showed.

Thursday 22 March 2012

PKMD Petaling Futsal Cup

Pertandingan Futsal Tertutup ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mac 2012 bertempat di Gelanggang Futsal Pejabat Daerah Petaling. Anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi PKMD Petaling, dimana pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah terdiri daripada PKMD Shah Alam, Kompleks Penyanyang Bakti dan Wakil Penganjur PKMD Petaling yang telah menghantar 2 pasukan dalam pertandingan ini.
Setelah semua perlawanan tamat dan mengikut kiraan mata yang ditetapkan, pasukan yang layak ke Perlawanan Akhir adalah dari wakil PKMD Petaling, Mentari Senja Fc bertemu pasukan dari PKMD Shah Alam, Bon-Bonjella Fc. Mengikut keputusan muktamad pengadil :

  




Pasukan yang menjuarai Pertandingan PKMD Petaling Futsal Cup telah berpihak kepada Pasukan Bon-Bonjella Fc dari PKMD Shah Alam.



Dan wakil dari PKMD Petaling, Mentari Senja Fc sebagai Naib Johan Pertandingan.





Tempat Ketiga pula jatuh kepada pasukan dari Kompleks Penyanyang Bakti medal yang disampaikan oleh pihak penganjur En. Ikhram.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada pasukan yang menyertai serta penglibatan semua pegawai bagi memeriahkan lagi acara yang diadakan.

Tuesday 20 March 2012

Bersalaman Akan Menggugurkan Dosa


Maka, sama-sama bermaafan deh...

Hep... lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita je tau... :)

Mahram (bahasa Arab: محرم ), maksudnya yang diharamkan. Lelaki dan wanita yang dilarang (haram) berkahwin. Ianya terbahagi kepada dua larangan iaitu :

-Larangan kekal (Muabbad)

-Larangan sementara (Muaqqat)

:)

................................................................................
Perkongsian : En. Mohd Noor Ikhram Bin Hussin

Monday 19 March 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PASUKAN PELINDUNG DAERAH PETALING BIL 1/2012


Mesyuarat ini telah diadakan pada 19 Mac 2012, jam 9.00pg hingga 12.00 tghr bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling yang telah dipengerusikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury, Pegawai Kanak-kanak yang terlibat serta Jawatankuasa Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah Petaling.

Penyampaian sijil penghargaan kepada Pasukan Pelindung Kanak-kanak bagi Sesi 2008/2011 yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury.
Sesi bergambar Jawatankuasa Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah Petaling bagi Sesi 2012/2015

Agenda Menyuarat :
Berkenaan perlantikan Jawatankuasa Baru bagi sesi 2012/2012 serta perbentangan laporan kewangan dan aktiviti yang dijalankan.

Sunday 18 March 2012

PENUTUPAN PENGOPERASIAN ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR


UNTUK MAKLUMAN

ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR TELAH SELESAI MELAKSANAKAN PEMINDAHAN PENGHUNI SEBAGAIMANA KEPUTUSAN MESYUARAT KETUA BAHAGIAN BIL.7/2011 BERTARIKH 15.08.2011.
 
SEHUBUNGAN ITU, PENGOPERASIAN ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR ADALAH DITAMATKAN MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN ASRAMA AKHLAK 1982 BERKUATKUASA 20 FEBRUARI 2012
 
Surat Rujukan : 1. JKMM(KK)500/02/28(10) bertarikh 20.02.2012
                         2. JKMN.Sel.KK500/02/1 Jld.16(45) bertarikh 06.03.2012

Saturday 17 March 2012

PINJAMAN PERUMAHAN, KENDERAAN DAN KOMPUTER


BORANG PINJAMAN PERUMAHAN, PINJAMAN KENDERAAN DAN PINJAMAN KOMPUTER BOLEH DIDAPATI DARIPADA LAMAN WEB PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI TUJUAN KEMUDAHAN SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERKHIDMAT DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
 
Laman web : www.selangor.gov.my

Friday 16 March 2012

Program Wacana Ilmiah Siri 3 (WI12)


Program Wacana Ilmiah Siri 3 (WI12)
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”
 
(Hari Jumaat Ke-3 Setiap Bulan 2012)

Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor
 

Bersama :
Al-Fadhil Ustaz Abdullah Abdol Razak
[Presiden Kuliyyah Universiti Al-Azhar Mesir Cawangan Malaysia / Universiti As-Sofa]



Tarikh :
16 Mac 2012

Tajuk :
Mencontohi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Dalam Akhlak Suami & Isteri

Tempat :
PKMD Petaling

Mohon doa mendoakan.. :)

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم








Sesi soal jawab bersama Penceramah Jemputan.











Cenderahati yang disampaikan oleh PKMD Petaling, Pn. Sunarni Bt Mastury kepada Penceramah Jemputan, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Abdol Razak.

Thursday 15 March 2012

SSM ka SBPA ka


Apa kita didik anak kita apabila menerima pemberian dari orang lain ya. Ya, ucapan pertama, sudah tentu "Terima Kasih" bukan ? :)

Kita TERIMA dan memberi KASIH [mendoakan dia].. eh :)

Terima kasih lebih comey jika didahului : "ALHAMDULILLAH [Syukor kepada ALLAHسبحانه وتعالى ], kemudian terima kasih kepada ;si polan dan si polan;"

Bezakan, jika kita dapat pemberian kita jawab : "hek eleh, ada la tuu.....lalalala" :)

Sedangkan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم mendidik kita:

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم من لم يشكر الناس لم يشكر الله

[Barangsiapa yang tidak mensyukuri (berterima kasih) kepada manusia, tidaklah dia mensyukuri (berterima kasih) kepada ALLAH سبحانه وتعالى]

Hadith Shohih dalam Riwayat Al-Tirmizi dalam al-Jami' alMukhtasar (No:1954,1955), al-Bukhori dalam Adab al-Mufrad

Mohon doa mendoakan :)

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


En. Mohd Noor Ikhram Bin Hussin

Wednesday 14 March 2012

KENALI DIRIKU - Treatment Cerebral Palsy

Rawatan Cerebral palsy
Cerebral palsy boleh dirawat dalam pelbagai cara meliputi dari  terapi fizikal hingga terapi pertuturan untuk psikoterapi. Sudah tentu anda tidak boleh menyisihkan pentingnya langkah-langkah pencegahan, yang telah menjadi semakin boleh didapati dalam tahun-tahun baru ini. Ibu-ibu hamil seharusnya diuji secara berkala untuk faktor Rh dan menyuntik jika perlu. Langkah pencegahan lain termasuk tetapi tidak dibataskan:

• mengurangkan pendedahan wanita hamil untuk jangkitan-jangkitan
• pencegahan pra-matang
• pengiktirafan dan rawatan jangkitan bakteria semasa kehamilan
• kawalan kencing manis, anemia dan kekurangan nutrisi lain
• mengelakkan dadah tidak perlu dan ubat
• terapi cahaya untuk bayi dengan jaundis

Jika seorang bayi telah didiagnosis dengan cerebral palsy terlalu penting memulakan rawatan seawal yang mungkin. Beberapa kaedah-kaedah paling biasa rawatan termasuk:

Terapi Fizikal
Dalam syarat-syarat cerebral palsy, perkembangan otot boleh kerap berlaku lebih perlahan daripada pertumbuhan tulang. Dalam hal ini, terapi fizikal mungkin adalah sebahagian daripada rawatan yang amat penting. Terapi fizikal sedemikian biasanya akan terdiri daripada satu rutin menyediakan regangan dan latihan-latihan yang akan mencegah anggota badan seorang bayi dari menjadi lemah.  Tambahan pula, terapi boleh termasuk menyediakan bayi untuk aktiviti fizikal biasa seperti  gerak secara bebas, yang boleh dicapai dengan bantuan pejalan-pejalan dan pendakap.

Monday 12 March 2012

KENALI DIRIKU - Sebab-sebab cerebral palsy


Mengapa anak anda mempunyai cerebral palsy?
Jawapan paling mudah kepada soalan ini ialah kerana anak anda mempunyai kerosakan otak.

Mengapa anak anda mempunyai kerosakan otak?
Terdapat banyak jawapan-jawapan yang mungkin bagi soalan kedua ini, kerana terdapat banyak sebab mengapa anak boleh menampung kerosakan otak.  Doktor anda mesti mengulas dengan berhati-hati sejarah kesihatan anak anda dan menjalankan pelbagai jenis ujian-ujian perubatan dan neurologi membantu menentukan punca. cerebral palsy disebabkan oleh satu kecederaan bagi otak sebelum, semasa, atau tidak lama selepas kelahiran. Dalam banyak kes, tiada siapa tahu dengan pasti apa menyebabkan kecederaan otak atau apa mungkin telah dilakukan bagi mencegah kecederaan. Satu jumlah faktor besar yang boleh mencederakan otak yang berkembang mungkin menghasilkan cerebral palsy. Secara umum , bagaimanapun , terdapat dua masalah yang boleh menyebabkan cerebral palsy.

  1. Kegagalan otak membangun dengan betul  (developmental brain malformation)
  2. Kerosakan neurologi bagi otak kanak-kanak yang sedang membangun
Walau apa pun punca cerebral palsy anak anda, keterukan kerosakan otak pada umumnya bergantung kepada jenis dan masa kecederaan. Misalnya, bayi yang  pramatang, pendarahan dalam otak (intraventricular hemorrhage) boleh menyebabkan kerosakan yang besar.  Juga , jika lebih lama  anak yang belum dilahirkan tidak ada oksigen, lebih besar takat kerosakan tisu otak.

Sepuluh hingga lima belas peratus cerebral palsy disebabkan dari satu kecederaan otak sedar, seperti jangkitan (seperti meningitis), pendarahan ke dalam otak , dan kerosakan disebabkan oleh kekurangan oksigen. Ia amat penting yang anda faham yang satu kecederaan otak menyebabkan semasa bersalin dalam banyak kes mungkin dapat dicegah. Kesilapan-kesilapan perubatan bertanggungjawab untuk beribu-ribu dan ribuan kes-kes cerebral palsy. Ia adalah hampir mustahil untuk seorang ibu menerima kenyataan dimana hanya dengan satu kesilapan perubatan boleh menyebabkan cerebral palsy atau kerosakan otak anak mereka. Ia hanya melalui usaha bersepadu pasukan perubatan yang boleh menjawab persoalan itu, "ada cerebral palsy anak saya boleh dicegah?" 

Sunday 11 March 2012

CENDERAHATI BIRTHDAY FEB 2012

Birthday pegawai dan kakitangan untuk bulan Feb 2012 :

  1. Pn. Noor Nashira Adawiyah
  2. Pn. Naziatul Akma
  3. Cik Noraini Subian






Cenderahati yang disampaikan pada 9 Feb 2012 selepas tazkirah pagi oleh pengerusi, Pn. Jamaeah, kepada kakitangan yang menyambut hari lahirnya pada bulan Februari.







Semoga tahun ini diberi seribu makna, rahmat dan keberkatan untuk setiap pekerjaan yang dilakukan oleh beliau dan bertambah kecemerlangan.

Saturday 10 March 2012

BENGKEL INTERAKTIF KAUNSELING

Bengkel Interaktif yang diadakan pada 7 Mac 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling adalah salah satu medium kaunseling bagi kanak-kanak yang berumur bawah 18tahun yang melalui kesalahan-kesalahan kecil seperti membawa motor tanpa lesen, pecah rumah dan lain-lain kesalahan.


Mereka yang terlibat akan diberi taklimat bersama ibu/bapa/penjaga bagi memastikan kanak-kanak sedar akan kesalahan yang dilalui.

Pegawai Akhlak/Pelindung akan merujukkan kanak-kanak  kepada pegawai Psikologi/Kaunselor supaya diberi sesi awal kaunseling dengan mengabil kira ujian-ujian yang ditetapkan. 


Setelah ujian diambil, Pegawai Psikologi/Kaunselor akan membuat penilaian terhadap kepurusan ujian tersebut bagi menentukan personaliti sebenar kanak-kanak dan keluarga.

Kemudian mereka akan dibimbing dan diberi kesedaran melalui pertemuan dan bengkel bersama ibubapa/penjaga secara berskala.


 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates