Social Icons

Wednesday 6 June 2012

Tempat Mengadu

Usah mengadu dengan manusia. 

Mereka juga hamba seperti kita. 

Bertuankan TUHAN, ALLAH Yang Esa.

Bezanya taqwa, bukan rupa, hatta sijil ijazah, gulungan pHD serta harta.

Dialah Maha Pemilik segala rasa, bahagia, dukacita, gembira dan sengsara.

Dijadikan ada di kalangan kita diuji sehebatnya.

Ada pula yang kita lihat mudah kehidupan mereka.

Mudah, bahagia mereka pada mata kita. Belum tentu beriringan jaya pada nuansa ALLAH...

Maka, mengadulah kepada DIA, bukan manusia.

Manusia, bila suka kita, di angkat-angkat, dipujinya kita.

Tapi apabila manusia sudah benci, kita dikeji dan dicaci.

Manusia buruk akhlaknya bertopengkan "ciptaan mulia" menggunakannya untuk memuaskan nafsunya.

Dilihat peluang, diguna sepenuhnya.

Manusia berubah sifatnya, dari ingat kepada lupa.

Tidak ALLAH Yang Esa, Maha Pemberi Kasih Sayang, Maha Ingat segala Janji NYA kepada kita si hamba.

Janji ALLAH kepada kita, firman NYA :

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا . إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]

Maka hiasilah kesukaranmu dengan ketaatan kepada ALLAH.

Tinggalkan manusia yang melorongmu kepada murka.

Adulah, mengakulah kelemahanmu wahai hamba dengan zikir kalimah toyyibbah.....

ALLAH..... ALLAH.... ALLAH.... ALLAH.... ALLAH.............

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا . وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ . وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ . إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ . قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

”…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
[Al-Thalaq 65: 2-3]

Maaf Zahir dan Batin.

Mohon doa mendoakan.

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
..............................
al-faqir Ikhram Husin
15 Rejab 1433H

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates