Social Icons

Sunday 31 March 2013

Jenis Bangunan Yang Boleh Dijadikan Taska

Kategori Bangunan Taska :

  • TAPAK TASKA yang dikhaskan (rezab TASKA/ Tadika) - apartment/ kondominium.
  • Rumah kediaman dijadikan TASKA
  • Bangunan yang dibina khas.

Thursday 21 March 2013

Siapa Yang Layak Dilindungi Di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga ?

Keganasan atau ancaman keganasan adalah sesuatu yang dialami oleh setiap wanita tanpa mengira umur, warna kulit, kepercayaan agama, harta atau status sosial.

Dalam Akta ini mereka yang berikut boleh membuat aduan jika sesuatu keganasan rumahtangga sedang berlaku kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Polis yang bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa.

  1. Suami/ Isteri
  2. Bekas Suami/ Isteri
  3. Anak lelaki atau Anak perempuan
  4. Ibu atau Bapa, Abang, Kakak, Adik atau
  5. Mana-mana saudara lain yang pada pendapat Mahkamah adalah seorang anggota keluarga itu.
"JIWA YANG BERADA DALAM KETAKUTAN TIDAK MENGENAL ERTI KEBEBASAN"

Jenis-jenis Kesalahan Dibawah Kanun Keseksaan :

Tuesday 19 March 2013

Taska : Belum Berdaftar Dengan SSM.?


Nama Taska :
  • Pemohon hendaklah mendaftar nama Taska di Pendaftar Perniagaan (ROB / SSM).
  • Nama Taska mesti dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Contoh : TASKA ANAKKU SAYANG / STAR CUTE CHILD CARE CENTRE.
* Nama dalam Bahasa Kebangsaan dinyatakan dalam Perkara 12 Peraturan Taska di Institusi 1985.
  • Perkataan "learning', 'smart', perkembangan, pendidikan, kemajuan tidak dibenarkan : Jabatan Pelajaran.
Berdaftar Dengan SSM :
  • Pemohon ke ROB / SSM untuk mendaftarkan Taska (membuat carian nama).
  • Pemohon akan diberi slip Pendaftaran Nama Taska dan Borang A oleh ROB / SSM.
  • Pemohon dikehendaki ke PKMD untuk mendapatkan Surat Sokongan.
  • PKMD akan mengeluarkan surat sokongan untuk ROB / SSM.
  • Pemohon akan hantar surat bersama Borang Asal ke ROB untuk mendapatkan Sijil Perniagaan.

Friday 15 March 2013

Kelayakan Khusus Permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Jenis Bantuan :
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Kadar :
RM 300 sebulan seorang.

Tujuan :

  1. Menggalakkan keluarga untuk menjaga ahli keluarga OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar.
  2. Mengurangkan bebanan perbelanjaan penjagaan keluarga tersebut.
  3. Mengelak atau mengurangkan kemasukan ke institusi.

Kriteria Kelayakan Khusus :
  1. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar.
  2. OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk kehidupan harian ; dan
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Wednesday 13 March 2013

Permohonan Kemasukan Ke Taman Sinar Harapan (TSH)

Taman Sinar Harapan merupakan Institusi yang di khaskan kepada Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi Kategori Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Lembam, Autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.

Objektif :
  • Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan memerlukan latihan pemulihan.
  • Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.
  • Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
  • Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti sosial dan sebagainya.
  • Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari bada-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.
Syarat-syarat Kemasukan Ke TSH :
  • Lelaki / Perempuan
  • Umur : 0 - 35 Tahun
  • Boleh dilatih
  • Tiada penyakit berjangkit
  • OKU boleh dilatih (kecuali TSH Jitra Kedah dan Kuala Kubu Baru Selangor)
  • Mengambil kira klasifikasi umur, jantina, kategori ketidakupayaan, kebolehan dilatih, serta kesesuaian dan kemudahan yang terdapat di TSH.

Tuesday 5 March 2013

Kanak-Kanak Di Luar Kawalan Ibubapa Atau Penjaga


Perintah Bagi Kanak-Kanak Tidak Terkawal

  • Perintah Kanak-kank dihantar ke Sekolah Tunas Bakti atau Asrama Akhlak.
  • Menempatkan Kanak-kanak dibawah seliaan Pegawai Akhlak atau orang yang dilantik oleh mahkamah selama tempoh tidak melebihi 3 tahun. Sebagai tambahan Mahkamah juga boleh mengkehendaki kanak-kanak ditempatkan di Asrama Akhlak bagi tempoh tidak melebihi 12bulan.
Prosedur Permohonan Tidak Terkawal
  • Permohonan Keluarga (Lampiran Bersama)
    • Surat kepada Mahkamah
    • Laporan Persekolahan Kanak-kanak
    • Laporan Polis
  • Rujuk Pegawai Akhlak
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates