Social Icons

Monday 31 December 2012

Takrif Ringkas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pengenalan :
  • PDK adalah satu strategi dalam pembangunan komuniti bagi pemulihan, penyamaan peluang dan integrasi sosial Orang Kurang Upaya (OKU).
  • PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian.
  • Program dikendalikan diseluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di Pusat PDK atau di rumah.
Objektif :
  • Membolehkan OKU mencapai dan mengekalkan keupayaan fizikal dan mental ke tahap yang maksimun.
  • Membolehkan OKU mendapat akses kepada perkhidmatan dan peluang.
  • Menggalakkan penggunaan kaedah dan teknik pemulihan yang berkesan dan bersesuaian dengan masyarakat setempat.
  • Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan.
  • Menggalakkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab masyarakat dalam melaksanakan program pemulihan OKU.
Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model :
  1. Home Base
  2. Centre Base
  3. Centre - Home Base

Sunday 30 December 2012

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) :

Syarat-syarat Kelayakan :
  • NGO yang berorientasikan kumpulan sasar JKM.
  • Ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar.
  • Tidak berorientasikan keuntungan.
  • NGO yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
  • NGO yang mempunyai perancangan yang stabil.
  • NGO yang stabil dalam pengurusan aktivit/ program dan kewangan.
Prosedur Permohonan :
  • Lengkapkan Borang Permohonan JKMMPSK/2010.
  • Salinan sijil Pertubuhan.
  • Salinan sijil Akta Pusat Jagaan - jika berkaitan dengan penjagaan.
  • Salinan penyata kewangan beraudit.
  • Penyata Bank.
  • Salinan Perlembagaan Pertubuhan.
  • Senarai program dan aktiviti.
  • Senarai penghuni asrama - jika berkaitan.
  • Lain-lain maklumat tambahan.

Kemudahan/ Keistimewaan Pemegang Kad OKU

AKTA OKU 2008 :

Seksyen 25(1)
Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang yang berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya.

Seksyen 25(1)
Kad OKU yang dikeluarkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi maksud bahawa orang itu telah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai Orang Kurang Upaya dibawah Akta ini.
BANTUAN KEWANGAN :

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Tujuan :
  • Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Sebagai insentif untuk menggalakan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif; dan
  • Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kelayakan :
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kurang Upaya;
  • Bekerja sendiri atau dengan majikan;
  • Pendapatan bulanan pemohon dibawah RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga;
  • Berumur 16 tahun ke atas; dan
  • Tidak tinggal di Institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan minum dan pakaian percuma.
Kadar :
  • RM 300

Friday 28 December 2012

Pengangkatan Melalui Perintah Mahkamah

PROSEDUR PENGANGKATAN MELALUI MAHKAMAH

Kelayakan Kanak-kanak :
  1. Kanak-kanak di bawah umur 21 tahun, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Semenanjung Malaysia.
  2. Dalam jagaan ibubapa angkat sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan sebelum tarikh Perintah Pengangkatan.
  3. Kanak-kanak perempuan TIDAK BOLEH dianakangkatkan oleh bapa tunggal.
Kelayakan Pemohon :
  1. Salah seorang suami atau isteri berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak.
  2. Salah seorang suami atau isteri berumur 21 tahun ke atas jika pemohon adalah abang, kakak, ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibu atau bapa kandung.
  3. Ibu atau bapa kanak-kanak.
  4. Kedua-dua suami dan isteri bermastautin di Semenanjung Malaysia.
Borang/ Dokumen Yang Diperlukan :
  1. Pemohon perlu mendapatkan khidmat guaman bagi mendapatkan Perintah Pengangkatan daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen.
  2. Peguam yang dilantik perlu mengemukakan permohonan kepada JPN Ibu Pejabat, Putrajaya dengan dokumen-dokumen berikut :

a). Borang JPN.AA04 - Permohonan Perdaftaran Pengangkatan.
b). Perintah Pengangkatan daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen (asal).
c). Kad Pengenalan ibu bapa angkat (salinan).
d). Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
e). Sijil Perkahwinan ibu bapa angkat (salinan).
f). Sijil Kelahiran anak-anak kandung (jika ada).
g). Sijil Anak Angkat yang lain (jika ada).
h). Surat Litup daripada mahkamah.

3.  Tiada bayaran yang dikenakan.


Sijil Anak Angkat :
  1. Akta 257 telah dipinda pada tahun 2001 bagi membolehkan pengeluaran Sijil Kelahiran JPN.AA05 dikeluarkan di bawah peruntukan Seksyen 25A akta tersebut bagi menggantikan Sijil Kelahiran asal.
  2. Sijil Kelahiran JPN.AA05 tidak mencatatkan sebarang perkataan yang boleh menggambarkan kanak-kanak adalah anak angkat kerana kanak-kanak adalah dianggap seperti anak kandung.

Pengangkatan De Facto (JPN)

PROSEDUR PENGANGKATAN DE FACTO (JPN) :

Kelayakan Kanak-kanak :
  1. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Semanjung Malaysia.
  2. Telah dijaga, dibesarkan, dididik dan ditanggung oleh seseorang atau pasangan suami isteri sebagai anaknya selama 2 tahun secara berterusan.
  3. Akta tidak menyatakan sekatan terhadap pendaftran pengangkatan oleh bapa tunggal. Permohonan tersebut perlu mendapatkan kelulusan Pendaftaran Besar.
Kelayakan Pemohon :
  1. Salah seorang suami atau isteri berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada kanak-kanak.
  2. Salah seorang suami atau isteri berumur 21 tahun ke atas jika pemohon adalah abang, kakak, ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibu atau bapa kandung.
  3. Ibu atau bapa kanak-kanak.
  4. Kedua-dua suami dan isteri bermastautin di Semenanjung Malaysia.
Borang/ Dokumen Yang Diperlukan :
  • Borang JPN.AA01 - Permohonan Pendaftaran Pengangkatan
  • Borang JPN.AA07 - Surat Keizinan Pengangkatan Ibu Bapa Kandung
  • Kad Pengenalan Kedua-dua ibu bapa angkat
  • Sijil Kelahiran Kanak-kanak (asal)
  • Sijil Perkahwinan ibu bapa angkat
  • Sijil kelahiran anak-anak kandung (jika ada)
  • Sijil Anak Angkat yang lain (jika ada)
  • Surat Akuan ibu bapa angkat (jika berkaitan)
Permohonan Tanpa Keizinan Daripada Ibubapa Kandung :
  1. Ibubapa angkat perlu membuat surat akuan berkanun menyatakan hasrat mereka untuk mendaftarkan pengangkatan tersebut dan mengandungi maklumat-maklumat ibu bapa kandung seperti nama, no.kad pengenalan, alamat, tarikh penyerahan dan sebab-sebab tidak dapat mengemukakan keizinan ibu bapa kandung.
  2. Pendaftar akan merujuk permohonan tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan Laporan Sosial sebelum Pendaftar membuat keputusan (Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan : Bhg 1, Bab 3 Para 3.4)
Sijil Anak Angkat :
  1. Sijil Anak Angkat yang dikenali sebagai "Salinan Yang Diperakui Bagi Catitan Dalam Daftar" (Am 233) akan dikeluarkan untuk kanak-kanak bagi menggantikan Sijil Kelahiran.
  2. Bayaran adalah sebanyak RM 30.00, sekiranya diluluskan.

Thursday 27 December 2012

Bantuan Bencana

Bencana ditakrifkan seseuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.

Peranan Dan Tanggungjawab JKM :
  • Menyedia dan menyelenggara pusat-pusat pemindahan.
  • Membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan.
  • Menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan pemulihan semula mangsa bencana.
  • Memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada mangsa-mangsa.

3 Peringkat Pelaksanaan Peranan dan Tanggungjawab JKM :

  1. Sebelum berlaku bencana.
  2. Semasa berlaku bencana.
  3. Selepas berlaku bencana.

Wednesday 26 December 2012

Alat Tiruan/ Sokongan

Syarat Layak Memohon ;
  • Warganegara Malaysia.
  • Oku yang berdaftar dan memilik kad kenal diri OKU.
  • Disyorkan oleh Doktor menggunakan alat tiruan/ sokongan.
  • Tidak berkemampuan membeli alat berkenaan.
  • Tidak Mendapat bantuan alat tiruan/ sokongan dari agensi/ sumber lain.
Dokumen Yang Diperlukan ;
  • Salinan kad pengenalan dan kad pengenalan isi rumah (yang tinggal bersama).
  • Salinan kad OKU.
  • Surat sokongan/ syor dari Pegawai Perubatan/ Doktor.
  • Sebutharga alat (quotation) dari Syarikat Pembekal (minima 3 quotation).
  • Slip gaji (jika bekerja) atau slip gaji ibubapa/ penjaga (tidak bekerja).
  • Lain-lain dokumen sokongan yang difikirkan perlu.
Alat Tiruan :
  • Tangan palsu
  • Kaki palsu
Alat Sokongan :
  • Kerusi roda
  • Tongkat
  • Mesin Braille
  • Kasut khas
  • Alat bantu pendengaran

Friday 21 December 2012

Hidup Tanpa Keganasan

Hentikan keganasan rumah tangga, jangan takut untuk keluar dari kepompong keganasan.

Perkhidmatan Yang Disediakan Untuk Mangsa  Keganasan Rumah Tangga ;

  • Menyediakan khidmat kaunseling.
  • Membantu urusan untuk mendapatkan IPO.
  • Menyediakan tempat selamat.
  • Merujuk klien kepada agensi-agensi lain.
  • Membantu membuat aduan polis.
  • Mempertimbangkan bantuan kewangan.
Matlamat Akta Keganasan Rumah Tangga ;
  • Memberi perlindungan undang-undang dalam situasi rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
  • Perlu dilihat sebagai pembaikan keadaan yang memberi perlindungan mangsa keganasan dan bukan bertujuan untuk meruntuhkan sesebuah keluarga.
  • Bertujuan untuk berdamai dengan memberi amaran daripada melakukan keganasan.
  • Bertujuan melarang suami memukul isteri dan sebaliknya.

Thursday 20 December 2012

Taska Didefinasikan Sebagai ?

Taska ;
Mana-mana premis yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak berumur kurang dari 4 tahun, selain dari isi rumah dengan upah.

Akta Taska 1984 ;
Semua taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftarkan.

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftarkan seperti di bawah ;

Kategori Taska ;

  • Komuniti
  • Tempat Kerja
  • Dirumah
  • Institusi
Akta Taska 1984 (Pin 2007)
  • Larangan ke atas taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar Seksyen 6 ;
  1. Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan ini.
  2. Denda RM 10 000 kesalahan pertama, RM 20 000 kesalan kedua dan seterusnya/ penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Wednesday 19 December 2012

Kanak-Kanak Yang Perlu Pemeliharaan & Perlindungan

Siapa Yang Memerlukan Perlindungan ;

  • Seseorang yang berusia dibawah umur 18 tahun dan ;
  • Telah didera, diabai atau terdedah kepada penderaan fizikal, seksual atau emosi berdasarkan Seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001.

Mengikut Pengertian ;

  • Kanak-kanak yang dicederakan secara fizikal, emosi atau seks.
  • Ibu/ bapa atau penjaga telah abai untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat teduh yang mencukupi.
  • Kanak-kanak tidak mempunyai ibubapa atau bapa atau penjaga atau telah dibuang.
  • Ibu bapa telah abai dan kanak-kanak mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat.
  • Kanak-kanak yang perlu diperiksa, dirawat untuk memulihkan kesihatannya.
  • Pertelingkahan diantara kanak-kanak dan ibu atau bapa atau penjaga atau antara ibu dan bapa atau penjaga-penjaganya.
  • Kanak-kanak itu mengemis atau menerima sedekah atau menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang.

Tuesday 18 December 2012

Definasi Geran Pelancaran

Geran Pelancaran merupakan bantuan kewangan sekaligus yang diberikan kepada klien Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dalam menceburi bidang ekonomi agar membolehkan mereka berusaha meningkatkan taraf hidup dan berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan ;
  • Penerima bantuan
  • OKU
  • Ibu/bapa tunggal yang berpendapatan rendah
  • Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan
  • Kes-kes selian akhlak
Dokumen Yang Diperlukan ;
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan/ Sijil kelahiran Tanggungan
  • Sebut harga dari pembekal
  • Penyata gaji/ pengesahan pendapatan dari majikan
  • Salinan bil elektrik/ air.
  • Laporan kesihatan dari Pegawai Perubatan
  • Surat kematian/ surat dari pejabat agama jika berkaitan
  • Lain-lain dokumen jika berkaitan
Kaedah Bantuan ;
  • Bantuan diberi sekaligus kepada kumpulan sasar yang berminat dan berpotensi maju dalam bidang ekonomi bagi pembangunan sosioekonomi diri dan keluarga.
  • Bantuan diberi berdasarkan kepada projek dengan Jumlah Tertentu Secara Individu atau Kelompok.
Tujuan Bantuan ;
  • Membantu klien yang mempunyai minat dan potensi untuk maju.
  • Terlibat dalam pembangunan sosioekomi dalam bidang perusahaan, pertanian, penternakan, kraftangan, pemprosesan, ukiran, lukisan,peruncitan dan pelbagai bidang ekonomi hiliran, asas atau IKS.
  • Membolehkan klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi dan keluar dari garis kemiskinan.

Monday 17 December 2012

Hidup Sebatang Kara Tiada Tempat Tinggal


Rujuk dengan Unit Warga Tua & Keluarga untuk Permohonan Sukarela ke Institusi.

Syarat Kemasukan :
  • Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
  • Tidak menghidap penyakit berjangkit.
  • Tidak mempunyai sanak saudara.
  • Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
  • Berupaya menjaga diri sendiri.
  • Permohonan secara sukarela oleh individu berkenaan.
  • Sanggup mematuhi sayarat-syarat kemasukan dan kaedah-kaedah rumah kebajikan berkaitan.
Bagaimana Cara Ingin Memasuki Ke Institusi Kebajikan.
  • Sediakan dokumen - kad pengenalan dan dokumen sokongan yang lain jika ada.
  • Perbincangan bersama pegawai/ sesi kaunseling.
  • Isikan borang-borang yang diberikan oleh JKM dan dapatkan laporan kesihatan dari Pegawai Perubatan.
  • Serahkan dokumen kepada pihak JKM untuk proses seterusnya.
  • Lawatan ke rumah atau tempat tinggal anda akan dilakukan bagi proses permohonan. 

Monday 3 December 2012

Mengapa Perlu Bantuan Kebajikan

Bantuan Kebajikan adalah bersifat sementara dan saraan hidup bagi membantu individu/keluarga dikalangan produktif dan tidak produktif yang tidak mampu dan berkeperluan sehingga dapat dipulihkan untuk hidup berdikari atau meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti.

Tujuan bantuan kebajikan adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

KRITERIA KELAYAKAN AM

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 sebulan
  3. Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan:
·         bilangan anak/tanggungan serumah dan berasingan
·        tahap ketidakupayaan ketua keluarga/ahli keluarga
·        sokongan dari ahli keluarga
·        keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga
·         faktor-faktor lain yang munasabah

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Bantuan Anak Pelihara
  3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  4. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  6. Bantuan Orang Tuan (BOT)
  7. Bantuan Am (BA)
  8. Bantuan Latihan Aprentis (BLA)
  9. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
  10. Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB)

CARA MEMOHON

Permohonan bantuan kebajikan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah diseluruh negara mengikut tempat tinggal pemohon. 

Friday 30 November 2012

Kenapa Perlunya Perkhidmatan Kaunseling

Kauseling merupakan perkhidmatan sokongan yang sistematik oleh kauselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien secara sukarela sepanjang hayat.

Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan sokongan dari sudut emosi bimbingan dan penerokaan. 


Ingat, kaunseling bukanlah :
  • Satu nasihat untuk orang yang bermasalah sahaja, 
  • Berbual-bual, 
  • Boleh ubati semua tingkahlaku, 
Tetapi ia lebih kepada :
  • Membantu meningkatkan personel diri,
  • Membantu klien bersikap lebih rasional & terbuka,
  • Membolehkan klien membuat penilaian baik & buruk.
Perkhidmatan ini adalah percuma yang disediakan oleh Unit Kaunseling & Psikologi PKMD Petaling perkhidmatan kaunseling :
  • Individu
  • Kelompok
  • Keluarga
  • Kerjaya
  • Percintaan
Juga terdapat Ujian :
  • Personaliti
  • Minat
  • Kerjaya

Thursday 29 November 2012

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)


Tahukah anda bahawa JKM adalah agensi yang mendaftarkan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengeluarkan Kad Pendaftaran OKU? Terdapat 7 kategori pendaftaran OKU iaitu:


  1.     Pendengaran
  2.     Penglihatan
  3.     Pertuturan
  4.     Fizikal
  5.     Masalah Pembelajaran
  6.     Mental
  7.     Pelbagai

Pendaftaran adalah PERCUMA dan SEPANJANG MASA, sila dapatkan Borang Permohonan Pendaftaran OKU di laman ini atau mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi ruang “comment” di bawah atau hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami di talian 03-7842 2584 / 2587.

Monday 26 November 2012

Pemberitahuan Dibawah Seksyen 35 Akta Kanak-kanak 2001


Sesiapa yang mengambil seorang kanak-kanak dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya. Orang itu hendaklah memaklumkan kepada Pelindung Kanak-kanak di JKM tidak lewat 1 minggu.

Mengelakkan dari masalah-masalah ini berlaku :

  • Masalah Pendaftaran Persekolahan
  • Mendapatkan Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan
  • Memudahkan Urusan Mendapatkan Sijil Anak Angkat
  • Memudahkan Urusan-urusan Rasmi Yang Berkaitan

Anak Pelihara - Apa yang perlu anda tahu

Anak Pelihara
Kanak-kanak yang berusia dibawah 18tahun yang diletakkan dibawah jagaan, kawalan dan pemeliharaan seseorang yang bukan ibubapa/ saudara kepada kanak-kanak itu mengikut mana peruntukan dibawah akta kanak-kanak 2001.

Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai ibubapa 
Permohonan permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan dokumen yang diperlukan :

  • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa pelihara
  • Salinan Sijil Perkahwinan
  • Slip Gaji Terkini
  • Laporan Kesihatan Ibubapa Pelihara
  • Gambar Ibubapa Pelihara Bersaiz Pasport (1 Set)

Friday 23 November 2012

TAZKIRAH & NILAI-NILAI MURNI - 23 NOV 2012

Tarikh : 23 NOV 2012  

Pengerusi : Pn. Jamaeah Bt Abd Ghani

Bacaan Hadith :
  1. Adab Ketika Makan
  2. Doa Selepas Makan
  3. Doa Ketika Memakai Pakaian
Penyampai : En. Mohamad Kamil

Tuesday 13 November 2012

MELINDUNGI KATA LALUAN

Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat dalam web. Terdapat banyak kata laluan yang anda perlu ingat, oleh itu, anda mungkin memilih kata laluan yang mudah diingat malah menulisnya di tempat yang boleh dilihat orang.






Berikut adalah beberapa tip untuk anda melindungi kata laluan anda dan membina kata laluan yang kuat:





  • Menggunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara, yang termasuk kombinasi nombor dan simbol.

  • Elakkan perkataan atau frasa biasa. Penggodam boleh menggunakan program yang mencuba setiap perkataan dalam kamus.

  • Jangan gunakan maklumat peribadi anda atau sebarang perkataan atau frasa yang berkaitan dengan anda.

  • Anda perlu sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Setiap 3 bulan sekurang-kurangnya.

  • Anda perlu menggunakan kata laluan berlainan pada setiap akaun yang anda akses.

  • Satu cara mencipta kata laluan yang kuat ialah mendapatkan frasa yang anda boleh ingat dan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan sebagai kata laluan anda, menukar huruf yang anda boleh ingat. Contohnya, "Everyone knows the sun sets at dawn” akan menjadi “e1ktss@d”.

......................................................
Sumber : http://www.esecurity.org.my

Monday 12 November 2012

EMEL & SPAM

Kini, banyak emel adalah emel remeh (SPAM). Anda perlu memadamkan emel ini tanpa membukanya serta tidak membalas emel tersebut.

Tips keselamatan apabila menghantar dan menerima emel :

  • Jangan memberi maklumat peribadi didalam mesej e-mel anda jika diminta oleh orang yang tidak dikenali.
  • Jangan buka lampiran e-mel dan mesej segera (IM) daripada sumber yang tidak diketahui.
  • Jika anda menerima e-mel meminta derma atau wang, jangan balas dan menghantar wang tersebut.
  • Jangan majukan e-mel yang meminta anda memajukannya kepada orang ramai. Ia dikenali sebagai mesej berantai.
  • Jika anda menerima e-mel yang menggangu atau merasakan diri anda berada dalam bahaya, lapor segera kepada Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) di http://www.mycert.org.my/cyber999/



........................................................

Friday 9 November 2012

PERBINCANGAN UNICEF DENGAN PEGAWAI PELINDUNG

PERBINCANGAN UNICEF DENGAN PEGAWAI PELINDUNG

Pada :
9 Nov 2012 (9.30pg)

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling


Satu perbincangan diantara wakil daripada UNICEF iaitu En. Ahmad Yazid Ahmad Fuad bersama Pegawai Pelindung PKMD Petaling bagi mendapatkan maklumat data kes Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak untuk dimuatkan dalam dokumentari Public Service Announcement Motion Graphics.

HILANG !!!!!

HILANG



ABDUL KAREEM BIN KHAIRAZAN
UMUR: 22 TAHUN
LELAKI OKU – TIDAK BOLEH BERCAKAP

Telah hilang sejak 11 pagi hari Selasa 6 November 2012 di sekitar 
kawasan pasar  PJ Jalan Othman Old Town.

Pakaian : T-shirt putih/krim, seluar track hitam.
Perwatakan:  Tinggi  165cm. Rambut pendek. Ada kesan parut di pipi kiri.
Bermisai nipis dan janggut pendek. 


Sesiapa mempunyai maklumat sila hubungi Balai Polis Petaling Jaya
Sarjan  Mashadi di 0379662254 / 013 3518040

TAZKIRAH & NILAI-NILAI MURNI - 09 NOV 2012

Tarikh : 09 NOV 2012  

Pengerusi : Pn. Sunarni Bt Mastury

Bacaan Hadith :
  1. Mukmin Sebenar
  2. Balasan Takut Kerana Allah
Penyampai : Pn. Azura Bt Zainal Abidin

Thursday 8 November 2012

PANDUAN PENCEGAHAN JENAYAH - PECAH RUMAH


PECAH RUMAH.
BAGAIMANA MENCEGAHNYA?
CARA MENCEGAHNYA:
·     Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama.
·     Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
·   Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
·     Simpan tangga dan alat - alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
·     Potong ranting - ranting pokok dan semak - samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
·    Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

LANGKAH BERJAGA - JAGA:
·         Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
·         Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter di luar rumah anda.
·         Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
·         Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
·         Hentikan hantaran ( contoh: suratkhabar ) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
·         Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
·         Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti keselamatan.
·         Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

..............................................
Sumber : www.polisjohor.gov.my
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates