Bersama Saudara
Jufitri Joha [Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)]
akan membicarakan seputar isu Palestin dan Negara haram israel.
Beliau banyak
terlibat dalam aktiviti sukarela dalam misi-misi kemanusiaan global. Terbaharu, beliau secara
langsung terlibat dengan isu PALESTIN-zionis.
Blog Beliau : http://gptd-spain.blogspot.com/
Tarikh :
14 Disember 2012 [JUMAAT]
Waktu :
0900-1000 pagi
Tempat :
Bilik Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
PERBEZAAN YAHUDI , ZIONIS DAN ISRAEL
Sebelum kita mengupas peranan kerajaan
British dalam pembentukkan Negara Israel ini, kita mestilah memahami apakah
perbezaan di antara Yahudi dan Zionis. Umumnya, ramai khalayak merasakan
apabila bercakap soal Yahudi, Zionis , Israel dan keyahudian, terdapat banyak
stereotyping dan misnoma yang dikaitkan dengan frasa-frasa ini. Jadi, sebelum
mana-mana di antara kita ingin berdiskusi secara lebih lanjut tentang Yahudi,
Israel, Zionisme dan keyahudian secara menyeluruh perlulah kita fahami akan
terminologi-terminologi ini dahulu, agar sekurang-kurangnya dapatlah kita
elakkan mengecam dan mengutuk sesuatu bangsa secara membuta tuli.
Menurut Dr. Heazar Ismail, beliau
mendapati bahawa kebanyakan masyarakat menganggap frasa-frasa ini membawa
maksud dan mewakili kumpulan masyarakat yang sama, yang tentu sekali anggapan
ini amat besar khilafnya.
Perkataan Yahudi itu sendiri
melambangkan suatu bangsa, yang jika dikaji susur galurnya di dalam kitab-kitab
samawi menunjukkan bahawasanya bangsa ini lahir dari keturunan Nabi Ibrahim A.S
melalui anaknya Nabi Yaakub A.S. Manakala agama Yahudi itu atau Judaism
merupakan agama amalan bangsa itu sendiri secara eksklusif. Bangsa Yahudi itu
semestinya beragama Yahudi dan penurunan keturunan di kalangan bangsa Yahudi
ini berlaku dari sebelah ibu, yang bererti sekiranya seseorang itu ibunya
adalah Yahudi, maka dia secara automatik akan diiktiraf sebagai seorang yang
berbangsa Yahudi oleh komunitinya. Masyarakat Yahudi secara amnya mengamalkan
agama mereka secara introvert dan tidak cuba untuk mengembangkan fahaman mereka
kepada bangsa-bangsa lain, dan jarang kita dengar akan individu dari subset
bangsa lain “masuk” agama Yahudi.
Zionisme pula atau fahaman Zionis adalah
satu gerakan dan fahaman ultra-nasionalis Yahudi yang menginginkan penubuhan
sebuah negara bangsa sendiri atau promised land yang diasaskan oleh seorang
wartawan Yahudi berkerakyatan Austria bernama Theodor Herzl. Dan hasilnya,tertubuhlah
sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam sedunia dengan nama
Israel . Dan dasar Israel ini adalah mudah - negara ini menganggap semua orang
Yahudi, tidak mengira dari mana asal negaranya merupakan penduduknya yang sah
dan dibenarkan untuk berhijrah pulang ke Israel untuk menetap secara tetap
sebagai rakyatnya.Inilah punca utama pergeseran yang kita saksikan saban hari
di Asia Barat apabila kerajaan Zionis Israel terus menerus merampas tanah hak
rakyat Palestin untuk memperbesarkan komuniti Zionisnya secara kejam dan tidak
berperikemanusiaan.












