Social Icons

Tuesday 8 January 2013

Peluang Mengikuti Latihan Vokasional & Pemulihan Untuk OKU

KEMASUKAN KE INSTITUSI (PLPP)

PLPP adalah sebuah Institusi di bawah JKM yang memberi Latihan Vokasional & Pemulihan kepada OKU anggota. Pusat ini menyediakan pelbagai latihan & kemahiran untuk membolehkan OKU hidup berdikari.

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Pemulihan Perubatan
  • Pemulihan Carakerja
  • Pemulihan Anggota
  • Kaunseling
KURSUS YANG DITAWARKAN
1. Kursus Vokasional
  • Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (MLVK) - 1 Tahun
  • Rekaan Fesyen & Jahitan (MLVK) - 1 Tahun
  • Elektrikal (MLVK) - 1 Tahun
  • Elektronik (MLVK) - 1 Tahun
  • Multimedia - 1 Tahun
  • Prostotik & Ortotik - 2 Tahun
  • Pembuatan Kerusi Roda - 2 tahun
2. Kursus Pra-Vokasional
  • Elektronik - 1 tahun
  • Komputer - 1 tahun
  • Lukisan - 1 tahun
  • Jahitan - 1 tahun
  • Kraft Batik - 1 tahun
3. Latihan Memandu OKU

KELAYAKAN PEMOHON

1. Kursus Vokasional
  • OKU anggota berdaftar dengan JKM
  • Berumur 18 - 40 tahun
  • Mampu menguruskan diri sendiri
  • Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
  • Kelayakan PMR / SPM
2. Kursus Pra-Vokasional
  • OKU anggota berdaftar dengan JKM
  • Berumur 14 - 25 tahun
  • Mampu menguruskan diri sendiri
  • Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
  • Boleh membaca, menulis & mengira
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad OKU anggota
  • Salinan PMR/ SPM (untuk kursus Vokasional shj)
  • Dokumen sokongan lain jika diperlukan.
......................................................................................................................................
CARA PERMOHONAN
Sila memohon melalui :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran

Atau terus kepada :

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab, 
4300 Kajang, Selangor.

Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988

73 comments:

  1. terima kasih di atas info yang sangat berguna untuk OKU, tetapi adakah JKM sediakan tempat tinggal, makan atau elaun untuk pelajar? Terima kasih...good work JKM

    ReplyDelete
  2. Kepada calon yang berjaya mendapat tawaran ke PLPP Bangi, mereka akan disediakan kemudahan tempat tinggal (Asrama)mesra OKU, makan dan juga dibayar elaun sebanyak RM150 sebulan.

    Selamat Mencuba..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas jawapan yang pantas, saya ucap tahniah kepada pengendali blog ini...

    ReplyDelete
  4. Saya adalah salah seorg OKU(fizikal) yg baru berdaftar,mengalami masalah dlm mencari kerja.Dsini saya ingin btanya d mana saya boleh memohon pekerjaan di mana majikan tidak diskriminasi thadap golongan OKU.

    ReplyDelete
  5. Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong, Jabatan Tenaga Kerja menyediakan laman sesawang Jobsmalaysia kepada OKU yang ingin mencari pekerjaan atau majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada OKU.

    Laman sesawang Jobsmalaysia boleh dicapai di alamat http://www.jobsmalaysia.gov.my/.

    Secara alternative, OKU juga boleh mendaftar di Pejabat Tenaga Kerja/Jobsmalaysia Center yang berhampiran dan mendapat maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.

    sumber dari : http://jtksm.mohr.gov.my/

    ReplyDelete
  6. ada kawan saya beritahu kalau oku kerja boleh dapat bantuan jkm rm300 sebulan, betul ke?

    ReplyDelete
  7. Betul, JKM memberikan bantuan elaun pekerja cacat (EPC) sebanyak RM300.00 sebulan dengan memenuhi syarat kelayakan :
    1.) Pendapatan dibawah RM1200.00 sebulan.
    2.) OKU yg telah berdaftar dengan JKM
    3.) Bekerja sendiri atau dengan majikan
    4.) Tidak tinggal di Institusi yg menyedikan tmpt tinggal,makan/minum, pakaian secara percuma.

    Untuk permohonan boleh terus berhubung di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat.

    ReplyDelete
  8. klu OKU masalah pembelajaran ...boleh tak mohon PLPP Bangi...lagi satu nak tau macamana nak mohon lesen memandu bagi org OKU...

    ReplyDelete
  9. Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :

    Orang Kurang Upaya (OKU)
    Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    Berumur antara 18-40 Tahun
    Boleh membaca, menulis dan mengira
    Boleh mengurus diri sendiri
    Boleh dilatih
    Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.

    Bagi permohonan lesen memandu, tuan/puan hendaklah berurusan terus dgn pihak JPJ yang berdekatan utk sebarang pertanyaan atau maklumat. lanjut.

    ReplyDelete
  10. NAK TANYA ..ADIK SY TIDAK TAHU MENULIS,MEMBACA ATAU MENGIRA..TP DIA AMAT BERMINAT DALAM SEGI MAKANIKAL,ELEKTRONIK,,MCM REPAIR MEREPAIR NI...
    BLH KE MASUK DLM PLPP?
    SY DAH BUNTU TAK TAU MANA BLH HANTAR DIA
    YG ADA ASRAMA,ADA SEDIAKAN MKN DAN MINUM...
    ADA TAK TEMPAT UNTUK PELAJAR BEGINI..DIA BARU BERUMUR 16 TAHUN TAPI MASIH BERSEKOLAH D TINGKATAN 2

    ReplyDelete
  11. Tuan,puan, PLPP adalah sebuah institusi di bawah JKM yang memberikan latihan vokasional dan pemulihan kepada OKU anggota (fizikal) sahaja.

    Jika tuan/puan memikirkan satu tempat yang boleh hantar dia yang ada asrama dan menyediakan makan minum, puan boleh cuba mohon di Bengkel Daya Kelang. Pada masa ini Unit yang beroperasi adalah Jahitan, Perkhidmatan Am dan Bakeri. Berumur antara 18-45 tahun, OKU Fizikal dan Masalah Pembelajaran. Percubaan selama 3 bulan bagi pekerja OKU yang baru diterima masuk.

    Atau puan boleh juga cuba bertanya dengan Giat Mara yang berhampiran dengan tempat tinggal. Giat Mara memberi latihan secara separuh masa.

    ReplyDelete
  12. anak saya oku , sekarang tingkatan 3 kelas khas ambil pmr tahun ini. bercadang masuk pravokasional.. bila tarikh sesuai untuk mohon

    ReplyDelete
  13. Tuan/Puan Anonymous,

    Syarat Permohonan Kursus Pra-Vokasional:
    -OKU anggota berdaftar dengan JKM
    -Berumur 14 - 25 tahun
    -Mampu menguruskan diri sendiri
    -Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
    -Boleh membaca, menulis & mengira

    Terima kasih atas pertanyaan.

    ReplyDelete
  14. saya ada anak oku (pembelanjaran)...nak mintak bekerja di Benkel Daya, Kelang.bawah JKM..dah setahun memohon sampai sekarang tiada jawapan....alasan diberi Renovation tak siap siap ?...siapa boleh tolong?...013 3655989 (En Shah)

    ReplyDelete
  15. En Shah,

    Kami akan membuat semakan. Pn Roziah adalah pegawai unit pembangunan oku di PKMD Petaling dan beliau akan menghubungi tuan untuk maklumat lanjut selepas ini.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  16. En Shah, melalui perbualan telefon antara Pn Roziah dan tuan sebentar tadi, sukacita dimaklumkan bahawa tuan boleh menghubungi PKMD Hulu Langat berkenaan status permohonan. Seperti yang telah dimaklumkan sebentar tadi bahawa sessi temuduga akan dijalankan sekiranya Bengkel Daya Klang memperolehi CF bagi bangunan baru selepas ini.

    Nombor PKMD Hulu Langat boleh diperolehi dari tab 'Direktori' di atas.

    Terima kasih di atas pertanyaan tuan.

    ReplyDelete
  17. Anak saya Oku pembelajaran.. ada penyakit sawan dan tidak layak memohon sekolah vokasional.. boleh membaca mengira.. dan minat dalam komputer.. sekarang ambil PMR.. adakah dia layak memohon pravokasional di istitut ini....

    ReplyDelete
  18. Anak saya Oku pembelajaran.. ada penyakit sawan dan tidak layak memohon sekolah vokasional.. boleh membaca mengira.. dan minat dalam komputer.. sekarang ambil PMR.. adakah dia layak memohon pravokasional di istitut ini....

    ReplyDelete
  19. Tuan/Puan, sekiranya berminat boleh menghadiri sessi "walk-in interview" yang dijadualkan pada 8 Okt 2013 jam 8.30pg-12.00 th bertempat di PLPP Bangi. Sila bawa dokumen-dokumen yang telah ditetapkan (rujuk post di kategori Bahagian OKU sebelum ini).

    Walau bagaimanapun, dicadangkan agar anak tuan/puan menghabiskan sessi persekolahan sehingga berjaya memperolehi sijil SPM kerana ia lebih menjamin masa depan, PLPP juga sebenarnya menerima calon yang mempunyai sijil PMR atau sijil SPM selagi pemohon masih di bawah usia 40 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..sy slh seorang oku(fizikil) dan amat b'minat dalam jahitan jadi blh sy tahu bila tarikh tutup untuk PLPP ni??

      Delete
  20. Permohonan untuk kemasukan ke PLPP Bangi adalah sepanjang tahun. Tuan/puan boleh mengisi borang dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tempat dimana saudara tinggal.

    Pihak PLPP Bangi hanya akan mengadakan temuduga untuk pengambilan pada bulan Oktober setiap tahun. Untuk kemasukan pada tahun 2014, temuduga baru sahaja dijalankan oleh pihak PLPP Bangi pada 8 Oktober yang lalu.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum...anak saya OKU masalah pembelajaran telah mengambil PMR 2013. Dia berminat untuk mengikuti kursus pra vokasional yang ditawarkan..boleh tuan cadangkan pusat latihan yang sesuai jika ada di negeri-negeri sebelah utara?

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum...anak saya OKU masalah pembelajaran telah mengambil PMR 2013. Dia berminat untuk mengikuti kursus pra vokasional yang ditawarkan..boleh tuan cadangkan pusat latihan yang sesuai jika ada di negeri-negeri sebelah utara?

    ReplyDelete
  23. Noorsalawati Ahmad,

    Wsalam. Terima kasih atas minat yang puan tunjukkan. Anak puan seorang OKU masalah pembelajaran yang telah mengambil PMR tahun ini 2013…adakah anak puan sudah mencapai usia 18thn?

    Ini adalah kerana syarat kemasukan ke Bengkel Terlindung (Bengkel Daya) adalah antara usia 18-45 tahun, bebas daripada penyakit berjangkit, boleh mengurus diri sendiri dan percubaan akan diberi selama 3 bulan bagi pekerja OKU yang baru diterima masuk.

    Negeri sebelah utara, hanya ada di Sungai Petani.

    ReplyDelete
  24. Salam,saya ingin bertanya...Saya salah seorang OKU(fizikal) dan mempunyai masalah dimana saya ingin belajar cara menguruskan diri agar saya boleh berdikari.Puas saya mencari tempat sedemikian tapi tak jumpa sehingga satu hari dimana kawan saya memberi saya link ini dan saya amat tertarik kerana ada peluang untuk sy menimba ilmu seperti menjahit...saya berumur 24 tahun dan mengalami kemalangan 3 tahun lepas dimana saya patah tulang belakang dan kini terpaksa bergantung dengan kerusi roda.Adakah saya layak untuk memohon memasuki PLPP?

    ReplyDelete
  25. Hazzy Waniey, tuan/puan layak memohon. Sukacita dimaklumkan bahawa syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    1. Kursus Vokasional
    OKU anggota berdaftar dengan JKM
    Berumur 18 - 40 tahun
    Mampu menguruskan diri sendiri
    Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
    Kelayakan PMR / SPM

    2. Kursus Pra-Vokasional
    OKU anggota berdaftar dengan JKM
    Berumur 14 - 25 tahun
    Mampu menguruskan diri sendiri
    Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
    Boleh membaca, menulis & mengira

    Selepas anda tamat latihan, anda boleh bekerja sendiri atau memohon bekerja di Bengkel Terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKu yang mempunyai kemahiran menjahit. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  26. Salam, saya ingin bertanya.... saya mempunyai sepasang anak kembar perempuan yang bertaraf OKU masalah pembelajaran. sekarang mereka mengikuti kursus di SMV pendidikan khas , Kulai, johor, dalam bidang dobi dan solekan. Kedua-duanya akan tamap pengajian pada penghujung tahun ini (2014). Bolehkah mereka memohon kursus di PLPP ini selepas tamat belajar nanti. Apakah bidang yang sesuai untuk mereka nanti? TQVM

    ReplyDelete
  27. Shah0205,

    Wslm, Untuk makluman tuan, PLPP Bangi dikhaskan untuk mereka yang kurang upaya fizikal sahaja. Peralatan, kemudahan dan tenaga pengajar yang khusus untuk kurang upaya fizikal.

    Walau bagaimanapun, jika sekiranya puan masih berminat untuk menghantar anak-anak puan memperkembangkan pengetahuan dalam bidang dobi dan solekan puan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan dimana puan tinggal untuk mendapatkan khidmat nasihat. Berkemungkinan anak puan boleh terus mendapat pekerjaan atau mana-mana Bengkel Terlindung.
    3 February 2014 10:50

    ReplyDelete
  28. Adakah pihak Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP) ada menyediakan borang kemasukan yang boleh diprint melalui website atau online....

    ReplyDelete
  29. Cik Yee, untuk makluman tiada borang kemasukan yang boleh di print melalui website atau online...tuan boleh mengambil borang terus dengan pihak PLPP atau pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat.

    ReplyDelete
  30. Salam.sy pn salmi.sy nk tnye bg pihak suami sy.pndftran PLPP dibuka sepnjg thn ke?

    ReplyDelete
  31. Are-Chiq, wslm Pn. Salmi, untuk kemasukan ke PLPP adalah dibuka sepanjang tahun dimana Temuduga akan diadakan pada bulan Oktober dan bagi calon yang berjaya, kemasukan adalah pada bulan Januari tahun berikutnya. Had umur permohonan adalah antara 18-40 tahun OKKU Fizikal sahaja.

    ReplyDelete
  32. Hi good morning all , my sister name Hema Latha and she born with defect with hearing and i'm looking for a skill work workshop or any handicraft workshop for her , he is are in 30's and looking forward any chances that will help her in near future . if there is any chances please free to call at 0166836395 or can e-mail me at jetayu3karthik@gmail.com , thank for the support and for this opurtunity

    ReplyDelete
  33. Salam saya mempunyai anak OKU cacat pendengaran tidak kesekolah sejak setahun yg lepas..berumur 18 thn . adakah pusat yg menerima beliau PLPP

    ReplyDelete
  34. Eda Norel,

    Wslm, Untuk makluman tuan, PLPP Bangi dikhaskan untuk mereka yang kurang upaya fizikal sahaja. Peralatan, kemudahan dan tenaga pengajar yang khusus untuk kurang upaya fizikal.

    Walau bagaimanapun, puan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan dimana puan tinggal untuk mendapatkan khidmat nasihat. Berkemungkinan anak puan boleh terus mendapat pekerjaan atau mana-mana Bengkel Terlindung (Bengkel Daya Klang)

    Bengkel Daya Klang
    Sebagai sebuah Institusi dimana menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak boleh bersaing diluar. Pada masa ini Unit yang beroperasi adalah :
    Jahitan
    Perkhidmatan Am
    Bakeri

    Juga boleh hubungi terus di :

    Bengkel Daya Klang
    Tel : 03-33221529, 03-33221531

    ReplyDelete
  35. Jai Prakash,

    Untuk maklumat lanjut tuan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan dimana tuan tinggal untuk mendapatkan khidmat nasihat. Berkemungkinan anak tuan boleh terus mendapat pekerjaan atau mana-mana Bengkel Terlindung (Bengkel Daya Klang)

    Bengkel Daya Klang
    Sebagai sebuah Institusi dimana menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak boleh bersaing diluar. Pada masa ini Unit yang beroperasi adalah :
    Jahitan
    Perkhidmatan Am
    Bakeri

    Juga boleh hubungi terus di :

    Bengkel Daya Klang
    Tel : 03-33221529, 03-33221531

    ReplyDelete
  36. klau kita dh msuk p.pmulihn negeri..kita boleh msuk untuk d sini lgi ker...thnk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah Iman, apa yang dimaksudkan dengan P.Pemulihan negeri, kalau mengikut pada syarat-syarat yang telah ditetapkan, tuan layak untuk memohon di Pejabat Kebajikan Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal tuan.

      Delete
  37. Saya nak tanya.saya oku fizikal dan berkerusi roda.Bolehkah saya emohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan, tuan layak untuk memohon berpandukan :

      Syarat-syarat Kelayakan :
      Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
      Orang Kurang Upaya (OKU)
      Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
      Berumur antara 18-40 Tahun
      Boleh membaca, menulis dan mengira
      Boleh mengurus diri sendiri
      Boleh dilatih
      Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.

      Cara-cara Permohonan :
      Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
      Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
      Borang Pengesahan Kesihatan
      Borang Penyiasatan (JKM 17)
      Borang Persetujuan Ibubapa
      Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.

      Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
      Jalan Sungai Merab,
      4300 Kajang, Selangor.
      Tel : 03-8926 1996
      Faks : 03-8926 1988

      Bagi yang tinggal di Daerah Petaling, boleh menghubungi :
      Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
      Tel : 03-7842 2584/ 2587

      Delete
    2. AS SALAM,
      Saya ingin bertanya,
      ade tak otomotif ade tak di PLPP bangi untuk anak yang sudah habis tingkatan 5.tapi belum tahu result lagi sudah boleh apply masuk PLPP ke.

      Delete
  38. Aper lgi yg dsediakn di bengkel daya klang cth gaji ot elaun,tmpat tinngal, mkn mnum

    ReplyDelete
  39. Aq disindir oleh org yg temuduga di plpp bangi..
    Sbb thap plajaran,fizikal dan ilmu pengetahuan tentang agama...tapi aq xdiajar mentertawakan org yg xde ilmu dan jadikan org itu bahan gelak tawa..
    Aq tahu aq xpandai mcm dorang tu sbb dorang buat aq cmtu..
    Mula interview sampai habis interview aq kne bahan.
    Len kali aq nk sruh dorang rakam.
    Bila dorang bosan boleh la dorang gelakkan aq lg..
    TERIMA KASIH PADA YANG TEMUDUGA AQ TU..
    #jgn slalu mludah ke atas,
    Takut trkena pada diri sendiri atau kluarga

    ReplyDelete
  40. Salam kepada tuan/ puan yg mulia, sy tidak memandang apa2, kita semua ciptaan tuhan yg sama, dgn ini sy menjemput sesiapa yg berminat utk bekerja sebagai tukang jahit di kedai sy di melaka, insyaallah segala keperluan akan sy uruskan , termasuk rumah / pengangkutan,dgn gaji setimpal

    ReplyDelete
  41. Di area kedah ada tak.. kaka saya oku.. tapi dia boleh mguruskan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan, tuan layak untuk memohon berpandukan :

      Syarat-syarat Kelayakan :
      Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
      Orang Kurang Upaya (OKU)
      Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
      Berumur antara 18-40 Tahun
      Boleh membaca, menulis dan mengira
      Boleh mengurus diri sendiri
      Boleh dilatih
      Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.

      Cara-cara Permohonan :
      Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
      Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
      Borang Pengesahan Kesihatan
      Borang Penyiasatan (JKM 17)
      Borang Persetujuan Ibubapa
      Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.

      Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
      Jalan Sungai Merab,
      4300 Kajang, Selangor.
      Tel : 03-8926 1996
      Faks : 03-8926 1988

      Atau boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan tempat tinggal.

      Delete
  42. Salam. Sy fahmi cacat tangan kanan kerana kemalangan jalan raya pada tahun lepas.. sy boleh betdikari. Sy ingin masuk plpp bangi. Apakah yg sesuai untuk sy yg cacat tangan kanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan, tuan layak untuk memohon berpandukan :

      Syarat-syarat Kelayakan :
      Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
      Orang Kurang Upaya (OKU)
      Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
      Berumur antara 18-40 Tahun
      Boleh membaca, menulis dan mengira
      Boleh mengurus diri sendiri
      Boleh dilatih
      Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.

      Cara-cara Permohonan :
      Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
      Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
      Borang Pengesahan Kesihatan
      Borang Penyiasatan (JKM 17)
      Borang Persetujuan Ibubapa
      Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.

      Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
      Jalan Sungai Merab,
      4300 Kajang, Selangor.
      Tel : 03-8926 1996
      Faks : 03-8926 1988

      Bagi yang tinggal di Daerah Petaling, boleh menghubungi :
      Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
      Tel : 03-7842 2584/ 2587

      Delete
  43. Shah Heiry
    Shahrul heiry umur 22
    Oku,Cacat anggota. Tangan kanan lumpuh...pmr
    kerja kosong ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan, tuan layak untuk memohon berpandukan :

      Syarat-syarat Kelayakan :
      Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
      Orang Kurang Upaya (OKU)
      Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
      Berumur antara 18-40 Tahun
      Boleh membaca, menulis dan mengira
      Boleh mengurus diri sendiri
      Boleh dilatih
      Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.

      Cara-cara Permohonan :
      Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
      Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
      Borang Pengesahan Kesihatan
      Borang Penyiasatan (JKM 17)
      Borang Persetujuan Ibubapa
      Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.

      Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
      Jalan Sungai Merab,
      4300 Kajang, Selangor.
      Tel : 03-8926 1996
      Faks : 03-8926 1988

      Bagi yang tinggal di Daerah Petaling, boleh menghubungi :
      Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
      Tel : 03-7842 2584/ 2587

      Delete
  44. Anak saya cacat pendengaran, ada pusat latihan vokasional yang dia boleh hadiri tak? Mohon dapatkan info tempat atau pusat latihan berkenaan. Dia sangat berminat untuk belajar kemahiran sebab belajar akademik dia kata susah dan tak faham. Terima kasih atas bantuan tuan.

    ReplyDelete
  45. salam...... nama saya muhnmad nasrullah ni..... saya orang deaf nie....
    saya nak minta kosong kerja membantu awam plpp tak? saya telefon number 0182713216 (wspp)

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum tuan saya mpunyai 2 orang ank memegang kad okumasalah pembelajaran...
    Seorang dyslexia ( 16 tahun )dan seorang lagi autisme ( 14 tahun )

    Mereka berdua tidak mengambil upsr atau pmr keranatidak cukup kelayakan untuk ambil exam
    Akan tetapi mereka berdua minatbidang computer

    Ada apa apa kursus bagi. Mereka dalam bidang ini tuan

    Saya pn nafisah 0169045786

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum tuan saya mpunyai 2 orang ank memegang kad okumasalah pembelajaran...
    Seorang dyslexia ( 16 tahun )dan seorang lagi autisme ( 14 tahun )

    Mereka berdua tidak mengambil upsr atau pmr keranatidak cukup kelayakan untuk ambil exam
    Akan tetapi mereka berdua minatbidang computer

    Ada apa apa kursus bagi. Mereka dalam bidang ini tuan

    Saya pn nafisah 0169045786

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum,sy ada anak istimewa berumur 19 thn yg masih dibenarkn bersekolah di sekolah khas sehingga akhir tahun ini shj. Soalan saya,kemana halatuju selepas ini?utk memohon ke bengkel daya klang katanya terlalu byk permohonan n tunggu giliran. Sy ingin anak sy belajar dan bersosialdan tidakhanya duduk di rumah. Jadi kemana yg sy perlu hantar dan apa yg syperlu lakukan?mohon pencerahan

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum.. saya ada seorang anak istimewa lelaki dlm kategori Masalah Pembelajaran (dislexia) kini berumur 23tahun.Pada awal dulu bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, kemudian saya hentikan sebab hantar ke Pusat Dislexia yg saya mohon tempoh lanjutan belajar disana. Selepas harus keluar dari pusat itu, saya hantar pula ke CADS Senter di Semarak. Atas kekangan pendapatan, saya hantar ke Tahfiz kerana anak ini lebih cenderung menghafal.Tapi kerana kelainan sikap dan sikap, dia menjadi mangsa buli yg ganas sehingga saya terpaksa menghentikan dr belajar. Saya diserbu rasa bersalah kerana membiar dia tinggal di asrama. Sejak itu, saya hanya menyuruh dia membantu saya di kedai makan.Ada juga ke Putrajaya dan sudah beberapakali dipanggil temuduga dan periksa tapi tiada lanjutan. Dan kini saya bimbang, kemana harus saya hantar anak saya untuk mendapat kemahiran kerana dia lebih cenderung dengan komputer. Pernah hantar ke kelas komputer, tapi mungkin keadaan anak saya membuatkan pengajar kurang memahami beliau. Buat pengetahuan, anak saya pernah mengikuti KUMON sehingga boleh mengira (mathematik) dan lancar Bahasa Inggeris.Dia boleh urusdiri dengan baik, cuma perbualan saja yang kadangkala kita kurang faham harus suruh ulang dengan perlahan.Apakah yang terbaik harus saya lakukan untuk anak saya? Saya semak kebanyakkan bengkel yang disediakan semua memerlukan sijil sekurangnya PMR sedangkan anak saya tiada itu semua.. mohon pencerahan. terima kasih.

    ReplyDelete
  50. salam saya nak tanya,lepas tamat pengajian di plpp.. kemana arah seterusnya?boleh ke minta kerja dengan kerajaan? pengajian di plpp ni sijil atau diploma ke macam mana?

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum
    Saya mempunyai anak OKU (MASALAH PEMBELAJARAN) berumur 19 tahun dan tahun ini (2018) merupakan tahun akhir beliau di kelas Pendidikan Khas (SMKSA)...pertanyaan saya adakah beliau berpeluang untuk memasuki mana-mana bengkel kemahiran yang bertauliah dr Jabatan Kebajkan Masyarakat Daerah. Untuk makluman anak saya tidak mempunyai PMR atau SPM tetapi beliau boleh membaca, menulis dan mengira. Saya tinggal di Setia Alam dan dimana saya boleh rujuk akan perkara ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  52. Selamat petang..saya ada soalan..bagi pelajar pt3 thn 2018..OKU (pendengaran) boleh mohon atau tidak untuk sesi 2019 ? Terima kasih .

    ReplyDelete
  53. Kalau oku mental juga boleh sambung belajar tk tolong komen kejap

    ReplyDelete
  54. Saya nie oku jugak

    Smk seri ampang pendidikan khas ipoh saya dh habis sekolah dh
    Dh tamat dh


    Umur saya dh 22 tahun

    Saya nk masuk pusat latihan pemulihan

    ReplyDelete
  55. hi saya akmal ingin sambung belajar

    ReplyDelete
  56. Saya berumur 40 tahun dan berstatus oku disebabkan stroke. Adakah saya boleh memohon jika saya berminat

    ReplyDelete
  57. Salam. Anak.saya OKU masalh Pendengaran/masalah pembelajaran. Baru habis belajar do sekolah tahun 2018,boleh ke dia memohon utk sambung belajar diskni?

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum. Saya Syifaa' Mustafa, pelajar Kolej MARA Banting sedang melakukan kajian mengenai 'sejauh manakah penerimaan majikan terhadap OKU?'

    Boleh saya tahu dengan siapa saya boleh berhubung untuk mendapatkan maklumat untuk kajian saya?

    ReplyDelete
  59. Askum nak Tanya.ketika berkursus vokasional Ada disediakan elaun x setiap bulan? Dan hostel dikenakn bayaran x? Saya berminat

    ReplyDelete
  60. URGENT LOAN IS AVAILABLE NOW
    TODAY I GOT MY DESIRED LOAN AMOUNT $760,000.00 FROM A RELIABLE AND TRUSTED LOAN COMPANY LAST WEEK, BUSINESS/HOME/COMPANY/PROJECT/PERSONAL LOAN? ARE NOW AFFORDABLE HERE FOR YOU TODAY CONTACT Email profdorothyinvestments@gmail.com

    Hello,I'm here to testify of how i got my real estate business loan from PROF. MRS.DOROTHY JEAN INVESTMENTS (profdorothyinvestments@gmail.com) I don't know if you are in need of an urgent loan to pay bills, start business or build a house, they offer all kinds of loan Ranging from $5,000.00 to $2,000,000.00USD with a low interest rate of 2% and loan duration of 1 to 33 years to pay back the loan secure and unsecured. Are you losing sleep at nights worrying how to get a Legit Loan Lender?
    MRS.DOROTHY JEAN holds all of the information about how to obtain money quickly and painlessly without cost/stress via Contacts Whatsapp Number +1(541)279-1406 Email profdorothyinvestments@gmail.com

    Consider all your financial problems tackled and solved ASAP. Share this to help a soul right now THANKS.

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates