Social Icons

Showing posts with label Bahagian Pengurusan. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Pengurusan. Show all posts

Thursday, 18 October 2012

NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (ESPKB)

Tarikh :

17 Okt 2012

Masa :
9.30pg - 3.30ptg

Di Ketuai :

En. Farok Bin Badar

Ahli Naziran :
1. Pn. Amy Nadia
2. Pn Noorzieziewaty


Program Naziran oleh Jabatan Akauntan Negara telah dilaksanakan di PKMD Petaling bagi memastikan pematuhan Panduan Pengguna PTJ eSPKB yang diketuai oleh En Farok Bin Badar.







Semoga dengan kehadiran Pasukan Naziran ini dapat menjadikan pengurusan kewangan PKMD Petaling semakin baik dan cemerlang

Wednesday, 26 September 2012

JAWATAN KOSONG UNTUK OKU

Jawatan Kosong Untuk OKU Yang Boleh Menjawab Telefon


Kelayakan Memohon :

Jantina : Lelaki / Perempuan

Kelulusan : Tidak Diperlukan

Tempat Kerja : AMCORP MALL, Petaling Jaya

Jika berminat / untuk sebarang pertanyaan lanjut :

Sila hubungi :
DATO MUHAMMAD
013-395 3008

Monday, 3 September 2012

TAWARAN MENJALANI KURSUS JURUKECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT DI BJ BEAUTY ACADEMIC

TAWARAN MENJALANI KURSUS JURUKECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT 
DI BJ BEAUTY ACADEMIC
  • Kursus yang ditawarkan ini tidak dikenakan sebarang bayaran atau yuran dan :
  • Terbuka kepada wanita yang berumur 18 hingga 25 tahun dan;
  • Juga kepada kli
    en JKM Daerah Petaling dan Anak klien yang berminat untuk menyertai.
Maklumat Kursus
  1. Jumlah Peserta : 20 Orang
  2. Tempoh Masa Latihan : 3 Bulan
  3. Kemudahan Makan, Minum dan Tempat Tinggal : Disediakan
  4. Wang Saku/ Wang Sara Diri : RM 150.00 Setiap Bulan selama 3 Bulan
  5. Daerah : Negeri Selangor Sahaja
Tarikh Tutup Permohonan : 10 September 2012

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT :

Sila hubungi di talian : 03-7842 2587/ 03-7842 2584

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling

TAWARAN MENYERTAI PROJEK PENJANAAN EKONOMI "PURPLE DNA PROJECT" - PERNIAGAAN KIOSK MAKANAN BERGERAK "PURPLELICIOUS"


TAWARAN MENYERTAI PROJEK PENJANAAN EKONOMI "PURPLE DNA PROJECT" - PERNIAGAAN KIOSK MAKANAN BERGERAK "PURPLELICIOUS"


Maklumat Projek
  • Projek 'Purple Licious' merupakan perniagaan kiosk makanan bergerak
  • Projek di bawah 'Purple DNA Project' untuk menjana ekonomi kumpulan sasar melalui pendekatan keusahawanan sosial (social enterprise).
  • Peserta terpilih akan diberi latihan dan bimbingan secara menyeluruh untuk menjadi usahawan F&B. Peralatan, bahan mentah dan pemasaran produk turut disertakan secara PERCUMA sehingga peserta dapat menjalankan perniagaan secara berdikari.
Kelayakan Pemohon

1. - Wanita - Ibu Tunggal
2. - Berumur di antara 25 hingga 45 tahun dan sihat tubuh badan
3. - Keutamaan kepada peserta yang mempunyai  :-
        - Pengalaman dalam bidang Food & Beverage (F&B) / perhubungan awam dan
        - Mempunyai lesen memandu (Kelas D ke atas)
4. - Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, berdisplin dan semangat kerja berpasukan dan
5. - Mempunyai minat dan kesungguhan untuk menjadi usahawan F&B

Cara Memohon

Sila hubungi nombor telefon berikut untuk pertanyaan dan temuduga segera :

PURPLE DNA TEAM : 03-8323 2540 (Salme)/ 1708 (Irma)/ 1709 (Salina)
SMS : 019-653 7359

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 7 SEPTEMBER 2012 (Jumaat)

PROJEK INI DISOKONG OLEH :

Friday, 3 August 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS BIL 2/2012

MESYUARAT JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS BIL 2/2012

Pada :
01 Ogos 2012

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan PKMD yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan di PKMD Petaling.





Membincangkan tentang perkara-perkara semasa dan juga yang berbangkit.

TAKLIMAT POTONGAN ZAKAT BULANAN

TAKLIMAT POTONGAN ZAKAT BULANAN

Pada :
03 Ogos 2012

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling
Taklimat yang disampaikan oleh En. Mohamad Shakor Sulaiman dari Bahagian Majikan (Kerajaan), Lembaga Zakat Selangor.




Menerangkan tentang menunaikan ibadah zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan dan perincian penolakan dalam pengiraan zakat pendapatan.





Cenderahati yang disampaikan oleh Puan PKMD kepada wakil Lembaga Zakat Selangor tanda penghargaan diatas taklimat yang diberi.

Tuesday, 31 July 2012

TAWARAN BEKERJA DI DELIFRANCE (M) SDN BHD


Delifrance merupakan sebuah syarikat makanan dan minuman yang mengeluarkan bakeri dan pastri di pasaran Asia sejak 20 tahun lalu yang mempunyai 9 cawangan kedai di Mid Valley Megamall, Ampang Point Shopping Centre, Carefour Wangsa Maju, The Weld, Great Eastern Mall, Cheras Leisure Mall, Sungai Wang Plaza, Flamingo Hotel dan Jaya Jusco Tebrau, Johor.

Sukacitanya Delifrance (M) Sdn Bhd  mengalu-alukan Ibu Tunggal dan OKU (pekak dan bisu) yang memerlukan pekerjaan. Terma dan syarat-syarat tawaran adalah seperti di bawah :

i. Bebas dari penyakit Hepatitis dan HIV
ii. Perlu suntikan Typhoid
iii. Boleh membaca dan menulis
iv. Boleh pergi ke tempat kerja dengan sendiri

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Delifrance (M) Sdn Bhd
No. 19, Jalan Tiang U8/93
Taman Perindustrian Bukit Jelutong
Seksyen U8, Bukit Jelutong
40150 Shah Alam
Tel: 03-7842 5718    Fax: 03-7842 5711

MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN PKMD PETALING BIL 1/2012


MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN PKMD PETALING BIL 1/2012

Pada :
31 Julai 2012

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan PKMD dimana membincangkan isu-isu yang berbangkit yang turut serta pegawai dan kakitangan PKMD Petaling.

TAWARAN KURSUS DALAM BIDANG KOSMETOLOGI DI MALAYSIAN EXPERT INSTITUTE OF COSMETOLOGY (MEIC)

Malaysian Expert Institute of Cosmetology (MEIC) dengan kerjasama Open University Malaysia(OUM)  menawarkan kursus dalam bidang Kosmetologi seperti dibawah :

1. Career Certificate in Hairdressing and Medical Haircare
2. Career Certificate in Commercial Makeup Service
3. Career Certificate in Nail Technology and Medical Pedicure
4. Career Certificate in Eyelash Extension
5. Career Certificate in Spa and Facial
6. Career Certificate in Eyebrow Tatoo

Tempoh Pengajian : 6 bulan (3 bulan kelas 3 bulan latihan industri)

Tempoh Latihan Kerja : 2 tahun (dibawah majikan yang ditetapkan oleh MEIC)

Pusat Latihan : Malaysian Expert Institute of Cosmetology, Bandar Utama, Selangor

Yuran perbelanjaan ditaja oleh OUM dan dikendalikan sepenuhnya oleh MEIC


Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh menghubungi :

Puan Haniza Aina - 03-7732 6991(waktu bekerja)
Malaysian Expert Institute of Cosmetology 

PERMOHONAN CUTI KURSUS SAMBILAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH TAHUN 2012

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia melalui suratnya bernombor rujukan : JKMM.100/12/5/10 Jld.12(31) bertarikh 26 Jun 2012, memaklumkan bahawa Permohonan Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) bagi sesi pengajian 2012/2013 dirancang mengikut 2 sesi kemasukan ke Universiti seperti di bawah:

i. Kemasukan Julai 2012 : permohonan Kemudahan CKS hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 5 Julai 2012

ii. Kemasukan September  2012 : permohonan Kemudahan CKS hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 3 September 2012

Sehubungan dengan itu, permohonan Kemudahan CKS adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2009 dan bagi mereka yang belum disahkan dalam jawatan tidak akan dipertimbangkan.

PELUANG PEKERJAAN DI SAFEGUARDS G4S SDN BHD

TERBUKA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA - ORANG KURANG UPAYA(OKU) JUGA DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON (CACAT PENDENGARAN SAHAJA).
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI: 
EN. MOHD SAFUAN BIN IBRAHIM 
HUMAN RESOURCES DEPARTMENT 
LEVEL 1. LOT 6 JALAN 225 SEKSYEN 51A 
46100 PETALING JAYA 
TEL : 03-79625023 / 5029/ 5020 
TEL. BIMBIT : 016-6906147

Tuesday, 29 May 2012

ARAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN PERMOHONAN CUTI REHAT MENGGUNAKAN APLIKASI HRMIS


ARAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN PERMOHONAN CUTI REHAT MENGGUNAKAN APLIKASI HRMIS KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR.

Dengan segala hormatnya surat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor nombor rujukan JKMN.Sel.100/22/5/1 Jld.5(16) bertarikh 23 Mei 2012 adalah dirujuk.


Sehubungan dengan itu, semua pegawai dan kakitangan DIWAJIBKAN membuat permohonan cuti rehat secara atas talian(online) sahaja berkuatkuasa pada 1 Jun 2012dengan menggunakan aplikasi HRMIS. Kaedah pengisian boleh dicapai menerusi :
Sebarang masalah mengenai aplikasi ini, bolehlah berhubung dengan Cik Siti Sarahdan Puan Norhamimah.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Friday, 25 May 2012

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM E-SPKB DAN E-TERIMAAN

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM E-SPKB DAN E-TERIMAAN

TARIKH :
 16 APRIL 2012
TEMPAT :    
BILIK KONTIGEN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI SELANGOR

Pegawai dan kakitangan yang terlibat :

1. PUAN JAMA'EAH BINTI ABDUL GHANI
2. PUAN NURULAIN BINTI MOHD SHAKDAN
3. CIK SITI SARAH BINTI BAHARUDIN
4. NORAINI BINTI MOHD SUBIAN
5. AINI SHAHRIZA BINTI CHE ABD RAHMAN

Tuesday, 22 May 2012

AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2008 SIRI 1 TAHUN 2012

PERLAKSANAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2008 SIRI 1 TAHUN 2012 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR.

DILAKSANAKAN PADA :

Tarikh : 22 Mei 2012 (Selasa)
Masa : 8.00pg - 5.00petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKMD Petaling


Senarai bilangan Auditor yang terlibat dan hadir dalam pengauditan di PKMD Petaling ialah :
  1. Pn Kantheswarry a/p Rajagopal
  2. Pn. Norashikin Bt Imaludden
  3. Pn. Roizawati Bt Ali
  4. Pn. Muzairah Bt Bajuri
Pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan audit ialah berkenaan Prosedur Kerja Utama, Urus dan Arahan Kerja sedia ada.



Audit Dalaman ini dijalankan bagi memastikan dokumen yang berkaitan adalah lengkap dan dikemaskini serta mematuhi prosedur yang ditetapkan sebelum Audit Pemantauan dijalankan oleh Badan Persijilan Antarabangsa (Certification Malaysia) pada setiap tahun.




Thursday, 19 April 2012

MESYUARAT MS ISO



Satu mesyuarat MS ISO telah diadakan pada 18 April 2012 yang bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling dan di Pengerusikan oleh Pn. Jamaeah dimana semua pegawai dan kakitangan PKMD Petaling terlibat.





Mesyuarat ini daiadakan adalah bertujuan memaklumkan bahawa Audit Dalaman yang akan dijalankan di PKMD Petaling pada 8 Mei 2012, juga makluman tentang satu Lawatan Kerja dan Suai Kenal JKM Petaling dengan Lembaga Zakat Petaling.




Puan Pengerusi juga membincangkan tentang jadual bertugas kaunter pada waktu rehat dimana kaunter pada waktu rehat juga perlu beroperasi.

Wednesday, 18 April 2012

TAKLIMAT AKTA KERJA SOSIAL

Taklimat yang diadakan pada 30 Mac 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling dimana telah disampaikan oleh PKMD, Pn Sunarni yang menerangkan tentang Akta Kerja Sosial atau suatu perundangan yang bertujuan untuk meningkatkan profesion kerja sosial secara menyeluruh, melalui pendaftaran dan perlesenan pekerja sosial yang berkelayakan dan terlatih untuk mengamal kerja sosial.



Bagi memahami Akta ini yang lebih bertujuan :

Pekerja sosial yang berlesen adalah ahli profesional yang membantu orang menangani masalah harian mereka yang disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat yang memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan  mereka dalam komuniti. Pekerja sosial telah dilatih serta mempunyai kemahiran khusus untuk melaksanakan intervensi dan mengendalikan isu-isu serta cabaran spesifik yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah.

Akta  ini adalah satu strategi penting dalam initiatif Kerajaan untuk memperkenalkan era baru dalam profesionalisme kerja sosial. Dengan menetapkan piawaian kecekapan profesional pekerja sosial, Akta ini akan dapat meningkatkan keupayaan dan kualiti  perkhidmatan kebajikan masyarakat keseluruhannya, terutama dari aspek penjagaan, keselamatan dan perlindungan kanak-kanak dan keluarga di Malaysia.

Akta ini juga menetapkan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja sosial, mendefinisikan pelbagai kategori pekerja sosial, serta menggariskan fungsi dan struktur organisasi untuk pelaksanaan Akta.

Akta ini akan memberi jaminan kepada  orang ramai bahawa pekerja sosial di Malaysia adalah ahli profesional yang kompeten dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja sosial dalam pelbagai bidang yang berkeperluan.  Orang ramai juga akan diberi ruang untuk membuat aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap amalan kerja sosial yang tidak profesional dan tidak beretika kepada Majlis Kerja Sosial Malayisia dan ini, pada keseluruhannya, akan dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap pekerja sosial dan profesion kerja sosial.

Sunday, 8 April 2012

PEMANTAUAN PELUPUSAN FAIL


Pemantauan yang dilakukan selepas pelupusan fail yang diluluskan oleh Arkib Negara dengan cara yang dibenarkan dan prosedur yang ditetapkan.


Tuesday, 27 March 2012

TAKLIMAT PANDUAN PENGAUDITAN SECARA MENGEJUT

Pada 27 Mac 2012, jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling, satu taklimat telah diadakan tentang Panduan Pengauditan Secara Mengejut yang dipengerusikan oleh PKMD, Pn Sunarni Bt Mastury dan dihadiri pegawai-pegawai dan kakitangan PKMD Petaling yang terlibat :
- Pn. Jamaeah
- Cik Siti Sarah
- Pn. Aini Shahriza
- Cik Noraini 

Saturday, 10 March 2012

MAKLUMAN SBPA

PEMBERITAHUAN STATUS PEMBAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR DAN PELAKSANAAN URUSAN PERLANTIKAN DAN HAL-HAL PERKHIDMATAN DALAM TEMPOH KAJIAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
  1.  Dimaklumkan bahawa Ybhg Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah memutuskan  agar pembayaran gaji bulanan penjawat awam dikekalkan mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan pembayaran gaji mengikut Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan.
  2. Memandangkan sebahagian pihak pengurusnan jabatan telah melaksanakan pembayaran gaji mengikut SBPA, jabatan dikehendaki menyelaraskan semula pembayaran gaji kepada SSM bagi bulan-bulan berikutnya .
  3. Segala urusan perlantikan dan perkhidmatan juga hendaklah mengikut SSM.
...........................................................................................................................
Surat Rujukan : 1. IPK.Sel.52010/2(15) bertarikh 24 Februari 2012
                          2. JPA.BK(S)71/3/4-2 Jld.3 (118) bertarikh 16 Februari 2012
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates