Social Icons

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, 27 May 2012

Lebihkan Tindakan Positif Disamping Berfikiran Positif

Ramai dari kita memang orang berfikiran positif, tapi cuma sedikit dari kita orangnnya bertindak positif iaitu bertindak mengikut apa yang ada di fikirannya.


Orang yang lebih kepada tindakan positif memiliki sifat optimis, iaitu yakin apa yang dia usahakan semakin memberi kesan sedikit demi sedikit. Semakin efektif tindakan, semakin baik kesan yang akan muncul (result).


Jadilah orang yang result-oriented, sebab dari situ anda akan membentuk diri anda menjadi orang bertindakan positif. Soal takut, gusar dan risau itu memang ada tapi usah biarkan ia menyebabkan anda berhenti berusaha. Lebihkan pada usaha.
Proses ke arah mencapai matlamat yang dimahukan lebih penting dari asyik memikirkan keburukan yang mungkin akan muncul. Samalah seperti mendaki tangga, teruskan mendaki dan jangan fikir risiko anda akan terjatuh, walaupun sebenarnya anda mungkin boleh terjatuh.
Berfikir positif sahaja tapi kurang tindakan positif kelak akan memberi kesan yang cuma minima. Tapi apabila anda berfikir positif selepas itu melebihkan tindakan positif mengejar pencapaian yang anda mahukan, kesan yang akan nampak akan jadi maksima.
Soalnya adalah bertindak dipandu oleh kepercayaan bahawa apa yang anda usahakan akan membuahkan hasil satu hari nanti, bezanya cepat atau lambat saja.

Terapi Minda Separa Sedar

Mandi di awal pagi adalah waktu yang paling baik memberi sinar motivasi pada diri sendiri. Katakan dengan penuh bersemangat yang Anda mahu lakukan yang terbaik hari ini. Selepas itu, kotakan pada yang Anda kata.


Lakukan kerja dengan penuh bersemangat, bukan dengan penuh malas. Niat kita bila digabung dengan perbuatan akan menghasilkan impak yang amat kuat. Selain berniat, kita perlu seiringkan dengan perbuatan.
Niat sekadar niat takkan dapat mencetuskan apa-apa perubahan apabila niat tu tidak direalisasikan melalui perbuatan. Jika Anda berniat mahu jadi insan cemerlang, Anda perlu bertindak cemerlang. Kena rajin, kena sanggup bekerja keras dan sanggup berkorban.Baru ada kemajuan!


Ketika Anda sedang mandi pagi, tutup mata seketika lalu katakan pada diri Anda: “aku mahu buat yang terbaik hari ini. Aku mahu, aku mahu, aku mahu!”. Selepas Anda selesai mengatakan ayat tu pada diri Anda, buka mata. Anda akan rasai kehangatan semangat yang mula menyala dalam diri Anda.

Air yang membasahi tubuh Anda akan membuat jiwa Anda menyerap kata-kata semangat yang Anda ucapkan tadi. Syaratnya, jangan fikiran hal-hal buruk yang terjadi kemarin, sehari yang lepas atau di tahun-tahun lalu.
Kata-kata yang ada dijiwa akan diserap masuk ke minda separa sedar. Kesejukan yang kita rasai dari air membuat minda separa sedar kita berada pada getaran emosi yang tenang, iaitu pada tahap alpha. Ketika minda menjadi tenang, minda separ sedarmudah menyerap setiap kata-kata kita yang kita bisikkan di dalam hati dan yang kita mainkan di fikiran.
Jadikan rasa bersemangat mendominasi Anda. Jangan campur adukkan dengan fikiran-fikiran liar mengenai masa lalu Anda dan kenangan-kenangan pahit Anda.
Elakkan rasa sakit hati, geram ataupun rasa tak puas hati kerana ketiga-tiga sikap tu akan memadam api semangat yang wujud di hati Anda. Hati kita ni amat sensitif pada emosi, gambaran minda dan tanggapan kita.
Kawal perkataan-perkataan yang selalu kita ucapkan. Kawal gambaran-gambaran minda yang selalu kita mainkan, jangan pernah membiar ia memainkan situasi lalu yang pahit walaupun sedikit kerana ia akan mencemarkan motivasi kita yang kita nak bina di waktu awal pagi, di saat kita sedang mandi.

Sunday, 25 March 2012

MOTIVASI BERTERUSAN

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.

Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '

KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.

Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

Thursday, 16 February 2012

Motivating At Work

Why Employees Don’t Get The Job Done?


Usually, there are 3 reasons people don’t get the job done. Regardless of what reasons people may give the answer may be one of these three..



1). They don't know how...


2). Something or someone
keeps them from it....



3). They don't want to....





So....
Where Are U?

Monday, 6 February 2012

Perubahan - Motivasi

“Tuhan turunkan hujan, untuk membuat pelangi muncul disebalik awan. Tuhan turunkan musibah, untuk mendesak Anda supaya berubah”.

Tahukah Anda, sikap Anda, perangai dan jati diri Anda tidak akan pandai berubah melainkan didesak untuk berubah oleh keadaan sekeliling?
Sebagai manusia, Anda tetap akan memerlukan sesuatu untuk merubah diri. 
Anda perlukan cabaran untuk Anda maju ke hadapan. 
Anda perlu musibah untuk membuat Anda berubah.

Tidak pula Anda meminta diturunkan musibah, sebaliknya dengan menghadapi musibah yang melanda, Anda akan mempelajari sesuatu yang baru. Dari sinilah bermulanya proses penambahbaikan diri Anda dari tahap lama ke tahap baru.
Sebab, musibah membuat Anda merubah sikap, kata-kata, fikiran dan perbuatan. Kenapa begitu?
Masalah tidak akan selesai bila Anda masih dengan sikap lama, kata-kata lama, stail fikiran lama dan perbuatan lama. 
Anda mesti ubah ke sikap baru, kata-kata baru, stail fikiran baru dan perbuatan baru.

Masalah sementara saja.
Namun masalah akan kekal apabila Anda tidak berubah. Bersangka baiklah dengan masalah. Setiap masalah ada kebagusannya tersendiri, iaitu membuat Anda berubah menjadi orang baru dengan sikap baru yang dua kali ganda lebih bagus dari dulu.
Mulai sekarang, apabila Anda dilanda masalah, fokuskan fikiran kepada penyelesaian masalah. Fokuskan perbuatan kepada menyelesaikan masalah, bukan meratapi masalah.
Hanya orang terpilih saja yang akan dilanda masalah, sebab dari masalah itu dia akan berubah menjadi orang baru dengan sikap baru, attitude baru, perangai baru.
Sikap bersangka baik sepanjang masa pasti akan menguntungkan Anda.
Sikap bersangka buruk sentiasa merugikan Anda.

..............................
Petikan : Imotivasi

Friday, 3 February 2012

Maafkan

Memaafkan Lebih Membahagiakan Daripada Membenci

Jika anda disakiti berarti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekaligus diberikan kemudahan oleh Allah.

Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan.:
Jika anda tidak membalas tetapi bersabar & memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan ampunan dosa-dosa anda dan... Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sehat, indah dan membahagiakan bagi anda.

‘Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan dzalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang dzalim. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada dosa atas mereka. Sesungguhnya doa itu atas orang-orang yang berbuat dzalim kepada manusia dan melampaui batas dimuka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.’
(QS. Asy-Syuura’ 39-43).

Wednesday, 1 February 2012

Sepintas lalu


Jangan pandang rendah pada artikel-artikel motivasi. Jika Anda tak selalu baca artikel-artikel motivasi, semangat Anda akan menurun.
Orang yang tidak ada semangat adalah orang yang tidak ada motivasi. Jangan pandang remeh pada artikel-artikel motivasi ringkas.
Membaca 5 ayat berisi kata-kata motivasi lebih baik dari tidak membaca satupun kata-kata motivasi langsung. Dari kajian, minda mudah menyerap sesuatu yang ringkas, ringan dan simple.
Membaca artikel-artikel motivasi pendek dapat menjadikan diri Anda bersemangat,berinspirasi. Membaca artikel motivasi dengan kerap adalah cara untuk menjadikan minda Anda terlatih untuk menjadi minda bermotivasi, lantas menjadikan Anda orang bermotivasi.
Anda akan merasa bersemangat untuk bekerja, untuk belajar, Anda merasa berinspirasi melakukan apa saja.
Tindakan yang terpaksa dan tidakan berinspirasi banyak bezanya.
Tindakan terpaksa, Anda terpaksa melakukannya.
Anda didesak, terdesak, menyebabkan Anda tertekan.
TIndakan berinspirasi terhasil dari keinginan mahu mencapai sesuatu, mahu menyiapkan sesuatu atau mahu merealisasikan sesuatu. Anda tidak merasa tertekan langsung sebaliknya seronok membayangkan apa yang Anda akan dapat nanti.
Anda membayangkan apa yang Anda mahu di minda kemudian bergerak ke arahnya. Membayangkan apa yang Anda mahu capai membuat Anda merasa gembira.
Jika Anda merasakan hal sebegini, ketahuilah Anda sedang berada dalam emosi berinspirasi.
Emosi berinspirasi dan tindak penuh inspirasi akan terhasil apabila Anda selalu membacaartikel-artikel motivasi.
Tindakan sebegini juga menjauhkan Anda dari perasaan sangsi, ragu atau takut dengan sesuatu yang tak pasti.

..............................
Petikan : Imotivasi

Kekalkan Fikiran Positif


Ramai di kalangan kita hanya boleh bertahan dalam fikiran positif dari pagi sampai ke tengahari. Selepas tengahari, setelah melalui berbagai kesibukan (dan diserang oleh kemengantukan) mood kita berubah, lantas ‘feeling’ kita juga berubah menjadi sedikit ‘down’ lalu membawa kepada fikiran-fikiran negatif liar yang masuk ke minda kita.
Untuk merubahnya semula kepada fikiran positif, lakukan mental check – bertanya pada diri sendiri apa yang Anda rasai sekarang ni dan bertanya apa khabar motivasi Anda. Kemudian, fokuskan fikiran sebanyak mungkin kepada perkara-perkara yang menggembirakan Anda.
Anda boleh memikirkan perkara-perkara yang boleh membuat Anda rasa seronok, teruja, terhibur atau tertawa. Kawal ia selama mungkin, supaya dengan itu fikiran negatif tak dapat menguasai Anda.
Anda mungkin Anda hobi yang  Anda suka buat, ada orang yang anda sayangi, ada seseorang yang Anda selalu ingati. 
Fokuskan fikiran Anda kepada perkara-perkara ni untuk merubah fikiran dari negatif kepada positif.
Jangan lawan fikiran negatif yang didorong oleh emosi-emosi negatif. Anda susah nak menang. Sebaliknya, fokus pada membina lalu mengekalkan fikiran-fikiran positif di boosterkan oleh emosi-emosi positif (ceria, gembira, seronok, hepi,  bersemangat).
* Tengok Kamen Rider pun bersemangat.

Thursday, 19 January 2012

Dimana Terletaknya - Motivasi


Dalam setiap hari kehidupan kita, tidak kita sedari bahawa bila bermulanya satu hari itulah hari untuk perjuangan hidup dan dimana terletaknya rasa tanggungjawab yang telah dipertanggung jawabkan untuk kita.

..............................................
Perkongsian : Pn. Nurhayati

Wednesday, 18 January 2012

Baik Dan Buruk Beserta Hikmah


Baik, buruk mahupun kelainan yang ada bukan sesuatu yang sia-sia. Melainkan ada fungsinya yang sengaja diberikan oleh MAHA PENCIPTA agar anda melengkapi atau dilengkapi oleh manusia yang barangkali dipandang hina oleh manusia tetapi tidak kepada MAHA PENCIPTA.

Di dunia ini derita berganti untuk mencukupkan keindahan, kesenangan juga kekalnya anda di akhirat sana. Asal sahaja sabar dan taqwa menjadi bualan.

Mohon doa mendoakan :) 

...............................................
Mohd. Noor Ikhram Bin Husin
Pegawai Psikologi
PKMD Petaling

Monday, 16 January 2012

Bersyukur

Saya SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya,
Saya MENDERITA tapi ada yang LEBIH MENDERITA dari saya,
Saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,
Saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,
Rupanya saya lebih SENANG dari MEREKA.
Rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih SEHAT dari MEREKA.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA KITA~

Thursday, 12 January 2012

Bercakap Secara Positif

Tukar Ucapan Negatif Kepada POSITIF

Moga sama-sama mendapat manfaat..

Jenis dan Hikmah di dalam Marah


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Jenis dan Hikmah di dalam Marah

Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.

Drinking Problem - Communication

Wednesday, 4 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012 - Renungkanlah

Moga tahun baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua. Pengalaman sepanjang 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulangi.

Orang cakap "Sejarah Mungkin Berulang" tapi adakah ia sama seperti kali pertama terjadi, Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila".

Kenangan pahit, kegagalan yang berlaku sepanjang 2011 kita anggap saja sebagai langkah yang perlu dilalui untuk kehidupan yang lebih berjaya.
Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012 sama-sama kita renungkan, mungkin dan mungkin :

KOSONG


Semua orang pernah jatuh. Jatuh daripada satu tahap euphoria dan berkeyakinan diri, akhirnya tersungkur di atas tanah juga. Pada ketika itu jiwa rasa kosong, rendah diri selimut diri dan sedar kembali siapa dirinya. Mungkin ini adalah peluang untuk kita belajar tentang erti kehidupan. Namun ada kalanya kita rasa sukar untuk terima bahawa kita bukan berada lagi di atas. Menyebabkan kita hilang perasaan, bersikap acuh tak acuh dan menyendiri.

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates