Social Icons

Thursday, 17 May 2012

Penyampaian Cenderahati Perkahwinan

Cenderahati yang disampaikan oleh Puan PKMD kepada Pn. Hamimah yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya pada 22 April 2012 dengan pasangan pilihan hati.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada beliau dari semua warga PKMD Petaling, semoga semoga dilimpahkan rahmat dan berkekalan ke akhir hayat.

Monday, 14 May 2012

MESYUARAT KHAS BAHAGIAN DASAR SOSIAL NEGARA DAN PEJABAT KOMUNITI PPR LEMBAH SUBANG




Mesyuarat yang diadakan pada 11 Mei 2012 jam 3.00ptg, bertempat di Pejabat Komuniti PPR Lembah Subang.






Pegawai-pegawai yang terlibat dalam mesyuarat yang diadakan ialah wakil dari :

KPWKM :
  1. En. Saiful Yusnor Mohd Yusof (KPSU Bhgn. DSN)
  2. En. Abd. Rahman (SU Bhgn. DSN)
JKMN Selangor :
  • En. Ungku Rohaizad (Bhgn. PK)
PKMD Petaling :
  • Pn. Sunarni Bt Mastury
Pej. Komuniti PPR Lembah Subang :
  1. Pn. Noriana
  2. En. Hanafi
Perkara utama mesyuarat ini adalah membincangkan tentang keperluan untuk bancian penduduk dan projek ekonomi bagi komuniti PPR Lembah Subang.
Pegawai-pegawai yang terlibat dan hadir dalam mesyuarat yang telah diadakan di Pejabat Komuniti PPR Lembah Subang.

PENYAMPAIAN BR1M KEPADA 1,400 PENERIMA




Penyampaian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M yang bermula pada 9 Mei kepada 1,400 penerima.






Klien jabatan yang menerima baucer BR1M hadir dimana penyampaian telah diadakan di PKMD Petaling.
Senarai nama penerima BR1M adalah dikalangan klien jabatan yang dipilih oleh JKMM kategori penerima bantuan JKM Negeri Selangor.

SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN




Seminar ini telah diadakan di PKMD Petaling pada 11 Mei 2012 yang disampaikan oleh Miss Ann wakil dari Fire Prevention Centre Petaling Jaya (FPC), bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan petaling.




Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dikalangan warga PKMD Petaling terhadap keselamatan kebakaran dan melengkapkan setiap individu dengan pengetahuan asas untuk mencegah kebakaran. Antara topik-topik yang disentuh dalam seminar.



Risiko Kebakaran
Risiko Pada Individu
Pengurusan Barangan Elektrik
Kadar Kematian dan
Kajian Kes




Warga PKMD Petaling yang turut hadir dalam seminar yang diadakan




Secara keseluruhannya seminar ini banyak memberikan pengetahuan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam  mencegah kebakaran.



Friday, 11 May 2012

PEMERIKSAAN MENGEJUT DI PKMD PETALING OLEH UNIT AUDIT DALAM KPWKM




Pemeriksaan Secara Mengejut Oleh Unit Audit Dalaman KPWKM yang diadakan pada 10 Mei 2012 di PKMD Petaling.






Pegawai Pemeriksa Unit Audit Dalam KPWKM En. Anthony A/K Ngai (KSA1) dan En. Shawalnizam Mohamat (PJA4).









Terima kasih diucapkan kepada Unit Audit Dalaman KPWKM diatas lawatan ini yang banyak membantu kami dan tahniah kepada pegawai-pegawai PKMD Petaling yang terlibat diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Thursday, 10 May 2012

PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK PENUNTUT MISKIN SECARA PERCUMA

Kolej WIT adalah merupakan sebuah kolej teknikal yang ditubuhkan pada tahun 1977 dan dibangunkan oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan, Semenanjung Malaysia serta telah melahirkan seramai 35,000 graduan setakat ini.

Matlamat utama Kolej WIT ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi dalam bidang teknikal dan kemahiran dengan menawarkan peluang melanjutkan pelajaran kepada semua peringkat umur terutama sekali kalangan keluarga pekerja, miskin dan berpendapatan rendah serta anak-anak ibu tunggal.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej WIT telah mendapat kelulusan bagi pembiayaan pengajian sebanyak 50 orang pelajar dibawah Program Pembiayaan Golongan Miskin dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk kursus berikut :



  1. JURUTEKNIK KENDERAAN MOTOR TAHAP 1 & 2 ( 25 orang penuntut)
  2. JURUTEKNIK MEKATRONIK TAHAP 2 & 3              ( 25 orang penuntut)
Pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian secara percuma dibawah Pembiayaan PTPK dengan diberi elaun bulanan sebanyak RM 100.00 sebulan.


Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi ditalian :
Bahagian Ekonomi Bantuan
PKMD Petaling
Tel : 03-7842 2584 /03-7842 2587

Tuesday, 8 May 2012

Birthday April 2012


05 April 1985

Sukakan kebebasan dan mempunyai kawan yang ramai

Sukakan kepada benda yang baru dan perubahan

Seorang yang cepat bosan dan tidak pandai memuji

Mempunyai tenaga yang rendah
06 April 1978

Seorang yang mempunyai keyakinan dan mempunyai kesempurnaan dalam melakukan kerja

Seorang yang bercakap bila perlu sahaja

Mempunyai ciri kepimpinan, baik hati dan kelembutan

Mempunyai dalaman yang ingin bebeas dan tidak terikat. Iaitu mudah tenang, relaks dalam kerja mahupun di rumah
18 April 1983

Kekuatan tenaga yang sederhana

Mempunyai analitikal terhadap diri dan persekitaran

Suka berbual

Seorang yang mempunyai pendirian sendiri
22 April 1986

Seorang yang memerlukan kebebasan dan mempunyai kawan yang ramai

Melaksanakan tugas dengan baik

Seorang yang fleksibel, tenang dan kepekaan perasaan yang tinggi

Mempunyai tenaga yang tidak mencukupi dan mudah merasa letih

Birthday Mei 2012


8 Mei 1985


Seorang yang baik hati dan mempunyai kelembutan hati

Memiliki keceriaan, sukakan keamanan dan mengelak terjadinya konflik

Kadangkala memiliki sifat yang kurang memberikan tumpuan dan cepat hilang fokus serta pentingkan kebendaan

Bila membuat sebarang keputusan, akan meminta pendapat atau nasihat daripada orang lain
19 Mei 1977

Seorang yang mempunyai kepelbagaian bakat

Mempunyai kreativiti dan mempunyai idea yang banyak

Mempunyai tenaga yang mencukupi

Seorang yang baik hati dan mempunyai kelembutan hati
27 Mei 1983

Sifat dalaman yang sukakan kebebasan dan tidak suka keadaan tertekan

Mempunyai matlamat dalam membuat keputusan

Memiliki sifat yang tenang dan sentiasa berfikiran positif

Seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan

Sifat luaran yang kreatif dan mempunyai kemahiran dalam memberi ucapan

Sunday, 6 May 2012

PROGRAM PENERANGAN SAHAM WAKAF SELANGOR (SWS) MELALUI SKIM INFAQ

Pada 4 Mei 2012 satu Program Penerangan Saham Wakaf Selangor (SWS) Melalui Skim Infaq telah diadakan di PKMD Petaling, bertempat Bilik Mesyuarat PKMD Petaling dimana semua pegawai dan kakitangan turut hadir dalam taklimat tersebut.

Tarikh : 4 Mei 2012
Masa : 9.00pagi
Taklimat ini disampaikan oleh En Nasrun bin Ahmad, wakil daripada Perbadanan Wakaf Selangor, MAIS.
Warga PKMD Petaling yang turut hadir dalam program tersebut.

Saturday, 5 May 2012

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri 

Tarikh : 03 Mei 2012

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bankuet Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam




Majlis yang dirasmikan oleh : 
Y.Bhg. Dato' Tamedi bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor




Tahniah kepada semua penerima sijil pada majlis berkenaan khususnya kepada pegawai dan kakitangan PKMD Petaling.
Semoga penghargaan ini akan menjadi semangat kepada semua untuk bekerja dengan lebih baik.
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates