- Memastikan setiap Pusat Jagaan yang ditubuhkan berdaftar.
- Mengadakan pemeriksaan dan kawalan.
- Menetukan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan penghuni diutamakan.
KATEGORI PUSAT JAGAAN :
1. Pusat Jagaan Harian
- Mana-mana premis yang menerima 4 orang atau lebih untuk jagaan selama tempoh yang berterusan melebihi 3 jam sehari, sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, samada menerima upah atau sebaliknya.
2. Pusat Jagaan Berkediaman
- Mana-mana premis yang menerima 4 orang atau lebih untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada menerima upah atau sebaliknya.
SYARAT-SYARAT PENIBUHAN PUSAT JAGAAN
1. Premis berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).
2. Premis mendapat sokongan / kelulusan daripada agensi-agensi teknikal iaitu :
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Kesihatan
- Jabatan Tanah dan Survei (Serawak sahaja)
3. Memenuhi standart minimun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
0 comments:
Post a Comment