Social Icons

Showing posts with label Buletin PKMD Petaling. Show all posts
Showing posts with label Buletin PKMD Petaling. Show all posts

Friday, 5 April 2013

Program Penyesuaian Kerja Dan Karnival Azam Kerja

Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya (Unit Pekerjaan) akan mengadakan Program berikut pada :

Program Penyesuaian Kerjaya dan Karnival Azam Kerja.

Tarikh : 
13 - 14 April 2013 (Sabtu & Ahad)

Masa : 
8.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : 
Quality Hotel Shah Alam, Plaza Peransang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam Selangor.

Kriteria-kriteria yang ditetapkan adalah :

Daerah : Sekitar Petaling Jaya, Shah Alam, Klang
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Umur : 18 hingga 30 Tahun
Kumpulan Sasar : Lepasan sekolah/ pencari kerja/ peningkatan kerjaya/ penganggur.

Kepada sesiapa yang berminat atau sebarang pertanyaan, boleh menghubungi terus di talian :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
03-7842 2584 / 2587
Pn. Jamaeah Abd Ghani

Orang Ramai Dijemput Hadir !!!

Wednesday, 31 October 2012

TAKLIMAT CUEPACS Care & CUEPACS PA

 TAKLIMAT CUEPACS Care & 
CUEPACS PA

Pada :
31 Okt 2012 (jam 9.30pg)

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling


Taklimat yang disampaikan oleh wakil CUEPACS Care yang menerangkan tentang Skim Penghospitalan & Pembedahan serta Pelan Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACS PA.


Juga menerangkan keistimewaan dan kelebihan untuk penjawat awam yang terdapat skim tersebut.





Skim yang ditawarkan ini adalah untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan sahaja. Dimana lebih bertujuan merancang masa depan dalam menyiapkan diri untuk musibah yang bakal menimpa.

Wednesday, 24 October 2012

TAKLIMAT PELUANG PEMBELAJARAN DI GIAT MARA





Pada 23 Okt 2012 satu taklimat dari GIAT MARA Hulu Selangor telah diadakan di PPKS Serendah dimana Puan PKMD Petaling & 
Pn. Nur Aen telah hadir ke taklimat tersebut.

Sehubungan dengan itu maklumat tersebut dikongsikan bersama semua pegawai PKMD Petaling





Kursus yang dijalankan adalah PERCUMA. Bagi semua PKMD & Ketua Institusi Kanak-kanak adalah sangat bertepatan dan relevan untuk membantu kumpulan sasar jabatan.

Walau bagaimanapun kursus yang ditawarkan hanya untuk Bumiputera sahaja.

Maklumat lanjut mengenai kursus boleh didapati di laman sesawang.

Thursday, 18 October 2012

ANUGERAH CEMERLANG JULAI - SEPT 2012


Penyampaian sijil yang Puan PKMD kepada :

Cik Siti Sarah Bt Baharudin

Pen. Peg Tadbir

Bahagian Pengurusan


Pada :
18 Okt 2012
Diucapkan tahniah kepada beliau diatas kecemerlangan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang berada dan bertugas di PKMD Petaling. 

Thursday, 11 October 2012

Cenderahati Kelahiran Ogos 2012

Penyampaian Cenderahati Kelahiran kepada En. Jonucio sempena kelahiran putera bongsu beliau. Tahniah diucapkan diatas kelahiran baru yang selamat dilahirkan pada 23 Ogos 2012.

Nama Bapa :
Jonucio B. Anicio Columbris

Nama Anak :
Muhammad Ikhram

Tarikh Lahir :
23 Ogos 2012

Monday, 8 October 2012

Produk Klien JKM (OKU)



PRODUK KLIEN JKM (OKU)
- Dibawah Seliaan Pkmd Petaling

Dengan Harga RM 1.20 /Unit

Berminat :-

Sila Hubungi : 
SALMIAH AHMAD : 03-5634 9802

Penggunaan Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (e-Bantuan)


TAHNIAH !!!

Kepada PKMD yang paling aktif mendaftarkan permohonan bantuan kebajikan menerusi sistem e-Bantuan dengan peratusan telah diambil tindakan yang tinggi :

1. PKMD Batu Pahat (99.92%)
2. PKMD Johor Bharu (99.91%)
3. Pkmd Petaling (99.84%)

Rujukan surat JKMM 600/04/15 Jld.17(71) yang bertarikh 24 Sept 2012.

Monday, 1 October 2012

Cenderahati Kelahiran Jun 2012

Penyampaian Cenderahati Kelahiran kepada Pn. Susilawati sempena kelahiran putera iaitu anak kedua beliau. Tahniah diucapkan diatas kelahiran baru yang selamat dilahirkan pada 29 Jun 2012.
Nama Ibu :
Susilawati Bt Homaini

Nama Anak :
Muhammad Hafiy Syahmi

Tarikh Lahir :
29 Jun 2012

Monday, 13 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

Pada :
8 Ogos 2012

Bertempat :
PKMD Petaling




Semua warga PKMD Petaling turut terlibat dan hadir dalam program yang diadakan.
 Solat Maghrib secara berjemaah juga diadakan pada hari tersebut.





Sedikit juadah berbuka ringkas dan sederhana yang disediakan oleh warga PKMD Petaling.
Semoga dengan program-program sebegini dapat menjadi kunci merapatkan ukhwah terutama di PKMD Petaling dan warga.

PROGRAM KESIHATAN - "Pembunuh Senyap" (Silent Killer)

PROGRAM KESIHATAN - "Pembunuh Senyap" (Silent Killer)

Pada :
10 Ogos 2012

Bertempat :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling

Taklimat yang disampaikan oleh wakil dari Advance Healthscreen Managment bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit "Pembunuh Senyap" (Silent Killer) seperti darah tinggi, barah, penyakit buah pinggang dan jantung.




Menerangkan tentang komplikasi, simptom dan cara-cara mengelak dan mengawal penyakit seperti diatas.




Juga terdapat sesi soal-jawab dan menyediakan perkhidmatan ujian darah yang merangkumi 60 jenis ujian untuk meneliti dan mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Friday, 20 July 2012

PERBENTANGAN INOVASI PKMD PETALING

PERBENTANGAN INOVASI PKMD PETALING

Pada :
20 Julai 2012

Bertempat di :
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling




Perbentangan yang dipengerusikan oleh Puan PKMD dan disertai pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan Inovasi 2012 PKMD Petaling.
Semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tajuk modul yang ditetapkan.

BACAAN YASSIN, TAHLIL ARWAH & DOA KESYUKURAN MENYAMBUT RAMADHAN

BACAAN YASSIN, TAHLIL ARWAH & DOA KESYUKURAN MENYAMBUT RAMADHAN

Pada :
20 Julai 2012

Bertempat di:
Bilik Mesyuarat PKMD Petaling

Sempena menyambut dan meraikan kedatangan bulan ramadhan.





Majlis yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PKMD Petaling.






Juga bacaan doa kesyukuran oleh En. Ikhram hussin sebelum mengakhiri majlis yang diadakan.

ANUGERAH CEMERLANG APRIL - JUN 2012

Sijil yang disampaikan oleh Puan PKMD kepada :

En. Mohd Hanif Bin Zulkifli

Pemb. Am Pejabat

Bahagian Pengurusan



Pada :
20 Julai 2012


Diucapkan tahniah kepada beliau diatas kecemerlangan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang berada di PKMD Petaling. 

Friday, 29 June 2012

MAJLIS & JAMUAN PERPISAHAN EN. AZMAN SERANEK

Majlis dan jamuan yang telah diadakan pada 28 Jun 2012 bertempat di PKMD Petaling, sempena perpisahan En. Azman Seranek yang akan berpindah dan bertugas di RSK cheras bermula pada Julai 2012.




Majlis ini dipengerusikan oleh Pn. Jamaeah bagi mengucapkan berbanyak terima kasih diatas komitmen yang telah ditunjukkan oleh beliau sepanjang berada dan bertugas di PKMD Petaling.





Sedikit ucapan dan kata-kata yang disampaikan oleh En.Azman.
Penyampaian cenderahati dari warga PKMD Petaling yang disampaikan oleh Pn. Jameah.




Majlis yang diakhiri dengan bacaan doa oleh En. Ikhram, Peg. Psikologi sebelum jamuan diadakan bagi meraikan majlis perpisahan.





Friday, 22 June 2012

Penyampaian Cenderahati Perkahwinan

Cenderahati yang disampaikan oleh Puan PKMD kepada En. Khairani Bin Minhat kakitangan PKMD Petaling yang telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei 2012 bersama pasangan beliau.

Sunday, 27 May 2012

Perkahwinan PKMD Petaling - Mei 2012

Majlis Perkahwinan Kakitangan PKMD Petaling, En.Khairani Bin Minhat bersama pasangannya yang berlangsung pada 26 Mei 2012 di Taman Gembira, Sungai Besar Selangor.

Selamat Pengantin Baru, diucapkan semoga berbahagia dan diberkati kepada En. Khairani dan isteri.

Perkahwinan PKMD Petaling - April 2012

Majlis Perkahwinan Kakitangan PKMD Petaling, Pn. Hamimah Bt Zakariah bersama pasangannya yang berlangsung pada 14 April 2012.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Pn. Hamimah dan suami, semoga berbahagia dan diberkati hendaknya.

Thursday, 17 May 2012

Penyampaian Cenderahati Perkahwinan

Cenderahati yang disampaikan oleh Puan PKMD kepada Pn. Hamimah yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya pada 22 April 2012 dengan pasangan pilihan hati.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada beliau dari semua warga PKMD Petaling, semoga semoga dilimpahkan rahmat dan berkekalan ke akhir hayat.

Monday, 14 May 2012

SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN




Seminar ini telah diadakan di PKMD Petaling pada 11 Mei 2012 yang disampaikan oleh Miss Ann wakil dari Fire Prevention Centre Petaling Jaya (FPC), bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan petaling.




Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dikalangan warga PKMD Petaling terhadap keselamatan kebakaran dan melengkapkan setiap individu dengan pengetahuan asas untuk mencegah kebakaran. Antara topik-topik yang disentuh dalam seminar.



Risiko Kebakaran
Risiko Pada Individu
Pengurusan Barangan Elektrik
Kadar Kematian dan
Kajian Kes




Warga PKMD Petaling yang turut hadir dalam seminar yang diadakan




Secara keseluruhannya seminar ini banyak memberikan pengetahuan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam  mencegah kebakaran.



 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates