- TAPAK TASKA yang dikhaskan (rezab TASKA/ Tadika) - apartment/ kondominium.
- Rumah kediaman dijadikan TASKA
- Bangunan yang dibina khas.
Sunday, 31 March 2013
Jenis Bangunan Yang Boleh Dijadikan Taska
Kategori Bangunan Taska :
Thursday, 21 March 2013
Siapa Yang Layak Dilindungi Di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga ?
Keganasan atau ancaman keganasan adalah sesuatu yang dialami oleh setiap wanita tanpa mengira umur, warna kulit, kepercayaan agama, harta atau status sosial.
Dalam Akta ini mereka yang berikut boleh membuat aduan jika sesuatu keganasan rumahtangga sedang berlaku kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Polis yang bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa.
- Suami/ Isteri
- Bekas Suami/ Isteri
- Anak lelaki atau Anak perempuan
- Ibu atau Bapa, Abang, Kakak, Adik atau
- Mana-mana saudara lain yang pada pendapat Mahkamah adalah seorang anggota keluarga itu.
"JIWA YANG BERADA DALAM KETAKUTAN TIDAK MENGENAL ERTI KEBEBASAN"
Jenis-jenis Kesalahan Dibawah Kanun Keseksaan :
Labels:
Bahagian WTK
Tuesday, 19 March 2013
Taska : Belum Berdaftar Dengan SSM.?
Nama Taska :
- Pemohon hendaklah mendaftar nama Taska di Pendaftar Perniagaan (ROB / SSM).
- Nama Taska mesti dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Contoh : TASKA ANAKKU SAYANG / STAR CUTE CHILD CARE CENTRE.
* Nama dalam Bahasa Kebangsaan dinyatakan dalam Perkara 12 Peraturan Taska di Institusi 1985.
- Perkataan "learning', 'smart', perkembangan, pendidikan, kemajuan tidak dibenarkan : Jabatan Pelajaran.
Berdaftar Dengan SSM :
- Pemohon ke ROB / SSM untuk mendaftarkan Taska (membuat carian nama).
- Pemohon akan diberi slip Pendaftaran Nama Taska dan Borang A oleh ROB / SSM.
- Pemohon dikehendaki ke PKMD untuk mendapatkan Surat Sokongan.
- PKMD akan mengeluarkan surat sokongan untuk ROB / SSM.
- Pemohon akan hantar surat bersama Borang Asal ke ROB untuk mendapatkan Sijil Perniagaan.
Sunday, 17 March 2013
Friday, 15 March 2013
Kelayakan Khusus Permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Jenis Bantuan :
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT).
Kadar :
RM 300 sebulan seorang.
Tujuan :
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT).
Kadar :
RM 300 sebulan seorang.
Tujuan :
- Menggalakkan keluarga untuk menjaga ahli keluarga OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar.
- Mengurangkan bebanan perbelanjaan penjagaan keluarga tersebut.
- Mengelak atau mengurangkan kemasukan ke institusi.
Kriteria Kelayakan Khusus :
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar.
- OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk kehidupan harian ; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Wednesday, 13 March 2013
Permohonan Kemasukan Ke Taman Sinar Harapan (TSH)
Taman Sinar Harapan merupakan Institusi yang di khaskan kepada Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi Kategori Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Lembam, Autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.
Objektif :
- Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan memerlukan latihan pemulihan.
- Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.
- Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
- Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti sosial dan sebagainya.
- Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari bada-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.
Syarat-syarat Kemasukan Ke TSH :
- Lelaki / Perempuan
- Umur : 0 - 35 Tahun
- Boleh dilatih
- Tiada penyakit berjangkit
- OKU boleh dilatih (kecuali TSH Jitra Kedah dan Kuala Kubu Baru Selangor)
- Mengambil kira klasifikasi umur, jantina, kategori ketidakupayaan, kebolehan dilatih, serta kesesuaian dan kemudahan yang terdapat di TSH.
Labels:
Bahagian OKU
Tuesday, 5 March 2013
Kanak-Kanak Di Luar Kawalan Ibubapa Atau Penjaga
- Perintah Kanak-kank dihantar ke Sekolah Tunas Bakti atau Asrama Akhlak.
- Menempatkan Kanak-kanak dibawah seliaan Pegawai Akhlak atau orang yang dilantik oleh mahkamah selama tempoh tidak melebihi 3 tahun. Sebagai tambahan Mahkamah juga boleh mengkehendaki kanak-kanak ditempatkan di Asrama Akhlak bagi tempoh tidak melebihi 12bulan.
Prosedur Permohonan Tidak Terkawal
- Permohonan Keluarga (Lampiran Bersama)
- Surat kepada Mahkamah
- Laporan Persekolahan Kanak-kanak
- Laporan Polis
- Rujuk Pegawai Akhlak
Labels:
Bahagian Kanak-Kanak
Subscribe to:
Posts (Atom)