Social Icons

Wednesday 27 February 2013

Saya Hamil Luar Nikah, Apa Nak Buat?

ANDA MENGANDUNG DI LUAR PERKAHWINAN?

Hadapilah dengan tabah dan penuh keinsafan.
Jangan hadapi semua ini dengan sendiri!!!

Anda yang berusia 18 tahun ke atas jika mengandung luar nikah, untuk dapatkan khidmat nasihat atau tempat perlindungan sila hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan kawasan anda.

Kakitangan JKM bukanlah HAKIM yang akan menjatuhkan hukuman terhadap apa yang berlaku.

Kami Sedia Membantu

Untuk Sebarang Pertanyaan dan Pandangan
boleh hubungi terus di talian :

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
03-7842 2584 / 2587

Monday 25 February 2013

Tawaran Mengikuti Program 1AZAM KPWKM (Azam Niaga) Bagi Tahun 2013

SYARAT-SYARAT DAN KEPERLUAN

KRITERIA PEMOHON :
  1. Keutamaan kepada Klien yang menerima bantuan kewangan dari JKM
  2. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dari kategori OKU, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang menjadi Klien JKM
  3. Pemohon dan Ahli isi rumah mestilah belum pernah menerima sebarang pakej 1AZAM samada di bawah Azam Tani, Azam Kerja, Azam Khidmat atau Azam Niaga pada tahun 2010 hingga 2012. Sekiranya telah menerima pakej tersebut adalah tidak layak memohon.
  4. Projek yang akan dijalankan boleh dilaksanakan oleh individu atau kelompok samada di luar atau di dalam institusi.
Sesiapa yang berminat boleh memohon di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang BERDEKATAN tempat tinggal tuan/puan. Manakala untuk KAWASAN DAERAH PETALING JAYA, tuan/puan boleh menghubungi atau MEMOHON terus dengan pihak kami.


SENARAI PAKEJ AZAM NIAGA YANG DITAWARKAN DI BAWAH PROGRAM 1AZAM KPWKM BAGI TAHUN 2013


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERMOHONAN
SILA HUBUNGI TERUS DITALIAN :

PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH PETALING
PN. ARNE WATE
TEL : 03-7842 2584 / 2587

Saturday 23 February 2013

Kaunseling dan Pekerja

Definisi Konsep dan Operasional

Keberkesanan sesebuah organisasi memerlukan pengetahuan dan pemahaman tentang tingkahlaku manusia serta darjah kemahiran sosial yang tinggi agar organisasi dapat menggunakan sepenuhnya kepakaran masing-masing dan berfungsi bagi memenuhi keperluan serta mencapai matlamat serta penyelesaian masalah.

1. Masalah :

Masalah yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza dari jenisnya, darjahnya dan cara penyelesaiannya. Ia bergantung kepada individu mempersepsi atau melihat dirinya.

Masalah berasaskan tanggapan individu terhadap dirinya sehingga mempengaruhi sikap, perasaan, penerimaan terhadap dirinya, terhadap orang lain dan terhadap dunia persekitarannya serta tindakannya dalam kehidupan.

Terdapat banyak masalah lain yang dihadapi oleh pekerja seperti  masalah kepuasan kerja, kerjaya, penyesuaian sosial, emosi, kehidupan berkeluarga dan masalah lain yang berhubung dengan kerja dan pekerjaan. Kesemua masalah ini akan mempengaruhi mood, motivasi dan prestasi kerja individu yang memerlukan satu penyelesaian yang baik, cekap dan menguntungkan kedua-dua belah pihak, pekerja dan organisasi agar dapat meningkatkan keberkesanan dalam organisasi serta kesejahteraan individu.

Thursday 21 February 2013

Aktiviti Semasa Perintah Khidmat Masyarakat Dijalankan

Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti :

  • Pemuliharaan Kawasan dan Landskap
  • Pemuliharaan Bangunan
  • Pembaikan Kecil
  • Housekeeping
  • Penyajian Makanan
  • Jagaan dan Pengurusan Penghuni
  • Serta aktiviti lain yang bersesuaian
Tempat untuk Pesalah Muda di bawah Daerah Petaling akan melaksanakan aktiviti perintah masyarakat di institusi-institusi seperti :
  • Kompleks Penyayang Bakti
  • Rumah Insaniah Dato Dr. Siti Hasmah (PPOC Selangor & Wilayah Persekutuan K.L)
  • PDK Kanagapuram
  • PBT - MPSJ

Contoh Aktiviti yang dijalankan

Tuesday 19 February 2013

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Tujuan :
  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim piatu, tiada saudara mara supaya terus tinggal dalam masyarakat bersama-sama keluarga pelihara.
  2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti sendiri.
Kadar Bantuan :
  • Sebanyak RM250 seorang kanak-kanak.
  • Maksimun RM500 yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Kriteria Kelayakan :
  • Kanak-kanak berumur kurang dari 18 tahun.
  • Kanak-kanak tidak mempunyai ibubapa.
  • Kanak-kanak tinggal bersama ibubapa ganti.
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak diambil dari "Program Anak Pelihara" dikendalikan oleh JKM.
  • Kanak-kanak dipelihara di bawah Perintah Mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Cara Permohonan :
  • Permohonan bantuan kebajikan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah diseluruh negara mengikut tempat tinggal pemohon.

Sunday 17 February 2013

Penubuhan Pusat Jagaan

AKTA PUSAT JAGAAN 1993 (Akta 506)

  • Memastikan setiap Pusat Jagaan yang ditubuhkan berdaftar.
  • Mengadakan pemeriksaan dan kawalan.
  • Menetukan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan penghuni diutamakan.
KATEGORI PUSAT JAGAAN :

1.  Pusat Jagaan Harian
  • Mana-mana premis yang menerima 4 orang atau lebih untuk jagaan selama tempoh yang berterusan melebihi 3 jam sehari, sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, samada menerima upah atau sebaliknya.
2.  Pusat Jagaan Berkediaman
  • Mana-mana premis yang menerima 4 orang atau lebih untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada menerima upah atau sebaliknya.

SYARAT-SYARAT PENIBUHAN PUSAT JAGAAN

1.   Premis berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).

2.   Premis mendapat sokongan / kelulusan daripada agensi-agensi teknikal iaitu :
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (Serawak sahaja)
3.   Memenuhi standart minimun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Sunday 10 February 2013

Orang Papa, Pengemis & Tindakan Anda

Mengemis - Kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah samada atau tidak terdapat apa-apa perbuatan pura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya.

Orang Papa - 1. Seseorang yang didapati mengemis di  sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga menimbulkan kacau ganggu.
2. Seseorang peleser yang dijumpai disesuatu tempat awam samada atau tidak dia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.
Apakah Akta Yang Digunakan 
- Akta Orang Papa 1977

Apakah Tindakan Anda :
  1. Jika orang papa berada disekitar premis anda atau tempat awam, pastikan kutu rayau tersebut bukanlah mempunyai ciri-ciri masalah mental.
  2. Jika didapati atau disyaki mempunyai masalah mental, sila berhubung terus dengan Balai Polis berhampiran anda.
  3. Jika individu terbabit bukan mempunyai masalah mental, terus hubungi Pihak kami.

Wednesday 6 February 2013

Pendaftaran Kemasukan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
  • Mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi KPT(JPS)600-48/B/002(14)
  • Mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (A7116)
  • Mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Bantuan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Melanjutkan Pengajian dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada hari ini telah mendapat tempat dan menjadi antara bidang pilihan utama seperti undang-undang, kedoktoran dan kejuruteraan. Seorang guru peringkat awal yang terlatih memainkan peranan dan sangat penting dalam mendidik generasi muda hari ini kerana kanak-kanak mudah memahami konsep pembelajaran dalam tahun-tahun awal usia mereka. Ini adalah masa terbaik bagi guru-guru untuk memupuk kemahiran dan perwatakan setiap kanak-kanak agar mereka mampu menjadi seorang pemimpin yang berintegriti dan menjadi kebanggan semua pihak suatu hari kelak.

Maklumat Kursus

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates