TEMUDUGA TERBUKA : Dimaklumkan bahawa Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi akan membuat Pengambilan bagi sesi Jun 2015. Pengambilan adalah untuk calon OKU kategori fizikal yang berkelayakan dan menepati syarat pengambilan.
Sehubungan dengan itu kepada semua calon-calon yang berminat dijemput menghadiri temuduga yang akan diadakan pada seperti ketetapan berikut :
Tarikh :
25 - 29 Mei 2015
Masa :
9.00 pagi - 12.00 tghri
Tempat :
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Bagi calon-calon yang ingin menghadiri temuduga dikehendaki membawa Borang JKM17 dan Laporan Perubatan.
Segala pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan Urus Setia Pendaftaran Pengambilan di talian : 03-8926 1996 sambungan 164/ 166/ 108.