Social Icons

Wednesday 29 February 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN MESIN JAHIT (PACKAGE LILY) PROGRAM 1AZAM





Majlis ini telah disampaikan oleh PKMD Petaling, Pn. Sunarni Bt Mastury kepada klien jabatan terpilih yang diadakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling pada 22 Feb 2012.





MAJLIS PENYAMPAIAN BASIKAL & BEG SEKOLAH PARLIMEN SUBANG


Majlis Penyampaian ini telah diadakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling pada 22 Feb 2012 yang disampaikan oleh Pn. Jamaeah Bt Abdul Ghani kepada klien jabatan yang terpilih.

Tuesday 28 February 2012

PROGRAM KARISMA BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA

Adab Memuliakan Ulama


Berkata Habib Amri Azmatkhan [anak murid Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdlullah Al-Banjari Al-Makki] di Masjid Negeri Shah Alam pada 11022012:

Firman ALLAH SWT :

"Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman."
[Surah al-Hijr: Ayat 88]

Dia antara kesalahan adab murid terhadap Syeikh mereka :

1-Hari ini kita memperlakukan para masayaikh bagaikan rakan-rakan kita.

2-Kita silangkan kaki di hadapan mereka.

3-Melihat-lihat jam bagaikan berkata "..sudahlah Syeikh, dah lewat ni.."

4-Bersandar

5-Berbual, walaupun berbisik, kira-kira, apa perasaan kita ketika mana kita sedang bercakap, orang lain turut bercakap...

6-Kita menjadi wali dihadapan orang ramai, tetapi menjadi musuh dihadapan ALLAH سبحانه وتعالى .

7-Ber "sms"

8-Firman ALLAH سبحانه وتعالى yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang beriman sama ada lelaki atau perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
[Surah al-Ahzab: Ayat 58].

Sunday 26 February 2012

Penjagaan Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti : 

1. Bersenam @ beriadah. 
2. Mengawal makanan. 

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). 

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan seperti :

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

KENALI DIRIKU – Kurang Upaya Penglihatan


Buta (blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih   baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin   mata)

Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk   dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata   yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat   bantu penglihatan (cermin mata).

Friday 24 February 2012

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA RUMAH KANAK-KANAK REMBAU NEGERI SEMBILAN


Rumah Kanak-Kanak Rembau Negeri Sembilan yang telah ditangguhkan kemasukan kanak-kanak, telah beroperasi semula seperti biasa berkuatkuasa dari tarikh surat JKMM - JKMM(KK)/500/06/68/1 Jld 2(45) bertarikh 17 Feb 2012.

Sehubungan dengan itu, kemasukan baru kanak-kanak yang memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan dibawak Akta Kanak-Kanak 2001 adalah seperti kategori umur yang telah ditetapkan. RKK Rembau juga akan menerima kemasukan Perintah Sementara kanak-kanak lelaki dan perempuan (bagi kanak-kanak lelaki dibawah umur 5 tahun sahaja).

JEMPUTAN PERTANDINGAN BADMINTON TERBUKA JPS SELANGOR

Dimaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Petaling akan menganjurkan Pertandingan Badminton Terbuka yang akan diadakan pada :

   Tarikh : 
10 Mac 2012 (Sabtu) hingga 11 Mac 2012

Bertempat di :
Dewan SUK Shah Alam, Selangor

Thursday 23 February 2012

KENALI DIRIKU – Masalah Pembelajaran

Definisi
Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).


PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.


Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.


Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.


Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.


Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.


Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.


.............................................................................
Sumber: Garispanduan Pendaftaran OKU, JKM dan PDKNet


Wednesday 22 February 2012

PUSAT KHIDMAT CURE & CARE

PUSAT KHIDMAT CURE & CARE
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
(PKCC)
PENGENALAN :
Pusat Khidmat Cure & Care adalah Pusat Aktiviti Harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah.

TUJUAN :
  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti.
  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan berkaitan permasalahan dadah.
  • Menyediakan pakej rawatan dan pemulihan yang boleh menjadi pilihan kepada pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan 'caring'.
  • Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan.
PAKEJ PEMULIHAN YANG DISEDIAKAN :
  • Jagaan Harian (Day Care)
  • Residen (Residential Drug Treatment Programme)
  • Pesakit Luar
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
  • Kaunseling dan Bimbingan
  • Kelompok Sokong Bantu
  • Pencegahan Relapse
  • Kemahiran Hidup
  • Kemudahan Sukan & Riadah
  • Khidmat Masyarakat
  • Rawatan Terapi Gantian Dadah menggunakan Methadone
  • Rujukan dan Advokasi
SIAPA PELANGGAN KAMI :
  • Pengguna Dadah
  • Penagih Dadah
  • Majikan/ Pekerja
  • Keluarga
  • Pelajar
  • Atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dadah
MENGAPA PERLU KE PUSAT KHIDMAT CURE & CARE ? :
  • Identiti anda dirahsiakan
  • Perkhidmatan secara terbuka
  • Sukarela
  • Tidak melibatkan tindakan undang-undang
  • Boleh memilih pakej perkhidmatan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
  • Bilik Kuliah
  • Bilik Kaunseling
  • Surau
  • Asrama (20 Katil)
  • Kemudahan Sukan

Kepada mereka yang menghadapi sebarang masalah yang berkaitan
dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan di Pusat Khidmat Cure & Care yang terletak di :

CURE & CARE SERVICE CENTRE
NO.6, JLN 21/1 SEAPARK
46200 PETALING JAYA
SELANGOR

Juga Boleh Dihubungi :
Tel : 03-7957 5534/ 03-7957 6034
Fax : 03-7957 6396

MAJLIS PENYAMPAIAN BASIKAL & BEG SEKOLAH PARLIMEN PETALING JAYA SELATAN


Majlis Penyampaian Basikal & Beg Sekoalah ini disampaikan oleh Ybhg. Dato' Raja Hanifudin bin Raja Nong Chik yang telah berlansung :



Pada : 
16 Feb 2012 (Khamis) 3.00ptg
Bertempat di :
Dewan MBPJ PJS 2C/6,
Taman Dato Haron,
Petaling Jaya, Selangor.

KENALI DIRIKU – Kurang Upaya Pendengaran

Definisi

Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas dikedua-dua telinga tanpa menggunalan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran.  Kurang upaya pendengaran boleh dibahagi kepada empat tahap iaitu :

Minimum                            15 - <30dB (kanak-kanak)
                                           20 - <30dB (orang dewasa)
Sederhana                           30 - <60dB
Teruk (severe)                     60 - <90dB
Sangat teruk (profound)              >90dB


.......................................................................
Sumber: Garis Panduan Pendaftaran Orang Kurang Upaya, JKM

Tuesday 21 February 2012

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BADRIAH CHERAS KUALA LUMPUR


Melalui surat daripada JKMNS bernombor rujukan JKMN.Sel.KK500/02/1 Jld 16(36) bertarikh Feb 2012. Rumah Kanak-Kanak Tengku Badriah, Cheras yang telah ditangguhkan kemasukan kanak-kanak telah beroperasi semula seperti biasa berkuatkuasa dari tarikh surat JKMM (KK)/500/06/01/1 Jld 10(51) iaitu 08 Feb 2012.

Sehubungan dengan itu, kemasukan baru kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan & perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 adalah seperti kategori umur yang telah ditetapkan.

Monday 20 February 2012

KENALI DIRIKU - Kurang Upaya Fizikal



Definisi

Ketidakupayaan anggota badan samada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain.

Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah:
  • Limb defects(conginetal/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan 
  • Spinal Cord Injury 
  • Stroke 
  • Traumatic Brain Injury 
  • Kerdil (Achondroplasia) iaitu <=142cm bagi lelaki dan <=138cm bagi wanita 
  • Cerebral Palsy 


.........................................................................................
Sumber: Garis Panduan Pendaftaran Orang Kurang Upaya, JKM

Sunday 19 February 2012

KEMPEN HIDUPKAN SUNNAH NABI


Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu kesempatan pernah bersabda, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). 

AYUH KITA BANYAKKAN SENYUMAN DENGAN NIAT MENGIKUT SUNNAH NABI SAW.


......................................
Perkongsian : Pn. Roziah

Saturday 18 February 2012

Program Wacana Ilmiah Siri 2 (WI12)

Program Wacana Ilmiah Siri 2 (WI12)
“Ibadah Tarbiyyah Menjunjung Sunnah”

Anjuran :
Unit Kaunseling dan Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Selangor

Bersama :
Al-Fadhil Ustaz Yusuf Bin Zulkifli 

Imam Masjid Seksyen 7 Kota Damansara
Iaitu seorang sahabat baik kepada Guru kami, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll
Tarikh :
17 Februari 2012
Tajuk : Mengenal Hakikat Diri

ALLAH SWT berfirman:
 
خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً
 
Maksudnya: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
 
Kalaulah kita renungi firman ALLAH SWT dalam sepotong ayat Al-Qur'an ini dengan penuh keinsafan, pasti kita dapat fahami bahawa, tujuan melakukan sesuatu ibadah menurut ALLAH SWT ialah untuk mencari keredhaan-Nya, bukan bertujuan untuk mendapatkan syurga ALLAH SWT
 

Friday 17 February 2012

Perpisahan Pn. Nurhayati Bt Ahmad Zaki






Pn. Nurhayati Bt Ahmad Zaki telah memegang jawatan sebagai Peg. Tadbir Diplomatik (PTD) di PKMD Petaling yang bermula pada 22 Mac 2010 sehingga 17 Feb 2012.




Sepanjang perkhidmatan beliau di Bahagian Pentadbiran PKMD Petaling, beliau banyak membantu melicinkan segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran. Beliau juga merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan  memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugasan yang telah diamanahkan.


Warga PKMD Petaling amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan beliau di PKMD Petaling.

Kami juga warga PKMD Petaling mendoakan semoga beliau memperolehi kejayaan dan peluang yang lebih baik dimasa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Ikhlas Dari Kami Warga PKMD Petaling 2012


Tamat Latihan Pelajar Praktikal






Pelajar Rancangan Kerja Sosial (Praktikal) di PKMD Petaling yang bermula pada 25 Jan 2012 telah tamat latihannya pada hari ini 17 Feb 2012.







Pelajar Praktikal bergambar bersama-sama PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury, Pegawai dan kakitangan PKMD Petaling.










Diucapkan semoga mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru sepanjang berada di PKMD Petaling. Diharap dapat memanfaatkan dan berkongsi ilmu serta maju jaya dalam bidang yang diceburi.

Thursday 16 February 2012

Ujian Personaliti


Mengenal personaliti anda melalui pilihan gambar diatas.


1. Pilih salah satu gambar diatas yang paling menarik minat anda.


2. Pilihan hendaklah secara spontan, tidak mengambil masa yang terlalu lama.




Motivating At Work

Why Employees Don’t Get The Job Done?


Usually, there are 3 reasons people don’t get the job done. Regardless of what reasons people may give the answer may be one of these three..



1). They don't know how...


2). Something or someone
keeps them from it....



3). They don't want to....





So....
Where Are U?

Wednesday 15 February 2012

IKRAR JKM


" Bahawa Kami Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Dengan Sesungguhnya Berikrar Bahawa Kami akan Berkhidmat Dengan Cekap, Jujur Dan Amanah Dalam Menyempurnakan Tanggungjawab Dan Kewajipan kami Untuk Menyampaikan Perkhidmatan yang Berkualiti Dengan Penuh Taat Setia Kepada Organisasi Kami Berlandaskan Budaya Kerja Cemerlang."

LAGU "BERSATU UNTUK KEBAJIKAN"


Rakyat Malaysia Bersatu,

Hidup Berjiwa Mulia,
Tolong Menolong, Bantu Membantu,
Jadi Amalan Setiap Masa.


Yang Susah, Yang Derita,

Memerlukan Bantuan,
Sama Berbakti, Semangat Murni,
Itulah Amalan Yang Suci.


Tak Siapa Yang Meminta,

Dilahirkan Derita,
Sedarlah Taulan, Insaflah Rakan,
Kita Insan Biasa.


Bersatu Untuk Kebajikan,

Demi Kebahagian Semua,
Hidup Sejahtera, Aman dan Makmur
Itulah Harapan Kita



Tuesday 14 February 2012

Surprise Birthday Party Ani (W)






Sambutan Hari Jadi Noraini Subian yang diadakan pada malam 13 Feb 2012 di PKMD Petaling telah diaturkan oleh rakan-rakan seperjuangan.









Pn Sunarni bt Mastury, selaku PKMD Petaling juga turut bersama-sama memeriahkan lagi program yang diadakan.






Warga PKMD Petaling mendoakan semoga Cik Noraini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga bertambah kecemerlangan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Operasi Anti Zina Siri 6/2012

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor(JAIS) telah mengadakan OPS Anti Zina Siri 6/2012 dimana tempat-tempat yang disasarkan ialah seperti kelab-kelab malam dan hotel bajet sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam yang telah beroperasi pada :
Tarikh : 
13.02.2012 (Isnin)

Masa : 
11.30 mlm - 5.00 pagi


Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling juga telah menyertai operasi ini yang dianggotai oleh 6orang pegawai yang diketuai oleh PKMD Petaling, Pn Sunarni Bt Mastury.



Pegawai yang turut menyertai :

1. Pn. Noor Afdzan Bt Sahandri Gani
2. Mohd Kamil Bin Mohamed Umar
3. Mohd Hanif Bin Zulkefli
4. Mohamad Rizal Bin Osman
5. Kesavan a/l Muniandy








Operasi ini juga disertai oleh Agensi-agensi Kerajaan lain seperti MBPJ, AADK, Imigresen dan juga pihak berkuasa PDRM yang sama-sama berkumpul di Dewan Sivik Petaling Jaya sebelum operasi ini dimulakan.


Monday 13 February 2012

BENGKEL PELAN PERANCANGAN STRATEGI DAN PELAN INTEGRITI (2012 - 2014)

Pengarah, Timb. Pengarah I, Timb Pengarah II, Pen. Pengarah Bahagian, Pkmd dan Ketua Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMN) telah mengadakan : 

Bengkel Pelan Perancangan Strategi & Pelan Integriti 
(2012-2014)

Bermula Pada : 
01 - 03 Feb 2012

Bertempat Di : 
Hotel Equatorial Cameroon Highland

RESOLUSI CHUKAI

Resolusi ini dicapai semasa Bengkel Transformasi Pengurusan Pelanggan yang diadakan pada 26-29 Januari 2012. Ia perlu diaplikasikan di seluruh kaunter JKM. Resolusi disampaikan oleh Cik Norani bt Hj. Mohd Hashim, (TKPO JKMM).

  1. Penyelia kaunter perlu dilantik bagi setiap PKMD bertujuan membuat seliaan   perkhidmatan  kaunter
  2. Menentukan bilangan pegawai untuk menjaga kaunter pada setiap hari dan tugas menjaga kaunter dijadikan sebahagian dari SKT pegawai
  3. Membuat checklist/senarai tugas di kaunter
  4. Mengadakan Latihan Asas Perkhidmatan Kaunter
  5. Menyediakan kaunter khas OKU serta memaparkan kaunter berkenaan dengan jelas.
  6. Memastikan TV berada pada kedudukan strategik untuk klien
  7. Menyediakan sistem nombor giliran elektronik atau manual
  8. Menyediakan Sudut Karisma (*dapatkan design bunting dari Penyelaras Latihan Negeri)
  9. Menyediakan parking OKU dan memastikan ia tidak digunakan oleh bukan OKU

Sunday 12 February 2012

Kenali Internet

Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya. 

Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini . 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga Oktober pada tahun lalu.

"Masalah keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi pengguna yang mengakses Internet," katanya.

"Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik," katanya.

Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman.

"Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik," kata Husin.

Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu.

"Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.

Ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem.

Saturday 11 February 2012

Penyampaian Medal Perlawanan Futsal

Penyampaian Medal untuk Perlawanan Futsal Tetutup PKMD Petaling disampaikan selepas Majlis Maulidur Rasul 1433H dan Majlis Perpisahan Pn. Nurhayati Bt Ahmad Zaki. 





Peserta dari Pasukan Futsal Demba Ba Fc menerima Medal selaku Johan dalam perlawanan yang berlansung pada 8 Feb 2012.






Disampaikan oleh Pengerusi, Pn. Jamaeah kepada peserta-peserta yang menyertai perlawanan yang diadakan oleh Hub Sukan dan Rekreasi PKMD Petaling.





Ketua Pasukan Mentari Mendung Fc yang menerima Medal selaku Naib Johan dalam perlawanan yang dipertandingkan. 

Friday 10 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H DAN MAJLIS PERPISAHAN PUAN NURHAYATI BINTI AHMAD ZAKI



Sambutan Maulidur Rasul 1433H telah diadakan di PKMD Petaling pada 10.02.2012 dengan pengisian bacaan ayat suci al-Quran, Qasidah [Ya Taiyyibah-In ki lazurtum], Marhabban dan Tazkirah dengan dibimbing oleh En Ikram.


Majlis perpisahan bagi Puan Nurhayati (PTD) kerana perkhidmatan beliau akan tamat pada 17.02.2012. Semoga beliau akan terus berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.



Penyampaian cenderahati kepada Pn. Nurhayati yang disampaikan oleh Pengerusi, Pn. Jamaeah sebagai tanda penghargaan kepada beliau diatas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang berkhidmat di PKMD Petaling.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates