Social Icons

Monday, 16 January 2012

Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps

Lelaki dan perempuan itu berbeza, bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain, mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama, ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung.
  • Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian.
  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta.
  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada wanita.
  • Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri.
  • Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja.
  • Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa.
  • Mengapa lelaki ibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik.
Buku ini bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

Boleh didapati dimana-mana kedai buku dengan harga RM 25.00 sahaja.

Keluaran PTS Millennia Sdn. bhd.

..........................................
Perkongsian : Pn Nur Aen

Bersyukur

Saya SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya,
Saya MENDERITA tapi ada yang LEBIH MENDERITA dari saya,
Saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,
Saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,
Rupanya saya lebih SENANG dari MEREKA.
Rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih SEHAT dari MEREKA.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA KITA~

Penghantaran Laporan Bagi Tahun 2012

Pemberitahuan Penghantaran Laporan Bagi Tahun 2012 * UNTUK MEMASTIKAN SEMUA LAPORAN SAMADA LAPORAN MINGGUAN, BULANAN, SUKU TAHUN DAN TAHUNAN DAPAT DIHANTAR KE IBU PEJABAT JKMN SELANGOR MENGIKUT TARIKH-TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN PADA TAHUN 2012, DIKEMUKAKAN JADUAL SENARAI LAPORAN BESERTA PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN SELANJUTNYA.

Sunday, 15 January 2012

Karnival Karangkraf

Pameran dan jualan buku-buku, majalah keluaran karangkraf dengan harga diskaun beserta hadiah-hadiah menarik.

Majalah Dwibahasa Untuk Murid Pintar 7 - 12 Tahun.

Bermula dari :
27 - 29 Jan 2012

Bertempat di :
Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
..........................................................................................................................................................................
Perkongsian : Pn Roziah

Strategi Kurangkan Risiko Pecah Rumah

Mengambil iktibar kejadian pecah rumah yang dialami oleh sahabat-sahabat kita..saya ingin berkongsi tips untuk KURANGKAN risiko pecah rumah. Kalau kena pecah juga lepas ni dah takdir..
  • Tombol pintu boleh dibuka dengan amat mudah. Caranya dengan mengetuk kuat sehingga tombol itu patah (JADI perlu tukar dengan kunci yang tiada tombol..tapi mahal sikit la...)
    • Telinga penyangkut mangga sebenarnya tidak berapa kuat kerana ia hanya dipateri, di mana boleh diketuk sahaja untuk mematahkannya (JADI perlu tambah pengunci grill jenis clamp)
    •  Mangga (bukan pauh) SOLEX boleh dibuka hanya dengan menyungkit di bahagian bawahnya, (JADI guna mangga jenis lain..boleh tanya tukang kunci)
    •  
    • Satu lagi amalkan baca surah-surah berkenaan (yang ini kena refer dengan En. Ikhram)
    Penghargaan:
    Maklumat yang berguna ni saya ambil dari satu blog tapi lupa pulak nama blog tu...anyway, terima kasih kepada blogger atas perkongsian maklumat ini..
    ...................................................................................................................................................................
    Perkongsian : Pn Sunarni

    Friday, 13 January 2012

    Pesta Buku PWTC

    Pesta Buku

    Akan diadakan Pada :
    27 April 2012 - 06 Mei 2012

    Bertempat Di PWTC
    ........................................................
    Perkongsian : Pn Sunarni Bt Mastury

    Penyampaian Cenderahati Kelahiran


    Tahniah kepada Pn.Nurhayati Bt Ahmad Zaki yang selamat melahirkan cahaya mata yang pertama.

    Cenderahati yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury.

    Thursday, 12 January 2012

    Bercakap Secara Positif

    Tukar Ucapan Negatif Kepada POSITIF

    Moga sama-sama mendapat manfaat..

    Birthday January 2012


    23 Januari 1980


    Membuat kerja sehingga habis dan sukakan kesempurnaan

    Sangat sesuai jika membuat perniagaan
    Pandai menjaga emosi
    Pandai menyimpan duit dan mencari rezeki

    29 Januari 1970
     

    Baik Hati

    Pandai menilai dan membuat analisa tentang seseorang
    Seorang yg pentingkan kekeluargaan
    Mempunyai keputusan yang sendiri

    Jenis dan Hikmah di dalam Marah


    بسم الله الرحمن الرحيم
    الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

    Jenis dan Hikmah di dalam Marah

    Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

    MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

    Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

    Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.
     

    Sample text


    Persijilan MS ISO 9001:2008
    Kepada JKMM

    Tempoh :
    22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

    Daripada :
    CI Internacional Certificication

    Tahniah Diucapkan


    MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

    1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

    2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

    "Kerjasama dan Prihatin"


    MAKLUMAN KEWANGAN
    Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
    adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

    Anda Pengunjung

    Renungan

    Our Blogger Templates

     
    Blogger Templates