Social Icons

Wednesday 13 March 2013

Permohonan Kemasukan Ke Taman Sinar Harapan (TSH)

Taman Sinar Harapan merupakan Institusi yang di khaskan kepada Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi Kategori Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Lembam, Autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.

Objektif :
  • Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan memerlukan latihan pemulihan.
  • Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.
  • Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
  • Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti sosial dan sebagainya.
  • Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari bada-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.
Syarat-syarat Kemasukan Ke TSH :
  • Lelaki / Perempuan
  • Umur : 0 - 35 Tahun
  • Boleh dilatih
  • Tiada penyakit berjangkit
  • OKU boleh dilatih (kecuali TSH Jitra Kedah dan Kuala Kubu Baru Selangor)
  • Mengambil kira klasifikasi umur, jantina, kategori ketidakupayaan, kebolehan dilatih, serta kesesuaian dan kemudahan yang terdapat di TSH.

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates