Social Icons

Monday 17 March 2014

Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan

(PPOC) Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1974 (Nombor Pendaftaran 1484).

Objektif & matlamat PPOC :
  • Membantu orang istimewa yang berumur 18 tahun ke atas dengan menyediakan asrama & bengkel tanpa mengira jantina, bangsa, agama & kecacatan, untuk meningkatkan kemampuan mereka ke tahap maksima & menyediakan sara diri serta meningkatkan kualiti kehidupan.
  • Membantu & bergiat dengan pelbagai pertubuhan kebajikan khususnya pada kecacatan tertentu & meningkatkan kerjasama di kalangan persatuan di selangor & wilayah.
Aktiviti :
Bagi Menyara hidup yang dijalankan pada masa kini bagi penghuni berasaskan keupayaan mereka :
  1. Menjahit - Melakukan jahitan dengan menggunakan mesin jahitan "non woven bag" 
  2. Membungkus - Penghuni yang tidak boleh melakukan jahitan boleh membungkus straw minuman yang dibekalkan oleh syarikat luar.
  3. Membersih - Membersih kawasan & mencuci dilakukan oleh penghuni lelaki yang tidak berkebolehan dalam menjahit & membungkus.
  4. Membantu di dapur - PPOC mempunyai seorang tukang masak yang dibantu oleh penghuni yang tidak dapat menjalankan kerja-kerja (1, 2, & 3) di atas.
Kemudahan bengkel & asrama disediakan kepada penghuni.

Syarat-syarat :
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Mempunyai Kad OKU yang didaftarkan dengan JKM
  3. Boleh berdikari & menguruskan diri sendiri
  4. Perlu mendapatkan surat perakuan di klinik atau hospital kerajaan bagi mengesahkan tahap kesihatan pemohon.
Kepada yang berminat untuk membuat permohonan atau keterangan lanjut, sila hubungi 
Pentadbir PPOC, 
Encik Hisham B. Kamarudin

Penolong Pentadbir,
Pn. Nor Adibah Bt M Kassim

Talian : 03-7781 7681 / 03-7781 0839
Facebook : Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates