Social Icons

Showing posts with label Bahagian Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Kaunseling. Show all posts

Wednesday, 28 August 2013

Unit Kaunseling dan Psikologi PKMD Petaling

PENGENALAN
Kaunseling adalah proses dua-hala yang membantu orang membuat perubahan diri atau mengambil keputusan untuk menangani masalah. Ini berlaku melalui dialog antara klien dan kaunselor.
Kaunseling memberi peluang untuk anda melihat dengan lebih jelas konflik, gangguan atau masalah yang sedang dialami dan kesannya terhadap kualiti hidup anda. Melalui kaunseling anda boleh memahami kebimbangan dan ketakutan yang anda alami serta cara-cara anda menghadapi dan menangani masalah.
Kaunseling boleh membantu anda membuat pertimbangan kepada apa-apa perubahan atau keputusan yang anda ingin lakukan serta melihat pilihan-pilihan yang ada untuk anda. Melalui sokongan dan galakan kaunselor, anda akan memperolehi pemahaman diri, kematangan emosi, celik akal serta dapat membuat keputusan dan bertindak untuk menangani masalah anda. 
Objektif Unit Kaunseling dan Psikologi 

Meningkatkan kestabilan emosi, mental & spiritual klien yang memerlukan melalui perkhidmatan intervensi yang diberikan.
Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental, emosi & spiritual dalam mengharungi hidup yang sihat.
Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.
Menggalakkan celik akal dikalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang efisien dan berkesan dalam penyelesaian konflik dan isu yang menganggu kehidupan.

Fungsi utama Unit Kaunseling dan Psikologi :

Melaksanakan program-program pembangunan modal insan di kalangan penjawat awam di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Agensi Kerajaan dan Swasta yang berminat.
Menjalankan sesi Klinik Kaunseling,  Kaunseling Perkahwinan / Pasangan, Kaunseling Keluarga, Bengkel Interaktif, Kaunseling Kelompok, Tele Kaunseling, Ujian Penaksiran Psikologi, Program Outreach dan Advokasi / Intervensi ke atas klien yang dirujuk / sukarela (walk in) bagi membantu penyelesaian isu & konflik yang dihadapi. 

Piagam Pelanggan Unit Kaunseling dan Psikologi :

Sesi Intervensi  dijalankan dalam masa 45 minit hingga 60 minit
Kerahsiaan adalah keutamaan sesi intervensi/kaunseling
Setiap rujukan baru (klien) diberi temujanji sekurang-kurangnya 3 hari bekerja dari tarikh rujukan.
Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi sesi kaunseling di kalangan kakitangan PKMD akan diberi temujanji dalam masa tidak lebih 7 hari bekerja dari tarikh rujukan & pemohonan.
Setiap rujukan baru (klien) diberi temujanji sekurang-kurangya 3 hari bekerja daripada tarikh rujukan.
Pesakit yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan Unit Kaunseling dan Psikologi.

Hari Klinik Kaunseling adalah pada hari Isnin – Jumaat
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat  : 9.30 pagi – 12.30 tengahari / 3.30 petang – 4.30 petang

Aktiviti Unit Psikologi Kaunseling

Pegawai Psikologi S41 :-

Mengendalikan sesi kaunseling / konsultasi / intervensi krisis bencana, intervensi individu, kelompok, membuat penilaian psikologi, menjalankan lawatan psikososial di rumah, pengendalian bengkel & kursus, contoh kes seperti pengurusan kemarahan, penderaan, tatatertib, disiplin, psikososial dan lain-lain.
Mempromosi Khidmat Kaunseling, Psikologi dan Kesihatan dari aspek emosi, mental spiritual, dan tingkahlaku.

Pegawai Bertanggungjawab :

Encik Mohd. Noor Ikhram Bin Husin [K.B.P.A]
Pegawai Psikologi 

Puan Nur 'Aen Binti Abu Haniffah

Penolong Pegawai Psikologi [Kanan]

Kaunseling ; Islam dan Barat, Bagaimana Pendekatannya?

Kaunseling didefinisikan sebagai satu interaksi antara dua individu iaitu kaunselor dan klien, dalam keadaan profesional dan bertujuan untuk menolong kepada perubahan tingkah laku klien.

Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien kearah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia. Inilah beza utama bagaimana kaunseling berpendekatan Islam dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim. Namun tidak dinafikan, teknik dan gaya pendekatan kaunseling barat boleh juga diaplikasikan semasa sesi kaunseling berlangsung.

Berkesannya kaunseling berpendekatan islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini.

Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan 4 perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu.

1.Pembangunan Roh

Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.

2. Pembangunan Akal

Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah swt. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan , juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan.

3. Pembangunan Hati

Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah swt.

4. Pengimbangan Nafsu

Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa.

Justeru itu, keempat-empat perkara diatas merupakan tumpuan utama dalam kaunseling pendekatan Islam dimana tujuan akhir kaunseling ini adalah membawa manusia mengenal diri dan Penciptanya.

Wallahua’lam.


C.R Suffiyyah Solehah.

Friday, 26 April 2013

Mengenali Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi Yang Disediakan Kepada Klien

Kaunseling :
Satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor menggunakan Kod Etika Kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri.

Psikologi :
Merujuk kepada cabang ilmu sains yang mengkaji tingkahlaku, tindakan, pemikiran, proses mental, minda dan diri individu.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi :

1. Klien

  • Kumpulan sasar jabatan yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling & psikologi.
2. Klien Normal
  • Individu yang normal tetapi memerlukan bantuan kerana mengalami tekanan emosi, kecelaruan fikiran, gangguan tingkahlaku dan sukar membuat keputusan.
3. Klien Abnormal
  • Klien yang mengalami simptom psikotik yang memerlukan rujukan Pakar Psikiatri.
4. Klien Dalam Krisis
  • Klien yang mengalami ketidakseimbangan apabila berhadapan dengan krisis dan memerlukan intervensi segera.
Bimbingan :
Proses membantu individu memahami diri dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya.


Saturday, 23 February 2013

Kaunseling dan Pekerja

Definisi Konsep dan Operasional

Keberkesanan sesebuah organisasi memerlukan pengetahuan dan pemahaman tentang tingkahlaku manusia serta darjah kemahiran sosial yang tinggi agar organisasi dapat menggunakan sepenuhnya kepakaran masing-masing dan berfungsi bagi memenuhi keperluan serta mencapai matlamat serta penyelesaian masalah.

1. Masalah :

Masalah yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza dari jenisnya, darjahnya dan cara penyelesaiannya. Ia bergantung kepada individu mempersepsi atau melihat dirinya.

Masalah berasaskan tanggapan individu terhadap dirinya sehingga mempengaruhi sikap, perasaan, penerimaan terhadap dirinya, terhadap orang lain dan terhadap dunia persekitarannya serta tindakannya dalam kehidupan.

Terdapat banyak masalah lain yang dihadapi oleh pekerja seperti  masalah kepuasan kerja, kerjaya, penyesuaian sosial, emosi, kehidupan berkeluarga dan masalah lain yang berhubung dengan kerja dan pekerjaan. Kesemua masalah ini akan mempengaruhi mood, motivasi dan prestasi kerja individu yang memerlukan satu penyelesaian yang baik, cekap dan menguntungkan kedua-dua belah pihak, pekerja dan organisasi agar dapat meningkatkan keberkesanan dalam organisasi serta kesejahteraan individu.

Tuesday, 15 January 2013

Apa Tujuan Kaunseling !!!

Bertujuan :
  1. Meningkatkan pembangunan personel dan kematangan sosial.
  2. Membolehkan individu lebih bertanggungjawab dan mampu kendalikan tingkahlaku.
  3. Membantu individu bersikap terbuka dan mampu membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya.
  4. Membantu individu mengatasi gangguan emosi bagi mencapai kepuasan selaras dengan nilai moral, agama dan norma hidup.
  5. Membantu individu menyesuaikan diri dengan cabaran dalam suasana persekitaran.
  6. Membantu individu mengenali diri dan persoalan yang dihadapi demi menghasilkan imej diri positif.
  7. Membantu individu menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Bagaimana Kaunseling Dapat Membantu Anda ?
  • Kaunseling membantu ke arah kesejahteraan individu, melalui pendidikan, pencegahan pemulihan dan pengembangan.
  • Kaunseling membimbing individu mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapinya. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan.
  • Melalui keserabutan yang dihadapinya akan dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit. Dalam hal ini kaunselor memainkan peranan untuk membimbing individu melalui penerokaan masalah dan tindakan ke arah penyelesaian.

Friday, 30 November 2012

Kenapa Perlunya Perkhidmatan Kaunseling

Kauseling merupakan perkhidmatan sokongan yang sistematik oleh kauselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien secara sukarela sepanjang hayat.

Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan sokongan dari sudut emosi bimbingan dan penerokaan. 


Ingat, kaunseling bukanlah :
  • Satu nasihat untuk orang yang bermasalah sahaja, 
  • Berbual-bual, 
  • Boleh ubati semua tingkahlaku, 
Tetapi ia lebih kepada :
  • Membantu meningkatkan personel diri,
  • Membantu klien bersikap lebih rasional & terbuka,
  • Membolehkan klien membuat penilaian baik & buruk.
Perkhidmatan ini adalah percuma yang disediakan oleh Unit Kaunseling & Psikologi PKMD Petaling perkhidmatan kaunseling :
  • Individu
  • Kelompok
  • Keluarga
  • Kerjaya
  • Percintaan
Juga terdapat Ujian :
  • Personaliti
  • Minat
  • Kerjaya

Saturday, 1 September 2012

Kaunseling Nikah Kahwin

Seorang lelaki selayaknya mengimpikan seorang isteri yang akan menemaninya di syurga. Suami Isteri ibarat daging dan kulit saling memerlukan dan memberi perlindungan. Silap suami ditegur oleh isteri, kerana suami bukan sentiasa betul. Silap isteri diperbetul suami, kerana suami adalah imam keluarga. 

Seorang wanita ditanya, dijawabnya; mahukan suami menjadi pembimbing diri dan keluarganya menuju syurga. Menjadi pendengar dan membantu mengurus tadbir ehwal dunia dikongsi bersama.

Maka, bersedialah dengan kekurangan keduanya. Binaan mahligai cinta dibina SELEPAS akad nikah. Kehancuran mahligai dijangka bila syariat tidak dijaga sebelum pernikahan. Suami, bimbing isteri dengan ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawuff, jika tidak berkemampuan, pimpin tangan isteri ke majlis-majlis ilmu.

Adapun selepasnya, mohonlah keampunan daripada ALLAH, semoga suami isteri menjadi peneman setia di syurga.

P/S : Doa dibaca usai solat fardhu, hajat dll. Atur masa solat berjamaah dengan isteri na. Kesian kat isteri, dia nak juga fadhilat hikmat solat berjamaah.. ^_^ 





...............


Ikhram Husin

Sunday, 15 July 2012

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENYUM SIRI II

Pasukan Pelindung kanak-Kanak (PPKK) Daerah Petaling dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling serta Unit Kaunseling dan Psikologi yang telah mengadakan :

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENANG     SIRI II

Tarikh : 7 Julai 2012 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Tempat : Dewan RSK Cheras



Program ini merupakan satu majlis pengisian dan perkongsian ilmu bagi menyeimbangkan dinamika kefungsian keluarga dalam membantu berhadapan permasalahan sosial dengan pelbagai cabaran dari sudut mental dan fizikal. Mengharapkan dengan adanya program ini mampu memberi impak yang positif kepada peserta.
Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat tentang aktiviti yang akan dilakukan, ice breaking dan pembahagian kumpulan dimana sesi Ta'ruf oleh Fasilitator yang terlibat.





Aktiviti luar iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dilakukan dan dibimbing oleh Fasilitator setiap kumpulan.
Akitiviti  untuk melihat refleksi keseluruhan aktiviti peserta melalui terapi lukisan dimana Kaunselor yang bertauliah akan membuat penilaian dan gambaran perasaan yang dilalui oleh peserta untuk diterjemahkan ke dalam sesi kaunseling untuk penerokaan.

Monday, 9 July 2012

PROGRAM SMART STAFF PKMD PETALING

PROGRAM SMART STAFF PKMD PETALING

Anjuran : 
Unit Kaunseling dan Psikologi PKMD Petaling

Diadakan Pada :
06 Julai 2012

Bertempat di :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling
Program yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi PKMD Sepang, Pn. Teoh Wan Yee.





Diantara aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut - Art Therapy





Program khas yang diadakan dan disertai oleh semua pegawai dan kakitangan PKMD Petaling juga Puan PKMD.





Penyampaian cenderahati kepada Pn. Teoh Wan Yee, pengendali Program Smart Staff oleh Puan PKMD

Wednesday, 18 April 2012

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENYUM (PHSDS)

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENYUM

Pasukan Pelindung kanak-Kanak (PPKK) Daerah Petaling dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling serta Unit Kaunseling dan Psikologi yang telah diadakan pada :
Tarikh : 17 April 2012 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Kompleks Penyayang Bakti, Sg. Buloh,
Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara,
Petaling Jaya.



Program ini merupakan satu majlis pengisian dan perkongsian ilmu bagi menyeimbangkan dinamika kefungsian keluarga dalam membantu golongan remaja dalam berhadapan permasalahan sosial dengan pelbagai cabaran dari sudut mental dan fizikal. Mengharapkan dengan adanya program ini mampu memberi impak yang positif kepada peserta untuk mencapai kecemerlangan dan memperkukuhkan lagi ukhwah.




Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat tentang aktiviti yang akan dilakukan, ice breaking dan pembahagian kumpulan dimana sesi Ta'ruf oleh Fasilitator yang terlibat.






Monday, 26 March 2012

PEMURNIAN FAIL KES BENGKEL INTERAKTIF

Pada 20 Mac 2012, 2 orang Peg. Psikologi JKMM telah hadir ke Unit Kaunseling PKMD Petaling bagi pemurnian file kes bengkel interaktif. Ia bertujuan pengemaskinian dan pemantauan fail-fail sedia ada supaya lebih tersusun dan teratur mengikut pekeliling yang digariskan. Pegawai JKMM yang hadir :

En. Federick
Pn. Qatulnada
Oleh itu beberapa penambahbaikan telah dibuat supaya fail-fail kes lebih tersusun dan diperkemaskan. Cadangan-cadangan daripada pihak HQ telah diambil maklum dalam memperkasakan Program-program Bengkel Interaktif di PKMD Petaling

Saturday, 10 March 2012

BENGKEL INTERAKTIF KAUNSELING

Bengkel Interaktif yang diadakan pada 7 Mac 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling adalah salah satu medium kaunseling bagi kanak-kanak yang berumur bawah 18tahun yang melalui kesalahan-kesalahan kecil seperti membawa motor tanpa lesen, pecah rumah dan lain-lain kesalahan.


Mereka yang terlibat akan diberi taklimat bersama ibu/bapa/penjaga bagi memastikan kanak-kanak sedar akan kesalahan yang dilalui.

Pegawai Akhlak/Pelindung akan merujukkan kanak-kanak  kepada pegawai Psikologi/Kaunselor supaya diberi sesi awal kaunseling dengan mengabil kira ujian-ujian yang ditetapkan. 


Setelah ujian diambil, Pegawai Psikologi/Kaunselor akan membuat penilaian terhadap kepurusan ujian tersebut bagi menentukan personaliti sebenar kanak-kanak dan keluarga.

Kemudian mereka akan dibimbing dan diberi kesedaran melalui pertemuan dan bengkel bersama ibubapa/penjaga secara berskala.


Thursday, 16 February 2012

Ujian Personaliti


Mengenal personaliti anda melalui pilihan gambar diatas.


1. Pilih salah satu gambar diatas yang paling menarik minat anda.


2. Pilihan hendaklah secara spontan, tidak mengambil masa yang terlalu lama.




 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates