Social Icons

Showing posts with label Makluman Terkini. Show all posts
Showing posts with label Makluman Terkini. Show all posts

Wednesday, 22 November 2017

MAKLUMAN : MASALAH TEKNIKAL TALIAN TELEFON


Buat masa ini di PKMD Petaling terdapat masalah talian telefon dan tidak dapat dihubungi. 

Buat sementara waktu, jika terdapat sebarang urusan boleh berhubung melalui FB PKMD Petaling atau Blog.

MAAF ATAS KESULITAN.





Wednesday, 17 August 2016

Tawaran Pengajian Kejururawatan di Tung Shin Academy of Nursing

MULAKAN LATIHAN ANDA DI SINI UNTUK MENJADI SEORANG JURURAWAT YANG BERTAULIAH

i. DIPLOMA KEJURURAWATAN - APRIL dan SEPTEMBER
ii. SIJIL PENOLONG JURURAWAT


  1. KENAPA PERLU BELAJAR DI AKADEMI KEJURURAWATAN TUNG SHIN
  • DIJAMIN MENDAPAT PEERJAAN 100%
  • KEMUDAHAN
    • Asrama - isediakan dalam kawasan Hospital Tung Shin
    • Latihan Klinikal - dijalankan di Hospital Tung Shin dan Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Lembah Klang
    • Biasiswa - Tung Shin Hospital akan menawarkan biasiswa pengajian dan elaun bulanan kepada calon-calon yang terpilih :
      • Diploma in Nursing - elaun bulanan RM 600.00
      • Certificate in Nursing - elaun bulanan RM 500.00
    • Pekerjaan - diberi pilihan untuk bekerja di Hospital Tung Shin selepas bergraduat
  • KRITERIA KEMASUKAN
    • Warganegara Malaysia
    • Perempuan / Lelaki
    • Berumur 18 hingga 26 tahun
    • Bujang / Berkahwin
  1. DIPLOMA IN NURSING - 3 Tahun ( Sepenuh Masa )
    • SPM dengan 5 kredit (wajib kredit dalam) :
      • Bahasa Malaysia
      • Matematik
      • Sains (General Science / Biology)
    • dan 2 kredit dalam subjek lain
    • Lulus Bahasa Inggeris
  2. CERTIFICATE IN NURSING - 2 Tahun (Sepenuh Masa)
    • SPM dengan 2 kredit (wajib kredit dalam) :
      • Bahasa Malaysia dan 1 Subjek lain
    • Lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains (General Science / Biology)
  • CARA MEMOHON
    • Hantarkan maklumat peribadi, salinan fotostat kad pengenalan dan keputusan SPM ke :
AKADEMI KEJURURAWATAN TUNG SHIN
Aras 5, Bangunan TCM, Hospital Tung Shin
No. 102 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

ATAU

emailkan maklumat peribadi serta keputusan SPM ke :
nursing@tungshin.com.my
rasmaniah@tungshin.com.my

ATAU

Fax maklumat peribadi serta keputusan SPM ke :
03-2070 0345
Untuk perhatian : 
Pengetua Akademi Kejururawatan Tung Shin

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :

Pengetua
Akademi Kejururawatan Tung Shin
No. Tel : 03-2037 2288 Ext. 235
03-2037 2235

Monday, 17 March 2014

TAWARAN : Pekerjaan Kepada Klien / Anak Klien JKM Yang Berminat

Dimaklumkan bahawa Kumpulan Syarikat Sate Kajang Hj Samuri berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada klien atau anak-anak klien yang berminat untuk bekerja. Klien OKU Pendengaran juga digalakkan memohon.

Gaji Minimun : RM900++

  • (gaji boleh mencecah RM1,500 - 1,800 sebulan termasuk insentif lain dan OT)


Kelulusan :

  • SRP / PMR @ boleh menulis dan membaca


Kemudahan yang disediakan :

  1. Tempat tinggal
  2. Transport
  3. Pakaian seragam
  4. Latihan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
SEKIRANYA ADA KLIEN YANG BERMINAT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN :
PN. RAHAYU
017-33 9970 / 03-8926 5624

Monday, 10 March 2014

Pusat Dialisis Rakyat


Atas keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat, disediakan Pusat Dialisis Rakyat bagi mereka yang memerlukan rawatan tersebut.

Senarai Pusat Dialisis Rakyat

1.PUSAT DIALISIS RAKYAT AMPANG
Dewan Datuk Tahir Karim,
Jalan Kempas,
Kampung Melayu Ampang,
68000 Kuala Lumpur.
Tel/Fax : 03-42511736
Pengurus: Raja Kamarulzaman b. Raja Sulaiman

2.PUSAT DIALISIS RAKYAT TAMAN MEDAN
11A-1 , Jln PJS 3/32
Taman Sri manja,
46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel/Fax: 03-77811616
Pengurus: Fitriah Tul Raziah Binti Fadzil

3.PUSAT DIALISIS RAKYAT LEMBAH KERAMAT
Dewan Orang Ramai,
Lembah Keramat,
Jalan AU5C/10, Ampang, 
54200 Kuala Lumpur.
Tel : 012-694 1687 

4.PUSAT DIALISIS RAKYAT SEMENTA
No 7, 9 & 11, Jalan Sg Kapar Indah 3G
Taman Sg Kapar Indah
42209 Klang
Tel/Fax : 03-32912919

5.PUSAT RAWATAN DIALISIS RAKYAT SRI MUDA
Lorong klinik,
Batu 7, Kg. Jalan Kebun,
42450 Klang, Selangor.
Tel/Fax : 03-51615282


Monday, 4 November 2013

TUNAS : Skim Bantuan Tadika Selangor


TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor telah memulakan langkah bagi memberikan manfaat yuran untuk kanak-kanak TADIKA yang layak di Negeri Selangor. Asalkan rakyat Selangor yang layak akan memperoleh manfaat ini.

Manfaat ini berupa yuran sebanyak RM50.00 setiap bulan bagi menampung yuran TADIKA kanak-kanak yang layak. Bukan dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk yuran, disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dan layak. Jumlah ini adalah besar, disalurkan setiap bulan dan pasti dapat meringankan beban yuran TADIKA. Kanak-kanak di Negeri Selangor adalah aset penting Kerajaan Negeri Selangor. Mereka berhak merasai sama Hasil Negeri Untuk Rakyat yang akan terus dilaksanakan selagi Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor.



Manual Petugas Tadika sila klik link ini :

Saturday, 19 October 2013

TAWARAN BEKERJA : Kepada Ibu Tunggal, Anak-Anak Miskin & OKU

Jawatan Kosong yang ditawarkan oleh Segi Cash & Carry Sdn Bhd kepada Ibu Tunggal / Anak-Anak Miskin & Orang Kurang Upaya (OKU) yang berminat untuk mendapatkan kerja.


Kepada calon-calon yang berminat untuk bekerja dengan Segi Cash & Carry Sdn Bhd, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung di :

Cik Nicole
Segi Cash & Carry Sdn. Bhd.
03-7805 2699 – Ext. 112

Thursday, 3 October 2013

Program Skim Mesra Usia Emas


Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2,500 kepada waris Warga Emas meninggal dunia dan telah berdaftar dan OKU. Pembayaran RM2,500 dibuat dalam 2 peringkat, RM1,000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan diberikan selepas menerima laporan kematian. Baki RM1,500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

Hanya ahli yang berdaftar dan meninggal dunia sahaja yang layak menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Usia Emas. Bagaimanapun pendaftaran ahli selepas warga emas meninggal dunia adalah dibenarkan, sehingga dinyatakan sebaliknya.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  1. Warga Emas WARGANEGARA MALAYSIA berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  2. Lahir dan menetap di Negeri Selangor; ATAU
  3. Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 Dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU
  4. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi bukan kelahiran Selangor)
  5. Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan atau yang bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja yang layak.
PUSAT PENDAFTARAN
Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas dan OKU boleh dibuat di :
  • Pusat Khidmat Dun seluruh Selangor & Parlimen WPKL
  • Pejabat Tanah/Daerah seluruh Selangor
Juga boleh berhubung di :

Rantaian Mesra Sdn. Bhd
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan
No.3, Jalan Indah, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5510 3468 / 3472
Faks : 03-5510 3455


PROSEDUR PENDAFTARAN
  1. Hendaklah mengisi Borang Mesra Usia Emas yang boleh didapati dengan PERCUMA dari Pusat Pendaftaran di seluruh Selangor & WP Kuala Lumpur.
  2. Dokumen WAJIB yang telah disahkan diperlukan untuk pendaftaran ialah :
    • Salinan MyKad Ahli
    • Salinan MyKad Penjaga
    • Salinan MyKad Penama
    • Salinan Kad OKU (jika OKU)

Wednesday, 29 May 2013

Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) dan Karnival Pekerjaan Azam Kerja Anjuran Pusat JobsMalaysia Negeri Selangor

Dinyatakan bahawa Pejabat Tenaga Kerja akan menganjurkan Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) dan Karnival Kerjaya (Temuduga Terbuka) pada ketetapan seperti berikut :


2PK ANJURAN PEJABAT TENAGA KERJA RAWANG

Tarikh :
22 & 23 Jun 2013 (Sabtu) (Program Penyesuaian Kerjaya (2PK)
23 Jun 2013 (Ahad) (Karnival Kerjaya/ Temuduga Terbuka)
Masa : 
8.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat :
Hotel Crystal Crown Kepong

Syarat-Syarat Penyertaan ini :
  • Terbuka kepada lebih kurang 100 orang anak-anak peserta Azam Kerja yang terpilih terdiri daripada pelbagai tahap kelulusan & kemahiran yang masih mencari pekerjaan.
  • Juga dipromosikan di semua kawasan Lembah Klang serta Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta.
  • Karnival Kerjaya dan sesi Temuduga Terbuka akan diadakan pada hari terakhir program, dibuka kepada peserta 2PK dan semua pencari kerja yang datang secara "walk in".

Untuk Keterangan Lanjut Berkenaan Program Sila Hubungi :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Tel : 03-7842 2584 / 2587

Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kali Ke-39 Tahun 2013


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid pada 24 hingga 28 Ogos 2013 bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, Tilawah Al-Quran dan Nasyid di peringkat JKMN Selangor dijangka akan diadakan pada 2 atau 3 Julai 2013.

Peraturan Dan Syarat-Syarat :

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
Kategori yang dipertandingkan :
  1. Kategori Kanak-kanak Lelaki 12 Tahun ke bawah (Terbuka)
  2. Kategori Kanak-kanak Perempuan 12 Tahun ke bawah (Terbuka)
  3. Kategori Kanak-kanak Lelaki 13 hingga 18 Tahun (Terbuka)
  4. Kategori Kanak-kanak Perempuan 13 hingga 18 Tahun (Terbuka)
  5. Kategori Lelaki 18 Tahun ke atas (Terbuka)
  6. Kategori Perempuan 18 Tahun ke atas (Terbuka)
  7. Kategori Lelaki OKU Penglihatan (Terbuka)
  8. Kategori Perempuan OKU Penglihatan (Terbuka)
Syarat-Syarat Pertandingan :
  • Penyertaan Terbuka kepada semua penerima bantuan bulanan, penghuni/pelatih institusi dan kakitangan jabatan mengikut kategori yang ditetapkan. Bagi penghuni/pelatih hendaklah dari institusi di Bahagian Kanak-Kanak, Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya dan Institusi Negeri yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
  • Penghuni/ pelatih dari Pertubuhan Sukarela Yang Menerima Geran Tahunan Tidak Dibenarkan Menyertai Pertandingan Ini.
  • Bagi kategori (1) hingga (4) terbuka kepada semua penghuni/pelatih di institusi kanak-kanak dibawah selian jabatan dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) berumur bawah 18 tahun.
  • Bagi kategori (5) dan (6) penyertaan terbuka kepada semua kakitangan jabatan, penghuni/pelatih institusi dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) berumur 18 tahun ke atas.
  • Kategori (7) dan (8) penyertaan terbuka kepada semua kakitangan penghuni/pelatih dan klien jabatan (penerima bantuan bulanan) OKU Penglihatan tiada had umur.
  • Semua peserta klien jabatan (penerima bantuan bulanan) tempoh tidak kurang daripada 6 bulan menerima bantuan semasa menjadi peserta.
  • Terbuka kepada semua kakitangan yang berkhidmat dengan JKM sahaja. Bagi kakitangan kontrak dan sambilan, hendak tempoh perkhidmatan 6 bulan pada tarikh pertandingan (kenyataan perkhidmatan disertakan).
Bahagian Ayat-Ayat :
  1. Surah Al-Imran - Ayat 14 - Juzu' 3 - Muka Surat 51
  2. Surah Al-Isra' - Ayat 89 - Juzu' 15 - Muka Surat 291
  3. Surah Al-Mu'minum - Ayat 21 - Juzu' 18 - Muka Surat 343
  4. Surah Al-Maaidah - Ayat 27 - Juzu' 6 - Muka Surat 112
  5. Surah Al-An Am - Ayat 59 - Juzu' 7 - Muka Surat 134
  6. Surah Al-Hasyr - Ayat 11 - Juzu' 28 - Muka Surat 547
  7. Surah Al-Maaidah - Ayat 77 - Juzu' 6 - Muka Surat 121
  8. Surah Al-Toha - Ayat 48 - Juzu' 16 - Muka Surat 314
  9. Surah Yunus - Ayat 44 - Juzu' 11 - Muka Surat 214
  10. Surah Al-Hasyr - Ayat 1 - Juzu' 28 - Muka Surat 545
  11. Surah Al-Imran - Ayat 156 - Juzu' 4 - Muka Surat 70
  12. Surah Yunus - Ayat 43 - Juzu' 12 - Muka Surat 240
  13. Surah Al-Ahzab - Ayat 21 - Juzu' 21 - Muka Surat 420
  14. Surah Al-Saba - Ayat 34 - Juzu' 22 - Muka Surat 432
  15. Surah Shaad - Ayat 26 - Juzu' 23 - Muka Surat 454

Tuesday, 14 May 2013

Perkhidmatan Bas Komuniti Petaling Jaya Selatan


Bas Komuniti disediakan PERCUMA bertujuan memberi perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah dan warga emas di kawasan perumahan kos rendah, Petaling Jaya.

  • Kapasiti penumpang adalah seramai 30 orang.
  • Jumlah masa untuk 21 perhentian dan 10 destinasi = 1jam (termasuk masa mengambil dan menurun penumpang).
  • Masa perkhidmatan bermula pada 9.30 pagi.
    • Pusingan Pertama pada 9.30 pagi.
    • Pusingan Kedua pada 11.30 pagi.
    • Pusingan Ketiga pada 2.30 petang.
# Segala perubahan masa tertakluk kepada MBPJ tanpa notis.

Laluan Bas Komuniti Kawasan Petaling Jaya Selatan

Thursday, 9 May 2013

Tawaran Pekerjaan Kepada Klien Atau Anak-Anak Klien JKM


Tawaran ini khusus kepada klien atau anak-anak klien Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMN Selangor) dalam membantu kumpulan sasar bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka melalui pekerjaan yang ditawarkan.

Bagi memenuhi tenaga kerja di Stesen Minyak Petronas di Bandar Puchong Jaya, Selangor,  yang akan beroperasi mulai bulan Jun/ Julai 2013 dan memerlukan 8 Orang Krew Petronas baru untuk bekerja di stesen minyak tersebut.

Kepada Klien-klien JKMN Sekangor yang berminat :

Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkenaan tawaran pekerjaan, boleh menghubungi Puan Putri Zharifa di talian 019-355 2272.

Sunday, 18 March 2012

PENUTUPAN PENGOPERASIAN ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR


UNTUK MAKLUMAN

ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR TELAH SELESAI MELAKSANAKAN PEMINDAHAN PENGHUNI SEBAGAIMANA KEPUTUSAN MESYUARAT KETUA BAHAGIAN BIL.7/2011 BERTARIKH 15.08.2011.
 
SEHUBUNGAN ITU, PENGOPERASIAN ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR ADALAH DITAMATKAN MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN ASRAMA AKHLAK 1982 BERKUATKUASA 20 FEBRUARI 2012
 
Surat Rujukan : 1. JKMM(KK)500/02/28(10) bertarikh 20.02.2012
                         2. JKMN.Sel.KK500/02/1 Jld.16(45) bertarikh 06.03.2012

Saturday, 17 March 2012

PINJAMAN PERUMAHAN, KENDERAAN DAN KOMPUTER


BORANG PINJAMAN PERUMAHAN, PINJAMAN KENDERAAN DAN PINJAMAN KOMPUTER BOLEH DIDAPATI DARIPADA LAMAN WEB PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI TUJUAN KEMUDAHAN SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERKHIDMAT DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
 
Laman web : www.selangor.gov.my

Sunday, 22 January 2012

Peluang pekerjaan melalui JTK - OKU

Skim Penggajian Orang Kurang Upaya (SPOKU)

Jabatan Tenaga Kerja telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta pada tahun 1990 bagi menggalakkan para majikan di sektor swasta menggaji OKU.

Usaha ini adalah selari dengan Konvensyen Hak-hak Bagi Orang Kurang Upaya yang kini termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) iaitu OKU mempunyai hak untuk akses kepada pekerjaan atau asas kesetaraan dengan orang upaya.

Bagi memberi akses pekerjaan kepada OKU, JTK menyediakan laman sesawang Jobsmalaysia kepada OKU yang ingin mencari pekerjaan atau majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada OKU. Laman sesawang Jobsmalaysia boleh dicapai di alamat  :

Secara alternative, OKU juga boleh mendaftar di Pejabat Tenaga Kerja/Jobsmalaysia Center yang berhampiran dan mendapat maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.

Friday, 20 January 2012

Kad Loyalti Nur Sejahtera


Iaitu satu program oleh LPPKN yang diberi kepada klien JKM/agensi lain/senarai e-Kasih.

Pemegang kad akan menerima ujian kesihatan/bekalan alat perancang keluarga secara PERCUMA. Pakej adalah seperti berikut:

  • Pakej Perancang Keluarga (pil perancang/kondom/IUD/implan)
  • Pakej Kesejahteraan(tekanan darah/BMI/ujian kolesterol & glukos/ papsmear/
  • pemeriksaan payudara)
  • Pakej Subsidi Mammogram (kaunseling/pemeriksaan payudara/ mammogram)
  • Pakej Kaunseling Keluarga (berkelompok/individu)

Syarat memohon:
warganegara/penduduk tetap, wanita usia 15-50 tahun, penerima bantuan JKM/agensi lain/e-Kasih.

Hubungi:
LPPKN @ 03-26937555 / email: penduduk@lppkn.gov.my /           www.lppkn.gov.my

Tuesday, 17 January 2012

Sinar Itu Hadir Jua

Sinar Itu Hadir Jua, merupakan drama dokumentari terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membawakan kisah benar tentang perjuangan, ketekunan dan kecekalan segelintir masyarakat yang terperangkap dalam kancah kemiskinan. Penonton juga akan didedahkan dengan jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM.

(dari kiri) Wan Kamarudin Wan Ibrahim, Noraziah Zakarian( Penerbit); Penolong Pengarah Unit Drama TV, Yusof Osman; Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Norliza Ali; Pengarah Ekonomi Bantuan JKM, Roshmawati Ishak dan Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Arfan Sulaiman pada pelancaran Sinar Itu Hadir Jua di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Drama dokumentari ini dihoskan oleh Wan Kamarudin Wan Ibrahim dan Heliza Helmi yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 4.00 petang bermula pada 15 Januari 2012.

Monday, 16 January 2012

Penghantaran Laporan Bagi Tahun 2012

Pemberitahuan Penghantaran Laporan Bagi Tahun 2012 * UNTUK MEMASTIKAN SEMUA LAPORAN SAMADA LAPORAN MINGGUAN, BULANAN, SUKU TAHUN DAN TAHUNAN DAPAT DIHANTAR KE IBU PEJABAT JKMN SELANGOR MENGIKUT TARIKH-TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN PADA TAHUN 2012, DIKEMUKAKAN JADUAL SENARAI LAPORAN BESERTA PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN SELANJUTNYA.

Thursday, 22 December 2011

Lokasi Baru JKMM

JKMM

Dimaklumkan bahawa Pejabat JKMM telah berpindah ke lokasi baru di Putrajaya mulai 17 Dis 2011 iaitu bertempat di :

          Bangunan KPWKM
          Presint 4

Juga boleh dihubungi ditalian :  03-8323 1000

Penamatan Dan Operasi DBD KKB

PUSAT SEHENTI SG. BULOH

Untuk pengetahuan, operasi DBD KKB telah ditutup serta ditamatkan dan penempatan baru telah di pindahkan ke PUSAT SEHENTI SG. BULOH yang akan mula beroperasi pada Januari 2012.

Wednesday, 21 December 2011

Pegawai Yang Terlibat Dengan Laporan Ejkm





Jika ada sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan Pegawai Penyelaras Ejkm, Pn. Siti Hajar Bt Yahya.
Terima kasih diatas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates