Social Icons

Tuesday, 3 April 2012

Dedikasi buat Ayahnda dan Ibunda Tercinta


Ibu & Ayah, layakkah aku cium kakimu. 

Taat kepadamu. Senyummu ketika duka disembunyikan untuk meredakan deritaku.

Ayah & Ibu semoga Jannah an'naim tempatmu disisi para syuhada' juga sholihin...

Baktimu ayah dan ibu,

Tidakku mampu balas... Doakanlah anak-anakmu menjadi sholeh sholehah...

Berbakti Mencintai kepada agama negara dan bangsa

Ayah dan Ibu, layakkah ku cium kakimu yang mulia...

al-Fatihah........

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Hadith Hassan Sahih; Diriwayatkan oleh Nn-Nasai’e.

Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah صلى الله عليه وآله وسلم meminta pandangan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم untuk dia ikut serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya".

Semoga ALLAH muliakan kedua ibu ayah kita di dunia ini.

Rendahkan ego memohon maaf kepada mereka.

Rendahkan laras bahasa kita...

Jangan menjadikan mereka bahan gurau senda..

Kasih mereka terhadap kita melebihi kasihnya seorang suami terhadap isterinya...

Melebihi kasih seorang isteri terhadap suaminya....

http://fahamislam.com/forum/index.php

Ikhram Husin

Sunday, 1 April 2012

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BADMINTON & KAROM CAMPURAN


Hadiah yang disampaikan oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury diiringi Pn. Jama'eah selaku pihak penganjur pertandingan kepada wakil PKMD Subang yang mendapat tempat ketiga dalam perlawanan.



Manakala pasukan karom campuran dari PKMD Petaling pula sebagai pemenang tempat kedua.











Penyampaian hadiah medal, hamper dan sijil penyertaan kepada pasukan Kompleks Penyayang Bakti, Sg. Buloh selaku Johan Pertandingan Karom Campuran.






Manakala untuk Pertandingan Badminton (perempuan), tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Pasukan A dan B PKMD Petaling.

Saturday, 31 March 2012

PERTANDINGAN BADMINTON & KAROM CAMPURAN PKMD PETALING

Semasa perlawanan carom berlangsung



Pertandingan Badminton & Karom Campuran adalah diantara PKMD Petaling Kompleks, Penyayang Bakti dan PKMD Subang Jaya yang diadakan pada 29 Mac 2012, bertempat di Dewan Kompleks Penyayang Bakti, Sg. Buloh.


Perlawanan badminton diantara Pkmd Petaling dan Kompleks Penyayang Bakti
Pasukan Badminton PKMD Petaling bersama Jurulatih Pasukan




Pertandingan ini adalah anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling (PKMD Petaling).









Pegawai-pegawai dan kakitangan PKMD Petaling yang turut serta dalam pertandingan bersama PKMD, Pn Sunarni dan Pn. Jamaeah yang juga turut menyertai dalam acara yang diadakan.




Pasukan Karom Campuran PKMD Petaling

Friday, 30 March 2012

SOLAT SUNAT DHUHA DAN HAJAT BERJEMAAH



Solat sunah Dhu'ha berjamaah bersama ahli keluarga PKMD Petaling serta solat sunat hajat khusus untuk anak kepada warga petaling, Pn. Roziah yang kini sedang terlantar sakit di Hospital Klang.


Seluruh warga kerja PKMD Petaling berdoa agar Pn Roziah diberi kekuatan serta semangat dalam menghadapi dugaan dan ujian yang diberikan kepada beliau.

Salam takziah juga buat Pn Roziah dan keluarga di atas kehilangan suami tercinta pada 26.03.2012 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah...

PENERANGAN AKTA PEKERJA SOSIAL


Pada 30 Mac 2012 (Jumaat) setelah tamat tazkirah pagi, satu taklimat dan penerangan tentang Akta Pekerja Sosial telah diadakan yang disampai oleh PKMD, Pn. Sunarni Bt Mastury. Dimana semua pegawai dan kakitangan PKMD Petaling turut serta menghadiri taklimat tersebut.

Thursday, 29 March 2012

PELUANG PEKERJAAN DI TM - OKU



POSITION :
CUSTOMER SERVICE FOR TELEKOM MALAYSIA PRODUCT & BILLING DEPARTMENT

JOB DISCRIPTION :
HANDLING INBOUND CALL FROM TM CUSTOMER THAT ENQUIRIES PRODUCT AND BILLING REGARDING TM

WORK LOCATION :
KELANA JAYA PARK VIEW (KPV) ; Nearby Giant Kelana Jaya and also Kelana Jaya STAR Station

REQUIREMENT :

  • Spm /Diploma - RM 1500 + PFP (RM 300)
  • Degree - RM 1700 + PFP (RM 300)
  • Able to speak in English and Bahasa
  • Working Hours : Monday - Friday ; 3 Shift (8.30am - 6.00pm; 9.00am - 6.30pm; 9.30am - 7.00pm)
  • Physical Disable (cause the candidate need to do typing as well)
WE PROVIDE :
  1. BASIC SALARY
  2. PFP : RM 300.00
  3. EPF AND SOCSO PROVIDED
  4. MEDICAL ALLOWANCE PROVIDED
WORKING HOURS ( 3 SHIFT IN A DAY ) MONDAY - FRIDAY
  • 8.30AM - 6.00PM
  • 9.00AM - 6.30PM
  • 9.30AM - 7.00PM
I would like to highlight on below requirement as there will be no tolerance on quality of candidates :
  • Minimun Age : 20 years old

Wednesday, 28 March 2012

PELUANG PEKERJAAN UNTUK OKU


Tawaran Gaji dan Kemudahan Syarikat
·        Bayaran Caruman SOCSO & KWSP (EPF) Pekerja - 11%, Majikan – 13%
·        Kenaikan gaji setiap tahun
·        Bonus tahunan yang lumayan – Biasa dibayar pada bulan Disember
·        Tempat kerja dan kantin berhawa dingin
·        Makanan kantin dengan harga subsidi
·        Pakaian seragam percuma termasuk kasut dan tudung
·        Perkhidmatan bas kilang percuma disediakan
·        Rawatan perubatan percuma di klinik panel sahaja
·        Rawatan pergigian dan hospital percuma selepas sah jawatan
·        Surau (lelaki & perempuan)
·        Skim Insuran kemalangan individu
·        Jamuan makan malam tahunan
·        Aktiviti rekreasi dan sukan
·        Latihan peningkatan kerja

............................................................................................................

PENTING * Keutamaan kepada OKU - Pekak dan Bisu

Boleh dihubungi : Puan Laila : 03-6272 9078
Pengawal bertugas : 03-6272 9078

Tuesday, 27 March 2012

TAKLIMAT PANDUAN PENGAUDITAN SECARA MENGEJUT

Pada 27 Mac 2012, jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat PKMD Petaling, satu taklimat telah diadakan tentang Panduan Pengauditan Secara Mengejut yang dipengerusikan oleh PKMD, Pn Sunarni Bt Mastury dan dihadiri pegawai-pegawai dan kakitangan PKMD Petaling yang terlibat :
- Pn. Jamaeah
- Cik Siti Sarah
- Pn. Aini Shahriza
- Cik Noraini 

SESI LATIHAN BADMINTON (PEREMPUAN) PKMD PETALING

Pasukan Badminton (Perempuan) yang mewakili PKMD Petaling dalam Pertandingan Badminton & Karom Campuran Anjuran PKMD Petaling diantara Kompleks Penyanyang Bakti, PKMD Petaling dan PKMD Subang Jaya.




Latihan Badminton Pasukan PKMD Petaling untuk persiapan dalam perlawanan yang diadakan pada 28 Mac 2012 bertempat di Dewan Kompleks Penyayang Bakti.




Monday, 26 March 2012

PEMURNIAN FAIL KES BENGKEL INTERAKTIF

Pada 20 Mac 2012, 2 orang Peg. Psikologi JKMM telah hadir ke Unit Kaunseling PKMD Petaling bagi pemurnian file kes bengkel interaktif. Ia bertujuan pengemaskinian dan pemantauan fail-fail sedia ada supaya lebih tersusun dan teratur mengikut pekeliling yang digariskan. Pegawai JKMM yang hadir :

En. Federick
Pn. Qatulnada
Oleh itu beberapa penambahbaikan telah dibuat supaya fail-fail kes lebih tersusun dan diperkemaskan. Cadangan-cadangan daripada pihak HQ telah diambil maklum dalam memperkasakan Program-program Bengkel Interaktif di PKMD Petaling
 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates