Social Icons

Wednesday 28 August 2013

Unit Kaunseling dan Psikologi PKMD Petaling

PENGENALAN
Kaunseling adalah proses dua-hala yang membantu orang membuat perubahan diri atau mengambil keputusan untuk menangani masalah. Ini berlaku melalui dialog antara klien dan kaunselor.
Kaunseling memberi peluang untuk anda melihat dengan lebih jelas konflik, gangguan atau masalah yang sedang dialami dan kesannya terhadap kualiti hidup anda. Melalui kaunseling anda boleh memahami kebimbangan dan ketakutan yang anda alami serta cara-cara anda menghadapi dan menangani masalah.
Kaunseling boleh membantu anda membuat pertimbangan kepada apa-apa perubahan atau keputusan yang anda ingin lakukan serta melihat pilihan-pilihan yang ada untuk anda. Melalui sokongan dan galakan kaunselor, anda akan memperolehi pemahaman diri, kematangan emosi, celik akal serta dapat membuat keputusan dan bertindak untuk menangani masalah anda. 
Objektif Unit Kaunseling dan Psikologi 

Meningkatkan kestabilan emosi, mental & spiritual klien yang memerlukan melalui perkhidmatan intervensi yang diberikan.
Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental, emosi & spiritual dalam mengharungi hidup yang sihat.
Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.
Menggalakkan celik akal dikalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang efisien dan berkesan dalam penyelesaian konflik dan isu yang menganggu kehidupan.

Fungsi utama Unit Kaunseling dan Psikologi :

Melaksanakan program-program pembangunan modal insan di kalangan penjawat awam di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Agensi Kerajaan dan Swasta yang berminat.
Menjalankan sesi Klinik Kaunseling,  Kaunseling Perkahwinan / Pasangan, Kaunseling Keluarga, Bengkel Interaktif, Kaunseling Kelompok, Tele Kaunseling, Ujian Penaksiran Psikologi, Program Outreach dan Advokasi / Intervensi ke atas klien yang dirujuk / sukarela (walk in) bagi membantu penyelesaian isu & konflik yang dihadapi. 

Piagam Pelanggan Unit Kaunseling dan Psikologi :

Sesi Intervensi  dijalankan dalam masa 45 minit hingga 60 minit
Kerahsiaan adalah keutamaan sesi intervensi/kaunseling
Setiap rujukan baru (klien) diberi temujanji sekurang-kurangnya 3 hari bekerja dari tarikh rujukan.
Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi sesi kaunseling di kalangan kakitangan PKMD akan diberi temujanji dalam masa tidak lebih 7 hari bekerja dari tarikh rujukan & pemohonan.
Setiap rujukan baru (klien) diberi temujanji sekurang-kurangya 3 hari bekerja daripada tarikh rujukan.
Pesakit yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan Unit Kaunseling dan Psikologi.

Hari Klinik Kaunseling adalah pada hari Isnin – Jumaat
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat  : 9.30 pagi – 12.30 tengahari / 3.30 petang – 4.30 petang

Aktiviti Unit Psikologi Kaunseling

Pegawai Psikologi S41 :-

Mengendalikan sesi kaunseling / konsultasi / intervensi krisis bencana, intervensi individu, kelompok, membuat penilaian psikologi, menjalankan lawatan psikososial di rumah, pengendalian bengkel & kursus, contoh kes seperti pengurusan kemarahan, penderaan, tatatertib, disiplin, psikososial dan lain-lain.
Mempromosi Khidmat Kaunseling, Psikologi dan Kesihatan dari aspek emosi, mental spiritual, dan tingkahlaku.

Pegawai Bertanggungjawab :

Encik Mohd. Noor Ikhram Bin Husin [K.B.P.A]
Pegawai Psikologi 

Puan Nur 'Aen Binti Abu Haniffah

Penolong Pegawai Psikologi [Kanan]

Kaunseling ; Islam dan Barat, Bagaimana Pendekatannya?

Kaunseling didefinisikan sebagai satu interaksi antara dua individu iaitu kaunselor dan klien, dalam keadaan profesional dan bertujuan untuk menolong kepada perubahan tingkah laku klien.

Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien kearah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia. Inilah beza utama bagaimana kaunseling berpendekatan Islam dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim. Namun tidak dinafikan, teknik dan gaya pendekatan kaunseling barat boleh juga diaplikasikan semasa sesi kaunseling berlangsung.

Berkesannya kaunseling berpendekatan islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini.

Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan 4 perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu.

1.Pembangunan Roh

Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.

2. Pembangunan Akal

Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah swt. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan , juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan.

3. Pembangunan Hati

Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah swt.

4. Pengimbangan Nafsu

Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa.

Justeru itu, keempat-empat perkara diatas merupakan tumpuan utama dalam kaunseling pendekatan Islam dimana tujuan akhir kaunseling ini adalah membawa manusia mengenal diri dan Penciptanya.

Wallahua’lam.


C.R Suffiyyah Solehah.

Monday 26 August 2013

MOUTH & FOOT PAINTING ARTISTS SDN BHD

Mat Jamil Ramli,
penerima elaun pekerja cacat PKMD Petaling
Sinar Harian 30 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Mat Jamil Ramli dan Mohd Khairuddin Che Rani adalah dua insan istimewa dengan bakat yang boleh mengalahkan mereka yang sempurna anggota tubuh badan untuk memperoleh pendapatan.


Mat Jamil, 28, dilahirkan dengan kedua-dua belah tangan yang cacat. Khairuddin, 23, pula lahir tanpa kedua-dua belah tangan dan juga mengalami kecacatan tulang belakang. 



Bagaimanapun, kedua-dua anak muda ini tidak pernah menjadikan kecacatan mereka untuk mengemis kerana mereka berdua ke sekolah, meskipun terpaksa belajar menggunakan jari kaki memegang pensil untuk menulis dan belajar melukis menggunakan jari kaki juga. 

Kedua-dua anak muda ini kini menjadi artis/pelukis dengan Foot and Mouth Painting Artists Sdn Bhd (MFPA). 

Persatuan induk MFPA ditubuhkan pada 1956. Ia hasil gigih sekumpulan artis kebanyakannya dari Switzerland, Perancis dan Jerman yang melukis tanpa menggunakan tangan                                                            

Persatuan itu kini mempunyai cawangan di seluruh dunia dan kewujudannya memberi peluang kepada insan istimewa seperti Jamil dan Khairuddin untuk mengasah bakat.


TANPA TANGAN
     

Berasal dari Felda Bukit Bading, Terengganu, Mat Jamil adalah anak ketiga daripada tujuh beradik dan hanya dia yang dilahirkan cacat.

"Kalau saya sedih pun dengan keadaan saya, tetapi sedih saya lebih kerana saya tidak dapat berdikari. Saya tak mahu menyusahkan emak dan ayah atau adik-beradik saya," kata Jamil kepada Bernama di pejabat MFPA, Lot 327, Tingkat 2, Ampang Park, Kuala Lumpur. 

Di sebalik kecacatannya, Jamil berkata dia seronok bersekolah. "Masa sekolah rendah, ayah hantar. Masuk sekolah menengah, pergi sendiri naik bas. Harapkan kawan-kawan tolong. 

"Saya belajar menulis menggunakan jari kaki untuk memegang pensil. Dalam minda saya kaki saya ini saya anggap sebagai tangan," kata Jamil sambil menambah, kawan-kawan sekolah tidak mengganggu atau mengejek, sebaliknya banyak membantu. 

Di sebalik kekurangan diri, Jamil mampu bersekolah hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  
 

Borang Permohonan Kemasukan Ke PUSAT LATIHAN GURNEY (OKU Penglihatan)

Syarat-syarat kemasukan dan borang permohanan mengikut kursus.

Saturday 3 August 2013

Peluang Pekerjaan Untuk OKU (Pendengaran) Di TAN CHONG MOTOR ASSEMBLIES SDN BHD


Syarat-Syarat Kelayakan :
  • Jantina : Lelaki / Perempuan
  • Umur : 18 - 35 tahun
  • OKU : Pendengaran
  • Gaji : RM900 + elaun
  • Kemudahan : Asrama disediakan dengan hanya RM30/sebulan
Kepada sesiapa yang berminat :

Sila hubungi di :

TAN CHONG MOTOR ASSEMBLIES SDN BHD
PT LOT 1504 MUKIM SERENDAH
BEG BERKUNCI 201
48009 RAWANG

Tel : 03-6099 0288 Sambungan 233 / 238
HR : Encik ADI
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates