Social Icons

Showing posts with label Bahagian Pembangunan Komuniti. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Pembangunan Komuniti. Show all posts

Monday, 8 July 2013

Permohonan Sokongan Pengecualian Cukai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) Kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi penekanan terhadap penglibatan aktif masyarakat dalam program pembangunan komuniti melalui perkongsian bijak antara Jabatan dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO), komuniti setempat, sektor swasta dan korporat, sukarelawan dan komuniti tempatan.

Syarat Permohonan :
  • Surat dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan bagi Permohonan Pengecualian Cukai.
  • Sijil yang perlu disediakan :
    • Pendaftaran Pertubuhan ; ATAU
    • Pendaftaran Syarikat ; ATAU
    • Akta Parlimen ; DAN
    • Akta Pusat Jagaan yang sah dan terkini.
  • Salinan Perlembagaan Pertubuhan atau Memorandum of Articles yang telah disahkan.
  • Senarai aktiviti yang dijalankan oleh PSK.
  • Laporan Pegawai Siasatan oleh PKMD dan PKMN.
  • Lain-lain Dokumen berkaitan bagi menyokong permohonan ini.
Setelah permohonan lengkap diterima daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan surat sokongan dan dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kelulusan.

Tuesday, 18 June 2013

Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)

BERTUJUAN menjelas dan menyelaras kaedah pelaksanaan program khidmat bantu di rumah bagi Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tinggal bersendirian.

Dilaksanakan oleh Sukarelawan Kebajikan yang berdaftar dengan JKM dan sebagai panduan kepada organisasi pelaksana dalam menjalankan program tersebut.




OBJEKTIF
  • Memberi bantuan dan sokongan kepada warga emas dan OKU menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka disisihkan.
  • Memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga warga emas dan OKU supaya terus mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli keluarga yang tergolong sebagai warga emas dan OKU.
  • Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas dan OKU atau keluarga yang menjaga selaras dengan konsep masyarakat penyayang.
  • Menggalakkan warga emas dan OKU terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.
NISBAH SUKARELAWAN KEBAJIKAN
Seorang Sukarelawan Kebajikan boleh memberi perkhidmatan kepada :
  • Warga Emas (2-4 Orang)
  • OKU (2-4 Orang)
Pengiraan Kadar Jam :
  • 1 Klien = 1 Jam seminggu X 4 minggu = JAM
  • 2 Klien =  8 Jam sebulan = RM50.00
  • 4 Klien = 16 Jam sebulan = RM100.00
PEMILIHAN SUKARELAWAN KEBAJIKAN
  • Berusia 18tahun ke atas
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan
  • Kesediaan dan minat bekerja dengan warga emas dan OKU
  • Sihat fizikal dan mental
  • Mempunyai latar belakang bebas daripada sabitan kes jenayah
  • Surat tawaran, surat pelantikan, surat aku janji dan surat aku terima sebagai Sukarelawan Kebajikan bagi Program Home HELP akan dikeluarkan oleh JKM Negeri.
KEPERLUAN LATIHAN
Sukarelawan Kebajikan hendaklah menghadiri latihan asa yang ditetapkan oleh JKM merangkumi bidang warga emas dan OKU seperti :
  • Kursus Program Khidmat Bantu Di Rumah
  • Penjagaan warga emas dan OKU
  • Psikologi warga emas dan OKU

Sekiranya sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan JKM bagi menjayakan Program ini boleh menghubungi :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
No.1, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling
Persiaran Atmosfera, seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-7842 2584 / 2587

Monday, 25 February 2013

Tawaran Mengikuti Program 1AZAM KPWKM (Azam Niaga) Bagi Tahun 2013

SYARAT-SYARAT DAN KEPERLUAN

KRITERIA PEMOHON :
  1. Keutamaan kepada Klien yang menerima bantuan kewangan dari JKM
  2. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dari kategori OKU, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang menjadi Klien JKM
  3. Pemohon dan Ahli isi rumah mestilah belum pernah menerima sebarang pakej 1AZAM samada di bawah Azam Tani, Azam Kerja, Azam Khidmat atau Azam Niaga pada tahun 2010 hingga 2012. Sekiranya telah menerima pakej tersebut adalah tidak layak memohon.
  4. Projek yang akan dijalankan boleh dilaksanakan oleh individu atau kelompok samada di luar atau di dalam institusi.
Sesiapa yang berminat boleh memohon di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang BERDEKATAN tempat tinggal tuan/puan. Manakala untuk KAWASAN DAERAH PETALING JAYA, tuan/puan boleh menghubungi atau MEMOHON terus dengan pihak kami.


SENARAI PAKEJ AZAM NIAGA YANG DITAWARKAN DI BAWAH PROGRAM 1AZAM KPWKM BAGI TAHUN 2013


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMOHONAN
SILA HUBUNGI TERUS DITALIAN :

PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH PETALING
PN. ARNE WATE
TEL : 03-7842 2584 / 2587

Monday, 28 January 2013

Konsep Program UKP

Merupakan satu program pendampingan sosial bagi :

  • Mendekatkan JKM kepada masyarakat khususnya masyarakat terpinggir, daif dan miskin.
  • Urusan penyampaian perkhidmatan tidak lagi hanya tertumpu di pejabat.
  • Berkonsepkan perkhidmatan bergerak untuk mengendalikan khidmat bantuan dan rujukan.
Fungsi UKP :
  • Pejabat mini bergerak
  • Pusat Perkhidmatan Jabatan
  • Pusat pengurusan bayaran bantuan
  • Pusat Khidmat Nasihat dan Kaunseling
  • Perkhidmatan Jabatan serta pameran
  • Pusat Pendaftaran OKU
  • Unit Operasi Bencana
  • Pusat Rujukan

Sunday, 30 December 2012

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) :

Syarat-syarat Kelayakan :
  • NGO yang berorientasikan kumpulan sasar JKM.
  • Ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar.
  • Tidak berorientasikan keuntungan.
  • NGO yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
  • NGO yang mempunyai perancangan yang stabil.
  • NGO yang stabil dalam pengurusan aktivit/ program dan kewangan.
Prosedur Permohonan :
  • Lengkapkan Borang Permohonan JKMMPSK/2010.
  • Salinan sijil Pertubuhan.
  • Salinan sijil Akta Pusat Jagaan - jika berkaitan dengan penjagaan.
  • Salinan penyata kewangan beraudit.
  • Penyata Bank.
  • Salinan Perlembagaan Pertubuhan.
  • Senarai program dan aktiviti.
  • Senarai penghuni asrama - jika berkaitan.
  • Lain-lain maklumat tambahan.

Tuesday, 18 December 2012

Definasi Geran Pelancaran

Geran Pelancaran merupakan bantuan kewangan sekaligus yang diberikan kepada klien Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dalam menceburi bidang ekonomi agar membolehkan mereka berusaha meningkatkan taraf hidup dan berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan ;
  • Penerima bantuan
  • OKU
  • Ibu/bapa tunggal yang berpendapatan rendah
  • Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan
  • Kes-kes selian akhlak
Dokumen Yang Diperlukan ;
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan/ Sijil kelahiran Tanggungan
  • Sebut harga dari pembekal
  • Penyata gaji/ pengesahan pendapatan dari majikan
  • Salinan bil elektrik/ air.
  • Laporan kesihatan dari Pegawai Perubatan
  • Surat kematian/ surat dari pejabat agama jika berkaitan
  • Lain-lain dokumen jika berkaitan
Kaedah Bantuan ;
  • Bantuan diberi sekaligus kepada kumpulan sasar yang berminat dan berpotensi maju dalam bidang ekonomi bagi pembangunan sosioekonomi diri dan keluarga.
  • Bantuan diberi berdasarkan kepada projek dengan Jumlah Tertentu Secara Individu atau Kelompok.
Tujuan Bantuan ;
  • Membantu klien yang mempunyai minat dan potensi untuk maju.
  • Terlibat dalam pembangunan sosioekomi dalam bidang perusahaan, pertanian, penternakan, kraftangan, pemprosesan, ukiran, lukisan,peruncitan dan pelbagai bidang ekonomi hiliran, asas atau IKS.
  • Membolehkan klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi dan keluar dari garis kemiskinan.

Monday, 15 October 2012

Kaunter Maklumat Bagi Program Warga Emas





Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Sosial MBPJ dan PKMD Petaling juga turut menyertai menyalurkan maklumat kepada warga emas dengan adakan kaunter dan pameran.





Tarikh :
14 Oktober 2012

Masa :
6.00 pg - 11.30 pg

Tempat :
Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya.
Program yang bertujuan membantu golongan warga emas menjalani kehidupan yang lebih aktif dan produktif melalui senaman, pemikiran yang positif dan pengetahuan mengenai peningkatan tahap kesihatan yang boleh disalurkan disamping kaedah menangani penyakit yang kerap dihidapi oleh golongan warga emas.

Wednesday, 18 July 2012

PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH (HOME HELP SERVICES)

Khidmat ini merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada warga emas dan oku terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga dirumah.

Objektif :
- Memberi bantuan sokongan kepada warga emas dan oku menjalani kehidupan yang lebih selesa dan tidak merasai diri mereka disisihkan.

- Memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga warga emas dan oku.

- Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas dan oku dengan konsep masyarakat penyayang.

- Menggalakkan warga emas dan oku terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.

Sukarelawan Kebajikan :
- Sukarelawan yang menyertai program akan diberi elaun sebanyak RM 100.00 setiap bulan.

Syarat-syarat Pemilihan Sukarelawan Kebajikan :

  1. Berusia 18 tahun ke atas.
  2. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan :
  3. Kesediaan dan minat bekerja dengan warga emas dan oku.
  4. Sihat fizikal dan mental.
  5. Tiada rekod jenayah.

Sekiranya sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi menjayakan program ini boleh menghubungi :

Pn. Arne Wate Bt. Katirin
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
No.1, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,
Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-7842 2587/ 03-7842 2584  Faks : 03-7842 3190

Tuesday, 26 June 2012

KAUNTER UKP TAMAN MEDAN - JUN 2012

Anjuran bersama Klinik Kesihatan Taman Medan dan PKMD Petaling yang diadakan :

Pada :
24 Jun 2012 (Ahad)

Jam :
8.00 pg - 2.00 ptg

Bertempat di :
Klinik Kesihatan Taman Medan

Sepanjang kaunter ini dibuka, dianggarkan seramai 60 orang telah hadir dan untuk membuat permohonan bantuan JKM, juga permohonan pembaharuan kad OKU.

Pegawai PKMD Petaling yang bertugas :
  1. Pn. Sunarni
  2. En. Safuan
  3. Cik Noraini
  4. Cik Ani

Monday, 14 May 2012

MESYUARAT KHAS BAHAGIAN DASAR SOSIAL NEGARA DAN PEJABAT KOMUNITI PPR LEMBAH SUBANG




Mesyuarat yang diadakan pada 11 Mei 2012 jam 3.00ptg, bertempat di Pejabat Komuniti PPR Lembah Subang.






Pegawai-pegawai yang terlibat dalam mesyuarat yang diadakan ialah wakil dari :

KPWKM :
  1. En. Saiful Yusnor Mohd Yusof (KPSU Bhgn. DSN)
  2. En. Abd. Rahman (SU Bhgn. DSN)
JKMN Selangor :
  • En. Ungku Rohaizad (Bhgn. PK)
PKMD Petaling :
  • Pn. Sunarni Bt Mastury
Pej. Komuniti PPR Lembah Subang :
  1. Pn. Noriana
  2. En. Hanafi
Perkara utama mesyuarat ini adalah membincangkan tentang keperluan untuk bancian penduduk dan projek ekonomi bagi komuniti PPR Lembah Subang.
Pegawai-pegawai yang terlibat dan hadir dalam mesyuarat yang telah diadakan di Pejabat Komuniti PPR Lembah Subang.

Thursday, 12 April 2012

LAWATAN KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA BAGI PEMBANGUNAN SISTEM eJKM FASA II - RELEASE 2 DAN 3



Satu lawatan kajian keperluan pengguna oleh Pasukan Projek eMasyarakat , Bahagian Pengurusan Maklumat, KPWKL bersama dengan pegawai dari JKMM, Syarikat Encoral dan Penyelaras Unit PK bagi Daerah Petaling pada 12 April 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling.





Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas keperluan pengguna, membuat kajian keperluan sistem dan aliran kerja serta mencadangkan penambahbaikan ke atas proses kerja dan merekabentuk sistem secara terperinci sebelum pembangunan eJKM Fasa II dimulakan.

Monday, 26 March 2012

PROGRAM SIRI PENJELAJAHAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN UNTUK RAKYAT (SPEKTRA)

Program ini telah diadakan :

Pada : 
25 Mac 2012 (Ahad)

Masa : 
8.00 pagi - 2.00 petang

Tempat : 
Balairaya PJS 6/1, Jalan Lindungan Desa Mentari, Petaling Jaya.


Program Anjuran LPPKN ini adalah dibawah 3 agensi naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan LPPKN itu sendiri.




Dibawah Unit Khidmat Penyang (UKP) PKMD Petaling juga telah dijemput bertugas dan membuka kaunter perkhidmatan jabatan semasa program tersebut diadakan.








Pegawai-pegawai dan kakitangan yang bertugas semasa program diadakan :

1. En. Azman Bin Seranek
2. En. Syukor Bin Rapidin
3. En. Kasavan a/l Muniandy

Thursday, 8 March 2012

PROGRAM KARISMA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSAMA NGO

Program Karisma YAB Perdana Menteri Malaysia Bersama NGO telah diadakan pada 04 Mac 2012 (Ahad) pada jam 8.00 pg sehingga 4.00 ptg bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Pegawai-pegawai dari PKMD Petaling juga telah terlibat sama dan diarahkan bertugas bagi menjayakan Program pada hari tersebut. 
Pegawai-pegawai yang terlibat :
  1. Pn. Aen
  2. Pn. Arne
  3. Pn. Midah
  4. Pn. Roziah
  5. En. Hyzam
  6. En. Syukor
  7. En. Khairani
  8. En. Kamil
  9. En. Hanif
  10. En. Hanafi
  11. Pn. Noriana
Diucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang telah turut serta dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program tersebut.

Friday, 2 March 2012

KAUNTER UKP LEMBAH SUBANG



Pada : 
25 Feb 2012

Bertempat : 
Pejabat Komuniti JKM Lembah Subang

Dari :
8.00pg Hingga 4.00ptg





Pegawai Yang Bertugas :
1. En. Mohd Hyzam
2. Pn. Arne Wati Bt Katirin

Klien Yang Hadir :
Seramai 15 orang klien yang hadir.

Wednesday, 29 February 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN MESIN JAHIT (PACKAGE LILY) PROGRAM 1AZAM





Majlis ini telah disampaikan oleh PKMD Petaling, Pn. Sunarni Bt Mastury kepada klien jabatan terpilih yang diadakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling pada 22 Feb 2012.





MAJLIS PENYAMPAIAN BASIKAL & BEG SEKOLAH PARLIMEN SUBANG


Majlis Penyampaian ini telah diadakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling pada 22 Feb 2012 yang disampaikan oleh Pn. Jamaeah Bt Abdul Ghani kepada klien jabatan yang terpilih.

Wednesday, 22 February 2012

PUSAT KHIDMAT CURE & CARE

PUSAT KHIDMAT CURE & CARE
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
(PKCC)
PENGENALAN :
Pusat Khidmat Cure & Care adalah Pusat Aktiviti Harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah.

TUJUAN :
  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti.
  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan berkaitan permasalahan dadah.
  • Menyediakan pakej rawatan dan pemulihan yang boleh menjadi pilihan kepada pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan 'caring'.
  • Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan.
PAKEJ PEMULIHAN YANG DISEDIAKAN :
  • Jagaan Harian (Day Care)
  • Residen (Residential Drug Treatment Programme)
  • Pesakit Luar
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
  • Kaunseling dan Bimbingan
  • Kelompok Sokong Bantu
  • Pencegahan Relapse
  • Kemahiran Hidup
  • Kemudahan Sukan & Riadah
  • Khidmat Masyarakat
  • Rawatan Terapi Gantian Dadah menggunakan Methadone
  • Rujukan dan Advokasi
SIAPA PELANGGAN KAMI :
  • Pengguna Dadah
  • Penagih Dadah
  • Majikan/ Pekerja
  • Keluarga
  • Pelajar
  • Atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dadah
MENGAPA PERLU KE PUSAT KHIDMAT CURE & CARE ? :
  • Identiti anda dirahsiakan
  • Perkhidmatan secara terbuka
  • Sukarela
  • Tidak melibatkan tindakan undang-undang
  • Boleh memilih pakej perkhidmatan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
  • Bilik Kuliah
  • Bilik Kaunseling
  • Surau
  • Asrama (20 Katil)
  • Kemudahan Sukan

Kepada mereka yang menghadapi sebarang masalah yang berkaitan
dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan di Pusat Khidmat Cure & Care yang terletak di :

CURE & CARE SERVICE CENTRE
NO.6, JLN 21/1 SEAPARK
46200 PETALING JAYA
SELANGOR

Juga Boleh Dihubungi :
Tel : 03-7957 5534/ 03-7957 6034
Fax : 03-7957 6396

MAJLIS PENYAMPAIAN BASIKAL & BEG SEKOLAH PARLIMEN PETALING JAYA SELATAN


Majlis Penyampaian Basikal & Beg Sekoalah ini disampaikan oleh Ybhg. Dato' Raja Hanifudin bin Raja Nong Chik yang telah berlansung :



Pada : 
16 Feb 2012 (Khamis) 3.00ptg
Bertempat di :
Dewan MBPJ PJS 2C/6,
Taman Dato Haron,
Petaling Jaya, Selangor.

Tuesday, 31 January 2012

Jadual UKP Bagi Daerah Petaling 2012


* Makluman dan perhatian kepada pegawai yang terlibat, kerjasama dan prihatin.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh terus berhubung dengan pegawai Pn. Arne Wate  Bt Katirin.

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates