Social Icons

Showing posts with label Bahagian Ekonomi Bantuan (EB). Show all posts
Showing posts with label Bahagian Ekonomi Bantuan (EB). Show all posts

Friday, 5 July 2013

Karisma - Kebajikan Rakyat 1 Malaysia

Syarat-Syarat Kelayakan Am :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu :
    • RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia ;
    • RM830 sebulan bagi Serawak ; dan
    • RM960 sebulan bagi Sabah
  • Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan :
    • Bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan (contohnya di asrama, kolej dan lain-lain) ;
    • Tahap ketidakupayaan ketua keluarga/ahli keluarga (contohnya keuzuran, sakit, kurang upaya dan lain-lain) ;
    • Sokongan dari ahli keluarga ;
    • Keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga ; dan
    • Faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.
NOTA : Kelulusan Bantuan adalah tertakluk juga kepada kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut jenis bantuan yang akan dipertimbangkan.

Kategori :
  • Kanak-Kanak
    • Bantuan kewangan
    • Perkhidmatan di Institusi
    • Bantuan Komuniti
    • Kaunseling
    • Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
    • TASKA 1Malaysia
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Kad Pendaftaran OKU
    • Bantuan Kewangan
    • Insentif OKU Produktif
    • Bantuan OKU Tidak Bekerja
    • Perkhidmatan di Institusi
    • Pemulihan Dalam Komuniti
    • Job Coach
    • Ziarah dan Bantu
  • Warga Emas
    • Bantuan Kewangan
    • Perkhidmatan di Institusi
    • Pusat Jagaan Harian
    • Ziarah dan Bantu
  • Balu Tentera & Polis
    • Bantuan Kewangan
    • Geran Pelancaran
  • Komuniti
    • Bantuan Kewangan
    • Pembangunan Keupayaan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dan Komuniti
    • Bantuan Am
    • Latihan Kemahiran I-Kit
    • Pemeriksaan Kesihatan
    • Jejari Bestari

Sunday, 30 June 2013

Kriteria Khusus : Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Jenis Bantuan :
Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Kadar :
RM300 sebulan seorang.

Tujuan :

  1. Insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
  2. Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.
Kriteria Kelayakan :
  1. OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  2. Bekerja sendiri atau dengan majikan;
  3. Pendapatan di bawah RM1,200 sebulan ; dan
  4. Tidak tinggal di Institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

NOTE :
Untuk permohonan atau pertanyaan lanjut berkenaan bantuan, sila hubungi pihak kami atau terus datang ke pejabat.

Sunday, 23 June 2013

Kriteria Khusus : Bantuan Orang Tua (BOT)

Jenis Bantuan :
Bantuan Orang Tua (BOT)

Kadar :
RM300 sebulan seorang

Tujuan :
Saraan hidup kepada warga tua yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Kriteria Khusus :

  1. Warga tua berumur 60 tahun ke atas ;
  2. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup ;
  3. Jika mempunyai keluarga tetapi tidak berkemampuan untuk menyara hidup.
NOTE : 
Untuk permohonan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami atau terus datang ke Pejabat.

Monday, 20 May 2013

Kriteria Khusus : Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Jenis Bantuan :
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Kadar :
RM100 sebulan seorang.
Maksimum RM450 sebulan sekeluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.

Tujuan :
  1. Membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan supaya dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian dan penjagaan sewajarnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat supaya dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak dengan sempurna.
Kelayakan Khusus :
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak berikut :
  1. Semua kanak-kanak dalam keluarga yang berumur 18 tahun ke bawah;
  2. Kanak-kanak yatim/ yatim piatu;
  3. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/ penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, tidak upaya, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
NOTE : Untuk permohonan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi atau terus datang ke Pejabat kami.

Tuesday, 9 April 2013

Kriteria Khusus : Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Jenis Bantuan :
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Kadar :
RM 150 seorang sebulan.

Tujuan :

  1. Membantu saraan OKU yang tidak berupaya bekerja.
  2. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan OKU yang tidak berupaya bekerja.
  3. Mengelak atau mengurangkan kemasukan ke institusi.
Kriteria Kelayakan Khusus :
  1. OKU yang berdaftar dengan JKM.
  2. OKU yang tidak berupaya bekerja disebabkan faktor-faktor yang munasabah tetapi bukan kerana sikap tidak mahu bekerja.
  3. Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan.
  4. Sumber pendapatan individu OKU tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa seperti Pencen, PERKESO dan lain-lain.
  5. Berumur antara 18 hingga 59 tahun.
  6. Bukan penerima skim bantuan bulanan JKM sedia ada ; dan
  7. Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan program penjagaan/ pemulihan kelolaan Kerajaan dan NGO.

Friday, 15 March 2013

Kelayakan Khusus Permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Jenis Bantuan :
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Kadar :
RM 300 sebulan seorang.

Tujuan :

  1. Menggalakkan keluarga untuk menjaga ahli keluarga OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar.
  2. Mengurangkan bebanan perbelanjaan penjagaan keluarga tersebut.
  3. Mengelak atau mengurangkan kemasukan ke institusi.

Kriteria Kelayakan Khusus :
  1. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar.
  2. OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk kehidupan harian ; dan
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Tuesday, 19 February 2013

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Tujuan :
  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim piatu, tiada saudara mara supaya terus tinggal dalam masyarakat bersama-sama keluarga pelihara.
  2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti sendiri.
Kadar Bantuan :
  • Sebanyak RM250 seorang kanak-kanak.
  • Maksimun RM500 yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Kriteria Kelayakan :
  • Kanak-kanak berumur kurang dari 18 tahun.
  • Kanak-kanak tidak mempunyai ibubapa.
  • Kanak-kanak tinggal bersama ibubapa ganti.
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak diambil dari "Program Anak Pelihara" dikendalikan oleh JKM.
  • Kanak-kanak dipelihara di bawah Perintah Mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Cara Permohonan :
  • Permohonan bantuan kebajikan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah diseluruh negara mengikut tempat tinggal pemohon.

Thursday, 27 December 2012

Bantuan Bencana

Bencana ditakrifkan seseuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.

Peranan Dan Tanggungjawab JKM :
  • Menyedia dan menyelenggara pusat-pusat pemindahan.
  • Membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan.
  • Menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan pemulihan semula mangsa bencana.
  • Memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada mangsa-mangsa.

3 Peringkat Pelaksanaan Peranan dan Tanggungjawab JKM :

  1. Sebelum berlaku bencana.
  2. Semasa berlaku bencana.
  3. Selepas berlaku bencana.

Monday, 3 December 2012

Mengapa Perlu Bantuan Kebajikan

Bantuan Kebajikan adalah bersifat sementara dan saraan hidup bagi membantu individu/keluarga dikalangan produktif dan tidak produktif yang tidak mampu dan berkeperluan sehingga dapat dipulihkan untuk hidup berdikari atau meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti.

Tujuan bantuan kebajikan adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

KRITERIA KELAYAKAN AM

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 sebulan
  3. Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan:
·         bilangan anak/tanggungan serumah dan berasingan
·        tahap ketidakupayaan ketua keluarga/ahli keluarga
·        sokongan dari ahli keluarga
·        keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga
·         faktor-faktor lain yang munasabah

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Bantuan Anak Pelihara
  3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  6. Bantuan Orang Tuan (BOT)
  7. Bantuan Am (BA)
  8. Bantuan Latihan Aprentis (BLA)
  9. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
  10. Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB)

CARA MEMOHON

Permohonan bantuan kebajikan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah diseluruh negara mengikut tempat tinggal pemohon. 

Monday, 14 May 2012

PENYAMPAIAN BR1M KEPADA 1,400 PENERIMA




Penyampaian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M yang bermula pada 9 Mei kepada 1,400 penerima.






Klien jabatan yang menerima baucer BR1M hadir dimana penyampaian telah diadakan di PKMD Petaling.
Senarai nama penerima BR1M adalah dikalangan klien jabatan yang dipilih oleh JKMM kategori penerima bantuan JKM Negeri Selangor.

Thursday, 10 May 2012

PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK PENUNTUT MISKIN SECARA PERCUMA

Kolej WIT adalah merupakan sebuah kolej teknikal yang ditubuhkan pada tahun 1977 dan dibangunkan oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan, Semenanjung Malaysia serta telah melahirkan seramai 35,000 graduan setakat ini.

Matlamat utama Kolej WIT ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi dalam bidang teknikal dan kemahiran dengan menawarkan peluang melanjutkan pelajaran kepada semua peringkat umur terutama sekali kalangan keluarga pekerja, miskin dan berpendapatan rendah serta anak-anak ibu tunggal.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej WIT telah mendapat kelulusan bagi pembiayaan pengajian sebanyak 50 orang pelajar dibawah Program Pembiayaan Golongan Miskin dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk kursus berikut :



  1. JURUTEKNIK KENDERAAN MOTOR TAHAP 1 & 2 ( 25 orang penuntut)
  2. JURUTEKNIK MEKATRONIK TAHAP 2 & 3              ( 25 orang penuntut)
Pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian secara percuma dibawah Pembiayaan PTPK dengan diberi elaun bulanan sebanyak RM 100.00 sebulan.


Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi ditalian :
Bahagian Ekonomi Bantuan
PKMD Petaling
Tel : 03-7842 2584 /03-7842 2587

Monday, 23 April 2012

INOVASI PENAMBAHBAIKAN PENGESANAN FAIL


PENYERAHAN FAIL DISERTAKAN DENGAN RESIT PENGHANTARAN


MESYUARAT TASK FORCE BPR DAN KAJISEMULA BIL 3/2012

Mesyuarat yang diadakan pada 23 April 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling yang di Pengerusikan oleh Puan PKMD dan dihadiri Penyelaras EB dan kumpulan pegawai kajisemula dari Unit Ekonomi Bantuan (EB).
Kumpulan Pegawai Kajisemula yang hadir terdiri :

  1. Pn. Azura
  2. En. Hyzam
  3. En. Syukor
  4. En. Safuan
  5. En. Husin

Perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini adalah sama dengan mesyuarat bil 1 & 2 iaitu tentang penambahbaikan dan cara penyelesaian kes-kes permohonan melalui BPR dan Kajisemula.

Thursday, 19 April 2012

MESYUARAT TASK FORCE BPR

Mesyuarat ini telah diadakan pada 19 April 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling yang di Pengerusikan oleh Puan PKMD dan dihadiri oleh pegawai dari Unit Ekonomi Bantuan (EB).




Membincangkan tentang cara untuk meyelesaikan kes Permohonan Bantuan melalui BPR.






Dalam mesyuarat ini juga Puan PKMD menyentuh tentang penambahbaikan laporan JKM 17 setiap permohonan bantuan yang diterima.

Friday, 6 April 2012

PANDUAN PENGURUSAN


Kepada sesiapa pegawai dan kakitangan PKMD Petaling yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Panduan Pengurusan - Bantuan Segera Persekutuan Kawasan Parlimen (BSKP) bolehlah merujuk kepada PKMD dan Penyelaras EB.

Thursday, 5 April 2012

MESYUARAT BPR, KAJISEMULA DAN MAKLUMAN PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN PENGAUDITAN


Pada 2 Mac 2012, satu Mesyuarat BPR, Kajisemula dan Makluman Perkara-perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Pengauditan Bagi Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling.


Mesyuarat ini telah di Pengerusikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury dan telah dihadiri oleh Pn. Jamaeah dan pegawai-pegawai Bahagian EB yang bermula pada jam 2.00 petang sehingga tamat pada jam 4.00 petang.

Friday, 20 January 2012

Kad Loyalti Nur Sejahtera


Iaitu satu program oleh LPPKN yang diberi kepada klien JKM/agensi lain/senarai e-Kasih.

Pemegang kad akan menerima ujian kesihatan/bekalan alat perancang keluarga secara PERCUMA. Pakej adalah seperti berikut:

  • Pakej Perancang Keluarga (pil perancang/kondom/IUD/implan)
  • Pakej Kesejahteraan(tekanan darah/BMI/ujian kolesterol & glukos/ papsmear/
  • pemeriksaan payudara)
  • Pakej Subsidi Mammogram (kaunseling/pemeriksaan payudara/ mammogram)
  • Pakej Kaunseling Keluarga (berkelompok/individu)

Syarat memohon:
warganegara/penduduk tetap, wanita usia 15-50 tahun, penerima bantuan JKM/agensi lain/e-Kasih.

Hubungi:
LPPKN @ 03-26937555 / email: penduduk@lppkn.gov.my /           www.lppkn.gov.my

Friday, 6 January 2012

Lain-lain Bantuan

BANTUAN PERUBATAN PERCUMA (MISKIN)

Kemudahan perubatan PERCUMA di Klinik Kesihatan MBPJ.
Kelayakan:

Warganegara Malaysia, menetap di kawasan pentadbiran MBPJ dan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Cara memohon: mendaftar sebagai penduduk miskin di Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ.

Keterangan lanjut: Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ @ 03-7956 3544
 
BANTUAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) DI BAWAH KEMENTERIAN PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) (MISKIN)
  1. Bantuan sewa rumah
  2. Bantuan kemasukan ke sekolah
  3. Bantuan ke IPT
  4. Bantuan bas sekolah
  5. Bantuan pengangkutan kepada ibu tunggal
  6. Bantuan kos jagaan kanak-kanak
  7. Bantuan dialisis
  8. Bantuan latihan kemahiran
  9. Bantuan ihsan penduduk miskin
Cara memohon: Lengkapkan borang PPKB yang boleh diperolehi di Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ. 

TABUNG BANTUAN PERUBATAN (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) (MISKIN)

Tujuan tabung adalah membiayai kos rawatan, membeli ubat atau peralatan perubatan bagi warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan.

Cara memohon: rujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan di hospital

Pertanyaan lanjut: Urusetia Tabung Bantuan Perubatan, Bhgn Kewangan KKM @ 03-8883 3888/3098/3118/3116/3105 @ www.moh.gov.my
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates