Social Icons

Monday 29 April 2013

Permohonan Pendaftaran Pusat Jagaan

Cara Permohonan

  1. Permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  2. Borang permohonan penubuhan Pusat Jagaan boleh diambil di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  3. Permohonan pendaftaran Pusat Jagaan yang lengkap diproses dalam tempoh 21 hari.
  4. Senarai Pusat Jagaan Berdaftar boleh disemak melalui laman web www.jkm.gov.my.
  5. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM50.00
Tindakan Undang-undang Yang Boleh Diambil

Mana-mana Pusat Jagaan yang tidak berdaftar atau Pusat Jagaan yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
  • Didakwa di Mahkamah dan boleh
    1. Didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
    2. Bagi kesalahan berterusan boleh dikenakan denda harian tidak melebihi RM1000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu.
  • Dikenakan kompaun maksimun RM5,000 bagi setiap kesalahan.
  • Pusat Jagaan dilak (seal).
  • Pendaftaran Pusat Jagaan dibatalkan.
  • Pusat Jagaan diarah tutup.

Kegembiraan Memelihara Anak Angkat

Memelihara anak angkat merupakan satu proses dan pengalaman yang kompleks. Satu perkara yang tidak jauh bezanya daripada peranan dan tanggungjawab seorang ibubapa kandung terhadap anak sepertimana yang diakui oleh setiap ibubapa, adalah bukan mudah untuk menjadi ibubapa yang baik dan dikagumi.

Seperti semua kanak-kanak lain, anak-anak angkat juga adalah manusia istimewa yang memerlukan belaian dan kasih sayang untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksima. Seorang anak angkat mungkin mempunyai banyak pengalaman yang ketara dalam tempoh usia yang begitu singkat, yang mungkin telah mengakibatkan mereka diberikan sebagai anak angkat.

Walaubagaimanapun, dorongan dan kasih sayang keluarga yang akan menerimanya itu mungkin menjadi salah satu faktor utama yang dapat memulihkannya. Begitulah kegembiranya mengambil seorang anak angkat. Kita hanya dapat memberi kasih sayang setelah menikmatinya.


Salah satu pengalaman yang bermakna dan dapat memberi kepuasan kepada seseorang ialah apabila dia dapat merasakan bahawa sumbangannya telah berjaya menghasilkan perkembangan yang sihat seorang insan lain.


NOTA : Untuk mengambil seorang anak angkat, sila hubungi mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan masing-masing untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.

Friday 26 April 2013

Mengenali Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi Yang Disediakan Kepada Klien

Kaunseling :
Satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor menggunakan Kod Etika Kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri.

Psikologi :
Merujuk kepada cabang ilmu sains yang mengkaji tingkahlaku, tindakan, pemikiran, proses mental, minda dan diri individu.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi :

1. Klien

  • Kumpulan sasar jabatan yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling & psikologi.
2. Klien Normal
  • Individu yang normal tetapi memerlukan bantuan kerana mengalami tekanan emosi, kecelaruan fikiran, gangguan tingkahlaku dan sukar membuat keputusan.
3. Klien Abnormal
  • Klien yang mengalami simptom psikotik yang memerlukan rujukan Pakar Psikiatri.
4. Klien Dalam Krisis
  • Klien yang mengalami ketidakseimbangan apabila berhadapan dengan krisis dan memerlukan intervensi segera.
Bimbingan :
Proses membantu individu memahami diri dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya.


Monday 22 April 2013

Sumbangan Kepada Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia


Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia
 (USIAMAS) telah diberi kelulusan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenai pengecualian cukai ke atas semua derma yang diberikan kepada USIAMAS berkuatkuasa 15 julai 2011.

Dibawah ini diperuntukan petikan rasmi dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri :

" Potongan Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967:
Rujukan : LHDN. 01/35/42/51/179-6.6973
Tarikh Kuatkuasa : 15 Julai 2011

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan USIAMAS dan sumbangan, boleh menghubungi di talian :

Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia
Tel : 03-4042 2201
Faks : 03-4042 2202

Friday 19 April 2013

Pilihan Raya Umum Ke 13 : Orang Kurang Upaya (OKU)

Bagi membantu dan memudahkan orang kurang upaya (OKU) untuk menjalankan hak dan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, Suruhanjaya Pilihanjaya (SPR) :

Membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang yang dipercayai untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab membuang undi.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut boleh disemak atau melayari di Portal Rasmi PRU13 :

Tuesday 9 April 2013

Kriteria Khusus : Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Jenis Bantuan :
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Kadar :
RM 150 seorang sebulan.

Tujuan :

  1. Membantu saraan OKU yang tidak berupaya bekerja.
  2. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan OKU yang tidak berupaya bekerja.
  3. Mengelak atau mengurangkan kemasukan ke institusi.
Kriteria Kelayakan Khusus :
  1. OKU yang berdaftar dengan JKM.
  2. OKU yang tidak berupaya bekerja disebabkan faktor-faktor yang munasabah tetapi bukan kerana sikap tidak mahu bekerja.
  3. Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan.
  4. Sumber pendapatan individu OKU tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa seperti Pencen, PERKESO dan lain-lain.
  5. Berumur antara 18 hingga 59 tahun.
  6. Bukan penerima skim bantuan bulanan JKM sedia ada ; dan
  7. Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan program penjagaan/ pemulihan kelolaan Kerajaan dan NGO.

Friday 5 April 2013

Program Penyesuaian Kerja Dan Karnival Azam Kerja

Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya (Unit Pekerjaan) akan mengadakan Program berikut pada :

Program Penyesuaian Kerjaya dan Karnival Azam Kerja.

Tarikh : 
13 - 14 April 2013 (Sabtu & Ahad)

Masa : 
8.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : 
Quality Hotel Shah Alam, Plaza Peransang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam Selangor.

Kriteria-kriteria yang ditetapkan adalah :

Daerah : Sekitar Petaling Jaya, Shah Alam, Klang
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Umur : 18 hingga 30 Tahun
Kumpulan Sasar : Lepasan sekolah/ pencari kerja/ peningkatan kerjaya/ penganggur.

Kepada sesiapa yang berminat atau sebarang pertanyaan, boleh menghubungi terus di talian :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
03-7842 2584 / 2587
Pn. Jamaeah Abd Ghani

Orang Ramai Dijemput Hadir !!!

Hentikan !!! Penderaan Kanak-Kanak

APA ITU PENDERAAN KANAK-KANAK ?

Segala bentuk penderaan fizikal, seksual, emosi, pengabaian, eksploitasi pemerdagangan yang mungkin menjejaskan kesihatan, kehidupan dan maruah kanak-kanak.

JENIS-JENIS PENDERAAN KANAK-KANAK

Penderaan Fizikal
  • Kecederaan pada tubuh badan kanak-kanak yang dilakukan dengan sengaja.
  • Dilakukan oleh seseorang yang sepatutnya bertanggungjawab memberi perlindungan kepada kanak-kanak tersebut.
Contoh : 
Perbuatan memukul, mencucuh puntung rokok kepada tubuh badan kanak-kanak dengan sengaja.

Tanda-tanda :
Lebam, luka, kepatahan, pendarahan, melecur.

Penderaan Seksual
  • Memaksa, mengugut atau memperdaya seseorang kanak-kanak untuk mengambil bahagian atau sebagai pemerhati dalam apa-apa bentuk aktiviti berkaitan seks bagi memuaskan nafsu orang itu orang lain.
Contoh :
Rogol, liwat, pendedahan kepada bahan lucah dan sebagainya.

Penderaan Emosi
  • Tidak memberikan kasih sayang dan perhatian sewajarnya kepada kanak-kanak.
  • Melakukan perbuatan yang boleh menggangu dan membawa kesan buruk kepada emosi dan perkembangan kanak-kanak.
Contoh :
Mencaci atau menengking kanak-kanak secara berterusan.

Pengabaian
  • Kegagalan ibubapa atau penjaga menyediakan keperluan asas yang berpatutan kepada kanak-kanak.
Contoh :
Tidak menyediakan makanan secukupnya, pakaian, pendidikan, penjagaan, kesihatan, perlindungan atau tempat kediaman yang sempurna.
Eksploitasi

  • Menggunakan kanak-kanak untuk keuntungan dan kepentingan diri.

Wednesday 3 April 2013

Semak Status Permohonan Bantuan Dan Kad OKU

Maklumat kepda semua Klien JKM, untuk menyemak status permohonan bantuan dan status kad kenal diri OKU boleh di semak secara Online dengan mengunjungi Laman Sesawang seperti :

1. Semak Status Permohonan Bantuan :

http://spbk.jkm.gov.my

2. Semak Status Permohonan Kad OKU :

http://www.jkm.gov.my
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates