Memelihara anak angkat merupakan satu proses dan pengalaman yang kompleks. Satu perkara yang tidak jauh bezanya daripada peranan dan tanggungjawab seorang ibubapa kandung terhadap anak sepertimana yang diakui oleh setiap ibubapa, adalah bukan mudah untuk menjadi ibubapa yang baik dan dikagumi.
Seperti semua kanak-kanak lain, anak-anak angkat juga adalah manusia istimewa yang memerlukan belaian dan kasih sayang untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksima. Seorang anak angkat mungkin mempunyai banyak pengalaman yang ketara dalam tempoh usia yang begitu singkat, yang mungkin telah mengakibatkan mereka diberikan sebagai anak angkat.
Walaubagaimanapun, dorongan dan kasih sayang keluarga yang akan menerimanya itu mungkin menjadi salah satu faktor utama yang dapat memulihkannya. Begitulah kegembiranya mengambil seorang anak angkat. Kita hanya dapat memberi kasih sayang setelah menikmatinya.
Salah satu pengalaman yang bermakna dan dapat memberi kepuasan kepada seseorang ialah apabila dia dapat merasakan bahawa sumbangannya telah berjaya menghasilkan perkembangan yang sihat seorang insan lain.
NOTA : Untuk mengambil seorang anak angkat, sila hubungi mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan masing-masing untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.
Saya ingin mengambil anak angkat.Ada tak cara supaya saya boleh mendaftar secara online. Saya cadangkan JKM buat service ini kerana banyak jabatan sekarang memberi service online. Sekadar cadangan, terima kasih.
ReplyDeleteTuan/Puan, pasangan yang berhajat untuk memelihara anak pelihara (angkat) boleh mendaftar dengan JKM.
ReplyDeleteJKM ada menyediakan perkhidmatan online bagi tujuan ini.
Perkhidmatan online ini adalah bagi tujuan memberi peluang kepada individu yang berminat mendaftar secara online sebagai ibu bapa pelihara (ibu bapa angkat)
Langkah mudah seperti berikut:
1) Layari laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my
2) Pilih tab "Aplikasi Dalam Talian"
3) Pilih tab "Permohonan Anak Pelihara"
4) klik butang "Permohonan"
5) Isi tempat kosong dan klik butang "HANTAR"
Permohonan anda akan diproses oleh Bahagian Kanak-Kanak, JKM dan anda akan dihubungi oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat bagi sessi temuramah.
Selamat mencuba...terima kasih atas pertanyaan anda.