Social Icons

Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts

Wednesday, 25 July 2018

JAWATAN KOSONG : OKU



Peluang Pekerjaan Untuk OKU yang bersesuaian : Lelaki dan Wanita


1. Kerani Pejabat Bahagian Tadbir (Admin Clerk)
   
    Tanggungjawab Kerja :
    a). Melaksanakan tugas pentadbiran / pentadbiran pejabat am
    b). Untuk memastikan pengaturan dokumentasi dengan betul, rekod & pemfailan
    c). Melaksanakan tugas ad-hoc lain yang diberikan oleh Pengurusan.

      Keperluan :
    a). Calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya SPM / Menengah Tinggi
    b). Kemahiran yang diperlukan : MS Office, MS Excel, Word
    c). Bahasa yang diperlukan : Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
    d). Boleh bekerja sendiri / berdikari dan bekerja di luar pejabat jika diperlukan;
    e). Memiliki lesen memandu yang sah (B2 / D)


1. Pembantu Stor cum Dispatch (Store Assistant cum Dispatch)
   
     Tanggungjawab Kerja :
    a). Boleh bekerja sendiri / berdikari & bekerja di luar pejabat jika diperlukan ;
    b). Memastikan tempat penyimpan bersih dan kemas pada setiap masa
    c). Melakukan pengiraan stok secara berkala
    d). Melakukan penghantar atau mengambil dokumen dari / ke pejabat ke syarikat lain tempat

      Keperluan :
    a). Calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya SPM / Menengah Tinggi
    b). Bertanggungjawab, melaksanakan tugas yang diberi
    c). Boleh berkomunikasi & pemahaman dengan baik B.M / Bahasa Inggeris
    d). Mempunyai lesen memandu sendiri B2 & D
 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Tyden Engineering Sdn Bhd
No.12, Jalan 51/225A,
Zon Perindustrian PJCT
Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7785 3012 Fax : 03-7785 3016
Webs : www.tyden.com.my

Friday, 24 February 2017

JAWATAN KOSONG

PEKERJA AM DIPERLUKAN

Gaji RM 750
- Termasuk penginapan + air + elektrik disediakan.

Suami + Isteri
- Keutamaan

Umur antara :
- 20 - 50 tahun

Lokasi :
Lot 2260 Lorong Setia 3,
Bukit Tadun, Kg setia,
Kuang, Rawang
Selangor


Maklumat Lanjut :
Boleh berhubung terus :

Hafizzat Rusli Sdn Bhd
Rusli bin Bakar
012-366 2912

Wednesday, 30 March 2016

PROGRAM HIJRAH SELANGOR

Pinjaman Asas Simpanan : Terbuka Kepada Semua Kaum
Satu lagi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kerajaan Negeri Selangor dengan tujuan :
  • Menawarkan modal tambahan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.
  • Menggalakkan budaya menabung di kalangan penjaja dan peniaga kecil.
  • Mewujudkan rangkaian usahawan yang operasional.
  • Membina usahawan yang berwawasan dan berdaya saing serta berkemahiran dan juga proaktif.
Kelebihan :
Satu-satunya institusi yang menawarkan :
  • TIGA PERKHIDMATAN dalam SATU urusniaga (Pinjaman + Tabungan + Pelaburan)
  • Khidmat kaunseling anak cemerlang
  • Khidmat runding pengurusan perniagaan
  • Urusan Insuran Takaful Pinjaman
  • Tawaran Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang
Syarat-Syarat Kelayakan :
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Memiliki premis perniagaan yang khusus
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  • Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana kewangan atau agensi kerajaan
  • Terlibat secara lansung di dalam perniagaan
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu masa
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu isirumah
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
Dokumen DiPerlukan :
  1. Dua (2) keping gambar berukuran Passport
  2. Salinan kad pengenalan diri dan Pasangan
  3. Salinan Lesen Perniagaan
  4. Penyata bank terkini
  5. Salinan bil utility
  6. Gambar perniagaan
* Borang tidak akan diproses sekiranya semua dokumen di atas tidak lengkap.

Menawarkan Skim Pinjaman Seperti :


Ibu Pejabat Hijrah Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5521 2458 / 03-5519 1692
Faks : 03-5521 2458
www.hijrahselangor.com

Thursday, 16 April 2015

JOB VACANCY FOR OKU

COME AND JOIN US FOR THIS GREAT OPPORTUNITY!


about-us.jpgJob Title : CUSTOMER SERVICE PROFESSIONAL

Average monthly Salary: RM1600++
(refer to major benefit below)

Working Days/Hours:
Monday – Friday
8.00 AM – 5.30 PM
10.30 AM – 8.00 PM

Working Location: Kelana Park View, Kelana Jaya

Brief Job Description: Handling Inbound Calls On Telekom Malaysia's Directory

Job Description
  1. To efficiently handle inbound customer call enquiries.
  2. To provide fast and timely solutions to all customers related problems.
  3. To ensure customer satisfaction by providing excellent Customer Services.
  4. To be constantly guided by company's service standards.
MAJOR BENEFITS :-

1) SHIFT ALLOWANCE (MAXIMUM RM60 PER MONTH)
2) MONTHLY BONUS (MAXIMUM RM300 PER MONTH)
3) MEDICAL REIMBURSEMENT (RM30 PER MONTH)
4) MEDICAL INCENTIVE
5) YEARLY SALARY INCREMENT 
6) YEARLY BONUS
7) TRAINING WILL BE PROVIDED
8) FACILITIES FOR PEOPLE WITH SPECIAL NEED (OKU)
9) CAREER DEVELOPMENT OPPORTUNITIES

Requirements:
1) Age between 19 – 40 years old
2) Posses OKU card (physical category)
3) Able to read and write
4) Able to use computer
5) Good communication skill (able to communicate in Bahasa Malaysia and/or English)
6) Possess positive attitude - Friendly, Willing to learn, hardworking 
7) Able to work in call centre environment
8) Able to start immediately

Company Overview

We are representing TM Call Centre for Directory Inquiries and we would like to invite you to come and join us for this great opportunity & career for your future.
You will be part of the TM Group.

CALL US NOW!! : 
03 – 7729 0969 / 03 – 7729 8858 / 012-2919696

Wednesday, 15 April 2015

JAWATAN KOSONG UNTUK OKU

SERTAI KAMI UNTUK PELUANG HEBAT INI !!!

Jawatan : CUSTOMER SERVICE PROFESSIONAL

Pakej Gaji Bulanan : RM1600++
(Sila rujuk kepada Manfaat Utama di bawah)

Hari Bekerja/Waktu :
Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 5.30 Petang
10.30 Pagi - 8.00 Malam

Lokasi Kerja : Kelana Park View, Kelana Jaya

Jawatan ini : Menerima Panggilan Masuk Mengenai Direktori Telekom Malaysia

Penerangan Jawatan :
  1. Mengendalikan panggilan masuk (pertanyaan) dari pelanggan dengan cekap
  2. Memberi penyelesaian yang pantas dan tepat kepada pelanggan
  3. Memberi Perkhidmatan Pelanggan yang cemerlang
  4. Sentiasa berpandukan standard perkhidmatan Pelanggan syarikat
MANFAAT UTAMA :-

1) ELAUN SYIF
2) BONUS BULANAN
3) PERUNTUKAN PERUBATAN
4) INSENTIF PERUBATAN
5) KENAIKAN GAJI TAHUNAN
6) BONUS TAHUNAN
7) LATIHAN DISEDIAKAN
8) KEMUDAHAN UNTUK ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Syarat-syarat Kelayakan :
  1. Berumur antara 19 -40 tahun
  2. Memiliki kad OKU (kategori fizikal)
  3. Boleh membaca
  4. Boleh menggunakan komputer
  5. Memiliki kemahiran berkomunikasi (boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris)
  6. Boleh bekerja di dalam persekitaran pusat panggilan
  7. Memiliki sikap positif - Peramah, Sanggup belajar, berkerja keras
  8. Boleh mula kerja dengan segera
Company Overview
Kami mewakili Pusat Panggilan TM untuk Bahagian Direktori dan kami ingin menjemput anda untuk menyertai sesi temuduga kami & merebut peluang ini & kerjaya untuk masa depan anda

Jadilah sebahagian dari Kumpulan TM!!!

HUBUNGI KAMI SEKARANG!!! : 
03 – 7729 0969 / 03 – 7729 8858 / 012 – 2919 696

Tuesday, 10 February 2015

JAWATAN KOSONG UNTUK OKU

CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE


Basic Salary : RM1000.00


Working Hours : Normal Rotating Shift : 
8.00am - 5.30pm
10.30am - 8.00pm

* 5 days working 2 off days * 

Benefits : Normal Shift Allowance RM 60.00 Monthly
Performance Bonus RM 300.00 Max Monthly 


Contract Duration : 6 Months (Renewable contract up to 3 years subject to your performance)


Working Location : Kelana Park View, Kelana Jaya


Person In Charge : Ismail (017-2744015) 

Requirements

1) Candidate must be able to converse in english ( Basic English ) 
2) Minimum SPM
3) Must be able to work in call center environment 
4) Must be able to work in Kelana Park View Tower Kelana Jaya
5) Must be able to start immediately 
6) Must posses oku card ( physical category )

Job Description 

When you call them up, they can provide the registered fixed line phone numbers simply by providing the person’s full name and location. If required, they can help to transfer you to the desired number at the end of the call.

Benefits

Facilities for people specials need ( oku )
Discounts to subscribe unifi package

Sunday, 28 December 2014

Program Latihan Kemahiran Belia


AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA

PENGAMBILAN JANUARI 2015

SENARAI KURSUS :
  1. Bricklaying - 2 Bulan
  2. Plumbing - 3 Bulan
  3. Building Operation & Maintenance - 3 Bulan
  4. Scaffolding - 2 Bulan
  5. Air-Conditioning - 4 Bulan
  6. Chargeman - 3 Tahun
  7. Welding SMAW - 2 Minggu
  8. Blasting & Painting - 5 Minggu
  9. Backhoe Loader - 2 Bulan
  10. Hydraulic Excavator - 2 Bulan
  11. Mobile Crane - 2 Bulan
SYARAT KEMASUKAN :
  • Memiliki SPM
  • Berumur 18 - 35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca, menulis & mengira
KEMUDAHAN :
  • Yuran kursus ditanggung sepenuhnya oleh CIDB Malaysia
  • Asrama disediakan
  • Makan & minum 5 kali sehari
  • Pakaian bengkel disediakan
  • Elaun saku

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
EN. SYAHRYL di talian 019-431 6316 ATAU

Jika berminat SMS/Whassap/Telegram Nama penuh, Alamat, No.K/P, No. Tel & Kursus

Friday, 28 November 2014

Peluang Pekerjaan Untuk OKU




MYDIN telah beroperasi lebih dari 90 kedai seluruh negara inklusif 18 pasar raya besar, 16 emporiums, 3 bazar, 47 minimarkets, 8 kedai kemudahan dan 6 kedai francais (Mydin Mart). Setiap pasar raya terletak di MYDIN Mall.

Kepada golongan OKU yang berminat untuk bekerja dengan MYDIN mengikut kemampuan, boleh menghantar Butiran Peribadi (Resume) terus kepada :


THE HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
Mydin Mohamed Holding Berhad
Lot 675 & 676 Persiaran Subang Permai,
USJ 1, 47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Emai ; recruitment.hq@mydin.com

1. Encik Rusni
2. Encik Zainee

Wednesday, 20 August 2014

Khidmat Masyarakat

Kanak-Kanak Hilang

NO. LAPORAN POLIS: JALAN PATANI REPOT: 11438/14

NAMA: SAKIL BUL BUL MIA

UMUR:  4 TAHUN

PAKAIAN TERAKHIR DIPAKAI IALAH BAJU T-SHIRT BERKOLAR WARNA MERAH DAN BIRU DAN BERSELUAR PENDEK WARNA HITAM.

TANDA-TANDA FIZIKAL DAN MASALAH KESIHATAN: BERKULIT WARNA PERANG DAN BADAN CHUBBY.

MASA/TARIKH HILANG: 14.8.14 JAM LEBIH KURANG 1700 HRS

LOKASI TERAKHIR: DI DALAM RUMAH ALAMAT NO.56 JALAN 3, LEBUH PREGRASIVE, GEORGETOWN.


MAKLUMAT PERHUBUNGAN POLIS: INSP KHOR KANG LEARN DITALIAN : 017-3558477 ATAU HUBUNGI BALAI POLIS JALAN PATANI DI TALIAN 04-2181822.

Hari Berkabung Malaysia

Hari Berkabung Malaysia
22 Ogos 2014

- Sempena Memperingati Tragedi MH17

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2014


Sempena 
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2014
25 Ogos 2014

Monday, 3 February 2014

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KEGANASAN TERHADAP WANITA : Peranan Wanita Ketika Menaiki Kenderaan Awam


Apakah keganasan terhadap wanita ?
  • Keganasan atau ancaman keganasan adalah sesuatu yang dialami oleh setiap wanita - tanpa mengira umur, warna kulit, kepercayaan agama, harta atau status sosial.
Dan ia boleh berlaku di mana-mana ......... di jalanraya, di tempat kerja, di rumah.
  • Bagi membentuk masyarakat yang tiada perbezaan hak dan bebas dari keganasan terhadap wanita, langkah-langkah pertama bermula dengan anda :
Langkah-langkah Semasa Menaiki Kenderaan Awam :
  • Duduk berhampiran penumpang wanita lain.
  • Elakkan menaiki bas/tren yang kosong atau hanya seorang penumpang lelaki di dalamnya.
  • Jika menempah teksi, pastikan teksi yang datang adalah teksi yang anda tempah.
  • Simpan maklumat - nama pemandu, nombor pendaftaran, warna & jenis kenderaan mengenai teksi yang dinaiki.
  • Masuk kemudian & keluar dahulu jika menaiki teksi bersama teman/kawan lelaki.

Tuesday, 24 December 2013

SALAH FAHAM : Mengenai Pesakit Mental

Semua Pesakit Mental Sentiasa Tidak Siuman

  • Tidak semua penyakit mental akan menyebabkan penghidapnya menjadi tidak siuman. Hanya mereka yang mengidap penyakit "psikosis" yang melibatkan gangguan kewarasan sahaja yang boleh mengalami masalah tidak siuman. Ianya bersifat sementara dan boleh dirawat.
Penyakit Mental Disebabkan Faktor Genetik Atau Keturunan
  • Tidak semua penyakit mental disebabkan oleh faktor genetik atau keturunan. Buktinya, tidak semua yang mengalami penyakit mental mempunyai salasilah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental. Terdapat juga faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah penyakit mental seperti tekanan kerja, kewangan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.
Pesakit Mental hanya Boleh Dirawat Di Institusi Psikiatri atau Hospital Mental Sahaja
  • Sebahagian besar penyakit mental boleh dirawat sebagai pesakit luar seperti orang awam yang lain. Hanya pesakit mental yang kerap mengalami penyakit berulang (relapse) kerana berhenti memakan ubat atau sakit teruk kerana terbiar lama dan tidak mendapat rawatan doktor sahaja yang akan dirawat di hospital.
Pesakit Mental Tidak Dapat Menjalani Kehidupan Biasa dan Sentiasa Bergantung Kepada Orang Lain.
  • Sama seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh sembuh sekiranya diberikan rawatan yang teratur dan berterusan. Mereka yang hilang upaya akibat menghidapi penyakit mental masih mampu berdikari sekiranya menjalani rawatan pemulihan.
Pesakit Mental Selalu Mengganas dan Perlu Diasingkan
  • Jumlah kes keganasan disebabkan oleh pesakit mental adalah sangat kecil, tetapi ia disensasikan oleh pihak media. Keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja & boleh berlaku sekiranya penyakit mental yang dialami tidak mendapat rawatan. Rawatan yang sempurna akan membantu pesakit mental menjadi lebih tenang, terkawal & tidak perlu disisihkan dari masyarakat.
Pesakit Mental Tidak Boleh Bekerja
  • Melalui program pemulihan yang komprehensif & sistemetik, pesakit mental yang teruk boleh dipulihkan & kembali kepada kehidupan yang normal. Mereka boleh bekerja atau berdikari untuk menyara kehidupan mereka seperti sediakala.
Pesakit Mental Merupakan Orang Yang Lemah Semangat & Suka Menurut Perasaannya
  • Mereka kelihatan lemah semangat & suka menurut perasaan disebabkan penyakit mental yang dialami belum dirawat sepenuhnya. Dengan rawatan yang sempurna, masalah ini dapat diatasi.
Pesakit Mental Perlu Diasingkan 
  • Pesakit mental biasanya akan pulih dengan segera apabila mendapat rawatan yang sempurna & mereka boleh dirawat di dalam masyarakat sekeliling tanpa pengasingan.
Pesakit Mental Boleh Berjangkit. Elakkan Bergaul dengan Mereka 
  • Penyakit mental bukan disebabkan oleh kuman, bakteria ataupun virus. Oleh itu ia tidak boleh berjangkit.
Oleh Kerana Punca Penyakit Mental Tidak Diketahui Maka Ianya Mustahil Untuk Dicegah 
  • Langkah-langkah pencegahan penyakit mental adalah meningkatkan pemahaman mengenai kesihatan mental, mengendalikan tekanan secara positif & mengamalkan kesihatan mental, mengendalikan tekanan secara positif & mengamalkan cara hidup sihat.
Pesakit Mental Mempunyai "split personality" Kadang-kadang Baik, Kadang-kadang Jahat. Oleh Itu Mereka Tidak Boleh Dipercayai 
  • Tanda-tanda ketara pada seorang mental adalah akibat penyakitnya & bukan disebabkan "split personality". Mereka perlu diberi bantuan untuk patuh memakan ubat & menerima rawatan berterusan.
Pesakit Mental Ini Sebenarnya Mengada-ngada & Sengaja Hendak Perhatian Orang Lain
  • Tanda-tanda penyakit mental bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat, ia adalah tanda penyakit mental yang sebenarnya.
........................................................................
Rujukan : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Wednesday, 4 December 2013

SARA 1 MALAYSIA : Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia

Skim Khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah untuk menyimpan dan melabur.

Skim ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan institusi kewangan terpilih.

Rakyat Malaysia yang layak mempunyai peluang untuk memohon pinjaman RM 5,000 daripada menyertai institusi kewangan untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Kelayakan :
  1. Rakyat Malaysia yang berusia antara 18 dan 58 tahun;
  2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah digabungkan bulanan antara RM500-RM3, 000;
  3. Pemohon tidak boleh diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman itu;
  4. Pemohon dan / atau pasangan (s) tidak mempunyai apa-apa pelaburan dalam unit amanah ASNB, OR, jika ada, pemohon dan / atau pasangan (s) (isi rumah) telah pelaburan agregat digabungkan berjumlah RM10, 000 atau kurang dalam semua produk ASNB ;
  5. Hanya satu isi rumah adalah layak mendapatkan dana pinjaman dan
  6. Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.
Dokumen Yang Diperlukan :

Dokumen Utama 

Dokumen Sokongan 
  • Asal dan 2 salinan MyKad pemohon
  • Asal dan 1 salinan MyKad pasangan (jika berkenaan)
  • Dokumen Pendapatan disahkan
    • Bagi pemohon dan / atau pasangan, sila berikan asal dan salinan Pay Slip atau Bank Penyata terkini tiga bulan.
    • Bagi pemohon yang tidak mempunyai Slip Gaji atau Penyata Bank, pengisytiharan pendapatan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
Permohonan :

Tuesday, 19 November 2013

SIKEMBAR : Skim Bantuan Asuhan Rakyat

SI KEMBAR dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) telah mendapat kelulusan syarat-syarat baru untuk memberi peluang lebih luas kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TASKA yang telah berdaftar.

Syarat-syarat baru tersebut adalah seperti :

Pendapatan Seisi rumah :

1.  RM 2,500 ke bawah yang menanggung anak paling kurang 1 orang.
2.  RM 3.000 ke bawah yang menanggung anak paling kurang 2 orang

Syarat-syarat lain adalah sama dengan syarat lama tidak ada perubahan.


Skim khusus ini ditadbir oleh :

RANTAIAN MESRA SDN. BHD
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam

Tel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472
Faks : 03-5510 3455

Wednesday, 6 February 2013

Pendaftaran Kemasukan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
  • Mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi KPT(JPS)600-48/B/002(14)
  • Mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (A7116)
  • Mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Bantuan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Melanjutkan Pengajian dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada hari ini telah mendapat tempat dan menjadi antara bidang pilihan utama seperti undang-undang, kedoktoran dan kejuruteraan. Seorang guru peringkat awal yang terlatih memainkan peranan dan sangat penting dalam mendidik generasi muda hari ini kerana kanak-kanak mudah memahami konsep pembelajaran dalam tahun-tahun awal usia mereka. Ini adalah masa terbaik bagi guru-guru untuk memupuk kemahiran dan perwatakan setiap kanak-kanak agar mereka mampu menjadi seorang pemimpin yang berintegriti dan menjadi kebanggan semua pihak suatu hari kelak.

Maklumat Kursus

Thursday, 24 January 2013

Bank Makanan Bandaraya PJ

PJ CITY FOOD BANK
Merupakan projek terbaru di bawah program Local Agenda 21 Petaling Jaya dan mendapat sokongan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JSPN) yang memberi bantuan peralatan bagi perlaksanaan projek.

Di bawah projek ini MBPJ akan menerima sumbangan makanan daripada kilang, pasaraya, kedai bakeri, hotel dan restoran yang akan ditempatkan di pusat operasi. Makanan ini kemudiannya akan diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada rumah orang miskin, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan dan rumah orang cacat di Petaling Jaya.

Penderma/ Penaja
Syarikat-syarikat yang telah bersetuju untuk menderma makanan seperti :
  • Dutch Lady Milk Industries Berhad
  • Nestle Products Sdn. Bhd
  • VACARON Company Sdn. Bhd
  • A-Joint Venture between Fraser & Neave Holding
  • Bhd & FCL Centrepoint
  • Mirabelle Patisserie Sdn. Bhd
  • Cherry Cake House
Kenderaan Penghantar
Syarikat Kayu Nasi Kandar telah menderma sebuah Van sebagai kenderaan penghantar makanan daripada pusat operasi kepada golongan yang memerlukan.

Sukarelawan
Seramai 43 sukarelawan telah bersetuju membantu kerja-kerja pembungkusan, melabel dan merekod makanan yang diterima dari penerima dan dihantar kepada penerima. 
Sukarelawan yang terdiri daripada :
  • Persatuan Warganegara Kanan Selangor
  • Shelter Home
  • Women's Institute
  • Kelab Kebajikan Wanita Petaling Jaya Selatan
Sasaran Penerima
Bantuan ini akan diagihkan kepada rumah orang miskin, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan dan rumah orang cacat di Petaling Jaya.
Antaranya adalah :
  • Rumah Insaniah Dr. Siti Hasmah
  • Stella-Maris Home
  • Persatuan OKU dan Terbiar Lovely PJ
  • Care Home, Jalan Gasing
  • PJ Nursing Home
  • NASAM dan lain-lain






Pusat Operasi
Projek PJ City Food Bank

A-G-10, Tingkat Bawah, Blok A,
Pusat Perniagaan Seksyen 8 (8th Avenue),
Jalan Sungai Jerneh 8/1, Seksyen 8,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Friday, 9 November 2012

HILANG !!!!!

HILANG



ABDUL KAREEM BIN KHAIRAZAN
UMUR: 22 TAHUN
LELAKI OKU – TIDAK BOLEH BERCAKAP

Telah hilang sejak 11 pagi hari Selasa 6 November 2012 di sekitar 
kawasan pasar  PJ Jalan Othman Old Town.

Pakaian : T-shirt putih/krim, seluar track hitam.
Perwatakan:  Tinggi  165cm. Rambut pendek. Ada kesan parut di pipi kiri.
Bermisai nipis dan janggut pendek. 


Sesiapa mempunyai maklumat sila hubungi Balai Polis Petaling Jaya
Sarjan  Mashadi di 0379662254 / 013 3518040

Thursday, 8 November 2012

PANDUAN PENCEGAHAN JENAYAH - PECAH RUMAH


PECAH RUMAH.
BAGAIMANA MENCEGAHNYA?
CARA MENCEGAHNYA:
·     Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama.
·     Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
·   Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
·     Simpan tangga dan alat - alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
·     Potong ranting - ranting pokok dan semak - samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
·    Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

LANGKAH BERJAGA - JAGA:
·         Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
·         Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter di luar rumah anda.
·         Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
·         Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
·         Hentikan hantaran ( contoh: suratkhabar ) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
·         Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
·         Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti keselamatan.
·         Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

..............................................
Sumber : www.polisjohor.gov.my
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates