Social Icons

Thursday 31 January 2013

Kemasukan Ke Bengkel Terlindung

Bengkel Terlindung ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berdaya saing untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran terbuka. Ia ditubuhkan mengikut Kaedah-kaedah Worksyop Terlindung 1979.

Objektif :
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya.
  • Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya.
  • Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.
Bengkel Daya Klang
Sebagai sebuah Institusi dimana menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak boleh bersaing diluar. Pada masa ini Unit yang beroperasi adalah :
  • Jahitan
  • Perkhidmatan Am
  • Bakeri
Syarat-Syarat Kemasukan :
  • Berdaftar dengan JKM
  • OKU yang terlatih berumur 18-45 tahun
  • Bebas daripada penyakit berjangkit
  • Boleh mengurus diri sendiri
  • Percubaan selama 3 bulan bagi pekerja OKU yang baru diterima masuk

Monday 28 January 2013

Konsep Program UKP

Merupakan satu program pendampingan sosial bagi :

  • Mendekatkan JKM kepada masyarakat khususnya masyarakat terpinggir, daif dan miskin.
  • Urusan penyampaian perkhidmatan tidak lagi hanya tertumpu di pejabat.
  • Berkonsepkan perkhidmatan bergerak untuk mengendalikan khidmat bantuan dan rujukan.
Fungsi UKP :
  • Pejabat mini bergerak
  • Pusat Perkhidmatan Jabatan
  • Pusat pengurusan bayaran bantuan
  • Pusat Khidmat Nasihat dan Kaunseling
  • Perkhidmatan Jabatan serta pameran
  • Pusat Pendaftaran OKU
  • Unit Operasi Bencana
  • Pusat Rujukan

Saturday 26 January 2013

Gejala Sosial Kanak-Kanak

Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.

3 Kategori Masalah Sosial Kanak-Kanak :

  1. Kanak-kanak yang memerlukan Perlindungan dan Pemulihan.
  2. Kanak-kanak diluar kawalan ibubapa atau penjaga.
  3. Kanak-kanak melakukan jenayah.
Jenis-Jenis Kesalahan :
  • Bersabit dengan harta benda
  • Bersabit dengan manusia
  • Kesalahan jantina
  • Dadah
  • Judi
  • Senjata/ bahan api
  • Lalulintas
  • Memiliki senjata
  • Tidak Terkawal

Thursday 24 January 2013

Bank Makanan Bandaraya PJ

PJ CITY FOOD BANK
Merupakan projek terbaru di bawah program Local Agenda 21 Petaling Jaya dan mendapat sokongan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JSPN) yang memberi bantuan peralatan bagi perlaksanaan projek.

Di bawah projek ini MBPJ akan menerima sumbangan makanan daripada kilang, pasaraya, kedai bakeri, hotel dan restoran yang akan ditempatkan di pusat operasi. Makanan ini kemudiannya akan diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada rumah orang miskin, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan dan rumah orang cacat di Petaling Jaya.

Penderma/ Penaja
Syarikat-syarikat yang telah bersetuju untuk menderma makanan seperti :
  • Dutch Lady Milk Industries Berhad
  • Nestle Products Sdn. Bhd
  • VACARON Company Sdn. Bhd
  • A-Joint Venture between Fraser & Neave Holding
  • Bhd & FCL Centrepoint
  • Mirabelle Patisserie Sdn. Bhd
  • Cherry Cake House
Kenderaan Penghantar
Syarikat Kayu Nasi Kandar telah menderma sebuah Van sebagai kenderaan penghantar makanan daripada pusat operasi kepada golongan yang memerlukan.

Sukarelawan
Seramai 43 sukarelawan telah bersetuju membantu kerja-kerja pembungkusan, melabel dan merekod makanan yang diterima dari penerima dan dihantar kepada penerima. 
Sukarelawan yang terdiri daripada :
  • Persatuan Warganegara Kanan Selangor
  • Shelter Home
  • Women's Institute
  • Kelab Kebajikan Wanita Petaling Jaya Selatan
Sasaran Penerima
Bantuan ini akan diagihkan kepada rumah orang miskin, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan dan rumah orang cacat di Petaling Jaya.
Antaranya adalah :
  • Rumah Insaniah Dr. Siti Hasmah
  • Stella-Maris Home
  • Persatuan OKU dan Terbiar Lovely PJ
  • Care Home, Jalan Gasing
  • PJ Nursing Home
  • NASAM dan lain-lain






Pusat Operasi
Projek PJ City Food Bank

A-G-10, Tingkat Bawah, Blok A,
Pusat Perniagaan Seksyen 8 (8th Avenue),
Jalan Sungai Jerneh 8/1, Seksyen 8,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tuesday 22 January 2013

Taska Mengikut Terma & Syarat

Nisbah Pengasuh Dengan Kanak-kanak :

  • Lahir hingga 3 tahun = 1 : 5
  • 3 hingga 4 tahun = 1 : 10
Nisbah Ruang Dalam Taska :
  • Menetapkan nisbah ruang iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak.


LATIHAN YANG DIWAJIBKAN BAGI TASKA
  • Mewajibkan pengusaha TASKA dan pengasuh kanak-kanak mengikuti Kursus Asuhan Kanak-Kanak yang dikendalikan oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JKM.
MENU :
  • Menetapkan penyediaan makanan yang seimbang mengikut peringkat umur kanak-kanak.
AKTIVITI :
  • Menyediakan aktiviti yang bersesuaian mengikut umur dan perkembangan kanak-kanak.

Juga dengan mematuhi Terma & Syarat-syarat yang ditetapkan oleh :
  • JABATAN BOMBA
  • JABATAN KESIHATAN
  • P.B.T

Sunday 20 January 2013

Tujuan Jalani Perintah Khidmat Masyarakat


Bermatlamat untuk mencegah Pesalah Muda dari mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat.
  1. Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.
  2. Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut :
    • Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.
    • Pemulihan - dengan merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda.
    • Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.
Tindakan Pegawai JKM


Tempat Pesalah Muda Boleh Menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat

Para pesalah muda yang di perintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di Institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

47 buah institusi telah dikenalpasti.

Tuesday 15 January 2013

Apa Tujuan Kaunseling !!!

Bertujuan :
  1. Meningkatkan pembangunan personel dan kematangan sosial.
  2. Membolehkan individu lebih bertanggungjawab dan mampu kendalikan tingkahlaku.
  3. Membantu individu bersikap terbuka dan mampu membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya.
  4. Membantu individu mengatasi gangguan emosi bagi mencapai kepuasan selaras dengan nilai moral, agama dan norma hidup.
  5. Membantu individu menyesuaikan diri dengan cabaran dalam suasana persekitaran.
  6. Membantu individu mengenali diri dan persoalan yang dihadapi demi menghasilkan imej diri positif.
  7. Membantu individu menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Bagaimana Kaunseling Dapat Membantu Anda ?
  • Kaunseling membantu ke arah kesejahteraan individu, melalui pendidikan, pencegahan pemulihan dan pengembangan.
  • Kaunseling membimbing individu mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapinya. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan.
  • Melalui keserabutan yang dihadapinya akan dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit. Dalam hal ini kaunselor memainkan peranan untuk membimbing individu melalui penerokaan masalah dan tindakan ke arah penyelesaian.

Tuesday 8 January 2013

Peluang Mengikuti Latihan Vokasional & Pemulihan Untuk OKU

KEMASUKAN KE INSTITUSI (PLPP)

PLPP adalah sebuah Institusi di bawah JKM yang memberi Latihan Vokasional & Pemulihan kepada OKU anggota. Pusat ini menyediakan pelbagai latihan & kemahiran untuk membolehkan OKU hidup berdikari.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Pemulihan Perubatan
  • Pemulihan Carakerja
  • Pemulihan Anggota
  • Kaunseling
KURSUS YANG DITAWARKAN
1. Kursus Vokasional
  • Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (MLVK) - 1 Tahun
  • Rekaan Fesyen & Jahitan (MLVK) - 1 Tahun
  • Elektrikal (MLVK) - 1 Tahun
  • Elektronik (MLVK) - 1 Tahun
  • Multimedia - 1 Tahun
  • Prostotik & Ortotik - 2 Tahun
  • Pembuatan Kerusi Roda - 2 tahun
2. Kursus Pra-Vokasional
  • Elektronik - 1 tahun
  • Komputer - 1 tahun
  • Lukisan - 1 tahun
  • Jahitan - 1 tahun
  • Kraft Batik - 1 tahun
3. Latihan Memandu OKU

KELAYAKAN PEMOHON

1. Kursus Vokasional
  • OKU anggota berdaftar dengan JKM
  • Berumur 18 - 40 tahun
  • Mampu menguruskan diri sendiri
  • Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
  • Kelayakan PMR / SPM
2. Kursus Pra-Vokasional
  • OKU anggota berdaftar dengan JKM
  • Berumur 14 - 25 tahun
  • Mampu menguruskan diri sendiri
  • Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
  • Boleh membaca, menulis & mengira
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad OKU anggota
  • Salinan PMR/ SPM (untuk kursus Vokasional shj)
  • Dokumen sokongan lain jika diperlukan.
......................................................................................................................................
CARA PERMOHONAN
Sila memohon melalui :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran

Atau terus kepada :

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab, 
4300 Kajang, Selangor.

Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988

Friday 4 January 2013

Gaza Kami Prihatin

Bersama Saudara Jufitri Joha [Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)] akan membicarakan seputar isu Palestin dan Negara haram israel.


Beliau banyak terlibat dalam aktiviti sukarela dalam misi-misi kemanusiaan global. Terbaharu, beliau secara langsung terlibat dengan isu PALESTIN-zionis.



Tarikh :
14 Disember 2012 [JUMAAT]

Waktu :
0900-1000 pagi 

Tempat :
Bilik Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling




PERBEZAAN YAHUDI , ZIONIS DAN ISRAEL
Sebelum kita mengupas peranan kerajaan British dalam pembentukkan Negara Israel ini, kita mestilah memahami apakah perbezaan di antara Yahudi dan Zionis. Umumnya, ramai khalayak merasakan apabila bercakap soal Yahudi, Zionis , Israel dan keyahudian, terdapat banyak stereotyping dan misnoma yang dikaitkan dengan frasa-frasa ini. Jadi, sebelum mana-mana di antara kita ingin berdiskusi secara lebih lanjut tentang Yahudi, Israel, Zionisme dan keyahudian secara menyeluruh perlulah kita fahami akan terminologi-terminologi ini dahulu, agar sekurang-kurangnya dapatlah kita elakkan mengecam dan mengutuk sesuatu bangsa secara membuta tuli. 

Menurut Dr. Heazar Ismail, beliau mendapati bahawa kebanyakan masyarakat menganggap frasa-frasa ini membawa maksud dan mewakili kumpulan masyarakat yang sama, yang tentu sekali anggapan ini amat besar khilafnya.

Perkataan Yahudi itu sendiri melambangkan suatu bangsa, yang jika dikaji susur galurnya di dalam kitab-kitab samawi menunjukkan bahawasanya bangsa ini lahir dari keturunan Nabi Ibrahim A.S melalui anaknya Nabi Yaakub A.S. Manakala agama Yahudi itu atau Judaism merupakan agama amalan bangsa itu sendiri secara eksklusif. Bangsa Yahudi itu semestinya beragama Yahudi dan penurunan keturunan di kalangan bangsa Yahudi ini berlaku dari sebelah ibu, yang bererti sekiranya seseorang itu ibunya adalah Yahudi, maka dia secara automatik akan diiktiraf sebagai seorang yang berbangsa Yahudi oleh komunitinya. Masyarakat Yahudi secara amnya mengamalkan agama mereka secara introvert dan tidak cuba untuk mengembangkan fahaman mereka kepada bangsa-bangsa lain, dan jarang kita dengar akan individu dari subset bangsa lain “masuk” agama Yahudi. 

Zionisme pula atau fahaman Zionis adalah satu gerakan dan fahaman ultra-nasionalis Yahudi yang menginginkan penubuhan sebuah negara bangsa sendiri atau promised land yang diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi berkerakyatan Austria bernama Theodor Herzl. Dan hasilnya,tertubuhlah sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam sedunia dengan nama Israel . Dan dasar Israel ini adalah mudah - negara ini menganggap semua orang Yahudi, tidak mengira dari mana asal negaranya merupakan penduduknya yang sah dan dibenarkan untuk berhijrah pulang ke Israel untuk menetap secara tetap sebagai rakyatnya.Inilah punca utama pergeseran yang kita saksikan saban hari di Asia Barat apabila kerajaan Zionis Israel terus menerus merampas tanah hak rakyat Palestin untuk memperbesarkan komuniti Zionisnya secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. 
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates