PLPP adalah sebuah Institusi di bawah JKM yang memberi Latihan Vokasional & Pemulihan kepada OKU anggota. Pusat ini menyediakan pelbagai latihan & kemahiran untuk membolehkan OKU hidup berdikari.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Pemulihan Perubatan
- Pemulihan Carakerja
- Pemulihan Anggota
- Kaunseling
KURSUS YANG DITAWARKAN
1. Kursus Vokasional
- Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (MLVK) - 1 Tahun
- Rekaan Fesyen & Jahitan (MLVK) - 1 Tahun
- Elektrikal (MLVK) - 1 Tahun
- Elektronik (MLVK) - 1 Tahun
- Multimedia - 1 Tahun
- Prostotik & Ortotik - 2 Tahun
- Pembuatan Kerusi Roda - 2 tahun
2. Kursus Pra-Vokasional
- Elektronik - 1 tahun
- Komputer - 1 tahun
- Lukisan - 1 tahun
- Jahitan - 1 tahun
- Kraft Batik - 1 tahun
3. Latihan Memandu OKU
KELAYAKAN PEMOHON
1. Kursus Vokasional
- OKU anggota berdaftar dengan JKM
- Berumur 18 - 40 tahun
- Mampu menguruskan diri sendiri
- Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
- Kelayakan PMR / SPM
2. Kursus Pra-Vokasional
- OKU anggota berdaftar dengan JKM
- Berumur 14 - 25 tahun
- Mampu menguruskan diri sendiri
- Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
- Boleh membaca, menulis & mengira
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad OKU anggota
- Salinan PMR/ SPM (untuk kursus Vokasional shj)
- Dokumen sokongan lain jika diperlukan.
......................................................................................................................................
CARA PERMOHONAN
Sila memohon melalui :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran
Atau terus kepada :
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab,
4300 Kajang, Selangor.
Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988
terima kasih di atas info yang sangat berguna untuk OKU, tetapi adakah JKM sediakan tempat tinggal, makan atau elaun untuk pelajar? Terima kasih...good work JKM
ReplyDeleteKepada calon yang berjaya mendapat tawaran ke PLPP Bangi, mereka akan disediakan kemudahan tempat tinggal (Asrama)mesra OKU, makan dan juga dibayar elaun sebanyak RM150 sebulan.
ReplyDeleteSelamat Mencuba..
Terima kasih di atas jawapan yang pantas, saya ucap tahniah kepada pengendali blog ini...
ReplyDeleteSaya adalah salah seorg OKU(fizikal) yg baru berdaftar,mengalami masalah dlm mencari kerja.Dsini saya ingin btanya d mana saya boleh memohon pekerjaan di mana majikan tidak diskriminasi thadap golongan OKU.
ReplyDeleteUntuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong, Jabatan Tenaga Kerja menyediakan laman sesawang Jobsmalaysia kepada OKU yang ingin mencari pekerjaan atau majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada OKU.
ReplyDeleteLaman sesawang Jobsmalaysia boleh dicapai di alamat http://www.jobsmalaysia.gov.my/.
Secara alternative, OKU juga boleh mendaftar di Pejabat Tenaga Kerja/Jobsmalaysia Center yang berhampiran dan mendapat maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.
sumber dari : http://jtksm.mohr.gov.my/
ada kawan saya beritahu kalau oku kerja boleh dapat bantuan jkm rm300 sebulan, betul ke?
ReplyDeleteBetul, JKM memberikan bantuan elaun pekerja cacat (EPC) sebanyak RM300.00 sebulan dengan memenuhi syarat kelayakan :
ReplyDelete1.) Pendapatan dibawah RM1200.00 sebulan.
2.) OKU yg telah berdaftar dengan JKM
3.) Bekerja sendiri atau dengan majikan
4.) Tidak tinggal di Institusi yg menyedikan tmpt tinggal,makan/minum, pakaian secara percuma.
Untuk permohonan boleh terus berhubung di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat.
klu OKU masalah pembelajaran ...boleh tak mohon PLPP Bangi...lagi satu nak tau macamana nak mohon lesen memandu bagi org OKU...
ReplyDeleteOrang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
ReplyDeleteOrang Kurang Upaya (OKU)
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Berumur antara 18-40 Tahun
Boleh membaca, menulis dan mengira
Boleh mengurus diri sendiri
Boleh dilatih
Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.
Bagi permohonan lesen memandu, tuan/puan hendaklah berurusan terus dgn pihak JPJ yang berdekatan utk sebarang pertanyaan atau maklumat. lanjut.
NAK TANYA ..ADIK SY TIDAK TAHU MENULIS,MEMBACA ATAU MENGIRA..TP DIA AMAT BERMINAT DALAM SEGI MAKANIKAL,ELEKTRONIK,,MCM REPAIR MEREPAIR NI...
ReplyDeleteBLH KE MASUK DLM PLPP?
SY DAH BUNTU TAK TAU MANA BLH HANTAR DIA
YG ADA ASRAMA,ADA SEDIAKAN MKN DAN MINUM...
ADA TAK TEMPAT UNTUK PELAJAR BEGINI..DIA BARU BERUMUR 16 TAHUN TAPI MASIH BERSEKOLAH D TINGKATAN 2
Tuan,puan, PLPP adalah sebuah institusi di bawah JKM yang memberikan latihan vokasional dan pemulihan kepada OKU anggota (fizikal) sahaja.
ReplyDeleteJika tuan/puan memikirkan satu tempat yang boleh hantar dia yang ada asrama dan menyediakan makan minum, puan boleh cuba mohon di Bengkel Daya Kelang. Pada masa ini Unit yang beroperasi adalah Jahitan, Perkhidmatan Am dan Bakeri. Berumur antara 18-45 tahun, OKU Fizikal dan Masalah Pembelajaran. Percubaan selama 3 bulan bagi pekerja OKU yang baru diterima masuk.
Atau puan boleh juga cuba bertanya dengan Giat Mara yang berhampiran dengan tempat tinggal. Giat Mara memberi latihan secara separuh masa.
anak saya oku , sekarang tingkatan 3 kelas khas ambil pmr tahun ini. bercadang masuk pravokasional.. bila tarikh sesuai untuk mohon
ReplyDeleteTuan/Puan Anonymous,
ReplyDeleteSyarat Permohonan Kursus Pra-Vokasional:
-OKU anggota berdaftar dengan JKM
-Berumur 14 - 25 tahun
-Mampu menguruskan diri sendiri
-Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
-Boleh membaca, menulis & mengira
Terima kasih atas pertanyaan.
saya ada anak oku (pembelanjaran)...nak mintak bekerja di Benkel Daya, Kelang.bawah JKM..dah setahun memohon sampai sekarang tiada jawapan....alasan diberi Renovation tak siap siap ?...siapa boleh tolong?...013 3655989 (En Shah)
ReplyDeleteEn Shah,
ReplyDeleteKami akan membuat semakan. Pn Roziah adalah pegawai unit pembangunan oku di PKMD Petaling dan beliau akan menghubungi tuan untuk maklumat lanjut selepas ini.
Sekian, terima kasih.
En Shah, melalui perbualan telefon antara Pn Roziah dan tuan sebentar tadi, sukacita dimaklumkan bahawa tuan boleh menghubungi PKMD Hulu Langat berkenaan status permohonan. Seperti yang telah dimaklumkan sebentar tadi bahawa sessi temuduga akan dijalankan sekiranya Bengkel Daya Klang memperolehi CF bagi bangunan baru selepas ini.
ReplyDeleteNombor PKMD Hulu Langat boleh diperolehi dari tab 'Direktori' di atas.
Terima kasih di atas pertanyaan tuan.
Anak saya Oku pembelajaran.. ada penyakit sawan dan tidak layak memohon sekolah vokasional.. boleh membaca mengira.. dan minat dalam komputer.. sekarang ambil PMR.. adakah dia layak memohon pravokasional di istitut ini....
ReplyDeleteAnak saya Oku pembelajaran.. ada penyakit sawan dan tidak layak memohon sekolah vokasional.. boleh membaca mengira.. dan minat dalam komputer.. sekarang ambil PMR.. adakah dia layak memohon pravokasional di istitut ini....
ReplyDeleteTuan/Puan, sekiranya berminat boleh menghadiri sessi "walk-in interview" yang dijadualkan pada 8 Okt 2013 jam 8.30pg-12.00 th bertempat di PLPP Bangi. Sila bawa dokumen-dokumen yang telah ditetapkan (rujuk post di kategori Bahagian OKU sebelum ini).
ReplyDeleteWalau bagaimanapun, dicadangkan agar anak tuan/puan menghabiskan sessi persekolahan sehingga berjaya memperolehi sijil SPM kerana ia lebih menjamin masa depan, PLPP juga sebenarnya menerima calon yang mempunyai sijil PMR atau sijil SPM selagi pemohon masih di bawah usia 40 tahun.
Assalamualaikum..sy slh seorang oku(fizikil) dan amat b'minat dalam jahitan jadi blh sy tahu bila tarikh tutup untuk PLPP ni??
DeletePermohonan untuk kemasukan ke PLPP Bangi adalah sepanjang tahun. Tuan/puan boleh mengisi borang dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tempat dimana saudara tinggal.
ReplyDeletePihak PLPP Bangi hanya akan mengadakan temuduga untuk pengambilan pada bulan Oktober setiap tahun. Untuk kemasukan pada tahun 2014, temuduga baru sahaja dijalankan oleh pihak PLPP Bangi pada 8 Oktober yang lalu.
assalamualaikum...anak saya OKU masalah pembelajaran telah mengambil PMR 2013. Dia berminat untuk mengikuti kursus pra vokasional yang ditawarkan..boleh tuan cadangkan pusat latihan yang sesuai jika ada di negeri-negeri sebelah utara?
ReplyDeleteassalamualaikum...anak saya OKU masalah pembelajaran telah mengambil PMR 2013. Dia berminat untuk mengikuti kursus pra vokasional yang ditawarkan..boleh tuan cadangkan pusat latihan yang sesuai jika ada di negeri-negeri sebelah utara?
ReplyDeleteNoorsalawati Ahmad,
ReplyDeleteWsalam. Terima kasih atas minat yang puan tunjukkan. Anak puan seorang OKU masalah pembelajaran yang telah mengambil PMR tahun ini 2013…adakah anak puan sudah mencapai usia 18thn?
Ini adalah kerana syarat kemasukan ke Bengkel Terlindung (Bengkel Daya) adalah antara usia 18-45 tahun, bebas daripada penyakit berjangkit, boleh mengurus diri sendiri dan percubaan akan diberi selama 3 bulan bagi pekerja OKU yang baru diterima masuk.
Negeri sebelah utara, hanya ada di Sungai Petani.
Salam,saya ingin bertanya...Saya salah seorang OKU(fizikal) dan mempunyai masalah dimana saya ingin belajar cara menguruskan diri agar saya boleh berdikari.Puas saya mencari tempat sedemikian tapi tak jumpa sehingga satu hari dimana kawan saya memberi saya link ini dan saya amat tertarik kerana ada peluang untuk sy menimba ilmu seperti menjahit...saya berumur 24 tahun dan mengalami kemalangan 3 tahun lepas dimana saya patah tulang belakang dan kini terpaksa bergantung dengan kerusi roda.Adakah saya layak untuk memohon memasuki PLPP?
ReplyDeleteHazzy Waniey, tuan/puan layak memohon. Sukacita dimaklumkan bahawa syarat kelayakan adalah seperti berikut:
ReplyDelete1. Kursus Vokasional
OKU anggota berdaftar dengan JKM
Berumur 18 - 40 tahun
Mampu menguruskan diri sendiri
Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
Kelayakan PMR / SPM
2. Kursus Pra-Vokasional
OKU anggota berdaftar dengan JKM
Berumur 14 - 25 tahun
Mampu menguruskan diri sendiri
Boleh mendapatkan manfaat dari latihan
Boleh membaca, menulis & mengira
Selepas anda tamat latihan, anda boleh bekerja sendiri atau memohon bekerja di Bengkel Terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKu yang mempunyai kemahiran menjahit. Selamat mencuba.
Salam, saya ingin bertanya.... saya mempunyai sepasang anak kembar perempuan yang bertaraf OKU masalah pembelajaran. sekarang mereka mengikuti kursus di SMV pendidikan khas , Kulai, johor, dalam bidang dobi dan solekan. Kedua-duanya akan tamap pengajian pada penghujung tahun ini (2014). Bolehkah mereka memohon kursus di PLPP ini selepas tamat belajar nanti. Apakah bidang yang sesuai untuk mereka nanti? TQVM
ReplyDeleteShah0205,
ReplyDeleteWslm, Untuk makluman tuan, PLPP Bangi dikhaskan untuk mereka yang kurang upaya fizikal sahaja. Peralatan, kemudahan dan tenaga pengajar yang khusus untuk kurang upaya fizikal.
Walau bagaimanapun, jika sekiranya puan masih berminat untuk menghantar anak-anak puan memperkembangkan pengetahuan dalam bidang dobi dan solekan puan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan dimana puan tinggal untuk mendapatkan khidmat nasihat. Berkemungkinan anak puan boleh terus mendapat pekerjaan atau mana-mana Bengkel Terlindung.
3 February 2014 10:50
Adakah pihak Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP) ada menyediakan borang kemasukan yang boleh diprint melalui website atau online....
ReplyDeleteCik Yee, untuk makluman tiada borang kemasukan yang boleh di print melalui website atau online...tuan boleh mengambil borang terus dengan pihak PLPP atau pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat.
ReplyDeleteSalam.sy pn salmi.sy nk tnye bg pihak suami sy.pndftran PLPP dibuka sepnjg thn ke?
ReplyDeleteAre-Chiq, wslm Pn. Salmi, untuk kemasukan ke PLPP adalah dibuka sepanjang tahun dimana Temuduga akan diadakan pada bulan Oktober dan bagi calon yang berjaya, kemasukan adalah pada bulan Januari tahun berikutnya. Had umur permohonan adalah antara 18-40 tahun OKKU Fizikal sahaja.
ReplyDeleteHi good morning all , my sister name Hema Latha and she born with defect with hearing and i'm looking for a skill work workshop or any handicraft workshop for her , he is are in 30's and looking forward any chances that will help her in near future . if there is any chances please free to call at 0166836395 or can e-mail me at jetayu3karthik@gmail.com , thank for the support and for this opurtunity
ReplyDeleteSalam saya mempunyai anak OKU cacat pendengaran tidak kesekolah sejak setahun yg lepas..berumur 18 thn . adakah pusat yg menerima beliau PLPP
ReplyDeleteEda Norel,
ReplyDeleteWslm, Untuk makluman tuan, PLPP Bangi dikhaskan untuk mereka yang kurang upaya fizikal sahaja. Peralatan, kemudahan dan tenaga pengajar yang khusus untuk kurang upaya fizikal.
Walau bagaimanapun, puan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan dimana puan tinggal untuk mendapatkan khidmat nasihat. Berkemungkinan anak puan boleh terus mendapat pekerjaan atau mana-mana Bengkel Terlindung (Bengkel Daya Klang)
Bengkel Daya Klang
Sebagai sebuah Institusi dimana menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak boleh bersaing diluar. Pada masa ini Unit yang beroperasi adalah :
Jahitan
Perkhidmatan Am
Bakeri
Juga boleh hubungi terus di :
Bengkel Daya Klang
Tel : 03-33221529, 03-33221531
Jai Prakash,
ReplyDeleteUntuk maklumat lanjut tuan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan dimana tuan tinggal untuk mendapatkan khidmat nasihat. Berkemungkinan anak tuan boleh terus mendapat pekerjaan atau mana-mana Bengkel Terlindung (Bengkel Daya Klang)
Bengkel Daya Klang
Sebagai sebuah Institusi dimana menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak boleh bersaing diluar. Pada masa ini Unit yang beroperasi adalah :
Jahitan
Perkhidmatan Am
Bakeri
Juga boleh hubungi terus di :
Bengkel Daya Klang
Tel : 03-33221529, 03-33221531
klau kita dh msuk p.pmulihn negeri..kita boleh msuk untuk d sini lgi ker...thnk
ReplyDeleteSabah Iman, apa yang dimaksudkan dengan P.Pemulihan negeri, kalau mengikut pada syarat-syarat yang telah ditetapkan, tuan layak untuk memohon di Pejabat Kebajikan Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal tuan.
DeleteSaya nak tanya.saya oku fizikal dan berkerusi roda.Bolehkah saya emohon?
ReplyDeleteJika memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan, tuan layak untuk memohon berpandukan :
DeleteSyarat-syarat Kelayakan :
Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
Orang Kurang Upaya (OKU)
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Berumur antara 18-40 Tahun
Boleh membaca, menulis dan mengira
Boleh mengurus diri sendiri
Boleh dilatih
Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.
Cara-cara Permohonan :
Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
Borang Pengesahan Kesihatan
Borang Penyiasatan (JKM 17)
Borang Persetujuan Ibubapa
Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab,
4300 Kajang, Selangor.
Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988
Bagi yang tinggal di Daerah Petaling, boleh menghubungi :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Tel : 03-7842 2584/ 2587
AS SALAM,
DeleteSaya ingin bertanya,
ade tak otomotif ade tak di PLPP bangi untuk anak yang sudah habis tingkatan 5.tapi belum tahu result lagi sudah boleh apply masuk PLPP ke.
Aper lgi yg dsediakn di bengkel daya klang cth gaji ot elaun,tmpat tinngal, mkn mnum
ReplyDeleteKalau buta bole apply ker
ReplyDeleteAq disindir oleh org yg temuduga di plpp bangi..
ReplyDeleteSbb thap plajaran,fizikal dan ilmu pengetahuan tentang agama...tapi aq xdiajar mentertawakan org yg xde ilmu dan jadikan org itu bahan gelak tawa..
Aq tahu aq xpandai mcm dorang tu sbb dorang buat aq cmtu..
Mula interview sampai habis interview aq kne bahan.
Len kali aq nk sruh dorang rakam.
Bila dorang bosan boleh la dorang gelakkan aq lg..
TERIMA KASIH PADA YANG TEMUDUGA AQ TU..
#jgn slalu mludah ke atas,
Takut trkena pada diri sendiri atau kluarga
Salam kepada tuan/ puan yg mulia, sy tidak memandang apa2, kita semua ciptaan tuhan yg sama, dgn ini sy menjemput sesiapa yg berminat utk bekerja sebagai tukang jahit di kedai sy di melaka, insyaallah segala keperluan akan sy uruskan , termasuk rumah / pengangkutan,dgn gaji setimpal
ReplyDeleteNi no sy 0182320139
ReplyDeleteDi area kedah ada tak.. kaka saya oku.. tapi dia boleh mguruskan diri...
ReplyDeleteJika memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan, tuan layak untuk memohon berpandukan :
DeleteSyarat-syarat Kelayakan :
Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
Orang Kurang Upaya (OKU)
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Berumur antara 18-40 Tahun
Boleh membaca, menulis dan mengira
Boleh mengurus diri sendiri
Boleh dilatih
Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.
Cara-cara Permohonan :
Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
Borang Pengesahan Kesihatan
Borang Penyiasatan (JKM 17)
Borang Persetujuan Ibubapa
Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab,
4300 Kajang, Selangor.
Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988
Atau boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan tempat tinggal.
Azwan nak keje masuk cari
ReplyDeleteSalam. Sy fahmi cacat tangan kanan kerana kemalangan jalan raya pada tahun lepas.. sy boleh betdikari. Sy ingin masuk plpp bangi. Apakah yg sesuai untuk sy yg cacat tangan kanan...
ReplyDeleteJika memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan, tuan layak untuk memohon berpandukan :
DeleteSyarat-syarat Kelayakan :
Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
Orang Kurang Upaya (OKU)
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Berumur antara 18-40 Tahun
Boleh membaca, menulis dan mengira
Boleh mengurus diri sendiri
Boleh dilatih
Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.
Cara-cara Permohonan :
Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
Borang Pengesahan Kesihatan
Borang Penyiasatan (JKM 17)
Borang Persetujuan Ibubapa
Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab,
4300 Kajang, Selangor.
Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988
Bagi yang tinggal di Daerah Petaling, boleh menghubungi :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Tel : 03-7842 2584/ 2587
Shah Heiry
ReplyDeleteShahrul heiry umur 22
Oku,Cacat anggota. Tangan kanan lumpuh...pmr
kerja kosong ada?
Jika memenuhi syarat kelayakan yang telah di tetapkan, tuan layak untuk memohon berpandukan :
DeleteSyarat-syarat Kelayakan :
Orang kurang Upaya (OKU) yang hendak memohon perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :
Orang Kurang Upaya (OKU)
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Berumur antara 18-40 Tahun
Boleh membaca, menulis dan mengira
Boleh mengurus diri sendiri
Boleh dilatih
Mereka yang mempunyai kelayakan SRP/SPM amat dialu-alukan.
Cara-cara Permohonan :
Permohonan perlu dikemukakan ke PLPP Bangi beserta dokumen-dokumen berikut :
Borang Permohonan Kemasukan Ke PLPP
Borang Pengesahan Kesihatan
Borang Penyiasatan (JKM 17)
Borang Persetujuan Ibubapa
Salinan Kad OKU, Kad Pengenalan dan sijil-sijil jika ada.
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sungai Merab,
4300 Kajang, Selangor.
Tel : 03-8926 1996
Faks : 03-8926 1988
Bagi yang tinggal di Daerah Petaling, boleh menghubungi :
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Tel : 03-7842 2584/ 2587
Anak saya cacat pendengaran, ada pusat latihan vokasional yang dia boleh hadiri tak? Mohon dapatkan info tempat atau pusat latihan berkenaan. Dia sangat berminat untuk belajar kemahiran sebab belajar akademik dia kata susah dan tak faham. Terima kasih atas bantuan tuan.
ReplyDeletesalam...... nama saya muhnmad nasrullah ni..... saya orang deaf nie....
ReplyDeletesaya nak minta kosong kerja membantu awam plpp tak? saya telefon number 0182713216 (wspp)
Assalamualaikum tuan saya mpunyai 2 orang ank memegang kad okumasalah pembelajaran...
ReplyDeleteSeorang dyslexia ( 16 tahun )dan seorang lagi autisme ( 14 tahun )
Mereka berdua tidak mengambil upsr atau pmr keranatidak cukup kelayakan untuk ambil exam
Akan tetapi mereka berdua minatbidang computer
Ada apa apa kursus bagi. Mereka dalam bidang ini tuan
Saya pn nafisah 0169045786
Assalamualaikum tuan saya mpunyai 2 orang ank memegang kad okumasalah pembelajaran...
ReplyDeleteSeorang dyslexia ( 16 tahun )dan seorang lagi autisme ( 14 tahun )
Mereka berdua tidak mengambil upsr atau pmr keranatidak cukup kelayakan untuk ambil exam
Akan tetapi mereka berdua minatbidang computer
Ada apa apa kursus bagi. Mereka dalam bidang ini tuan
Saya pn nafisah 0169045786
Assalamualaikum,sy ada anak istimewa berumur 19 thn yg masih dibenarkn bersekolah di sekolah khas sehingga akhir tahun ini shj. Soalan saya,kemana halatuju selepas ini?utk memohon ke bengkel daya klang katanya terlalu byk permohonan n tunggu giliran. Sy ingin anak sy belajar dan bersosialdan tidakhanya duduk di rumah. Jadi kemana yg sy perlu hantar dan apa yg syperlu lakukan?mohon pencerahan
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya ada seorang anak istimewa lelaki dlm kategori Masalah Pembelajaran (dislexia) kini berumur 23tahun.Pada awal dulu bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, kemudian saya hentikan sebab hantar ke Pusat Dislexia yg saya mohon tempoh lanjutan belajar disana. Selepas harus keluar dari pusat itu, saya hantar pula ke CADS Senter di Semarak. Atas kekangan pendapatan, saya hantar ke Tahfiz kerana anak ini lebih cenderung menghafal.Tapi kerana kelainan sikap dan sikap, dia menjadi mangsa buli yg ganas sehingga saya terpaksa menghentikan dr belajar. Saya diserbu rasa bersalah kerana membiar dia tinggal di asrama. Sejak itu, saya hanya menyuruh dia membantu saya di kedai makan.Ada juga ke Putrajaya dan sudah beberapakali dipanggil temuduga dan periksa tapi tiada lanjutan. Dan kini saya bimbang, kemana harus saya hantar anak saya untuk mendapat kemahiran kerana dia lebih cenderung dengan komputer. Pernah hantar ke kelas komputer, tapi mungkin keadaan anak saya membuatkan pengajar kurang memahami beliau. Buat pengetahuan, anak saya pernah mengikuti KUMON sehingga boleh mengira (mathematik) dan lancar Bahasa Inggeris.Dia boleh urusdiri dengan baik, cuma perbualan saja yang kadangkala kita kurang faham harus suruh ulang dengan perlahan.Apakah yang terbaik harus saya lakukan untuk anak saya? Saya semak kebanyakkan bengkel yang disediakan semua memerlukan sijil sekurangnya PMR sedangkan anak saya tiada itu semua.. mohon pencerahan. terima kasih.
ReplyDeletesalam saya nak tanya,lepas tamat pengajian di plpp.. kemana arah seterusnya?boleh ke minta kerja dengan kerajaan? pengajian di plpp ni sijil atau diploma ke macam mana?
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya mempunyai anak OKU (MASALAH PEMBELAJARAN) berumur 19 tahun dan tahun ini (2018) merupakan tahun akhir beliau di kelas Pendidikan Khas (SMKSA)...pertanyaan saya adakah beliau berpeluang untuk memasuki mana-mana bengkel kemahiran yang bertauliah dr Jabatan Kebajkan Masyarakat Daerah. Untuk makluman anak saya tidak mempunyai PMR atau SPM tetapi beliau boleh membaca, menulis dan mengira. Saya tinggal di Setia Alam dan dimana saya boleh rujuk akan perkara ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Selamat petang..saya ada soalan..bagi pelajar pt3 thn 2018..OKU (pendengaran) boleh mohon atau tidak untuk sesi 2019 ? Terima kasih .
ReplyDeleteKalau oku mental juga boleh sambung belajar tk tolong komen kejap
ReplyDeleteSaya nie oku jugak
ReplyDeleteSmk seri ampang pendidikan khas ipoh saya dh habis sekolah dh
Dh tamat dh
Umur saya dh 22 tahun
Saya nk masuk pusat latihan pemulihan
Nama saya
DeleteNur izzatun nadia binti saiful bahri
Saya minat belajar
DeleteAda Asrama Ke
ReplyDeletehi saya akmal ingin sambung belajar
ReplyDeleteSaya berumur 40 tahun dan berstatus oku disebabkan stroke. Adakah saya boleh memohon jika saya berminat
ReplyDeleteSalam. Anak.saya OKU masalh Pendengaran/masalah pembelajaran. Baru habis belajar do sekolah tahun 2018,boleh ke dia memohon utk sambung belajar diskni?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya Syifaa' Mustafa, pelajar Kolej MARA Banting sedang melakukan kajian mengenai 'sejauh manakah penerimaan majikan terhadap OKU?'
ReplyDeleteBoleh saya tahu dengan siapa saya boleh berhubung untuk mendapatkan maklumat untuk kajian saya?
Askum nak Tanya.ketika berkursus vokasional Ada disediakan elaun x setiap bulan? Dan hostel dikenakn bayaran x? Saya berminat
ReplyDeleteURGENT LOAN IS AVAILABLE NOW
ReplyDeleteTODAY I GOT MY DESIRED LOAN AMOUNT $760,000.00 FROM A RELIABLE AND TRUSTED LOAN COMPANY LAST WEEK, BUSINESS/HOME/COMPANY/PROJECT/PERSONAL LOAN? ARE NOW AFFORDABLE HERE FOR YOU TODAY CONTACT Email profdorothyinvestments@gmail.com
Hello,I'm here to testify of how i got my real estate business loan from PROF. MRS.DOROTHY JEAN INVESTMENTS (profdorothyinvestments@gmail.com) I don't know if you are in need of an urgent loan to pay bills, start business or build a house, they offer all kinds of loan Ranging from $5,000.00 to $2,000,000.00USD with a low interest rate of 2% and loan duration of 1 to 33 years to pay back the loan secure and unsecured. Are you losing sleep at nights worrying how to get a Legit Loan Lender?
MRS.DOROTHY JEAN holds all of the information about how to obtain money quickly and painlessly without cost/stress via Contacts Whatsapp Number +1(541)279-1406 Email profdorothyinvestments@gmail.com
Consider all your financial problems tackled and solved ASAP. Share this to help a soul right now THANKS.