Social Icons

Showing posts with label Bahagian Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Kanak-Kanak. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Sekolah Henry Gurney

Sekolah Henry Gurney adalah merupakan institusi pemulihan bagi menahan pesalah-pesalah juvana yang berumur 14 hingga 21 tahun. 

Pada masa kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu :-

  1. SHG Telok Mas, Melaka
  2. SHG Kota Kinabalu, sabah
  3. SHG Keningau, Sabah
  4. SHG Puncak Borneo, Serawak dan
  5. SHG Wanita, Batu Gajah, Perak
Dasar Am Sekolah Henry Gurney pada awal penubuhannya adalah berdasarkan (Borstal Institution - England) 1900 iaitu untuk membentuk sikap keperibadian dan sikap bertanggungjawab penghuni-penghuni ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan produktif kepada negara.

Antara ciri-ciri ialah :-
  1. Pelatih mempunyai watak & bakat yang tersendiri dan boleh memperkembangkan kreativiti dan suka kepada kehidupan yang baik.
  2. Layanan sama rata & mengikut peraturan
  3. Pegawai dan sistem Borstal saling bersatu dan saling mempercayai antara satu sama lain

Mottonya ialah RESURGAM yang bermaksud We Shall Rise Again. Manakala logo Sekolah Henry Gurney (Wanita) ialah burung helang yang terbang dari api yang sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk menerima pemulihan dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

.....................................................
Rujukan : http://www.prison.gov.my

Thursday, 17 October 2013

Baby Hatch / Pusat Perlindungan Bayi

Baby Hatch adalah ruang khas bagi menempatkan bayi yang membolehkan mana-mana ibu terdesak tidak inginkan bayi dengan meninggalkanya dengan selamat. Baby Hatch pertama ditubuhkan di Malaysia di N0.6, Lorong SS 1/24A, Petaling Jaya, Selangor yang dikendalikan oleh OrphanCARE Malaysia.
  • Penubuhan OrphanCARE adalah untuk memastikan setiap BAYI yang dilahirkan tidak mengira apa juga latarbelakang agama atau bangsa mendapatkan keluarga yang sesuai melalui proses pengambilan anak angkat yang cepat dan teratur. Pihak OrphanCARE juga akan membantu ibubapa angkat dalam urusan dokumentasi seperti sijil kelahiran dan proses pengangkatan.
  • OrphanCARE adalah sebagai satu tempat transit kepada BAYI yang ditinggalkan sebelum diambil sebagai anak angkat sekaligus memberi peluang kepada mereka membesar dalam sebuah institusi kekeluargaan yang sempurna. Slogan OrphanCARE "Every Child Needs a Family" 
Bagaimana OrphanCARE berfungsi :


Kriteria Pengambilan Anak Angkat di OrphanCARE :
  • Pendapatan isi rumah.
  • Keutamaan kepada pasangan yang tiada anak selepas 5 tahun berkahwin.
  • Seluruh keluarga besar MENERIMA anak yang diangkatkan itu.
Lain-lain Faktor : Ekonomi. kesihatan, dan usia perkahwinan.
  • OrphanCARE bukan pusat jagaan bayi kerana setiap bayi yang diterima akan diserahkan terus kepada keluarga angkat.
Maklumat mengenai OrphanCARE :
Beralamat di : 

No. 54, Jalan 5/60 Bukit Gasing,
46000 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel : 03-7770 1900
Fax : 03-7780 1900

Hotline : 010-283 0528

Thursday, 4 July 2013

Kemasukan Ke Asrama Akhlak

Asrama akhlak adalah sebuah institusi tahan sementara dan pemulihan bagi menempatkan :

  • Kanak-kanak yang menghadapi konflik dengan undang-undang ; dan
  • Kanak-kanak yang tidak terkawal.
Terdapat 8 buah asrama akhlak untuk menempatkan kanak-kanak lelaki dan 3 buah lagi untuk kanak-kanak perempuan.

Objektif :
Untuk memberi jagaan, pemulihan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh mahkamah bagi menjalani tahan sementara, Cubaan Akhlak dan yang sedang menunggu pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti (STB).

Peraturan Kemasukan :
Kemasukan bagi tahan sementara dan kanak-kanak bermasalah tingkahlaku adalah melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Tempoh pemulihan di Asrama Akhlak bagi kanak-kanak adalah seperti ;
  • Cubaan Akhlak - tempoh tidak melebihi 12 bulan ;
  • Tahan sementara sehingga mahkamah mengeluarkan perintah tetap ; dan
  • dalam pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti (STB) - tempoh tidak melebihi 2 minggu.
Perkhidmatan :
Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Asrama Akhlak adalah ;
  • Jagaan (tempat tinggal, makanan, pakaian, rawatan perubatan dan keperluan harian);
  • Kaunseling dan bimbingan (kaunseling individu, kaunseling kelompok dan sesi motivasi);
  • Kelas akademik (dalam atau luar institusi);
  • Pendidikan agama dan moral ;
  • Kelas latihan vokasional ;
  • Kemudahan sukan/riadah ; dan 
  • Keistimewaan (cuti, wang saku).
NOTE :
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak kami untuk keterangan.

Friday, 10 May 2013

Anak Taksah Taraf Dalam Islam

Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Para fuqaha' bersepakat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil penzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau pun persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah).

Oleh itu kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang sah daripada kedua ibu bapanya. Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : (Kesahtarafan) seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat tidur (kedua ibu bapanya yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan.
(Riwayat al-Bukhari)

Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, istilah anak taksah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah dan sama, peruntukan undang-undang menyatakan :

" tak sah taraf" berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah.

Menurut Fatwa Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syara' di Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 28 april 2005, definisi berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syara', ialah :
  1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau  melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara';
  2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu 'Imkan ad Dukhul' dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah;
  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu 'Imkan ad Dukhul' selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara' bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara'.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) kali ke-64 pada 27 Julai 2004 menyatakan bahawa anak tak sah taraf ialah :
  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;
  2. Anak dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh);
  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara' bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara'.
........................................................
Bah. Undang-Undang Keluarga (BUUK)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Monday, 29 April 2013

Kegembiraan Memelihara Anak Angkat

Memelihara anak angkat merupakan satu proses dan pengalaman yang kompleks. Satu perkara yang tidak jauh bezanya daripada peranan dan tanggungjawab seorang ibubapa kandung terhadap anak sepertimana yang diakui oleh setiap ibubapa, adalah bukan mudah untuk menjadi ibubapa yang baik dan dikagumi.

Seperti semua kanak-kanak lain, anak-anak angkat juga adalah manusia istimewa yang memerlukan belaian dan kasih sayang untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksima. Seorang anak angkat mungkin mempunyai banyak pengalaman yang ketara dalam tempoh usia yang begitu singkat, yang mungkin telah mengakibatkan mereka diberikan sebagai anak angkat.

Walaubagaimanapun, dorongan dan kasih sayang keluarga yang akan menerimanya itu mungkin menjadi salah satu faktor utama yang dapat memulihkannya. Begitulah kegembiranya mengambil seorang anak angkat. Kita hanya dapat memberi kasih sayang setelah menikmatinya.


Salah satu pengalaman yang bermakna dan dapat memberi kepuasan kepada seseorang ialah apabila dia dapat merasakan bahawa sumbangannya telah berjaya menghasilkan perkembangan yang sihat seorang insan lain.


NOTA : Untuk mengambil seorang anak angkat, sila hubungi mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan masing-masing untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.

Friday, 5 April 2013

Hentikan !!! Penderaan Kanak-Kanak

APA ITU PENDERAAN KANAK-KANAK ?

Segala bentuk penderaan fizikal, seksual, emosi, pengabaian, eksploitasi pemerdagangan yang mungkin menjejaskan kesihatan, kehidupan dan maruah kanak-kanak.

JENIS-JENIS PENDERAAN KANAK-KANAK

Penderaan Fizikal
  • Kecederaan pada tubuh badan kanak-kanak yang dilakukan dengan sengaja.
  • Dilakukan oleh seseorang yang sepatutnya bertanggungjawab memberi perlindungan kepada kanak-kanak tersebut.
Contoh : 
Perbuatan memukul, mencucuh puntung rokok kepada tubuh badan kanak-kanak dengan sengaja.

Tanda-tanda :
Lebam, luka, kepatahan, pendarahan, melecur.

Penderaan Seksual
  • Memaksa, mengugut atau memperdaya seseorang kanak-kanak untuk mengambil bahagian atau sebagai pemerhati dalam apa-apa bentuk aktiviti berkaitan seks bagi memuaskan nafsu orang itu orang lain.
Contoh :
Rogol, liwat, pendedahan kepada bahan lucah dan sebagainya.

Penderaan Emosi
  • Tidak memberikan kasih sayang dan perhatian sewajarnya kepada kanak-kanak.
  • Melakukan perbuatan yang boleh menggangu dan membawa kesan buruk kepada emosi dan perkembangan kanak-kanak.
Contoh :
Mencaci atau menengking kanak-kanak secara berterusan.

Pengabaian
  • Kegagalan ibubapa atau penjaga menyediakan keperluan asas yang berpatutan kepada kanak-kanak.
Contoh :
Tidak menyediakan makanan secukupnya, pakaian, pendidikan, penjagaan, kesihatan, perlindungan atau tempat kediaman yang sempurna.
Eksploitasi

  • Menggunakan kanak-kanak untuk keuntungan dan kepentingan diri.

Tuesday, 5 March 2013

Kanak-Kanak Di Luar Kawalan Ibubapa Atau Penjaga


Perintah Bagi Kanak-Kanak Tidak Terkawal

  • Perintah Kanak-kank dihantar ke Sekolah Tunas Bakti atau Asrama Akhlak.
  • Menempatkan Kanak-kanak dibawah seliaan Pegawai Akhlak atau orang yang dilantik oleh mahkamah selama tempoh tidak melebihi 3 tahun. Sebagai tambahan Mahkamah juga boleh mengkehendaki kanak-kanak ditempatkan di Asrama Akhlak bagi tempoh tidak melebihi 12bulan.
Prosedur Permohonan Tidak Terkawal
  • Permohonan Keluarga (Lampiran Bersama)
    • Surat kepada Mahkamah
    • Laporan Persekolahan Kanak-kanak
    • Laporan Polis
  • Rujuk Pegawai Akhlak

Saturday, 26 January 2013

Gejala Sosial Kanak-Kanak

Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.

3 Kategori Masalah Sosial Kanak-Kanak :

  1. Kanak-kanak yang memerlukan Perlindungan dan Pemulihan.
  2. Kanak-kanak diluar kawalan ibubapa atau penjaga.
  3. Kanak-kanak melakukan jenayah.
Jenis-Jenis Kesalahan :
  • Bersabit dengan harta benda
  • Bersabit dengan manusia
  • Kesalahan jantina
  • Dadah
  • Judi
  • Senjata/ bahan api
  • Lalulintas
  • Memiliki senjata
  • Tidak Terkawal

Friday, 28 December 2012

Pengangkatan Melalui Perintah Mahkamah

PROSEDUR PENGANGKATAN MELALUI MAHKAMAH

Kelayakan Kanak-kanak :
  1. Kanak-kanak di bawah umur 21 tahun, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Semenanjung Malaysia.
  2. Dalam jagaan ibubapa angkat sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan sebelum tarikh Perintah Pengangkatan.
  3. Kanak-kanak perempuan TIDAK BOLEH dianakangkatkan oleh bapa tunggal.
Kelayakan Pemohon :
  1. Salah seorang suami atau isteri berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak.
  2. Salah seorang suami atau isteri berumur 21 tahun ke atas jika pemohon adalah abang, kakak, ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibu atau bapa kandung.
  3. Ibu atau bapa kanak-kanak.
  4. Kedua-dua suami dan isteri bermastautin di Semenanjung Malaysia.
Borang/ Dokumen Yang Diperlukan :
  1. Pemohon perlu mendapatkan khidmat guaman bagi mendapatkan Perintah Pengangkatan daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen.
  2. Peguam yang dilantik perlu mengemukakan permohonan kepada JPN Ibu Pejabat, Putrajaya dengan dokumen-dokumen berikut :

a). Borang JPN.AA04 - Permohonan Perdaftaran Pengangkatan.
b). Perintah Pengangkatan daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen (asal).
c). Kad Pengenalan ibu bapa angkat (salinan).
d). Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
e). Sijil Perkahwinan ibu bapa angkat (salinan).
f). Sijil Kelahiran anak-anak kandung (jika ada).
g). Sijil Anak Angkat yang lain (jika ada).
h). Surat Litup daripada mahkamah.

3.  Tiada bayaran yang dikenakan.


Sijil Anak Angkat :
  1. Akta 257 telah dipinda pada tahun 2001 bagi membolehkan pengeluaran Sijil Kelahiran JPN.AA05 dikeluarkan di bawah peruntukan Seksyen 25A akta tersebut bagi menggantikan Sijil Kelahiran asal.
  2. Sijil Kelahiran JPN.AA05 tidak mencatatkan sebarang perkataan yang boleh menggambarkan kanak-kanak adalah anak angkat kerana kanak-kanak adalah dianggap seperti anak kandung.

Pengangkatan De Facto (JPN)

PROSEDUR PENGANGKATAN DE FACTO (JPN) :

Kelayakan Kanak-kanak :
  1. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Semanjung Malaysia.
  2. Telah dijaga, dibesarkan, dididik dan ditanggung oleh seseorang atau pasangan suami isteri sebagai anaknya selama 2 tahun secara berterusan.
  3. Akta tidak menyatakan sekatan terhadap pendaftran pengangkatan oleh bapa tunggal. Permohonan tersebut perlu mendapatkan kelulusan Pendaftaran Besar.
Kelayakan Pemohon :
  1. Salah seorang suami atau isteri berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada kanak-kanak.
  2. Salah seorang suami atau isteri berumur 21 tahun ke atas jika pemohon adalah abang, kakak, ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibu atau bapa kandung.
  3. Ibu atau bapa kanak-kanak.
  4. Kedua-dua suami dan isteri bermastautin di Semenanjung Malaysia.
Borang/ Dokumen Yang Diperlukan :
  • Borang JPN.AA01 - Permohonan Pendaftaran Pengangkatan
  • Borang JPN.AA07 - Surat Keizinan Pengangkatan Ibu Bapa Kandung
  • Kad Pengenalan Kedua-dua ibu bapa angkat
  • Sijil Kelahiran Kanak-kanak (asal)
  • Sijil Perkahwinan ibu bapa angkat
  • Sijil kelahiran anak-anak kandung (jika ada)
  • Sijil Anak Angkat yang lain (jika ada)
  • Surat Akuan ibu bapa angkat (jika berkaitan)
Permohonan Tanpa Keizinan Daripada Ibubapa Kandung :
  1. Ibubapa angkat perlu membuat surat akuan berkanun menyatakan hasrat mereka untuk mendaftarkan pengangkatan tersebut dan mengandungi maklumat-maklumat ibu bapa kandung seperti nama, no.kad pengenalan, alamat, tarikh penyerahan dan sebab-sebab tidak dapat mengemukakan keizinan ibu bapa kandung.
  2. Pendaftar akan merujuk permohonan tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan Laporan Sosial sebelum Pendaftar membuat keputusan (Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan : Bhg 1, Bab 3 Para 3.4)
Sijil Anak Angkat :
  1. Sijil Anak Angkat yang dikenali sebagai "Salinan Yang Diperakui Bagi Catitan Dalam Daftar" (Am 233) akan dikeluarkan untuk kanak-kanak bagi menggantikan Sijil Kelahiran.
  2. Bayaran adalah sebanyak RM 30.00, sekiranya diluluskan.

Wednesday, 19 December 2012

Kanak-Kanak Yang Perlu Pemeliharaan & Perlindungan

Siapa Yang Memerlukan Perlindungan ;

  • Seseorang yang berusia dibawah umur 18 tahun dan ;
  • Telah didera, diabai atau terdedah kepada penderaan fizikal, seksual atau emosi berdasarkan Seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001.

Mengikut Pengertian ;

  • Kanak-kanak yang dicederakan secara fizikal, emosi atau seks.
  • Ibu/ bapa atau penjaga telah abai untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat teduh yang mencukupi.
  • Kanak-kanak tidak mempunyai ibubapa atau bapa atau penjaga atau telah dibuang.
  • Ibu bapa telah abai dan kanak-kanak mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat.
  • Kanak-kanak yang perlu diperiksa, dirawat untuk memulihkan kesihatannya.
  • Pertelingkahan diantara kanak-kanak dan ibu atau bapa atau penjaga atau antara ibu dan bapa atau penjaga-penjaganya.
  • Kanak-kanak itu mengemis atau menerima sedekah atau menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang.

Monday, 26 November 2012

Pemberitahuan Dibawah Seksyen 35 Akta Kanak-kanak 2001


Sesiapa yang mengambil seorang kanak-kanak dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya. Orang itu hendaklah memaklumkan kepada Pelindung Kanak-kanak di JKM tidak lewat 1 minggu.

Mengelakkan dari masalah-masalah ini berlaku :

  • Masalah Pendaftaran Persekolahan
  • Mendapatkan Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan
  • Memudahkan Urusan Mendapatkan Sijil Anak Angkat
  • Memudahkan Urusan-urusan Rasmi Yang Berkaitan

Anak Pelihara - Apa yang perlu anda tahu

Anak Pelihara
Kanak-kanak yang berusia dibawah 18tahun yang diletakkan dibawah jagaan, kawalan dan pemeliharaan seseorang yang bukan ibubapa/ saudara kepada kanak-kanak itu mengikut mana peruntukan dibawah akta kanak-kanak 2001.

Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai ibubapa 
Permohonan permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan dokumen yang diperlukan :

  • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa pelihara
  • Salinan Sijil Perkahwinan
  • Slip Gaji Terkini
  • Laporan Kesihatan Ibubapa Pelihara
  • Gambar Ibubapa Pelihara Bersaiz Pasport (1 Set)

Friday, 9 November 2012

PERBINCANGAN UNICEF DENGAN PEGAWAI PELINDUNG

PERBINCANGAN UNICEF DENGAN PEGAWAI PELINDUNG

Pada :
9 Nov 2012 (9.30pg)

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling


Satu perbincangan diantara wakil daripada UNICEF iaitu En. Ahmad Yazid Ahmad Fuad bersama Pegawai Pelindung PKMD Petaling bagi mendapatkan maklumat data kes Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak untuk dimuatkan dalam dokumentari Public Service Announcement Motion Graphics.

Sunday, 15 July 2012

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENYUM SIRI II

Pasukan Pelindung kanak-Kanak (PPKK) Daerah Petaling dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling serta Unit Kaunseling dan Psikologi yang telah mengadakan :

PROGRAM HADAPI SUSAH DENGAN SENANG     SIRI II

Tarikh : 7 Julai 2012 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Tempat : Dewan RSK Cheras



Program ini merupakan satu majlis pengisian dan perkongsian ilmu bagi menyeimbangkan dinamika kefungsian keluarga dalam membantu berhadapan permasalahan sosial dengan pelbagai cabaran dari sudut mental dan fizikal. Mengharapkan dengan adanya program ini mampu memberi impak yang positif kepada peserta.
Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat tentang aktiviti yang akan dilakukan, ice breaking dan pembahagian kumpulan dimana sesi Ta'ruf oleh Fasilitator yang terlibat.





Aktiviti luar iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dilakukan dan dibimbing oleh Fasilitator setiap kumpulan.
Akitiviti  untuk melihat refleksi keseluruhan aktiviti peserta melalui terapi lukisan dimana Kaunselor yang bertauliah akan membuat penilaian dan gambaran perasaan yang dilalui oleh peserta untuk diterjemahkan ke dalam sesi kaunseling untuk penerokaan.

Monday, 9 July 2012

CASE CONFERENCE PKMD PETALING

CASE CONFERENCE PKMD PETALING

Telah diadakan pada :
09 Julai 2012

Jam :
09.00pg - 1.00tgh

Bertempat di :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling

Pegawai yang terlibat dan turut serta dalam case conference, Puan PKMD Petaling dan juga Jawatankuasa PPKK Daerah Petaling.


Monday, 19 March 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PASUKAN PELINDUNG DAERAH PETALING BIL 1/2012


Mesyuarat ini telah diadakan pada 19 Mac 2012, jam 9.00pg hingga 12.00 tghr bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling yang telah dipengerusikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury, Pegawai Kanak-kanak yang terlibat serta Jawatankuasa Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah Petaling.

Penyampaian sijil penghargaan kepada Pasukan Pelindung Kanak-kanak bagi Sesi 2008/2011 yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury.
Sesi bergambar Jawatankuasa Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah Petaling bagi Sesi 2012/2015

Agenda Menyuarat :
Berkenaan perlantikan Jawatankuasa Baru bagi sesi 2012/2012 serta perbentangan laporan kewangan dan aktiviti yang dijalankan.

Sunday, 18 March 2012

PENUTUPAN PENGOPERASIAN ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR


UNTUK MAKLUMAN

ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR TELAH SELESAI MELAKSANAKAN PEMINDAHAN PENGHUNI SEBAGAIMANA KEPUTUSAN MESYUARAT KETUA BAHAGIAN BIL.7/2011 BERTARIKH 15.08.2011.
 
SEHUBUNGAN ITU, PENGOPERASIAN ASRAMA AKHLAK (P) DATO' KERAMAT KUALA LUMPUR ADALAH DITAMATKAN MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN ASRAMA AKHLAK 1982 BERKUATKUASA 20 FEBRUARI 2012
 
Surat Rujukan : 1. JKMM(KK)500/02/28(10) bertarikh 20.02.2012
                         2. JKMN.Sel.KK500/02/1 Jld.16(45) bertarikh 06.03.2012

Friday, 24 February 2012

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA RUMAH KANAK-KANAK REMBAU NEGERI SEMBILAN


Rumah Kanak-Kanak Rembau Negeri Sembilan yang telah ditangguhkan kemasukan kanak-kanak, telah beroperasi semula seperti biasa berkuatkuasa dari tarikh surat JKMM - JKMM(KK)/500/06/68/1 Jld 2(45) bertarikh 17 Feb 2012.

Sehubungan dengan itu, kemasukan baru kanak-kanak yang memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan dibawak Akta Kanak-Kanak 2001 adalah seperti kategori umur yang telah ditetapkan. RKK Rembau juga akan menerima kemasukan Perintah Sementara kanak-kanak lelaki dan perempuan (bagi kanak-kanak lelaki dibawah umur 5 tahun sahaja).

Tuesday, 21 February 2012

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BADRIAH CHERAS KUALA LUMPUR


Melalui surat daripada JKMNS bernombor rujukan JKMN.Sel.KK500/02/1 Jld 16(36) bertarikh Feb 2012. Rumah Kanak-Kanak Tengku Badriah, Cheras yang telah ditangguhkan kemasukan kanak-kanak telah beroperasi semula seperti biasa berkuatkuasa dari tarikh surat JKMM (KK)/500/06/01/1 Jld 10(51) iaitu 08 Feb 2012.

Sehubungan dengan itu, kemasukan baru kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan & perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 adalah seperti kategori umur yang telah ditetapkan.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates