Social Icons

Showing posts with label Bahagian Taska dan Pusat Jagaan. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Taska dan Pusat Jagaan. Show all posts

Wednesday, 1 March 2017

PEMAKLUMAN PENGUSAHA TASKA DI RUMAH


Dimaklumkan Pengusaha Taska di Rumah yang menjaga atau mengasuh kanak-kanak tidak melebihi 3 orang yang berusia bawah 4 tahun perlulah membuat pemakluman ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan. 

Bagi Pengusaha Taska di dalam kawasan Petaling, hendaklah memaklumkan senarai nama kanak-kanak ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling.


Untuk Maklumat Lanjut, 
Boleh menghubungi terus ditalian yang tertera :
Bahagian Taska
Tel : 03-7842 2584, 03-7842 2587

Friday, 24 February 2017

SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA 2017


Permohonan boleh dibuat oleh pengusaha TASKA Institusi dan TASKA Di Rumah dengan menggunakan Borang Permohonan Subsidi Yuran TASKA (Borang YP1) melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.

  • Borang boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal.
  • Bagi Permohonan di bawah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Dihantar sebelum 31 Mac 2017.

Untuk Maklumat lanjut boleh berhubung terus :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Tel : 03-7842 2584 / 2587

Monday, 6 April 2015

PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA


Permohonan Subsidi TASKA kini di buka mulai 1 - 30 April 2015. Sila dapatkan maklumat lanjut di Website JKM : www.jkm.gov.my atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami di talian :Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling03-7842 2584 / 2587

Friday, 21 February 2014

Senarai Agensi Yang Menjalankan Kursus Asas Asuhan & Didikan Kanak-Kanak Permata

Kursus Asuhan PERMATA :
Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia & pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, penyelia & pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh 12 bulan bekerja.

Latihan berkaitan asuhan & didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan  penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi. Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan & kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan & kematian kanak-kanak.

Senarai Agensi Yang Menjalankan Kursus Asuhan PERMATA

Thursday, 10 October 2013

7 Langkah Mudah Untuk Mendaftarkan Taska


NOTA :
  • Permohonan yang lengkap dan memenuhi piawaian JKM sahaja akan diproses.
  • Sekiranya terdapat sebarang kelewatan permohonan semakan boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pengurusan Aduan PKMD Petaling melalui :
    1. Surat
    2. Faks : 03-7842 3190
    3. Telefon : 03-7842 2584 / 2587
    4. Email : jkmpetaling@selangor.gov.my
    5. PJ SMS Center : 012-611 5429

Tuesday, 8 October 2013

TAHUKAH ANDA : Pendaftaran Taska

Setiap TASKA perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Definisi Taska :
Mana-mana premis yang menerima masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk dijaga dan diasuh dengan menerima upah.

Tindakan Undang-Undang :
Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut :
- Didakwa di mahkamah dan boleh didenda tidak
melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hubungi :
  • Pegawai Unit Penguatkuasan, Pn. Siti Hajar, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, di talian 03-7842 2584 / 2587 untuk temujanji atau sebarang maklumat lanjut.

Wednesday, 26 June 2013

Permohonan Insentif Taska


GARIS PANDUAN

1. Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska
Pemberian Subsidi merupakan inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Objektif utama adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menampung kos yuran pengasuhan anak serta meningkatkan enrolmen kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal di TASKA.

2. Pemberian Geran Permulaan Taska
Objektif utama adalah untuk menyediakan satu sistem sokongan sosial yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat alternatif pengasuhan dan didikan awal di TASKA yang berkualiti dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh kerajaan. Juga bertujuan menggalakkan lebih banyak penubuhan TASKA baru dan penyertaan (enrolmen) kanak-kanak di TASKA yang berdaftar dengan JKM.

Maklumat lanjut berkenaan Insentif ini, boleh merujuk dan untuk sebarang semakan di laman sesawang : http://www.jkm.gov.my


Rujukan web JKM

Tuesday, 25 June 2013

Semakan Taska & Pusat Jagaan Berdaftar Dengan JKM

Maklumat kepada semua Klien JKM, untuk menyemak Senarai TASKA & PUSAT JAGAAN BERDAFTAR dengan JKM boleh di semak secara Online dengan mengunjungi Laman Sesawang : http://www.jkm.gov.my





TASKA
Definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah Seksyen 7. Di bawah Seksyen 6(2) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan-peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6(2) Akta 308 memperuntukan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

PUSAT JAGAAN
Definisi Pusat Jagaan Berdaftar
Merupakan suatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah seksyen 6 Akta 506. Di bawah seksyen 5(1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.

Seksyen 5(2) memperuntukan bahawa mana-mana orang yang melanggar Subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

Tuesday, 21 May 2013

Permohonan Pendaftaran Taska

Cara Permohonan :

  1. Permohonan pendaftran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  2. Pengusaha TASKA di Rumah perlu memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk direkodkan.
  3. Garis Panduan permohonan penubuhan TASKA boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  4. Permohonan pendaftaran TASKA yang lengkap diproses dalam tempoh 21 hari.
  5. Bayaran pendaftaran RM50.00.
  6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak melalui laman web www.jkm.gov.my.
Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak :
  • Pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diiktiraf oleh JKM.
  • Permohonan untuk mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak boleh dibuat dengan melayari portal ezicare.
Tindakan Undang-Undang Yang Boleh Diambil Terhadap Taska :

Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti :
  • Didakwa di mahkamah dan boleh ;
    • didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
    • bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
  • Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan.
  • TASKA dilak (seal)
  • Pendaftaran TASKA dibatalkan
  • TASKA diarah tutup

Monday, 29 April 2013

Permohonan Pendaftaran Pusat Jagaan

Cara Permohonan

  1. Permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  2. Borang permohonan penubuhan Pusat Jagaan boleh diambil di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
  3. Permohonan pendaftaran Pusat Jagaan yang lengkap diproses dalam tempoh 21 hari.
  4. Senarai Pusat Jagaan Berdaftar boleh disemak melalui laman web www.jkm.gov.my.
  5. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM50.00
Tindakan Undang-undang Yang Boleh Diambil

Mana-mana Pusat Jagaan yang tidak berdaftar atau Pusat Jagaan yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
  • Didakwa di Mahkamah dan boleh
    1. Didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
    2. Bagi kesalahan berterusan boleh dikenakan denda harian tidak melebihi RM1000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu.
  • Dikenakan kompaun maksimun RM5,000 bagi setiap kesalahan.
  • Pusat Jagaan dilak (seal).
  • Pendaftaran Pusat Jagaan dibatalkan.
  • Pusat Jagaan diarah tutup.

Sunday, 31 March 2013

Jenis Bangunan Yang Boleh Dijadikan Taska

Kategori Bangunan Taska :

  • TAPAK TASKA yang dikhaskan (rezab TASKA/ Tadika) - apartment/ kondominium.
  • Rumah kediaman dijadikan TASKA
  • Bangunan yang dibina khas.

Tuesday, 19 March 2013

Taska : Belum Berdaftar Dengan SSM.?


Nama Taska :
  • Pemohon hendaklah mendaftar nama Taska di Pendaftar Perniagaan (ROB / SSM).
  • Nama Taska mesti dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Contoh : TASKA ANAKKU SAYANG / STAR CUTE CHILD CARE CENTRE.
* Nama dalam Bahasa Kebangsaan dinyatakan dalam Perkara 12 Peraturan Taska di Institusi 1985.
  • Perkataan "learning', 'smart', perkembangan, pendidikan, kemajuan tidak dibenarkan : Jabatan Pelajaran.
Berdaftar Dengan SSM :
  • Pemohon ke ROB / SSM untuk mendaftarkan Taska (membuat carian nama).
  • Pemohon akan diberi slip Pendaftaran Nama Taska dan Borang A oleh ROB / SSM.
  • Pemohon dikehendaki ke PKMD untuk mendapatkan Surat Sokongan.
  • PKMD akan mengeluarkan surat sokongan untuk ROB / SSM.
  • Pemohon akan hantar surat bersama Borang Asal ke ROB untuk mendapatkan Sijil Perniagaan.

Sunday, 17 February 2013

Penubuhan Pusat Jagaan

AKTA PUSAT JAGAAN 1993 (Akta 506)

  • Memastikan setiap Pusat Jagaan yang ditubuhkan berdaftar.
  • Mengadakan pemeriksaan dan kawalan.
  • Menetukan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan penghuni diutamakan.
KATEGORI PUSAT JAGAAN :

1.  Pusat Jagaan Harian
  • Mana-mana premis yang menerima 4 orang atau lebih untuk jagaan selama tempoh yang berterusan melebihi 3 jam sehari, sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, samada menerima upah atau sebaliknya.
2.  Pusat Jagaan Berkediaman
  • Mana-mana premis yang menerima 4 orang atau lebih untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada menerima upah atau sebaliknya.

SYARAT-SYARAT PENIBUHAN PUSAT JAGAAN

1.   Premis berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).

2.   Premis mendapat sokongan / kelulusan daripada agensi-agensi teknikal iaitu :
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (Serawak sahaja)
3.   Memenuhi standart minimun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Tuesday, 22 January 2013

Taska Mengikut Terma & Syarat

Nisbah Pengasuh Dengan Kanak-kanak :

  • Lahir hingga 3 tahun = 1 : 5
  • 3 hingga 4 tahun = 1 : 10
Nisbah Ruang Dalam Taska :
  • Menetapkan nisbah ruang iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak.


LATIHAN YANG DIWAJIBKAN BAGI TASKA
  • Mewajibkan pengusaha TASKA dan pengasuh kanak-kanak mengikuti Kursus Asuhan Kanak-Kanak yang dikendalikan oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JKM.
MENU :
  • Menetapkan penyediaan makanan yang seimbang mengikut peringkat umur kanak-kanak.
AKTIVITI :
  • Menyediakan aktiviti yang bersesuaian mengikut umur dan perkembangan kanak-kanak.

Juga dengan mematuhi Terma & Syarat-syarat yang ditetapkan oleh :
  • JABATAN BOMBA
  • JABATAN KESIHATAN
  • P.B.T

Thursday, 20 December 2012

Taska Didefinasikan Sebagai ?

Taska ;
Mana-mana premis yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak berumur kurang dari 4 tahun, selain dari isi rumah dengan upah.

Akta Taska 1984 ;
Semua taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftarkan.

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftarkan seperti di bawah ;

Kategori Taska ;

  • Komuniti
  • Tempat Kerja
  • Dirumah
  • Institusi
Akta Taska 1984 (Pin 2007)
  • Larangan ke atas taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar Seksyen 6 ;
  1. Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan ini.
  2. Denda RM 10 000 kesalahan pertama, RM 20 000 kesalan kedua dan seterusnya/ penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Wednesday, 10 October 2012

Lawatan Peserta Kursus Pengendalian Taska 1Malaysia Sesi 2/2012

Tarikh :
10 Okt 2012

Tempat Latihan :
Taska Penyayang Bakti Sg. Buloh

Masa :
9.00 Pg - 12.30 Tghr

Peserta :
30 Orang
Lawatan kursus diadakan anjuran Institusi Sosial Malaysia (ISM), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai JKM.

Dimana objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan kefahaman berkaitan sejarah, latar belakang dan objektif perkhidmatan Taska 1Malaysia.

Meningkatkan kefahaman mengenai penubuhan, pengendalian dan operasi juga meningkankat kefahaman terhadap akta, peraturan dan dasar perlindungan kanak-kanak berkaitan.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates